Tuesday 7 May 2013

CERPEN: HANTU 3 PERISA (tak seram pun)


HANTU 3 perisa....

Joyah Jaclyn menari zapin sambil menggosok baju di hadapan bilik air. Suaminya, carl hensem mahu pergi kerja tidak lama lagi. Selepas masak ketupat berperisa kari, Joyah Jaclyn baru tersedar bahawa baju angkasawan suaminya itu belum digosok. Sebagai anak ketua kampung, Carl hensem perlu kelihatan segak sentiasa. Topi keledar gaya pelumba ternama juga telah disediakan di bawah tangga rumah mereka.
“JJ nak pergi mana petang nanti?” soal Carl hensem.
“JJ” jawab Joyah Jaclyn.
“Iyalah .. nama Joyah tu JJ tapi JJ nak pergi mana?” soal Carl Hensem lagi.
“JJ lah.. itu pun tak pepaham “ marah Joyah . Amboi... bukan main garang lagi.
“nak kena cepuk ke?. Kanda tanya nak kemana?”
“JJ.. jaya jusco!” marah Joyah.
“ohhh... cakaplah...” sengih Carl Hensem.
“Kalau abang pulang lewat tak jadi pergilah” sengih Carl hensem. Dengan gaya ala penari ballet, Joyah Jaclyn berpusing ala swan dan memaut lengan suaminya. Kain batiknya diikat hingga ke dada.
“Ala... dah lama joyah tak jenjalan. Kalau jadi, Joyah takkan suruh abang hafal sifir lagi” cuba memujuk.
Carl hensem memakai baju dan terus  keluar. Dia akan ke jeti berhampiran untuk menangkap ikan. Joyah gelak..... nak gi tangkap ikan pun pakai macam tu. Laki saper ler tu!!!...
Joyah Jaclyn awal – awal lagi sudah bersiap dan duduk menunggu Carl Hensem di hadapan pintu dengan seluar legging warna merah dan baju kebaya labuh berwarna jingga. Colour blocking lah katakan.. sehingga membuat Pak Gaos yang sedang melintasi hadapan rumahnya terjatuh ke dalam parit bersama- sama basikalnya yang diimport dari Paraguay. Kelam kabut Joyan Jaclyn turun ke bawah menyelamatkan Pak Gous dari di gigit oleh semut merah. Tiba – tiba wajah Pak Gous bertukar kebiru – biruan. Dia berdiri tegak sambil memandang tajam ke wajah Joyah Jaclyn.
“Tiga warna...tiga warna...” itu yang Pak Gous katakana dan kemudian lelaki tua itu menaiki basikal secara terbalik malah bergerak juga secara terbalik menuju rumahnya. Joyah Jaclyn menggaru kepalanya.  Dia senyum melihat ustazah Syarmilla datang menghampirinya dengan senyuman.
“Assalamualaikum” sapa Ustazah Syarmila. Joyah Jaclyn menjawab tenang.

“Lepas A apa?” soal Ustazah Syarmilla.
“B” jawab Jaclyn penuh yakin. Ustazah Syarmila mengangguk dengan wajah kagum.
“Betul. Saya balik dulu” ustazah Syarmila menghulurkan salam dan kemmudiannya pergi. Joyah Jaclyn terus ke rumahnya. matanya terbeliak apabila melihat Ustazah Syarmilla baru sahaja pulang dengan menaiki keretanya. Tadi siapa?. Joyah Jaclyn menekan dadanya...... hantu tadika ke?. Tanya A B C?..

Hampir malam tetapi Carl hensem masih belum pulang. Hati joyah Jaclyn menjadi panas. Baru sahaja dia bercita – cita mahu membeli pencungkil gigi alaf baru yang ditayangkan di kaca tv. Nampaknya keinginannya tidak dapat dipenuhi.

Sudah hampir pukul 12 malam namun begitu kelibat Carl Hensem masih belum di lihat. Baju angkasawan warna biru muda yang tergantung di tingkap rumah di pandang kosong. Tiba – tiba pintu diketuk. Joyah Jaclyn yang masih angin dengan suaminya membuka pintu itu dengan wajah muram ala – ala siti tanjong perak.

“Kenapa lambat balik?” soal Joyah Jaclyn dengan nada merajuk. Hilang segala tarian ballet dan zapinnya. Carl Hensem tidak bersuara. Dia membuka topi keledarnya dan hanya memandang Joyah Jaclyn.

“Lepas  C apa?” soal Carl Hensem.
“D lah. Hari ni memang hari abc sedunia ke?” soal Joyah Jaclyn. Tiada jawapan. Carl Hensem berlalu dengan gaya kuak dada sambil kakinya berlari – lari anak walaupun masih berwajah ketat.

