Sunday 3 August 2014

TUAN DANIAL -BAB 5

BAB 5



TENGKU Hatta menemani Tuan Danial pergi mendapatkan Nell yang kebetulan sedang makan tengahari bersamanya. Panggilan Nell membuatkan Tuan Danial perlu bergegas pergi. Sampai sahaja di Jalan Mahameru, Tuan Danial memberhentikan keretanya. Tengku Hatta yang duduk di dalam kereta tidak mahu keluar dan hanya mahu melihat dari dalam kereta sahaja. Nell sedang berdiri sambil memeluk tubuh di hadapan kereta Honda CRZ berwarna ungu gelap miliknya. Tuan Danial menghampiri Nell yang kelihatan merah wajahnya.
     “Danial, tolonglah jangan tinggalkan Nell” rayuan itu sedikit mengejutkan Tuan Danial. Tinggal? Siapa yang tinggalkan siapa sebenarnya?
     “Kenapa dengan awak ni?” soalan tunggal itu membuatkan Nell terus menerpa ke arah Tuan Danial dan memaut lengannya. Tengku Hatta menggaru-garu kepalanya. Kalaulah Is nampak!
     “Nell tahu Danial dalam hubungan dengan Tengku Ismahanim. Fikirkan Danial, kalau dia sanggup menipu tentang dirinya sendiri, tak mustahil lain kali pun dia tipu awak” nampak terdesak benar Nell pada waktu itu. Tuan Danial menarik tangannya kembali.
     “Kalau Danial tak mahu bersama dengan Nell, baik Nell mati sahaja!” Nell ke belakang dan menghampiri kawasan jalan raya.
     “Apa masalah awak ni? Panggil saya ke sini semata-mata mahu ugut saya? Nak bunuh diri? Silakanlah, saya tak tanggung apa-apa dosa pun. Itu keputusan awak. Rasanya baik mengucap dulu kot sebelum bunuh diri” Tuan Danial menggeleng kepala dan hanya tersenyum sinis.
     Nell kali ini seolah-olah sudah nekad. Dia terus berundur dan apabila melihat sebuah kereta Toyota Harrier menghampiri, mahu atau tidak Tuan Danial terpaksa menyelamatkan Nell.Tubuh Nell ditarik ke belakang dan dalam keadaan kaki yang tidak teguh menahan tubuhnya, Tuan Danial jatuh dan tergesel pada jalan tar yang baru diturap. Nell menjerit dan Tengku Hatta cepat-cepat keluar untuk menyelamatkan Tuan Danial. seluar pada lututnya terkoyak. Begitu juga pada lengan sebelah kirinya. Nell berlari mendapatkan Tuan Danial tetapi tangannya ditepis Tengku Hatta.
     “Kau ni bodoh!” ayat itu benar-benar membuatkan hati Nell terguris. Siapa Tengku Hatta untuk membodohkannya sebegitu?. Tengku Hatta membantu Tuan Danial bangkit dan membawanya ke klinik tanpa mempedulikan Nell lagi.


