Thursday 21 August 2014

TUAN DANIAL - bab 7

BAB 7

Tuan Hashim merenung wajah Kak Hasnah sewaktu makan tengahari bersama Is dan Tuan Danial. Is menendang kaki Tuan Danial di hadapannya.
      "Apa tendang-tendang ni? Tak baik tau tendang bakal suami" berkerut dahi Tuan Danial
      "Terkuat"
Is memandang ketam masak sos yang masih belum diusik dihadapan Tuan hashim yang sedari tadi asyik merenung isterinya sahaja. Hinggakan perut pun dah terasa kenyang barangkali  tapi Is tengah lapar. Nak tak nak terpaksa juga dia bersuara.
      "Papa dan Kak Hasnah tak nak ajak kitorang main tenung-tenung ke?" soalan Is membuatkan kepala Tuan Hashim beralih ke arah lain. Kali ini Tuan Danial pula menendang kaki Is.
      "Pa... nak ketam tu, kesianlah dekat bakal menantu papa ni. nampak perut Is, dah leper macam kena lenyek dengan treler dah"
      "Nah, nah!" sengih Tuan Hashim.
      "Jom, Darling" Tuan Hashim berdiri dan menghulurkan tangannya. Hampir tersembur air yang baru sahaja melalui kerongkong Is. Kak Hasnah berdiri sama.
      "Sini banyak lalat lapar. kita makan nanti sahaja. Badan abang sakit-sakitlah Darling"
      "Lalat?" Is mengerutkan dahinya. Ada pula dikatanya lalat. Iyalah, meja makan sah-sah tempat untuk makan bukan tempat untuk bermain mata. Lantaklah, Is lagi suka. Boleh dia habiskan seorang. Masakan Kak Hasnah memang power tiada siapa dapat menyangkalnya.
      “Abang rasa abang dapat adik berapa orang?” soalan telus itu disoal tanpa memandang wajah Tuan Danial yang terus termati seleranya. Terbayang pula dia akan mempunyai adik yang boleh dianggap seperti anak.
      “Lima orang?” kali ini Is memandang Tuan Danial.
      “Lima orang tu anak kita. Jangan nak mengarutlah” Tuan Danial meneguk air.
      “Eleh, abang cemburulah tu. Takut papa manjakan adik abang kan kan kan?” tersengih lebar Is mengusik Tuan Danial.
      Tanpa banyak bicara Tuan Danial pula bangun untuk membasuh pinggannya. Tinggallah Is sendirian makan di meja makan tanpa ditemani sesiapa. ‘Salah ke soalan aku tadi?’ Is menjongket bahunya dan terus makan. Tuan Danial masih terbayangkan dia mempunyai seorang adik. Aish... tak boleh bayangkan!


IS masuk ke pejabatnya dengan siku yang berdarah dan telapak tangan yang melecet dengan teruk. Tak tertahan rasa pedih di tempat yang luka itu. Tengku Hatta yang mengekorinya daripada belakang terus mengarahkan agar setiausaha Is membawa kit pertolongan emas ke bilik Is. Tengku Hatta membuka blazernya dan disangkutkan ke kerusi. Lengan kemeja dilipat hingga ke siku. Baru sahaja mahu meletak iodine pada luka Is, awal-awal lagi Is sudah mengelak.
      “Sakit” Is menggeleng kepala.
      “Akak ni...” Tengku Hatta cuba untuk menarik tangan Is tetapi dia sendiri tahu siapa kakaknya. Kalau dia kata tidak, maka janganlah dipujuk dirayu. Tengku Khalil masuk ke dalam bilik Is. Menggeleng kepala papanya apabila mendengar cerita daripada mulut Tengku Hatta.
      “Beritahu Danial” arah Tengku Khalil.
       “Eh, tak payahlah papa! Nanti jatuhlah air muka Is” rayu Is. Dengan mata yang kuyu, dia cuba memancing simpati Tengku Khalil.
       “Jangan belakangkan dia. Papa tak suka. Hatta hubungi Danial”
      “Ala....”
      “Diam!” Tengku Khalil menjegilkan matanya. Terus kepala Is tunduk memandang lantai. Tengku Hatta keluar dari bilik itu untuk menghubungi Tuan Danial.

