Monday 21 July 2014

TUAN DANIAL - BAB DUA

MENGEMOP lantai memang memenatkan. Gunalah mop secanggih mana pun, pinggangnya pasti sakit. Tak tergamak mahu membiarkan Kak Hasnah terbongkok – bongkok mengemop lantai ruang tamu yang besar itu. Iyalah... besarnya mengalahkan rumah Is sendiri. Tekaknya sedikit dahaga dan batang mop terus disandarkan ke tepi peti ais. Mug milik Tuan Danial diambil dan diisi dengan air sejuk. Lega sungguh. Is memandang Kak Hasnah yang membulatkan matanya sambil memandang mug di tangan Is.
     “Apanya yang bulat sangat mata Kak Hasnah tu?. Sejak Is ke sini dah dekat sepuluh kali Is nampak mata Kak Hasnah begitu. Jangan kak... nanti besar tak boleh tutup – tutup,  tak ke haru biru nanti?” sengih Is. Kak Hasnah memuncungkan pula mulutnya. Is bantai gelak.
     “Akak cuba tengok muka akak dekat cermin tu. Dahlah mata jadi bulat, mulut muncung pula macam tu, dah rupa minah gatal minta cium free je” mengekek Is ketawa. Mug yang masih di tangan disuakan ke mulutnya sekali lagi.
     “Esok saya nak Kak Hasnah jangan hidang mug saya lagi. Nanti saya beli yang baru” suara yang tiba – tiba menerpa penjuru telinga Is membuatkan mug itu beralih tangan.  Is melintasi Tuan Danial.
     “Macamlah mug dia tu hebat sangat” sempat lagi dia bersungut dan belum pun sempat dia jauh,  kakinya tersadung batang mop yang kebetulan jatuh melintang sebelum dia pergi. Mujur Tuan Danial sempat menarik leher bajunya daripada belakang. Is memegang lehernya yang hampir tercekik. Mulutnya sudah pun ternganga kerana menahan kesakitan akibat dijerut dengan leher bajunya sendiri.
     “Tuan Danial cekik saya kenapa?”
     “Ok... saya tolak awak semula”
     “Ni dah macam mengambil kesempatan supaya pembunuhan ini nampak seperti pembunuhan tanpa niat. Tuan Danial terlepaslah kan?. Jangan ingat saya boleh diamkan kalau saya mati. Saya jadi hantu cekik Tuan Danial sampai kiok” terjegil biji matanya memandang wajah Tuan Danial.
     “Orang lain mati nak masuk syurga. Awak mati nak jadi hantu?. Ha... baguslah kalau bahagia jadi ahli neraka sebab saya tak pernah dengar hantu masuk syurga. Jadi kalau awak mati tak payahlah susah – susah saya nak buat tahlil. Awak sendiri yang tak nak ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Awak nak jadi hantu!” sinis sekali kata – kata Tuan Danial hingga kepala yang tidak gatal pun Is garu.
     “Danial... kenapa kata dekat Is begitu?” Tuan Hashim bersuara daripada belakang. Segera perbalahan tadi dihentikan. Tuan Danial keluar untuk terus ke pejabat. Tuan Hashim senyum lebar melihat Is yang sedikit keliru dengan kata – katanya sendiri tadi.
Ish... tak mahu aku jadi hantu. Aku nak masuk syurga’ dia menggeleng kepala dan masuk ke dalam biliknya. Tuan Hashim dan Kak Hasnah berpandangan sesama sendiri dan teersenyum malu. Ada garis ceria pada senyuman Tuan Hashim  setiap kali memandang Kak Hasnah...senyuman penuh makna
KERETA yang baru sahaja dicuci di lap dengan kain bersih, getah paip yang panjang itu di campak ke tepi. Memang Tuan Danial gemar membelai keretanya. Rasa puas cuci sendiri tetapi kalau dia sibuk,dia akan menghantar keretanya ke car wash centre sahaja. Is yang sedang mengemas ruang tamu sekali sekala mengintai anak teruna Tuan Hashim itu di sebalik tingkap yang ditutupi langsir.
     Kain lap di tangan Tuan Danial terjatuh dan dia membongkok untuk mengambilnya. Sebaik sahaja Tuan Danial melangkah, kakinya tersadung getah paip yang dicampaknya tadi. Tuan Danial jatuh dan nasib baik tangannya sempat menahan tubuhnya daripada jatuh tersembam.