DENGAN wajah yang puat Is bergegas masuk ke dalam klinik. Melihatkan tangan Tuan Danial yang luka pada lengan  membuatkan Is bertambah risau. Itu belum lagi dengan lutut seluar Tuan Danial yang koyak. Tengku Hatta serba salah. Dia memandang Tuan Danial dan Is silih berganti.
     “Awak kenapa Danial?” soalan itu tidak dijawabnya. Tuan Danial hanya memejam matanya menahan pedih.
      “Terima kasih selamatkan saya tadi. Ingatkan awak akan biarkan saya begitu sahaja. Tak sangka masih punya rasa cinta kerana sanggup menyelamatkan saya tanpa mengira nyawa awak yang mungkin akan turut melayang pada waktu itu”  tiba-tiba sahaja Nell menghampiri mereka dan  duduk di sebelah Is. Sengaja memandang wajah Is yang ternyata berubah. Tuan Danial mengeluh. Dia mulai sedar permainan Nell. Tengku Hatta memegang bahu kakaknya yang terdiam tanpa kata. Nell rasa dia sudah pun menawan rasa ego Is yang meninggi itu dan terus pergi. Tidak jauh, sekadar cukup untuk mendengar perbalahan mereka berdua. Itu sudah cukup.
     “Is, kalau awak pun saya...”
     “Hatta, akak akan terus pulang ke rumah. Hatta uruskan meeting petang nanti” Is bangun dan dengan cepat tangannya ditarik Tuan Danial.
     “ Awak cuma ada satu nyawa dan awak telah pertaruhkannya demi dia. Tiada apa yang tinggal untuk saya, Danial. Awak fikir tak masa awak selamatkan dia tadi? Kalau jadi apa-apa pada awak, saya yang sedih dan saya yang menderita. Awak tak fikirkan saya tapi hanya fikirkan dia” air mata Is bergenang. Nell tersenyum di balik dinding.
      “Lepaskan tangan saya. Hatta! Kenapa biarkan? Korang berdua ni sama sahaja. Tak sayangkan ...” Is menarik kuat tangannya dan terus pergi. Tengku Hatta duduk di tepi katil dan mencebikkan mulutnya.
     “Hatta juga yang kena” rungut Tengku Hatta sambil memandang kakaknya berlalu pergi. Tuan Danial mengeluh. Jangan kata Nell, kalau kucing yang kena tadi pun, dia tetap akan selamatkan.
      “Nell tu Phsyco” bisik Tengku Hatta dan Tuan Danial terdiam. Ya, dulu pun banyak kali Tuan Danial terpaksa ulang-alik ke hospital kerana menyelamatkan Nell yang sering sahaja mencederakan dirinya sendiri kalau bertengkar atau pun merajuk dengan Tuan Danial.
     “Tapi lebih kepada gila” tambah Tengku Hatta. Kali ini Tuan Danial termenung panjang. Kenapalah mudah benar dia melupakan cara Nell menarik perhatiannya dahulu. Salah sendiri dan kali ini dia terpaksa bekerja lebih untuk memujuk Is pula.      

PAGI-pagi lagi Tuan Danial sudah ke pejabat TK Sdn Bhd. Dia perlu berjumpa dengan Is. Keengganan Is untuk menjawab panggilannya begitu menyeksakan. Dalam keadaan yang masih sakit dia perlu juga berjumpa dengan Is.   
      “Minta maaf Tuan Danial, Tengku Ismahanim tak mahu berjumpa. Katanya dia juga akan bawa keluar semua barang-barang miliknya di rumah Tuan Danial petang ini juga. Tengku Hatta yang akan mengambilnya. Tengku Ismahanim kata jangan risau, dia takkan simpan nama Tuan  Danial di dalam hatinya lama-lama” Yusni senyum tawar. Tuan Danial tidak peduli. Dia terus melangkah masuk ke dalam bilik Is tanpa kebenaran. Sebaik sahaja pintu bilik pejabat dibuka, Is yang sedang berdiri di cermin tingkap menoleh lemah. Matanya masih bengkak. Tuan Danial yakin yang wanita dihadapannya itu seharian menangis akibat terlalu kecewa. Dengan tangan yang masih berbalut, Tuan Danial meminta agar Yusni meninggalkan mereka berdua di situ.
      “Benci saya?” soalan itu tidak dijawab sebaliknya air mata Is menitis lagi.
      “Kalau Kak Hasnah berada di tempat yang sama pun, saya akan lakukan seperti apa yang saya lakukan kelmarin. Itu bukan cinta Is tetapi tanggungjawab saya sebagai seorang manusia” pipi Is disentuh.
     “Tapi hati saya sakit. Saya rasa macam awak serahkan jiwa dan raga awak untuk dia” nada suara Is sedikit perlahan. Kepalanya masih tunduk memandang lantai.  Tuan Danial senyum. diangkat sedikit dagu Is dan dikesatnya air mata yang begitu mudah mengalir.
     “Awak sanggup buat apa saja untuk dia kan? Kalau saya, awak nak tarik macam tu?” kali ini tangan Tuan Danial ditepis. Is duduk dikerusinya.
     “Buat apa saya nak tarik, kalau awak saya terus bertukar jadi superman. Terbang tinggi-tinggi  berdua” kata-kata Tuan Danial diakhiri dengan tawa kecil. Makin menyirap hati Is dibuatnya.
     Tuan Danial merendahkan kepalanya selari dengan wajah Is. Dia berbisik lembut.
     “Saya cintakan awak, Tengku Ismahanim” kemudiannya Tuan Danial terus keluar dengan senyuman panjang. Is tergamam. Pertama kali Tuan Danial meluahkannya. Tak mahu lewat mendapatkan Tuan Danial, Is terus ke pejabat Tengku Khalil.
     “Pa! Is minta cuti hari ni. Ada hal nak settle” Is berlari keluar daripada pejabat Tengku Khalil walaupun belum sempat Tengku Khalil membuka mulutnya. Tengku Hatta menjuihkan bibirnya.
     “Pa! Hatta pun...”
     “Jangan mengada. Kakak kamu tak ada, kamu tak ada, siapa nak tolong papa?” mata Tengku Khalil membulat.
     “Alah, asyik akak saja” Tengku Hatta bangun dan terus keluar daripada pejabat tengku Khalil. Kalau bagi keluar pun, bukannya dia ada kekasih untuk dibawa berjalan. Kekasih datang dan pergi. Banyak cengkadak, bak kata Is.

