BAB 1
TERMENGAH
– mengah Tengku Ismahanim atau lebih senang dipanggil Is masuk ke dalam rumah
banglo dua tingkat milik papanya, Tengku Khalil. Beg pakaiannya dicampak ke
atas sofa tanpa mempedulikan pandangan Tengku Khalil dan satu – satu adiknya, Tengku
Hatta. Roti yang baru sahaja dipegang diletak semula. Tengku Khalil menghampiri
anak sulungnya yang sudah pun terbaring selesa di atas lantai terrazzo
rumahnya. Tengku Hatta geleng kepala berkali – kali. Buat kerja menyusahkan
diri!,
“Penatnya papa!” adu Is sambil mengeluh
berat. Kipas di atas kepala dipandang kosong. Setelah beberapa minit dia bangun
semula.
“Jadi?” soal Tengku Khalil yang duduk
bersilang kaki di atas sofa dan tubuh Is yang sedikit susut dipandang sekali
lalu.
“Jadi apanya... tak jadilah!. Tak mahulah
Is dengan anak Tan Sri Jalal tu. Pandai – pandai sahaja papa kata dia lelaki
hebat, maskulin dan bergaya. Pengotor adalah. Papa tahu tak?” Is bangun dan
kemudiannya duduk di sebelah Tengku Khalil.
“Dia layan Is ni macam perempuan simpanan.
Maaflah papa... kalau lelaki begini papa nak jodohkan dengan anak papa ni,
batalkan sahaja. Sudahlah tu, kedekut!. Penat tau jadi orang gaji tapi dibayar
lima ratus sahaja” terbeliak mata Is bercerita.
“Cukuplah tu. Buat shopping beli kasut” perli Tengku Hatta. Ah!... malas mahu Is
peduli dengan cakap – cakap Tengku Hatta. Mahu mengutuk sahaja kerjanya.
“Dah... Is masuk bilik, berehat. Malam ni
papa nak bincang sesuatu” sengih Tengu Khalil. Dari corak senyumannya sahaja Is
dapat mengagak. Dengan siapa pulalah Tengku Khalil mahu menjodohkannya. Dah
macam orang dulu – dulu pula.
Setelah selsesai menjamu makan malam
bersama papa dan adiknya, Tengku Khalil cepat – cepat menunjukkan sekeping foto
buat anaknya. Is mengambilnya. Dia perhatikan betul – betul wajah lelaki di
dalam foto itu. Kacak dan senyumannya manis tapi... adakah dia lelaki yang baik
untuk dibuat suami?. Tengku Hatta tak mahu ikut masuk ampur. Sudah lima orang
lelaki ditolak oleh kakaknya setelah dia pergi berkhidmat sebagai orang gaji
pada calon – calon suaminya. Tengku Hatta kata kakaknya itu dah rupa perempuan
zaman dulu – dulu. Iyalah, sejak berpisah dengan Hady dia benar – benar
memilih.
“Ok... handsome,
papa” sengih Is. Kakinya dihayun ke depan dan ke belakang. Tergelak Tengku
Khalil mendengarnya. Dia belum tahu siapa Tuan Danial Bin Tuan Hashim tu. Biar
masa yang mencorak sejarah antara anaknya dengan anak Tuan Hashim.
PERJANJIAN
dan kata sepakat dijalinkan. Tengku Khalil berjanji dia akan merahsiakan siapa
Is sebenarnya sepeti biasa, Is akan melamar orang gaji Tuan Danial untuk
bekerja di rumahnya. kalau tidak, tidak akan ada kekosongan untuk dia masuk
berkhidmat sebagai pembantu rumah di dalam rumah Tuan Danial Bin Tuan hashim
itu. Mujurlah, dia tidak pernah bertemu muka dengan Tuan Hashim.
Pintu rumah Tuan Hashim diketuk berkali –
kali. Jujur, ada debaran di lubuk hatinya.
Is menyentuh lengan bajunya.
‘Nasiblah kau Hatta... terpaksalah aku
pinjam baju kau lagi. Takkan aku nak pakai baju aku jadi orang gaji’ bicara is
sendiri. Pintu rumah terbuka. Wajah lelaki di dalam gambar itu benar – benar
membuatkan bibir Is tersenyum secara automatik.
“Ye cik... nak apa?” soal Tuan Danial. Is
masih lagi memandang. Bibir yang masih lagi tersenyum itu tidak mampu
mengeluarkan walau sepatah perkataan melaluinya. Tuan Danial menggeleng kepala.
“Sengih dah macam kerang busuk. Jual
kerang agaknya. Maaf. Saya tak makan kerang” pintu ditutup dan Is sedikt
terkejut. Amboi... bukan main sombong lagi kau ye?. Is getap bibir kuat – kuat.
Mahu sahaja dia berpatah balik tetapi nalurinya kuat menyuruhnya membalas
dendam. Apa salahnya kalau tinggal seminggu dan kenakan Tuan Danial yang
sombong ni cukup – cukup. Pintu diketuk lagi dan dengan cepat pintu terbuka.