    Is terpaksa menahan tawa. Lelaki yang nampak hebat dan maskulin pun kalau jatuh tetap buruk rupanya!. Is berlari ke dapur apabila Tuan Danial mahu masuk ke dalam rumah. Tawanya meletus sebaik sahaja masuk ke dalam tandas. Padan muka kau, Tuan Danial!.
     Tuan Danial masuk ke dalam rumah dan terus mengambil suratkhabar untuk dibacanya. Tuan Hashim sudah pun keluar pagi – pagi lagi. Is yang sedang menyusun pinggan untuk Tuan Danialnya makan tengahari mula bercerita dengan Kak Hasnah.
    “Kak Hasnah tahu tak?” Is mula bercerita. Tuan Danial mula pasang telinga. Mata sahaja memandang suratkhabar tetapi dia lebih berminat mendengar cerita Is.
    “Tak tahu” jawab Kak Hasnah dengan jujur.
    “La... memanglah tak tahu sebab kalau akak tahu buat apa saya cerita?” Is geleng kepala
    “Siapa suruh tanya?. Bila Kak Hasnah jawab kata macam tu pula. Kak Hasnah nak Danial halang dia daripada kacau akak ke?” Tuan Danial menyampuk. Suratkhabar di tangan masih diangkat dan dibaca.
   “Kak Hasnah tahu tak... tadi Tuan Danial jatuh tersungkur terlanggar getah paip depan rumah. Punyalah kelakar muka dia. Donald duck pun tak mengaku sedara sedarah lah!” sengaja dikuatkan suaranya. Suratkhabar yang sedikit rendah itu ditinggikan dan hampir ke wajahnya. ‘Kurang asam!. Nampak pula dia’ geram Tuan Danial.
     “Tak sangka pula awak selalu intai saya” balas Tuan Danial. Erk... Is masuk dalam jerat sendiri.  Is yang tahu dia sedang direnung tajam oleh Tuan Danial membelakangkan Tuan Danial untuk mengemas meja makan.
     “Saya tak kisah, tapi jangan sampai tergoda dengan saya sudahlah. Saya takut awak buat apa – apa kat saya nanti. Maklumlah, muka saya jadi Donald duck pun awak teliti ini kan pula benda lain” sengih Tuan Danial. Suratkhabar diletak ke sisi. Sengaja dia menyengetkan badan sambil merenung Is yang sudah pun memandangnya.
     “Nampak garfu ni, cucuk kang!” garfu diangkat.
     “Apa – apalah Is oi. Cuma nak ingatkan , tak baik intai anak teruna orang balik langsir macam tadi. Siap sengih – sengih. Suka ye tengok saya tertonggeng – tonggeng basuh kereta”
    “Danial!!!!!!!!” jerit Is. Kali ini dia sudah mendapatkan Danial yang masih di sofa dan merenungnya.
     “Malulah tu, itulah orang tak kenakan, nak mulakan dulu. sekarang siapa malu?. Saya nampak awak melalui cermin kereta saya tau. Senyuman... menakutkan!” Tuan Danial sengaja menambah perisa. Kak Hasnah gelak besar.
    “Kak Hasnah tahu tak, tu belum dia menahan jerit sebab teruja tengok saya dengan kacaknya mengelap kereta. siap gigit dinding dengan cermin tingkap lagi!” makin berasap telinga Is mendengar fitnah terang – terangan itu. Is sudah tak tahu nak buat apa lantas dipandangnya garfu di tangan. Dicucuknya bahu Tuan Danial dengan garfu. Walaupun tak kuat mana namun masih terasa sakitnya.
     “cucuk saya dengan garfu buat apa?” marah Tuan Danial.
     “Diamlah...” Is masuk ke dalam dapur. Kak Hasnah sampai terhenjut – henjut bahunya ketawa. Tuan Danial nai ke biliknya untuk mandi sebelum makan tengahari. Dalam pada dia mahu ke tingkat atas pun sempat lagi dia menyanyi mengikut iramanya sendiri.
     “Oh Danial... kamu seksi kamu menawan, Hati Is kini tertawan... aduhhhh... tak tahan  lagi!!”
     “Diamlah Donald Danial!!!!!”. Tuan Danial ketawa besar. Lantaklah Is, nak menjerit ke histeria ke... janji aku menang.