IS berlari mendapatkan Tuan Danial. Manisnya senyuman Is mengalahkan gula batu. Nampak benar suka dengan ucapan Tuan Danial tadi. Lengan Tuan Danial dipautnya dan Is masih belum mampu mengendurkan senyumannya.
     Tuan Danial mengintai sedikit wajah Is dan ketawa.
     “Tadi menangis, merajuk segala. Ni tersenyum-senyum ni kenapa?”
     “Awak kata awak cinta saya” jujur Is.
     “La, saya salah orang. Ingatkan saya cakap dengan Yusni tadi”
     Is berhenti melangkah dan ingin berpatah balik tetapi cepat-cepat Tuan Danial menarik tangannya. Muka tikus mondok itu muncul lagi. Mahu sahaja Tuan Danial kunyah bibir yang muncung sedepa itu. Hari itu Tuan Danial meluangkan masa berdua dengan Is walaupun cuma pusing-pusing di Alamanda, Putrajaya. Walaupun kaki dan lengan masih pedih, melihatkan senyuman Is semuanya berbaloi.

    


DERAPAN kaki  seseorang daripada belakang serta-merta menghentikan langkah Is. Dia menoleh ke belakang dan seperti yang difikirkan, Nell mendapatkannya. Rimas tak terkata apabila dirinya asyik diperhatikan Nell. Sudahlah rahsianya terbongkar pun disebabkan Nell. Sanggup Si Nell upah penyiasat persendirian untuk menyelidik siapa dirinya. Tuan Danial yang menceritakannya pada Tengku Hatta.
     Is menggeleng kepala dan kali ini dia memang mahu berhadapan dengan Nell tanpa ragu-ragu.
     “Cukuplah Nell, tak penat ke? Lagi satu, terima kasihlah susah-susah upah penyiasat persendirian untuk tahu siapa aku dan kemudiannya beritahu Danial. Kau sebenarnya memudahkan kerja aku. Tak payah lagi aku cari ayat untuk terangkan pada dia dan untuk pengetahuan kau kali ini bukan Is sahaja penyaing kau tapi juga Tengku Ismahanim” senyuman sinis mencalarkan hati Nell dengan mudah. Nafas yang turun naik itu diperhatikan Is dengan tawa kecil.
     “Selamat berperang” sambung Is.
     “Angkuh sungguh manusia bernama Tengku Ismahanim ni. Baiklah, kita lihat cinta yang sudah bersemi suatu ketika dulu yang akan menang atau pun cinta yang dalamnya tidak sampai sejengkal pun yang akan menang. Kenangan indah itu senjata yang hebat untuk aku mendapatkan Danial kembali” Nell meragut tenang pada wajah Is. Ada benar kata Nell dan Is perlu akuinya tetapi sikap Is yang tak mudah mengalah itu, cantik mencorakkan bicaranya hingga membuatkan Nell terdiam.
     “Ya, kenangan indah yang telah pun kau palitkan sikap penting diri hingga membuatkan cinta itu beralih arah pada aku. Benar, dia tak layan aku seperti tadi tapi kalau kau punya hati kau pasti dapat rasakan sesuatu daripada pandangan matanya setiap kali dia memandang aku” Nell merengus. Mahu sahaja dia cepuk muka penuh yakin Is pada waktu itu.
     “Battle antara sejarah cinta dan cinta akan datang” Is memetik jarinya di hadapan wajah Nell dan terus berlalu pergi.
      ‘Kau jangan ingat utuh sangat cinta Danial pada kau, Is! Kau masih belum tahu apa yang dia suka, apa yang dia tak suka malah aku lebih banyak mengenali dia berbanding kau yang hanya cakap besar. Bersedialah untuk menangis sebab aku takkan pernah melepaskan Danial’ Nell menghentak kakinya dengan geram.

