Suraya masuk semula ke dalam pejabat dengan muka yang penuh dengan kerisauan. Bekerja dengan majikan seperti Puan Maznah Baharin amat menakutkan. Amri masuk dan menyerahkan beberapa salinan dokumen daripada Syarikat Warisan Sdn Bhd.
"Ni jangan lupa bagi Puan Jenah tau. Kau jangan lupa pula. Nanti kalau hilang aku cakap kau," tegas Amri. Suraya mencebik. Macamlah dia tu eksekutif. Lagaknya mengalahkan bos!.
"Ni lagi satu," sambung Amri.
"kau jangan pakai skirt pendek macam ni. Buat menambah dosa aku saja. Pakai labuh sikit, bukan cantik sangat pun. Macam batang balak adalah," katanya sambil ketawa kecil. Suraya menghentak meja. Badan aku yang cantik ni dia kata macam balak!. memang nak kena jantan ni, rungut Suraya sendirin. Hari ini Suraya terpaksa menghanbiskan semua kerja yang di tugaskan oleh Puan Maznah Baharin. Agak penat tetapi Suraya ikhlas menjalankan tugasnya. Sesekali di tariknya skirt yang pendek itu.
"Kan dah tertarik - tarik. nak aku tarikkan?," Terkejut Suraya mendengar kata - kata Amri yang secara tiba - tiba muncul di hadapannya.
"Wei mamat poyo!. Kau boleh tak jangan hilangkan mood aku?," marah suraya.
"Ni, ambil susu ni. Sesuai untuk perempaun yang bernama susu,". Amri meletakkan segelas susu di meja Suraya. Hati Suraya membengkak. Belum pernah ada seorang manusia pun di muka bumi ini memanggilnya dengan panggilan 'susu'. Suraya mengambil susu itu dan di curahnya ke dalam singki.
"kenapa su?," soal fatin. Suraya hanya membisu dan terus pergi begitu sahaja. fatin mengangkat bahu. Bingung dengan sikap teman serumahnya.
"Jom balik. Aku nak tidur. Pening otak aku," kata Suraya. Dia menunggu fatin di mejanya. Fatin hanya tersenyum.
"Teruk sangatkah layanan Puan Maznah pada engkau?," soal Fatin sambil berjalan beriringan dengan Suraya. Tiba sahaja di pintu lif hati Suraya bertambah membara. Marah benar melihat amri tersenyum - senyum memandangnya.
"Amri, dah nak balik?," soal fatin. Amri mengangguk.
"nak makan kejap sebelum balik.Maklumlah, tiada orang masak untuk aku," kata Amri. Dia tidak mengendahkan Suraya yang memandangnya dengan pandangan yang tajam.
"Kita makan sekali ya. Aku pun malas nak keluar lagi," Fatin mula memberi cadangan. Dahi Suraya berkerut. Cadangan yang membuatkan Suraya ingin menjerit sekuat hati.
"tak payahlah," Suraya cuba mengelak. Fatin buat - buat tidak dengar. Dia terus membuka pintu kereta. Amri sudah menunggu mereka di hadapan dengan motornya yang besar itu.
"kerja despatch tapi motor besar. Tak sesuai!," kutuk Suraya. Fatin ketawa. Tiba sahaja di sebuah gerai sate Amri mengambil tempat duduk di hujung sekali. Suraya agak canggung dengan skirt yang di pakainya. Apabila duduk terserlah pahanya yang putih melepak itu. Terbeliak mata Amri memandangnya dan apabila Suraya memandangnya, Amri menoleh. Buat - buat tidak nampak. Amri membuka beg sandangnya.
"Nah!," Amri menghulurkan kain skarf bewarna ungu. Suraya memandangnya.
"Tutuplah paha kau tu. Nanti habis semua kat sini tak boleh makan. Keluar muntah warna warni," kata Amri. Suraya menyambutnya dengan kasar dan menutup pahanya.
"Pondankah?. Bawa skarf perempuan merata - rata?," ujar Suraya.
"Itu skarf mak aku. Mak aku yang letak. Dia suruh aku ingatkan dia selalu," kata Amri sambil menyedut air tembikai di hadapannya.
"Mak atau Mak Datin?,". kata - kata Suraya itu membuatkan air yang disedut oleh Amri itu tadi tersembur di muka Suraya. Suraya tergamam begitu juga Amri. Fatin ketawa terkekeh - kekeh.
"Maaf. Aku tak sengaja. banyak kau punya Mak Datin," marah Amri. Suraya terkedu. Tidak sangka kata - katanya boleh mengguris perasaan Amri.
"Ini arwah mak aku punya," suara Amri mendatar. Suraya terdiam.
"bak sini skarf tu balik," Amri menghulurkan tangannya. Suraya mengambil skarf itu dan menyerahkannya kembali kepada Amri.
"Fatin, kau ambil duit ni. Nanti bayar pada tauke kedai ni. Aku belanja kau hari ni," Amri meletakkan wang RM50 di atas meja dan terus pergi. Suraya tergamam.
"Kau ni pun... mak dia baru meninggal bulan lepas," beritahu Fatin. Suraya tunduk. Kesal dengan kata - katanya.
Sepanjang malam Suraya berfikir. Esok dia perlu minta maaf pada Amri. Dia tidak sepatutnya berkata begitu. Suraya tidak boleh melelapkan matanya. Perasaan kesal bermain di lubuk sanubarinya..
No comments:
Post a Comment