Saturday 19 July 2014

TUAN DANIAL - BAB SATU

BAB  1

TERMENGAH – mengah Tengku Ismahanim atau lebih senang dipanggil Is masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat milik papanya, Tengku Khalil. Beg pakaiannya dicampak ke atas sofa tanpa mempedulikan pandangan Tengku Khalil dan satu – satu adiknya, Tengku Hatta. Roti yang baru sahaja dipegang diletak semula. Tengku Khalil menghampiri anak sulungnya yang sudah pun terbaring selesa di atas lantai terrazzo rumahnya. Tengku Hatta geleng kepala berkali – kali. Buat kerja menyusahkan diri!,
     “Penatnya papa!” adu Is sambil mengeluh berat. Kipas di atas kepala dipandang kosong. Setelah beberapa minit dia bangun semula.
     “Jadi?” soal Tengku Khalil yang duduk bersilang kaki di atas sofa dan tubuh Is yang sedikit susut dipandang sekali lalu.
     “Jadi apanya... tak jadilah!. Tak mahulah Is dengan anak Tan Sri Jalal tu. Pandai – pandai sahaja papa kata dia lelaki hebat, maskulin dan bergaya. Pengotor adalah. Papa tahu tak?” Is bangun dan kemudiannya duduk di sebelah Tengku Khalil.
     “Dia layan Is ni macam perempuan simpanan. Maaflah papa... kalau lelaki begini papa nak jodohkan dengan anak papa ni, batalkan sahaja. Sudahlah tu, kedekut!. Penat tau jadi orang gaji tapi dibayar lima ratus sahaja” terbeliak mata Is bercerita.
     “Cukuplah tu. Buat shopping beli kasut” perli Tengku Hatta. Ah!... malas mahu Is peduli dengan cakap – cakap Tengku Hatta. Mahu mengutuk sahaja kerjanya.
    “Dah... Is masuk bilik, berehat. Malam ni papa nak bincang sesuatu” sengih Tengu Khalil. Dari corak senyumannya sahaja Is dapat mengagak. Dengan siapa pulalah Tengku Khalil mahu menjodohkannya. Dah macam orang dulu – dulu pula.
     Setelah selsesai menjamu makan malam bersama papa dan adiknya, Tengku Khalil cepat – cepat menunjukkan sekeping foto buat anaknya. Is mengambilnya. Dia perhatikan betul – betul wajah lelaki di dalam foto itu. Kacak dan senyumannya manis tapi... adakah dia lelaki yang baik untuk dibuat suami?. Tengku Hatta tak mahu ikut masuk ampur. Sudah lima orang lelaki ditolak oleh kakaknya setelah dia pergi berkhidmat sebagai orang gaji pada calon – calon suaminya. Tengku Hatta kata kakaknya itu dah rupa perempuan zaman dulu – dulu. Iyalah, sejak berpisah dengan Hady dia benar – benar memilih.
     “Ok... handsome, papa” sengih Is. Kakinya dihayun ke depan dan ke belakang. Tergelak Tengku Khalil mendengarnya. Dia belum tahu siapa Tuan Danial Bin Tuan Hashim tu. Biar masa yang mencorak sejarah antara anaknya dengan anak Tuan Hashim.

PERJANJIAN dan kata sepakat dijalinkan. Tengku Khalil berjanji dia akan merahsiakan siapa Is sebenarnya sepeti biasa, Is akan melamar orang gaji Tuan Danial untuk bekerja di rumahnya. kalau tidak, tidak akan ada kekosongan untuk dia masuk berkhidmat sebagai pembantu rumah di dalam rumah Tuan Danial Bin Tuan hashim itu. Mujurlah, dia tidak pernah bertemu muka dengan Tuan Hashim.
     Pintu rumah Tuan Hashim diketuk berkali – kali. Jujur, ada debaran di lubuk hatinya.  Is menyentuh lengan bajunya.
     ‘Nasiblah kau Hatta... terpaksalah aku pinjam baju kau lagi. Takkan aku nak pakai baju aku jadi orang gaji’ bicara is sendiri. Pintu rumah terbuka. Wajah lelaki di dalam gambar itu benar – benar membuatkan bibir Is tersenyum secara automatik.
     “Ye cik... nak apa?” soal Tuan Danial. Is masih lagi memandang. Bibir yang masih lagi tersenyum itu tidak mampu mengeluarkan walau sepatah perkataan melaluinya. Tuan Danial menggeleng kepala.
     “Sengih dah macam kerang busuk. Jual kerang agaknya. Maaf. Saya tak makan kerang” pintu ditutup dan Is sedikt terkejut. Amboi... bukan main sombong lagi kau ye?. Is getap bibir kuat – kuat. Mahu sahaja dia berpatah balik tetapi nalurinya kuat menyuruhnya membalas dendam. Apa salahnya kalau tinggal seminggu dan kenakan Tuan Danial yang sombong ni cukup – cukup. Pintu diketuk lagi dan dengan cepat pintu terbuka. Seorang wanita dalam lingkungan lewat 30 an membuka pintu.
     “Ini pembantu rumah baru ye?” soalnya dan cepat – cepat Is mengangguk. Baik cepat angguk. Tak mahu ditutup pintu sekali lagi malah cepat – cepat kakinya melangkah masuk walaupun belum dipelawa. Tersenyum lebar Kak Hasnah memandang gelagat anak muda itu. mata Is terarah pada Tuan Danial yang sibuk mengemas begnya di sofa. Tidak sedikit pun menoleh ke arah Is yang sedang merasakan dirinya itu sangat ayu walaupun cuma memakai baju t-shirt milik Tengku Hatta.