    
  UNTUK makan percuma, sanggup Tengku Hatta menemani Is membeli kasutnya. Tak kisah lama mana pun menunggu asalkan dapat makan percuma. Masa inilah dia nak kapur duit is habis-habisan. Memang dia minta segala macam jenis makanan lagipun Is buaknlah kedekut orangnya. Asalkan Tengku Hatta menjadi bodyguard, dia akan diberi segala macam imbuhan. Banyak sekali rekaan kasut yang baru malah menarik perhatian Is tetapi semuanya menjadi hambar apabila seorang hamba Allah yang paling is meluat muncul di hadapannya. Tengku Hatta tepuk dahi. ‘perempuan ni dah macam hantu raya. Mana akak aku pergi mesti dia ada’.
     “Aku pernah peluk Danial” Nell memandang seketika kasut yang sedang dibelek Is.
     “Hek eleh, kau ni dah kenapa? Bagi salam pun tidak tiba-tiba bagi pengakuan yang kau pernah peluk Danial. Tak apalah, aku jawab juga. Aku pula akan dan lebih lama memeluk dia berbanding kau” jawab Is
     “Danial pernah suap aku dengan tangannya sendiri” Nell mula merenung tajam.
     “Selama ni dia suap kau pakai kaki ke? Ish, Nampak sangat tak sayangkan kau. Danial suap aku gunakan bibirnya” sengih Is. Tengku Hatta yang mendengarnya menggeleng kepala. Nampak sangat tipu! Is peduli apa asalkan hati Nell sakit, itu sudah cukup.
      “Nampak sangat menipu” keras nada suara Nell.
      “Terpulang. Ada rasa strawberry dan kadang-kadang rasa timun”kali ini Is mengekek ketawa. memang sengaja dia mempermainkan Nell.
      “Tak sangka Danial boleh berkawan dengan perempuan gatal macam kau. Gila!” amboi, bukan main lagi mulut Si Nell ni. Dia yang cari pasal dulu kata Is macam-macam. Dia belum jumpa rupa sebenar Is agaknya. Kalaulah dia tahu...
     “Tapi aku rasa aku tak gila sampai nak bunuh diri tepi Jalan Mahameru tu. Hello, kalau nak bunuh diri, pergi terjun bangunan tingkat 20 tu lagi ekstrem. Baru nampak hebat. Ini setakat nak ugut bunuh diri undur-undur ke jalan raya dah macam budak tadika ugut mak diorang tak beli gula-gula saja. Nampak sangat nakkan perhatian Si Danial. Ish, malu sungguh” senyuman sinis Is mengundang rasa benci yang bertimpa-timpa pada diri Nell.
     “Dah lah. Jangan ikut aku, tak dapat pahala mana pun. Pssttt...bibir Danial tu kan,  selain perisa strawberry kadang-kadang rasa blueberry pun ada. Yummy... aummm” kali ini Is terus meletak kasut itu ditempatnya semula dan menarik tangan Tengku Hatta meninggalkan Nell. Lantaklah Nell nak meroyan satu mall tu ke tidak. Bukannya Is yang cari pasal dulu. Tengku Hatta menoleh ke belakang. Renungan Nell yang tajam itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa seram pada dirinya.


TUAN Danial yang sedang meneguk air masak itu hampir tersedak. Cerita yang baru didengarinya daripada bibir is itu membuatkan nyawanya bagai tersejat di kerongkong.
     “Bila masa pula saya suapkan awak guna bibir, Is?”
     “Ala, siapa suruh dia over sangat” is mengopek buah rambutan. Kak Hasnah gelak besar. Lantak dioranglah, dia pun dah naik pening dengan Is.
     “Awak fitnah saya tau? Bibir saya ni, tak pernah singgah kat mana-mana bahagaian tubuh awak tau? Tangan awak tu pun tak pernah” menggeleng Tuan Danial. gelas diletak kembali di atas meja.
     “Ala, esok-esok...” sengih Is
     “Tak ada maknanya esok-esok. Tak malu ke?” Tuan Danial mengintai wajah Is yang merah padam menahan tawa. Kelakar benar wajah Tuan Danial terperanjat begitu. ... bersambung



6 comments:

  1. AMI.....I LAP U....tq. takpe is...tak malu pun tuan danial tu cintakan awak...

    ReplyDelete
  2. Nak gak la perasa stroberi tu... hehehhe

    ReplyDelete
  3. Saya suka dngn is and tuan danial kalian brduab romantis sngt smga sukses Klian berdua...

    ReplyDelete