KAWAN – kawan Tuan Danial datang ke rumah. Kawan – kawan lelakinya tak banyak kerenah. Mereka makan dan minum apa sahaja yang dihidangkan tidak seperti kawan – kawan perempuannya. Tak nak banyak minyak takut gemuklah. Nak yang lebih itulah inilah. Naik gila Kak Hasnah nak melayan.  Hilang sabar Is apabila melihat Kak Hasnah terlari – lari nak menghantar fresh orange permintaan kawan perempuan yang tak ingin pun is tahu namanya. Is mengambil gelas terakhir pada tangan kak Hasnah dan dia sendiri ke ruang tamu. Beberapa orang kawan lelaki Danial tersenyum. Tak sangka pembantu rumah Tuan Danial secantik ini.
     “Siapa nak air ni tadi?” soal Is
     “I” perempuan yang tudungnya setinggi busut di tanah menjawab dengan wajah yang mencuka. Marah kerana lambat agaknya.
     “Ini rumah ye, bukan hotel atau restoran. Apa yang kami hidang silalah makan. Kalau tak puas hati, buat sendiri kat dapur. Kasihanlah kat Kak Hasnah tu” Is terus pergi. Tuan Danial yang mendengarnya terus mengekori Is ke dapur.
     “Suka hati awak sahaja cakap macam tu pada tetamu, Is?”
     “Habis, ingat saya suka sangat nak layan kawan- kawan perempuan Tuan Danial yang tak nak makan ini tak nak makan itu tu?. Suruh diorang buat sendiri. Kak Hasnah bukan orang gaji diorang. Apa yang kami hidangkan makan sahaja dan jangan banyak cakap. Saya banyak lagi kerja lain nak buat. Kalau banyak cakap sangat... ni, saya lumur kereta Tuan Danial dengan belacan ni nanti. Sudah kak... masuk dapur balik. Tak payah  nak layan” tangan Kak Hasnah ditarik masuk ke dalam dapur. Tuan Danial senyum. ‘Eh, aku mengamuk bagai nak gila boleh pula dia senyum macam tu!’ mata Is mula menjeling tajam. Belacan yang dipegaang tadi dimasukkan ke dalam peti sejuk.
     “Awak tahu tak yang awak nampak comel bila marah. Dengan hidung – hidung jadi merah. Saya masukkan awak dalam persatuan badut sedunia nak?” masih lagi tersenyum lucu. Kak Hasnah menggarau – garu kepalanya.
     “Memang tak boleh buat laki!” balas
     “Ada saya kata nak buat awak jadi bini saya ke?”
Is merenung tajam wajah Tuan Danial yang masih nampak macam tak bersalah.
     “Danial!!!... Ai dah sampai” jerit Ihsan. Mata Is terbeliak. Cepat – cepat dia ke ruang tamu. Dah agak dah!!!.
     “Hei Tengku... juh!” terpaksa Ai menukar perkataan yang sepatutnya apabila melihat mata Is membulat dengan bibir yang digetapkan.
     “Tengku mana ni Ai?” soal Tuan Danial. sesekali dia mengalihkan pandangannya pada Is.
     “Ni siapa?” amboi Ai... pandai betul dia. Boleh pula tanya siapa Is walhal kawan rapat sendiri. Baru Is ingat yang dia belum beritahu lagi dua orang teman rapatnya mengenai projek terbarunya di rumah Tuan Danial Bin Tuan Hashim ni. Kalaulah dia tahu Ai kenal, tak payah susah – susah nak jadi orang gaji segala.
     “Pembantu rumah aku” jawab Danial sambil melabuhkan punggungnya.
     “Pembantu rumah?. Budak ni?” Ai menggeleng kepala.
     “Ye lah. Kenapa?” pelik pula Tuan Danial dengan soalan – soalan Ai.
      “Aku nak tumpang tandas sekejap. Hmm... cik adik boleh tunjukkan?” soal Ai. Senyuman terpaksa ditahannya apabila memandang renungan Is. ‘memang minta kena hempuk agaknya Si Ai ni’.
     Tangan Is ditarik jauh ke dapur. Ai ketawa sambil menepuk – nepuk bahu Is. Tak sangka sungguh dia akan berjumpa dengan anak Tengku Khalil di rumah Tuan Danial sebagai pembantu rumah. Pandai ke Is masak?. Jangan kena keracunan makanan sudah!.
     “Gelak!gelak!” marah Is. Baju Is ditelek Ai dengan senyuman yang lebih lebar.