SEMENTARA di rumah Tengku Khalil...
“Kak Is!!!’ mahu bergegar rumah Tengku Khalil mendengar jeritan anak bongsunya. Tengku Khalil yang sedang bersarapan hampir tersedak. Cepat – cepat dia meneguk kopi. Bekas pembantu rumah Tuan Danial cepat – cepat menepuk belakang badan majikan barunya. Terdengar tapak kaki Tengku Hatta menuruni anak tangga.
     “Sepuluh helai baju t-shirt Hatta Kak Is ambil. Bukannya dia tak boleh beli semalam. Saja suka menyakitkan hati Hatta. Ada yang limited edition tau dan yang warna kuning tu bekas makwe Hatta yang hadiahkan” rungutan itu terus menerus. Tengku Khalil sengih.
     “Ha... dah bekas pun kan. Biarlah. Papa janji kalau kali ini Kak Is kamu tu jadi kahwin, papa belikan semua baju yang Hatta nak” tawaran itu yang hanya dipandang ringan oleh Tengku Hatta.
     “Apa barang baju, bagi keretalah” Tengku Hatta duduk di sebelah Tengku Khalil.
     “Ok” jawab Tengku Khalil.
     “Ok?” terbeliak mata Tengku Hatta.
     “Cakap lagi ok, papa batalkan perjanjjian”
     “ok pa!” sengih Tengku Hatta. Tengku Khalil menoleh.
     “Kan papa kata kalau sebut ok, batal perjanjian?. Baru saja Hatta sebut tadi jadi,batallah” Kali ini Tengku Khalil berdiri. Menepuk – nepuk bahu anak bujangnya dengan tawa yang meleret.
     “Papa dengan Kak Is sama aje” rungut Tengku Hatta. Kali ini Tengku Khalil ketawa lebih kuat lagi. Nak kereta ya?. Kereta sekarang pun Tengku Khalil yang berikan!.

KAK Hasnah pembantu rumah Tuan Danial yang sedia ada nampaknya ramah dan tidak sombong. Nak sombong? Nasib dialah kalau kena dengan Is.
     “Mari akak tunjukkan bilik” tangan Is dipimpin masuk ke dalam bilik di tingkat bawah. Banyak sungguh cd game yang disusun di situ. ‘Takkan Kak Hasnah yang main kot?’ Is memandang Kak Hasnah dengan wajah yang berkerut. Bagai mengerti akan pandangan pelik Is itu Kak Hasnah terus menjawab.
     “Ni tempat Tuan Danial main game”
     “Oooo... kemas ye?” sengih Is. ‘Aish... ni yang berkenan ni. Hati dah macam cucuk – cucuk suruh telefon papa kata satu peratus cirri Tuan Danial sudah pun lulus’ sengih Is bagai tak boleh dikendurkan lagi.
     “Memang... bilik Tuan Danial pun dia kemas sendiri. Bilik dia wangi. Tak suka habuk segala. Siapa jadi isteri dia mesti makan hati” sambung Kak Hasnah.
     “Ish... tak apa kak, saya tak makan hati pun sebab saya pun lebih kurang dia. Akak jangan risau, hati saya ok” Is menepuk – nepuk bahu Kak Hasnah. Bagai mahu ketawa Kak Hasnah dibuatnya. Macamlah dia yang akan berkahwin dengan Tuan Danial tu...
     Badan yang berpeluh kerana memakai t-shirt Tengku Hatta yang tebal membuatkan Is mandi dengan segera. Memandangkan Tuan Danial dan Tuan Hashim tiada di rumah maka, pintunya tidak dikunci. Dia yang takutkan kegelapan dan tempat sempit sememangnya tidak mengunci pintu. Bimbang jika jadi apa – apa dia terkunci daripada dalam. Tuan Danial yang kebetulan pulang dari pejabat memegang cd game terbaru dengan senyuman yang panjang. Pintu dibuka dan... cd game itu terlepas daripada tangannya. Is yang baru sahaja mahu memakai pakaian turut tergamam. Dia memandang Tuan Danial dan Tuan Danial turut memandangnya. Masing – masing tergamam sehinggalah mata Tuan Danial menyorot ke bawah dada Is. Waktu itu Is menjerit dan membaling Tuan Danial dengan bantal. Tuan Danial kelam kabut keluar tetapi sempat lagi ketawa.
     Setelah dua minit, Is terus keluar dan menghentak tubuh Tuan Danial ke dinding. Terkejut Tuan Danial dibuatnya.
     “Siapa suruh intai saya?”
     “Mana ada saya intai?. Awak tu yang biar lama – lama kenapa??. Bukannya tak boleh tutup bila nampak saya masuk!” jawapan Tuan Danial mematikan kata – kata Is.
     “Dah.. dah.... mana saya tahu awak guna bilik ni. Saya ingat nak letak cd kat dalam ni tapi tak tahu pula ada tebusan serah diri” terdengar tawa kecil Tuan Danial. is melepaskan kolar baju Tuan Danial. Is masuk semula ke dalam biliknya dan terdengar suara Tuan  Danial dari luar biliknya.
     “Kak Hasnah!. Hari ni saya rasa macam kena ketumbit. Bukan saya yang intai tapi orang tu yang bagi intai. Danial pasrah aje lah!. Kak Hasnah ada ubat ketumbit?” sengaja membakar hati Is.
     “Tak apa... tak apa... ada mee ada mee hoon Danial!”