“Wow!!! hebat gaya larian suamiku itu” Joyah Jaclyn sengih panjang. Dia menghidangkan nasi dengan telur unta masak empat suku. Sambal belacan juga dihidangkan namun begitu Carl Hensem tidak mahu makan. Dia terus baring di katil sambil mengeja dar A sampai Z dengan lagunya sekali. Setiap kali habis, dia akan bertepuk tangan. Joyah turut sama menepuk tangan kerana disangkanya itu adalah senaman bagi menguatkan limpa dan anak tekak. Apabila semakin kerap di nyanyikan Joyah Jaclyn menjadi bosan dan akhirnya dia tidur di luar. Tidak mahu mengganggu Carl Hensem yang kali ini menghafal sifir satu pula.

Joyah Jaclyn bermimpi.....
Carl Hensem datang menemuinya.... dia hanya menyebut tiga perkataan... hijau, putih dan kuning sahaja. Kemudian dia terus menghilang di sebalik kabus yang tebal. Joyah Jaclyn terjaga. Dia terus ke biliknya. Tiada Carl Hensem di situ. Dadanya mulai berdebar – debar. Dia perlu berjumpa dengan Ustazah Syarmila keesokan hari untuk mendapatkan penjelasan.

                                     ***********

“Kenapa Joyah Jaclyn binti Jon Johanson jonet?” soal Ustazah Syarmilla sambil tangannya memimpin tangan Joyah Jaclyn yang semakin sejuk. Joyah menceritakan segalanya kepada Ustazah Syarmila.

“Kita lihat dulu. Kalau masih begitu, kita usahakan “ kata Ustazah Syarmila.

Joyah semakin runsing. Dia terus menuju ke jeti di kampung sempang pantai untuk membeli ice blanded dari IR ice blenz milik Ai dan Ros. Mereka berdua sedikit terkejut melihat wajah Joyah Jaclyn yang sememangnya pucat. Ai menarik telinga Joyah Jaclyn setelah hampir 322 kali dia memanggil Jaclyn. Akibat kesakitan, Jaclyn mula tersedar.

“Nak perisa apa? Semua ada.. jangan minta perisa anak keli dengan jambu udah ler” sengih Ai. Joyah gelak. Dia memesan perisa apple, mangga dan vanilla. Dia mahu membelinya buat Carl hensem yang merupakan pelanggan tiga kali sehari kedai IR ice blenz sebelum menjala ikan. Ros membuatnya dengan tekun dan amanah. Ai pula mengurut – ngurut jari tangan kanan Joyah Jaclyn dengan penuh kasih sayang.

Setelah siap, Joyah Jaclyn pulang ke rumahnya. apabila pintu terbuka didapati semua barang di dalam rumahnya bersepah dan titisan minyak gamat mula meleleh sana sini.  Hati Joyah Jaclyn semakin tidak menentu. Ketakutan mula menguasai dirinya. Dia terus berlari ke rumah Ustazah Syarmila yang kebetulan pergi ke Kuala Lumpur atasa urusan pembelian tanahnya di Wangsa Maju berhampiran dengan kedai ayam Hassan Dinding. Tiba – tiba Susana menjadi gelap sewaktu Joyah Jaclyn tiba di rumahnya. pintunya tertutup rapat. Carl hensem yang lemah longlai menghulurkan tangannya tetapi di tepis oleh Joyah Jaclyn. Muka Joyah Jaclyn semakin pucat apabila menoleh ke kiri. Seorang lagi Carl Hensem ada di situ tetapi wajahnya bersih dan kelihatan tegap.

“Mari pada abang..sayang” pinta Carl hensem yang bertubuh sasa.
“Jangan sayang... itu hantu bukan abang. Dia mahukan sayang... dia saka ibu sayang “ jerit Carl Hensem.

“Tak.. sayang... abanglah suami sayang” mereka berdua mula membuatkan Joyah Jaclyn semakin takut. Tiba – tiba dia teringatkan ice blenz yang baru sahaja dibelinya tadi, walaupun cair namun begitu tetap sedap.