      “Aku confirm ni baju Hatta!” bertambah galak dia ketawa.
      “Nasib baik aku tak jadi nak mengurat Hatta dulu. tak sanggup aku dapat kakak ipar macam kau. Dah... aku faham tugas aku. aku tak kenallah konon – kononnya?” soalan Ai dijawab dengan anggukan.
     “Kalau aku ikut ...aku dapat apa Tengkujuh?” tawa Ai makin meleret. Terus Is mendebik Ai hingga kawan rapatnya itu berlari keluar. ‘Ha... rasakan!. Gelakkan aku lagi!”.
     Semua kawan – kawan Tuan Danial sudah pun pulang  ke rumah termasuk Ai. Is pasti selepas ini Ina juga akan turut mengetahuinya.

TENGKU Khalil dijemput untuk menghadiri majlis kesyukuran di rumah Tuan Danial. Is yang langsung tidak mengetahuinya hanya sibuk menyusun pinggan di bawah khemah sehinggalah dia dipanggil Tuan Hashim untuk bertemu dengan Tengku Khalil dan Tengku Hatta.
     Macam nak pengsan sahaja apabila melihat senyuman Tengku Hatta. ‘Papa datang buat apa?. Alamak kantoi habislah anakmu ini papa. Lagi – lagi bawa Si Hatta tu. Punah!’ Is berdiri dan tersenyum malu seperti tidak mengenali Tengku Khalil.
     “Khalil... ini anak angkat saya. Cantik kan?. Is, kenalkan Tengku Khalil dan Tengku Hatta” Tuan Hashim memperkenalkan Is pada ‘keluarga’nya sendiri. Is mengucup tangan papanya.
     “Uncle Khalil sihat?” soal Is. Tuan Hashim berdehem dan tersenyum memandang Tengku Khalil. Papanya senyum dan mengangguk. ‘Nasib baik Is ada misi penting, kalau tidak memang papa cubit kamu sebab panggil papa ni uncle’ Tengku Khalil mahu tergelak pun ada sebenarnya.Tiba – tiba Tengku Hatta menarik tangan Is dan mengucupnya. Cara mengucup tangan Is tu macam orang nak mengurat sahaja. Terjegil mata Is. Tuan Danial memalingkan wajahnya ke arah lain dan Tuan Hashim menyedarinya. Dia mengenyit mata ke arah Tengku Khalil.
     “Kau nak akak hempuk kau dengan pinggan atas meja tu?” bisik Is. Tengku Hatta buat tak dengar. Masih marah kerana Is mengambil bajunya tanpa izin.
     Tengku Hatta dan Tengku Khalil sudah pun masuk ke dalam rumah. Begitu juga dengan Tuan Hashim.
     “Sukalah sangat kan, tangan tu kena cium dengan Tengku Hatta yang budget handsome tu?” sinis soalan Tuan Danial. Is menoleh. ‘Aish... macam cemburu je.Aku suka aku suka...’. Is tersenyum panjang.
     “Tak payah nak senyum sangatlah” Tuan Danial beredar.
     “Cemburu lah tu!” jerit Is dengan kuat sekali hingga semua tetamu yang masih berada di luar memandangnya dan Tuan Danial silih berganti.
     “Tak kuasa nak cemburu. Otak tak centre, dah rebus tak masak – masak” jawab Tuan Danial dan terus masuk ke dalam rumahnya. Kak Hasnah gelak besar. Dia mencuit lengan Is.
     “Memang dia cemburu”
     “Comel je dia cemburu kan kan kan?”
     Kak Hasnah cepat – cepat  mengangguk. Indahnya malam itu. ‘Hai Hatta... ada gunanya juga kau ni!’. Tiba – tiba rasa beruntung pula dapat adik macam Tengku Hatta.
     Semuanya berjalan dengan baik dan Tuan Danial pun tak lama di situ. Habis sahaja majlis kesyukuran dia terus keluar. Is mengeluh.
    “Hattalah ni!. Aku balik siap. Memang aku seligi budak tu!” kain buruk di letak di dapur dan Is membantu Kak Hasnah mengemas dapur sehinggalah pukul 12 tengah malam. Tuan Danial pulang tetapi terus naik ke biliknya. Tidak berkata sepatah apa pun pada Is. Pada waktu itu geram Is pada Tengku Hatta semakin menggunung. ‘Siap kau, budak bisul!’.    


6 comments: