Friday 8 August 2014

TUAN DANIAL - BAB 6

TUAN Danial yang singgah sebentar di pejabat Is datang dengan membawa sekotak coklat perisa strawberry. Bukan main menyengih lagi Is. Diletak kotak coklat itu baik-baik di atas almari sudut. Kalau pekerja dia nampak, ada sahaja yang ringak mulut memintanya.
     “Minggu depan majis pertunangan” ujar Tuan Danial.  Matanya merenung sepasang mata Is yang kelihatan bersinar-sinar.
     “Wah, bertunang ke?” punggungnya mulai jauh daripada tempat duduk sebaik sahaja Is bangun dan merapati Tuan Danial yang sedang membaca buku yang baru diambilnya dari atas meja Is.
     "Bertunang?" sekali lagi Is menyoal. Bukannya apa, teruja benar rasanya.Tuan Danial hanya menumpukan perhatiannya pada buku yang dibacanya.
     "Kita? Bestnya! Seronok sangat" senyum Is
     "Jangan nak perasan. bukan kita tapi papa dan Kak Hasnah"
Is terperanjat tambah kecewa.
     "Habis, kita?"
     "Sepuluh tahun lagi agaknya. tunggu otak awak betul-betul centre dulu"
     "Ha?"
     "Jangan nak terperanjat sangatlah. baru sedar ke otak tu tak pernah centre" kerlingan Tuan Danial ibarat anak panah yang menembusi saluran nafas Is. Kejam betul Tuan Danial.
     “Dah tua pun kan? Tak payahlah bertunang, kahwin saja terus” usul Is. Tuan Danial senyum sinis dan kemudiannya berdiri. Butang kot hitamnya dikancing semula.
     “Sila akap benda yang sama depan Tuan Hashim ye, Tengku Ismahanim”
Terdiam Is saat itu.  Nak mati cakap macam tu depan Tuan Hashim? Elok-elok nak jadi menantu terus jadi menantu tak jadi.  Is hanya mengekori langkah Tuan Danial dengan ekor matanya. ‘Eleh, ingatkan nak aku dan dia bertunang. Buat buang rasa teruja aku saja tadi’ cebik Is duduk di kerusinya dengan wajah masam mencuka dan kemudiannya tersenyum pula. Gembira tak terkata apabila mengenangkan Kak Hasnah yang bakal menjadi ibu tiri Tuan Danial.  Senang nak kawtim!

TENGKU Khalil hanya mendengar celoteh anak daranya yang sudah hampir setengah jam berlalu. Nak gelak pun ada. Ada pula nak dimarahnya Tuan Danial sebab tak pinang dia. Tengku Khalil sendii geleng kepala. Takkan dia nak paksa Tuan Danial melamar anaknya? Tengku Hatta gelak panjang di sofa. ‘Kakak siapalah yang tak senonoh sangat ni’ macam tan nak mengaku kakak pun ada.
     “Alah, takkan papa nak paksa Tuan Danial tu pinang kamu, Is” akhirnya bersuara juga. Is melepok depan Tengku Khalil. Lutut Tengku Khalil disentuhnya. Mula buat drama.
     “Pa, jangan dengar drama swasta pa” kata Tengku Hatta awal-awal. Tahu sangat kakaknya yang suka berdrama.
     “Is dah 26. Dah tiba masanya untuk Is membina keluarga yang bahagia. Macam nil ah, kalau Tuan Danial tu berlagak sangat biar Is kahwin dengan Pakcik Usman jual air tebu tu saja” Is meletak kepalanya ke lutut papanya.
     “Khalil, aku tak kisah jadi menantu kamu” sahut Pak Usman dari depan pintu. Tengku Hatta gelak besar. Is menekup mulutnya dengan telapak tangan. Bila masa pulalah Pak Usman ni datang.
     “Masuk Bang Usman. Bawa kertas cadangannya?” soal tengku Khalil dan tersenyum sinis memandang langkah Is yang bukan main laju lagi.
     “Masuklah, Pak Usman... Abang iparku!” sengaja Tengku Hatta menguatkan suaranya. Is yang masih beum sampai ke tingkat atas turun semula dan sempat lagi menunjukkan buku limanya pada Tengku Hatta.
     Is duduk di atas katil dan fikirannya jauh melayang. Kalaulah Tuan Danial hanya mempermainkannya sahaja? Jika Nell tetap berada di hati Tuan Danial dan intanya masih belum kuat untuk mengikis rasa cinta yang entah atau tidak itu.

HARI bersejarah buat Tuan Hashim dan Kak Hasnah. Is bukian main sibuk lagi membantu Kak Hasnah bersolek. Dia sendiri musykil. Ni nikah ke  bertunang? Nak kata bertunang tapi persediaannya macam majlis pernikahan.
     “Kak Hasnah ni bertunang ke bernikah?”
     “Ish, tak kuasa aku bertunang. Nikah” sengih Kak Hasnah. Dengan lipstick rona merah jambu pekat, wajah yang bersih itu nampak berseri sekali. Pintu bilik Kak Hasnah diketuk dan Is yang membukanya. Tuan Danial yang memakai baju melayu berwarna krim itu lengkap bersampin. Songkok di atas kepalanya tampak kemas. Segak!
     “Benci awak”
     “La, apa salah saya? Saya cuma nak suruh Kak Hasnah cepat sikit. Papa dah tak sabar” senyum Tuan Danial.
     “Ooo, Papa punya tak sabar awak kira, yang saya ni?” Is menyucuk dada Tuan Danial dengan jari telunjuknya
     “Gedik” bisik Tuan Danial dan terus turun ke bawah. Is menumbuk tilam sebaik sahaja duduk di sebelah Kak Hasnah.
     Dengan langkah penuh sopan, Kak Hasnah keluar dan duduk di bantal besar yang disediakan untuk pasangan pengantin kilauan emas itu. Mata Is tajam memandang tuan denial yang duduk bersila di sebelah Tuan Hashim. Tengku Hatta pula sengaja menjelirkan sedikit lidahnya setiap kali Is beralih pandang padanya. Rasa macam nak hempuk dengan bantal pengantin tu pun ada! Siaplah kau Hatta.
     Dengan sekali lafaz kini Kak Hasnah sah menjadi isteri Tuan Hashim. Air mata kesyukuran mengalir ke pipi.
     “Mak mertua tiri, jangan menangis. Nanti make up tanggal. Tangkap gambar tak cantik. Esok-esok mak mertua tiri boleh menangis” usik Is. Tergelak dibuatnya pengantin baru yang tak berapa nak baru itu.
     “Banyaklah kau punya mak mertua tiri’ balas Kak Hasnah.
     Sangat indah rasanya sewaktu dahi Kak Hasnah dikucup oleh bibir Tuan Hashim.  Sempat lagi Tuan kenyit mata pada Is sebelum bibirnya singgah ke dahhi isterinya. Kak Hasnah jadi malu-malu. Setelah bersalaman dengan tetamu, mereka bergambar bersama tetapi Is tidak mahu masuk ampur. Dia sibuk mengangkat bantal pengantin yang digunakan oleh tuan Hashim sebentar tadi.
     “Is...” panggil Tuan Danial dan Is yang mendengarnya berpura-pura tidak menyedarinya. Kecil hati sebenarnya kerana Tuan Danial tak terfikir mahu melamarnya.
Tengku Hatta mencuit tangan papanya.
     “Merajuklah tu konon. Kejap lagi papa tengoklah drama anak sulung papa tu” bisik Tengku Hatta. Mengeluh Tengku Khalil dibuatnya. Nak buat macam mana kalau dah menurun perangai mamanya. Saling tak tumpah!
     Setelah dipanggil berkali-kali akhirnya Is mendapatkan Tuan Danial. Is sedikit hairan apabila jurukamera video mengalihkan lensa ke arah mereka berdua. Tuan Danial menarik nafas dalam-salam dan kemudiannya melepaskannya dengan tenang. Selendang Is dibetulkan sedikit. Matanya tepat merenung mata Is yang sudah pun gementar.
     "Sudikah Tengku Ismahanim Binti Tengku Khalil menjadi suri hidup saya? Menemani saat suka dan duka sepanjang hayat saya? Ketahuilah... hidup saya, Tuan Danial Bin Tuan Hashim tak pernah lengkap tanpa rajuk, senyum, tangis dan tawa Is. Biarpun bibir ini kadangkala bicaranya sumbang tetapi ketahuilah sayang, ianya sekadar mahu melihat rona merah pada wajah Is yang sering sahaja buat saya tersenyum. Saya sentiasa merinduinya setiap saat. Izinkan saya mendakap Is dengan penuh rasa cinta dan untuk memenuhi impian saya ini, hanya satu yang perlu Is lakukan. iyakan, angguk dan terima saya untuk membahagiakan Is kerana saya yakin saya mampu. Sangat mampu untuk membahagiakan Is. saya cintakan awak, sayang"
      "Danial..."
     "Eh, Is!" cepat-cepat Tuan Danial menyambut tubuh yang semakin longlai itu. Tengku Hatta tepuk dahi melihat drama yang dia yakin diarahkan otak kakaknya sendiri. Sebaik sahaja tubuhnya disambut oleh Tuan Danial, Is terus kenyit mata.
     "I love you, sayang. Yes!"
semua ketawa tetapi Tuan Danial rasa nak cepuk sahaja Is. Tengku Khalil apatahlagi, memang balik rumah nanti kena seligi cukup-cukup Si Is tu. Suka benar Tengku Hatta apabila melihat wajah tengku Khalil merah padam menahan geram. ‘Akhirnya!’
     Semua tetamu menjamu selera tetapi Tengku Hatta lebih suka makan di dapur. Senang untuk dia yang lebih suka duduk bersila kalau makan nasi. Semua tiada di dapur dan itulah yang membuatkan Tengku Hatta lebih selesa. Katering yang menyediakan semuanya jadi dapur rumah Tuan Danial masih elok dan tidak bersepah. Tengku Hatta duduk bersila sambil bersandar di balik dinding. Dia makan dengan tenang sehinggalah...
     “Kenapa sayang bawa abang ke dapur?” soal Tuan Danial. Is senyum.
     “Abang?”
Tuan Danial mengangguk. Senyumannya semakin lebar. Kenapa agaknya Is yang mau-malu apabila diminta memanggilnya abang? Tuan Danial menanti lagi.
     “Lepas ijabkabullah” berkerut wajah Is dan kemudiannya menyinggahkan kepalanya ke dada Tuan Danial. Tengku Hatta mengeluh perlahan. Kacau daun!
     “Dada abang bukan free untuk Is landing suka-suka. Ada bayarannya” bisik Tuan Danial.
Kali ini kedua tangan Is dengan perlahan jatuh dan terus memegang kedua belah tangan Tuan Danial. dia mendongakkan wajahnya. Dengan tangan yang masih berpaut, Is meninggalkan sedikit ruang buat dia dan Tuan Danial.
     “Siapa nak kahwin dengan abang?” kali ini Is pula mahu ketawa. Alahai... janggal betul panggil Tuan Danial begitu. Ruangan tadi semakin sempit apabila Tuan Danial pula menghampiri. Dia berbisik lagi.
     “Ok sayang, tak nak kahwin pun tak apa. Abang boleh kahwin dengan Mak Minah jual nasi kerabu hujung jalan tu”
     “Aip! Tak boleh” muka Is sudah berubah. Tak boleh jadi. Tak boleh membiarkan maksiat berleluasa, fikir Tengku Hatta.
     “Ha, bagus sangatlah tu! Seorang nak kahwin dengan pakcik jual tebu dan seorang lagi nak kahwin dengan makcik nasi kerabu” Tengku Hatta menyampuk dan Tuan Danial tersenyum sahaja melihat gelagat bakal adik iparnya.
     "Boleh tak akak pandang kiri kanan sebelum buat aksi hindustan ni? Hish... Hatta nak makan pun tak ada selera" jelingan Tengku Hatta dengan ayam ditangannya membuatkan Tuan Danial ketawa.
     "Kau pergi main jauh-jauh" halau Is
     “Sayang...” tegur Tuan Danial. bahu Tengku Khalil ditepuk mesra dan Tuan Danial melangkah keluar. Is menoleh perlahan-lahan pada Tengu Hatta.
     “Mak aih, macam sundel bolong!” cepat-cepat Tengku Hatta pergi. Kalau tunggu lebih lama memang lunyai dia di situ.  ............... bersambung


10 comments:

  1. Sengalla is dgn tuan danial ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal... nak kata salah ibu mengandung dak juga..... hihihi terima kasih sudi baca ye :) ummu hasbul <3

      Delete
  2. Walaupun kekadang geram dengan tuan danial yg macam takde perasaan aje kat is tapi sekali keluar love gestures....siap dengab kejutan lamaran di majlis nikah bapaknya....den terharu dan rasa nak peluk cium aje si is tu...sebab dpt tuan danial....heheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira dah tak nak letuk si danial ler ni ida kikikiki <3

      Delete
  3. Muehehehe....sundel bolong?eeeee takutnya... Is pelakon serba boleh ...siapalah director/penulis skripnye yer?syabas bete...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Risna.... sudi gak baca :) <3

      Delete
  4. knp tuan hashim kahwin dgn kak hasnah ?

    ReplyDelete