Seorang wanita dalam lingkungan lewat 30 an membuka pintu.
“Ini pembantu rumah baru ye?” soalnya dan
cepat – cepat Is mengangguk. Baik cepat angguk. Tak mahu ditutup pintu sekali
lagi malah cepat – cepat kakinya melangkah masuk walaupun belum dipelawa.
Tersenyum lebar Kak Hasnah memandang gelagat anak muda itu. mata Is terarah
pada Tuan Danial yang sibuk mengemas begnya di sofa. Tidak sedikit pun menoleh
ke arah Is yang sedang merasakan dirinya itu sangat ayu walaupun cuma memakai
baju t-shirt milik Tengku Hatta.
SEMENTARA
di rumah Tengku Khalil...
“Kak Is!!!’ mahu
bergegar rumah Tengku Khalil mendengar jeritan anak bongsunya. Tengku Khalil
yang sedang bersarapan hampir tersedak. Cepat – cepat dia meneguk kopi. Bekas
pembantu rumah Tuan Danial cepat – cepat menepuk belakang badan majikan
barunya. Terdengar tapak kaki Tengku Hatta menuruni anak tangga.
“Sepuluh helai baju t-shirt Hatta Kak Is
ambil. Bukannya dia tak boleh beli semalam. Saja suka menyakitkan hati Hatta. Ada
yang limited edition tau dan yang warna kuning tu bekas makwe Hatta yang
hadiahkan” rungutan itu terus menerus. Tengku Khalil sengih.
“Ha... dah bekas pun kan. Biarlah. Papa janji
kalau kali ini Kak Is kamu tu jadi kahwin, papa belikan semua baju yang Hatta
nak” tawaran itu yang hanya dipandang ringan oleh Tengku Hatta.
“Apa barang baju, bagi keretalah” Tengku
Hatta duduk di sebelah Tengku Khalil.
“Ok” jawab Tengku Khalil.
“Ok?” terbeliak mata Tengku Hatta.
“Cakap lagi ok, papa batalkan perjanjjian”
“ok pa!” sengih Tengku Hatta. Tengku
Khalil menoleh.
“Kan papa kata kalau sebut ok, batal
perjanjian?. Baru saja Hatta sebut tadi jadi,batallah” Kali ini Tengku Khalil
berdiri. Menepuk – nepuk bahu anak bujangnya dengan tawa yang meleret.
“Papa dengan Kak Is sama aje” rungut
Tengku Hatta. Kali ini Tengku Khalil ketawa lebih kuat lagi. Nak kereta ya?. Kereta
sekarang pun Tengku Khalil yang berikan!.
KAK
Hasnah pembantu rumah Tuan Danial yang sedia ada nampaknya ramah dan tidak
sombong. Nak sombong? Nasib dialah kalau kena dengan Is.
“Mari akak tunjukkan bilik” tangan Is
dipimpin masuk ke dalam bilik di tingkat bawah. Banyak sungguh cd game yang
disusun di situ. ‘Takkan Kak Hasnah yang main kot?’ Is memandang Kak Hasnah
dengan wajah yang berkerut. Bagai mengerti akan pandangan pelik Is itu Kak
Hasnah terus menjawab.
“Ni tempat Tuan Danial main game”
“Oooo... kemas ye?” sengih Is. ‘Aish... ni
yang berkenan ni. Hati dah macam cucuk – cucuk suruh telefon papa kata satu
peratus cirri Tuan Danial sudah pun lulus’ sengih Is bagai tak boleh
dikendurkan lagi.
“Memang... bilik Tuan Danial pun dia kemas
sendiri. Bilik dia wangi. Tak suka habuk segala. Siapa jadi isteri dia mesti makan
hati” sambung Kak Hasnah.
“Ish... tak apa kak, saya tak makan hati
pun sebab saya pun lebih kurang dia. Akak jangan risau, hati saya ok” Is
menepuk – nepuk bahu Kak Hasnah. Bagai mahu ketawa Kak Hasnah dibuatnya. Macamlah
dia yang akan berkahwin dengan Tuan Danial tu...
Badan yang berpeluh kerana memakai t-shirt
Tengku Hatta yang tebal membuatkan Is mandi dengan segera. Memandangkan Tuan
Danial dan Tuan Hashim tiada di rumah maka, pintunya tidak dikunci. Dia yang
takutkan kegelapan dan tempat sempit sememangnya tidak mengunci pintu. Bimbang jika
jadi apa – apa dia terkunci daripada dalam. Tuan Danial yang kebetulan pulang
dari pejabat memegang cd game terbaru dengan senyuman yang panjang. Pintu
dibuka dan... cd game itu terlepas daripada tangannya. Is yang baru sahaja mahu
memakai pakaian turut tergamam. Dia memandang Tuan Danial dan Tuan Danial turut
memandangnya. Masing – masing tergamam sehinggalah mata Tuan Danial menyorot ke
bawah dada Is. Waktu itu Is menjerit dan membaling Tuan Danial dengan bantal.
Tuan Danial kelam kabut keluar tetapi sempat lagi ketawa.