“Minum ni” arah  Joyah Jaclyn. Mereka berdua minum dengan berselera sekali. Perisa mangga itu tidak mampu membezakan yang mana benar atau tidak. Lalu Joyah Jaclyn menghulurkan pula ice blenz berperisa vanilla ke mulut mereka berdua. Dua dua minum !. JOyah Jaclyn menghulurkannya pula kepada mereka perisa vanilla. Habis juga! Joyah Jacylyn mencengkam rambutnya hingga botak sebelah. Nasib baik ada gam uhu... di sambungnya semula. Dia merenung ketiga – tiga bekas ice blenz itu agak lama. Dia cuba meneleon Ai tetapi tidak berjawab kerana dia menelefon rumahnya sendiri.  Dia mendail nombor Ai yang sebenar. Belum sempat dia bertanya, Ai sudah memberikan jawapan.
“Joyah Jaclyn Johanson Jonet... laki kau suka campur tiga2 lah. Sekarang dia tak minum satu2. Kau campur ketiga perisa yang berlainan warna tu” kata Aii dengan yakin walaupun tidak nampak dengan mata kepalanya sendiri. selalunya ice blenz itu akan dibungkus dan di bawa masuk ke dalam perahu.
Setelah meletak telefon Joyah Jaclyn ketawa bangga. Dia berjalan dengan penuh gaya sambil memegang rambut yang baru di gam.

“Kau suka yang mana? Ambik!” dia menyoal Carl hensem yang tegap. Carl hensem menunjuk ice blanz berperisa mangga.

“itu saja?” cebik Joyah Jaclyn. Tiba – tiba ada seorang bayi lelaki merangkak ke kakinya. Semua memandang bayi itu kehairanan. Bayi itu duduk sambil menggaru – garu kepalanya “Salah iklan ye kak?. Saya ingat iklan pampers tadi” dengan segera bapak bayi yang inginkan upah yang tinggi itu mendukung anaknya. Cerita bersambung semula. Joyah Jaclyn menghulurkan  ice blez perisa vanilla kea rah Carl hensem.
“Abang suka campur tiga-tiga. Hijau, putih dan kuning” jawab Carl hensem dalam keadaan lemah.
“BINGGO!!!!!” ketawa Joyah Jaclyn. Dengan selamba dia menendang Carl hensem yang tegap itu keluar dari rumahnya. Carl Hensem yang lemah tersenyum gembira. Dia menyedut ice blenz yang lazat itu semahunya....

Malam itu selepas dia memberi makan kepada Carl Hensem dia tertidur. Dia bermimpi lagi..
Kali ini Carl Hensem datang dengan wajah yang bengis.
“Lain kali dengar bagi habis apa aku cakap..... ini belum habis cakap dah bangun. Aku nak cakap tiga warna hijua, putih dan kuning itu.... jangan di campur, aku tak suka!. Sesuka hati kau saja tendang aku. Lantak kau lah! Kau tinggallah dengan hantu raya budget hensem tu”
Joyah Jaclyn terjaga... dia mengintai ke dalam bilik. Kelihatan hantu raya itu tersengih dengan mata yang merah menyala......
“3 darab 2 berapa?” soal joyah Jaclyn.
“Enam” jawan Hantu raya.
“Kau bukan suamuiku”
“Tapi jawapanku benar”
“Tapi jawapan suamiku selalunya tiga.....”

Kepandaian yang tidak terhingga itu membuatkan hantu raya itu membungkus kain bajunya dan berpindah dari situ. Sebelum meneruskan perjalanan dia sempat menoleh dengan wajah muram.
“Katakan pada pemilik IR ice blenz tu... ice blenz dia sedap” hantu itu terus pergi tak kembali lagi.


Carl Hensem yang ditendang oleh Joyah itu di hantar ke unit rawatan rapi akibat rusuk kirinya patah seribu seperti shiela amzah.. akhirnya mereka hidup gembira di kawasan nelayan yang indah itu dan Joyah Jaclyn tidak memaksa suaminya itu menghafal sifir lagi.

6 comments:

  1. hahaha tgolek2 atas lantai skit peruk gelak

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheh...
      tergolek ye....
      meh akak golekkan lagi sekali..
      kali ini akak golekkan dengan penuh rasa bertanggungjawab kepada negara hehheehhe..

      Delete
  2. entahnya na dah berguling2 ni sakit perut terlebih perisa dalam gelak ketawa na tadi...aduiihhh dah mcm mak lampr dah aku gelak sorang2..smpaikan laki aku lari kluar ikut pintu...hehehehehehee ni pun ada lagi ni saki baki..hehehehehe hahahahaha....

    akak lenkali jgn dah wat cerita cam ni..sekshaaa perut na tau....peace yo....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...irna. laki keluar ikut belakang tu balik semula ke rumah tak?... kang jenuh cari tak jumpa hihihi.. memang niat nak seksa perut irna pun heheheh

      Delete
  3. btl lah kak...len kali katakan tidak pada cerita yg x berapa nak seram ni...kih3x...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh....adoi..dushumm..dushummmm...... azizah tergolek sebentar.. ye la... lain kali x wat lagi hahhhha... akak sajer je... kehkehkehe... memang x seram kan... satu bulu roma pun x meremang heheheh

      Delete