TUAN Danial mengerutkan keningnya. Apa yang berwarna coklat ditombol pintunya. Melekit – lekit. Tuan Danial merapatkan hidungnya. Belacan!. Ini memang kerja Is. Kak Hasnah takkan buat begitu... itu yang terfikir dibenak fikiran Tuan Danial.
     “Kak Hasnah, naik atas sekejap” panggil Tuan Danial dengan lembut. Kak Hasnah menggenggam tepi kain batiknya dan naik ke atas. Tuan Danial menunjuk tombol pintu biliknya. Kak Hasnah tepuk dahi. Padanlah Is sibuk cari belacan. Ingatkan dia nak buat sambal belacan!. Kak Hasnah ketawa.
      “Panggil dia naik. Kak Hasnah juga naik sekali. Nanti dia tuduh saya raba dia pula” Danial duduk menunggu di sofa. Is naik ke atas dan sempat memandang mata Tuan Danial yang tajam merenungnya.
     “Bersihkan” arah Tuan Danial.
     “Ouch! Ouch.... tangan saya sakit. Tak mampu nak pegang kain sekalipun” Is kenyit mata. Danial menggeleng kepalanya. Sejak bila pula papanya pandai upah pembantu rumah sewel macam ni?.
     “Eleh... pegang belacan pun geli. Macam Mat Salleh bagai. Sambal belacan makan pula” jeling Is.
     “Is... Tuan Danial tak makan sambal belacan” beritahu Kak Hasnah. ‘Ceh!. Kak Hasnah pun janganlah cakap depan dia’ Is mencari – cari kain disekitar situ. Matanya terpandangkan sapu tangan bewarna coklat tua di tepi Tuan Danial. Diambilnya dan terus dikesat tombol pintu itu. mata Kak Hasnah terbeliak. Bibirnya digigit sambil memandang mata Tuan Danial yang turut sama membulat.
     “Sapu tangan saya tu Is!!!”
     “Ops...” Is cuba menghadiahkan senyuman paling manis buat Tuan Danial walaupun dia tahu tidak akan berkesan mana senyuman yang penuh dengan rasa bersalah itu.
     “Mulai hari ini awak dilarang naik ke tingkat atas”
     “Tapi Tuan Hashim bagi saja” jawab Is
     “Saya kata jangan”
     “Tuan Hashim yang bayar gaji saya bukannya Tuan Danial yang tak makan belacan ni”
     “Saya larang”
     “Ini rumah Tuan Hashim dan saya Is... ehem..takkan menurut perintah orang yang tak makan belacan!. Nak saya ikut kata Tuan Danial?. pergi makan sambal belacan dulu. saya pun larang Tuan Danial masuk ke dalam bilik saya huh!” Is terus turun. Phewww... nasib baik tak terlepas sebut nama betul!.
     “Erk... dia tu...” Tuan Danial mengeluh dan Kak Hasnah terus ketawa. Apapun dia sukakan Is. Barulah dia punya teman ceria di rumah itu. Tak adalah sunyi memasak seorang diri menunggu kedua Tuan Danial dan Tuan Hashimnya  pulang.



13 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih ye Nurul Syakirah sudi masuk blog.... yippiiiiiiiiiiiiiii kikiki <3

      Delete
  2. Erk....kite kn prenzz kt FB. ...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahahahahaha.... ala.. baru akak nak budget sopan lagi santu dipagi ahad....

      Delete
  3. Replies
    1. lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak jumpa

      Delete
  4. Mcm2 minah nie. Nasib la Daniel....

    ReplyDelete
  5. aha la Zarinah... mcm2 ada ..sabor je kau Danial...

    Iza thanks nooo

    ReplyDelete
  6. Kat mana ada jual novel ni?

    ReplyDelete
  7. Jimat duit takpayah beli �� baca online je

    ReplyDelete