Setelah dua minit, Is terus keluar dan
menghentak tubuh Tuan Danial ke dinding. Terkejut Tuan Danial dibuatnya.
“Siapa suruh intai saya?”
“Mana ada saya intai?. Awak tu yang biar
lama – lama kenapa??. Bukannya tak boleh tutup bila nampak saya masuk!” jawapan
Tuan Danial mematikan kata – kata Is.
“Dah.. dah.... mana saya tahu awak guna
bilik ni. Saya ingat nak letak cd kat dalam ni tapi tak tahu pula ada tebusan serah
diri” terdengar tawa kecil Tuan Danial. is melepaskan kolar baju Tuan Danial.
Is masuk semula ke dalam biliknya dan terdengar suara Tuan Danial dari luar biliknya.
“Kak Hasnah!. Hari ni saya rasa macam kena
ketumbit. Bukan saya yang intai tapi orang tu yang bagi intai. Danial pasrah
aje lah!. Kak Hasnah ada ubat ketumbit?” sengaja membakar hati Is.
“Tak apa... tak apa... ada mee ada mee
hoon Danial!”
TUAN Danial mengerutkan
keningnya. Apa yang berwarna coklat ditombol pintunya. Melekit – lekit. Tuan
Danial merapatkan hidungnya. Belacan!. Ini memang kerja Is. Kak Hasnah takkan
buat begitu... itu yang terfikir dibenak fikiran Tuan Danial.
“Kak Hasnah, naik atas sekejap” panggil
Tuan Danial dengan lembut. Kak Hasnah menggenggam tepi kain batiknya dan naik
ke atas. Tuan Danial menunjuk tombol pintu biliknya. Kak Hasnah tepuk dahi. Padanlah
Is sibuk cari belacan. Ingatkan dia nak buat sambal belacan!. Kak Hasnah
ketawa.
“Panggil dia naik. Kak Hasnah juga naik
sekali. Nanti dia tuduh saya raba dia pula” Danial duduk menunggu di sofa. Is
naik ke atas dan sempat memandang mata Tuan Danial yang tajam merenungnya.
“Bersihkan” arah Tuan Danial.
“Ouch! Ouch.... tangan saya sakit. Tak mampu
nak pegang kain sekalipun” Is kenyit mata. Danial menggeleng kepalanya. Sejak bila
pula papanya pandai upah pembantu rumah sewel macam ni?.
“Eleh... pegang belacan pun geli. Macam Mat
Salleh bagai. Sambal belacan makan pula” jeling Is.
“Is... Tuan Danial tak makan sambal
belacan” beritahu Kak Hasnah. ‘Ceh!. Kak Hasnah pun janganlah cakap depan dia’
Is mencari – cari kain disekitar situ. Matanya terpandangkan sapu tangan
bewarna coklat tua di tepi Tuan Danial. Diambilnya dan terus dikesat tombol
pintu itu. mata Kak Hasnah terbeliak. Bibirnya digigit sambil memandang mata
Tuan Danial yang turut sama membulat.
“Sapu tangan saya tu Is!!!”
“Ops...” Is cuba menghadiahkan senyuman
paling manis buat Tuan Danial walaupun dia tahu tidak akan berkesan mana
senyuman yang penuh dengan rasa bersalah itu.
“Mulai hari ini awak dilarang naik ke
tingkat atas”
“Tapi Tuan Hashim bagi saja” jawab Is
“Saya kata jangan”
“Tuan Hashim yang bayar gaji saya bukannya
Tuan Danial yang tak makan belacan ni”
“Saya larang”
“Ini rumah Tuan Hashim dan saya Is...
ehem..takkan menurut perintah orang yang tak makan belacan!. Nak saya ikut kata
Tuan Danial?. pergi makan sambal belacan dulu. saya pun larang Tuan Danial
masuk ke dalam bilik saya huh!” Is terus turun. Phewww... nasib baik tak
terlepas sebut nama betul!.
“Erk... dia tu...” Tuan Danial mengeluh
dan Kak Hasnah terus ketawa. Apapun dia sukakan Is. Barulah dia punya teman
ceria di rumah itu. Tak adalah sunyi memasak seorang diri menunggu kedua Tuan
Danial dan Tuan Hashimnya pulang.
Sukenyeeeeeeeeeeeeeee
ReplyDeleteterima kasih ye Nurul Syakirah sudi masuk blog.... yippiiiiiiiiiiiiiii kikiki <3
DeleteErk....kite kn prenzz kt FB. ...hehehe
ReplyDeletemuahahahahaha.... ala.. baru akak nak budget sopan lagi santu dipagi ahad....
DeleteLagi best hehehe
ReplyDeletebest.
ReplyDeletelamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak jumpa
DeleteMcm2 minah nie. Nasib la Daniel....
ReplyDeleteaha la Zarinah... mcm2 ada ..sabor je kau Danial...
ReplyDeleteIza thanks nooo
Tulislah lagi
ReplyDeleteKat mana ada jual novel ni?
ReplyDeleteShopee
DeleteJimat duit takpayah beli �� baca online je
ReplyDelete