TUAN Danial membunyikan loceng rumah Nell. Dengan senyuman Nell membuka pintu dan berlari anak ke pagar untuk mendapatkan Tuan Danial.
     “Danial, tak sangka awak datang sini”
     Tuan Danial menggeleng kepala. Dia mengambil nafas agak dalam sebelum memulakan bicara.
     “Seinci sahaja awak sentuh Is lagi, awak tahu nasib awak Nell” ketegasan Tuan Danial kali ini menambah parah di hati Nell. Dia yang begitu gembira mendapatkan Tuan Danial tadi kelihatan hampa. Jelas sekali siapa Is di hati Tuan Danial. Dahulu, Tuan Danial tak pernah meninggikan suara padanya. Suaranya lembut sahaja nadanya dan patah perkataan yang keluar daripada mulut Tuan Danial semuanya baik-baik belaka. Dia yang dahulunya ditatang bagai minyak yang penuh, kini bagaikan sudah tertumpah ke tanah rasa sayangnya.
     “Setakat tolak pun dia nak mengadu?”
     “Awak tolak dia ditepi jalan raya. Kalau waktu dia jatuh tu ada kereta yang lalu? Nell, dia tak mengadu pun. Hatta yang nampak”
     “Pergi matilah dengan Is tu!” terus lengannya disentap sedikit kuat oleh tangan Tuan Danial.
     “Mulai sekarang jangan sebut nama Is lagi depan saya. Itu amaran sebab kata-kata yang keluar daripada mulut awak sangat berbisa dan hakikatnya awak tak layak pun menyebut nama Is. Ingat itu!”
       “Kau bodoh! Aku balik ke sini semata-mata mahukan kau tapi Is itu juga yang kau mahukan!” jerit Nell. Tuan Danial terus masuk ke dalam kereta untuk ke pejabat Tengku Khalil. Nak menjerit ke melolong ke, dia tak peduli sedikit pun!
    

MATA Tuan Danial seakan tidak sanggup memandang lengan baju Is yang terkoyak dan telapak tangannya yang melecet teruk.
     “Abang...” panggil Is dengan mata yang berkaca. Tengku Hatta menggeleng kepala. ‘Hek eleh, tadi bukan main kuat! Sekali Tuan Danial masuk tiba-tiba pula nak menangis. Propa sungguh. Kadang-kadang tak percaya yang ini kakak aku’. Tuan Danial menyentuh siku Is.
     “Ouch! Ouch... sayang, sakit” rengek Is. Tuan Danial meniup luka pada telapak tangan Is yang bergesel dengan tar yang baru diturap  sewaktu menahan tubuhnya daripada terjatuh lebih teruk tadi.
     “Sikit saja sayang. Nanti abang bubuh ubat baiklah dia” pujuk Tuan Danial. Tengku Hatta tepuk dahi. Lagi baik dia keluar dari bilik pejabat Is. Tak sanggup dera Kak Jamaliah mengelap muntahnya di lantai nanti. Muntah meluat!
     “Abang, yang ini lagi sakit” Is menunjukkan telapak tangannya lagi sebelah. ‘Aik! Yang ini lebih teruk kenapa pula yang itu pula lebih sakit?’
     “Abang ajak pergi klinik tak nak. Jom, Nanti jadi lebih teruklah sayang”
     “Ouch! Ouch! Ouch! Sakitlah abang”
     “Abang tak sentuh pun lagi. Bahagian mana yang sakit ni sebenarnya?” soalan Tuan Danial membuatkan Is termalu.
     “Alah, setahun yang lepas siap terpijak kaca, berdarah tak henti. Tak ada pula bunyi ouch, ouch menggedik tu” tegur Tengku Khalil sebaik sahaja membuka pintu bilik. Bunyinya mengada-ngada sungguh.
     Tengku Khalil menepuk perlahan kepala Is. Geli juga dia mendengarnya. Memang Tengku Khalil tabik dengan Tuan Danial kerana  tahan dengan kerenah Is.  Tengku Hatta masuk semula. Nak cucuk jarum bagi semua marah pada kakaknya itu.
      “Kak Is mengada-ngada sangat. semua nak tunggu Abang Danial. Esok kalau beranak macam boleh tunggu Abang Danial” jeling Tengku Hatta. Terbeliak mata Tengku Khalil mendengarnya. Amboi! Bukan main advance ayat anak aku ni! Tuan Danial menggeleng kepala.
      “Danial hantar Is balik rumah ya? Nanti pesan pada bibik jangan bagi Is makan telur. Tak baik luka tu nanti” arah Tengku Khalil dan Tuan Danial menurutinya sahaja.

MASUK sahaja ke dalam kereta Is tersenyum lebar. Tuan Danial ketawa. Dah faham sangat apa yang disengihkan Is itu.
     “Ok, kita pergi makan”
      “Sayang abang!”
      “Abang tak sayang minah yang luka tapi takut bubuh ubat ni. Ouch...ouch.. gedik!” kutuk Tuan Danial.
      “Abang tak tergoda ke bila Is cakap ouch...ouch tu? Is dah buat seseksi mungkin dah”
      Is terkial-kial mahu memakai tali pinggang keledar. Tuan Danial membantunya dan dalam masa Tuan denial membantunya itu jarak mereka sangat rapat hinggakan Is terpaksa ke belakang. Tuan Danial senyum.
      “Tak tahanlah tu tengok muka abang yang kacak ni daripada dekat. Abang faham” bisik Tuan Danial. Muka Is merah padam. Nampak sangat ke muka dia yang memang sedang terpikat dan terikat tadi? Tuan Danial terus membawa Is makan dan seperti yang dia tahu, dialah yang akan menjadi tangan yang menyuap makanan ke dalam mulut Is. Dalam pada sakit itu, ada juga rasa bahagi yang terselit sama. Bukan main lagi suka Is sampai terlupa akan sikunya yang berdarah itu.

