Thursday 14 August 2014

AKU,DIA DAN MRS SYHHH...

Masih ingat kisah Hidayu, izhar dan kambingnya yang seksi tahap ratu kambing dunia???? Pada awalnya tajuk yang saya beri ialah IZHARIDAYU tetapi kemudiannya ditukar menjadi AKU, KAU dan KAMBING.

Akhirnya penantian berakhir juga apabila novel yang telah ditukar tajuknya menjadi AKU, DIA DAN MRS SYHHH..... diterbitkan oleh  pihak penerbitan CUTE KREATIF yang dipunyai oleh penulis novel HAYATI AHMAD.

Ahad ini, 17 Ogos 2014, akan ada sesi menandatangani novel dan beramah mesra. Daripada pukul 12 – 4 petang. Yang di adakan di pejabat CUTE KREATIF 98A, Jalan Lahat, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Jemputlah hadir bagi memeriahkan suasana.

Oh ya, anda oleh mendapatkan novel ini  dengan menempahnya di https://www.facebook.com/Cutekreatif?ref=ts&fref=ts

InsyaAllah... novel ini akan dipasarkan tidak lama lagi di kedai-kedai buku.


Terima kasih kepada kalian yang sangat membantu dan menyokong saya selama ini.... terutama sekali admin group waniza aisa : kak Hayati Ahmad, kak Lulu, Nurr Bayu, Ina Hashim dan Zaileha malik. Ucapan terima kasih ini juga buat Ilya Abdullah kerana sudi membantu.... jasa kalian tidak akan pernah saya lupakan terutama sekali semua ahli2 group dan pembaca blog WANIZA AISA. Kakak2 dan adik2 yang ada di group extremeSTG ..... kalian memang terbaek! Gurauan kalian membuatkan saya sering tersenyum......

No comments:

Post a Comment