NELL semakin tertekan. Apa yang dia buat semuanya salah pada mata Tuan Danial. dia mahu Tuan Danial dari sudut yang lain. Dia mahu Tuan Danial tahu yang dia sanggup lakukan apa sahaja demi mendapatkan cintanya kembali. Dia mahu bahagia seperti dahulu. Panggilannya tidak diangkat. Sia-sia sahaja dia menelefon Tuan Danial setiap hari kalau setiap panggilannya tidak berjawab. Dia benci apabila dia seakan lutsinar pada mata Tuan Danial.


IS masuk ke dalam pejabat Tuan Danial dan terus mengajukan satu pertanyaan berani mati pada bakal tunangnya.
      “Pernah  peluk?” terkejut juga Tuan Danial mendengarnya. Apa yang menyampuk Is pun dia tak pasti. Tuan Danial mengeluh. Dia berdiri dan duduk hampir dengan Is. Dengan rasa lemah, Tuan Danial mengangguk. Matanya hanya memandang lantai. Nampak kekecewaan melalui mata Is yang seakan berkaca.
     “Cium juga” jawab Tuan Danial. tak terganggung rasa sakit di hatinya tatkala mendnegar pengakuan Tuan Danial itu.
     “Jangan kata awak dah...”
     “Saya pernah tidur dengan dia” Tuan Danial menekup wajahnya. Is pantas bangkit. Air matanya entah berapa kali sudah melepasi pipinya yang putih merah.
     “Awak kata awak tak pernah buat begitu pada Nell dulu. tapi bila saya desak, awak mengaku pula. Saya benci awak, Danial!” Is mengambil beg tangannya dan ingin melangkah pergi tetapi tali beg tangannya itu sempat digenggam Tuan Danial.
     “Mama saya cium saya pun awak nak marah?. Salahkah mama saya tidur dengan saya masa saya darjah satu dulu?” sengih Tuan Danial. nafas Is turun naik. Tuan Danial sangak Is akan ketawa dan tersenyum tetapi jangkaannya meleset.
     “Jangan call saya, jangan cari saya lagi!”
     “Is! Is!” Tuan Danial terpaksa mengejar Is hingga ke luar bilik pejabatnya. Husna dan Mus terkejut. berlari Tuan Danial mendapatkan Is. Tangan Is ditarik lembut.
     “Sayang ni...”
Air matanya dikesat Tuan Danial.
    “Benci awak!”
    “Ya, benci saya”
    “Tak nak kawan awak lagi. Menyampah!”
    “Ya, menyampah dengan saya”
Is menjeling. Ditamparnya lengan Tuan Danial dengan kuat.
     “Murah sangat air mata ni keluar” Tuan Danial mengeluarkan sapu tangannya. Dia mengelap batang hidung Is. Masih lagi mahu bergurau.
     “Kenapa kesat batang hidung Is? Air mata kat sini bukan kat sini” jari Is menunjukkan batang hidung dengan mata yang sedikit garang.
     “Abang kesat hinguslah sayang. Ish, banyak betul hingus” terdengar tawa dihujung ayatnya. Is memegang tangan Tuan Danial. dia tersenyum tetapi hati Tuan Danial mula rasa tak sedap.
Arghhh! ....Tuan Danial memegang tangannya yang baru digigit Is. Dengan tawa yang panjang Is mencubit hidung Tuan Danial. Padan muka!
     “Ni apa ceritanya ni? Masuk-masuk tanya soalan macam tu?” soal Tuan Danial setelah menarik Is masuk ke dalam pantry. Dibancuhkannya teh buat Is dan Tuan duduk di hadapan Is. Mahu tahu cerita sebenarnya. Is mengeluh.
      “Saja tanya”
      “Orang perempuan memang suka tanya soalan-soalan macam tu ye? Apa kata sayang tanya abang bila kita nak bernikah. Abang memang geram nak gigit Is yang suka sangat sakitkan hati abang ni” mata Tuan Danial mula melancarkan renungan menggoda. Is tunduk seketika.’benci betul aku dengan Danial ni. Sejak dia tahu aku ni memang tak boleh pandang mata dia dekat-dekat, sengaja je nak main mata dengan aku. aku cucuk baru tahu”
      “Jawablah sayang...” bukan main gemalai lagi suara Tuan Danial merayu.
      “Is nak balik”
      “Kan, memang tak tahan godaan” gelak Tuan Danial.
      Is yang sudah pun sedikit jauh dengan selamba menjerit.
      “Gigit konon. Is nak tengok abang gigit Is banyak mana malam pengantin nanti!” Is terus keluar tetapi semua pekerja Tuan Danial memandang majikan mereka dengan mulut yang mengulum senyum.
      “Saya kata kat dia tak baik gigit kuku kaki” dalih Tuan Danial.
      “Ye lah tuuuuu” jawab mereka serentak. Tuan Danial terus masuk ke dalam biliknya dan ketawa. ‘kurang asam kau, sayang!’

     

10 comments: