Monday 17 June 2013

CINTA AKU,KAU&KAMBING (CAKK) - bab 10

BAB 10

Teringat Hidayu akan cemuhan Abang Jali terhadapnya dahulu. Dia tidak layak berdampingan dengan Izhar kononnya!. Sengaja dia menyuruh Izhar mengambilnya di kilang hari itu. Pian sudah beli motor besar jadi dia kini boleh pergi dan pulang bersendirian.

Abang Jali keluar sambil mengemaskan rambutnya yang sedikit berserabai.

“Abang Jali!” panggil Hidayu. Abang Jali melihat dengan jelas bagaimana Hidayu memeluk lengan Izhar sambil mengangkat keningnya berkali – kali. Abang Jali tidak mahu berhenti. Dia terus menghidupkan enjin kereta dan berlalu dari situ. Memang dia malu!. Hidayu pula memang pantang dapat peluang, memang di kenakan Abang Jali cukup – cukup.

“Bangga lah tu” soal Izhar. Hidayu tersenyum.

“Hmmm.... nak pergi mana lepas ni?” kepala Hidayu sedikit terlentok. Alamak aih.. manjalah pula! Izhar gelak kecil.

“Pulang ke rumah awaklah. Takkan nak pergi bulan madu pula” kata Izhar. Hidayu mencebik. Susah – susah datang menjemputnya, tidak pergi ke mana langsung?. Buat buang minyak saja!.

Sampai sahaja di rumah, haji seman memaksa Izhar masuk ke dalam rumah untuk makan malam bersama selepas solat maghrib nanti. Izhar tidak membantah. Hajah Ani mengarahkan Hidayu membantunya menyediakan hidangan untuk makan malam. Tidak senang duduk Hidayu pada waktu itu. Sikit – sikit mengintai!. Haji Seman memerhatikan anaknya yang sedikit gedik pada pandangan matanya. Dia melipat kopiah masuk ke dalam kocek baju dan menggaru – garu kepalanya. Izhar sekadar tersenyum apabila Hidayu dimarahi Hajah Ani kerana membiarkan ikan hampir hangus di kuali.

“Tak malu?” marah Hajah Ani.

“Apa lak?”

“Terintai Izhar tu. Dia tu lelaki tau. Jaga sikit diri kamu tu. Mak tengok kamu tu yang lebih – lebih sangat. Dah macam cacing kerawit tergedik – gedik!!” mata Hajah Ani makin tajam merenung anaknya. Hidayu buat bodoh. Dia terus menumbuk sambal belacan bacang kegemaran Haji Seman.

Mereka berjemaah di rumah. Kembang hati Haji Seman apabila Izhar boleh mengimamkan solat mereka sekeluarga. Sesudah solat, mereka bersalaman dan Hajah Ani dengan tangkas menampar tangan Hidayu saat dia menghulurkan salam ke arah Izhar. Kali ni Izhar gelak besar. Memang cari nahas!.


Sesudah makan malam, Hidayu menemani izhar hingga ke keretanya, kaadang kala wajah malu – malu itu nampak comel sekali pada Izhar. Jari jemari Hidayu bermain – main di dinding kereta Izhar.

“Saya pulang dulu”

“kalau tak payah pulang?” soalan itu terkeluar dengan segera. Izhar mengangkat keningnya.

“Nak tidur kat mana kalau tak pulang?”

“Tidurlah kat beranda ni. Jadi pak guard” sengih Hidayu. Izhar senyum dan membuka pintu keretanya.

“Sekarang dah jadi tunang orang.... tak lama lagi isteri dan seterusnya bakal ibu, jadi belajarlah menjadi wanita yang matang ya?’
DUSHUM!!!... rasa bagai ditumbuk oleh samseng kampung pisang saja apabila mendengar nasihat yang ikhlas dari Izhar itu. Ikhlas tetapi kejam.

“Awak tak suka saya?” muka Hidayu berkerut – kerut.hatinya sakit. Berterus terang cara izhar memang membuatkan bibirnya seolah – eolah mahu jatuh ke tanah.

“Suka awak seadanya. Cuma buang sedikit apa yang perlu di buang” Izhar terus menghidupkan enjin keretanya. Hidayu tidak mahu menunggu lama. Dia terus naik ke atas tanpa mempedulikan panggilan Izhar yang mahu memujuknya semula.

“Merajuklah pula....” Izhar mengeluh. Tegurannya tidak diterima dengan baik. Kalau bukan Hajah Ani yang menyuruhnya begitu, tidak kuasa dia mahu membebel tentang sikap Hidayu yang terang – terang menghiburkan hatinya. Permintaan bakal ibu mertua yang ditunaikan itu menjeratnya pula. Hidayu merajuk!

                                 **********

Izhar buat – buat tak nampak Hidayu yang sampai di kandangnya. Sengaja dia buat – buat berbincang dengan pekerjanya. Hidayu terus mendapatkan Dayu di tepi kandang yang hanya duduk. Nampak sahaja Hidayu tiba, Dayu terus bangkit. Dia mengembek.

“Waalaikumusaalam” sengih Hidayu.

Atan memandang Izhar dan mereka berdua menahan tawa.

“Abang,,... macam tau – tau jer apa Dayu kata” bisik Atan.

“Naluri kekambingan!” jawab Izhar. Kali ini semakin kuatlah tawa mereka berdua. Hidayu menepuk lembut belakang badan Dayu.

“Kau duduk kat sini je buat apa?. Pergilah cari suami. Kalau kau tak ada anak nanti macam mana zuriat kau nak mengembang”

MBEKKKK...

“Ha.. tau pun! Sudah! Jom kita pi jalan – jalan. Aku pilihkan bakal laki kau. Aku rasa baik kau ambik yang macho sikit. Biar hensem anak kau tu. Taklah asyik hitam sahaja. Janggut kita pilih yang stylo” Hidayu berjalan dan Dayu mengikutnya dari belakang.

“Cepat sikit” arah Hidayu. Izhar cepat – cepat menahan. Hidayu menjeling. Rupanya sakit hati semalam masih belum reda.

“nak pergi mana bawa Dayu?” soal Izhar

“Jalan – jalan”

“Tak payahlah... nanti hilang” bantah Izhar tetapi nampaknya Hidayu tetap berdegil..

“Dia pernah hilang..” suara Izhar masih lembut. Selagi boleh bersabar dengan kedegilan Hidayu..
“Ooo.. kalau dia hilang awak sibuk , kalau saya hilang pula?” mata Hidayu terjegil sedikit.

“Awak nak hilang..hilanglah!, tapi Dayu saya jangan dibawa pergi” marah juga Izhar dengan kedegilan Hidayu.

“Awak sayangkan kambing lebih dari saya?” soalan Hidayu sedikit mengelirukan. Boleh pula dia samakan dirinya dengan kambing?. Izhar menggaru – garu kepalanya. Atan sudah gelak besar di tepi kandang.

“kadang – kadang saya terfikir juga awak ni alien....mengarut!” Izhar menepuk tangannya dan Dayu terus pulang ke kandang. Hidayu berang!!.

“Izhar!”

“Ya”

“awak ni suka saya atau tak?”

“Suka”

“Habis nak cari pasal kenapa?” rumput ditangannya dicampak ke bawah. Izhar memandangnya sahaja. Perlahan – lahan Izhar menghampiri Hidayu.

“Lagi awak marah.... lagi cantik” bisik Izhar.

“Awak kan....”Tangannya cuba memukul lengan Izhar tetapi belum pun sempat singgah ke lengan tunangnya itu, Izhar lebih dulu memegang tangan Hidayu.

“Tangan ni bukan untuk pukul bakal suami tapi untuk mendodoikan anak kita yang bakal lahir nanti” senyuman penuh makna Izhar itu membisukan mulut Hidayu.

“Anak apa? Anak kambing?” Hidayu tersenyum tetapi masih mahu berpura – pura marah.

“Anak kitalah sayang..”

“Gatal” Hidayu menekup wajahnya dengan kedua belah telapak tangan..

“Alalallaa..... manjanya tunang saya ni” usik Izhar terus menerus.

“mana ada” Hidayu berpaling. Dia menampar lembut pipinya sendiri. Kena sampuk ke apa Si Izhar ni!. Tak mahu menunggu lebih lama, Hidayu terus berjalan pulang hinggalah dia terserempak dengan abang Jali yang tiba – tiba memberhentikan motornya di hadapan hidayu.

“Wah... sejak jadi tunang ni, selalu saja kau pergi kandang tunang kau ye?” Abang jail mula merenyih. Hidayu buat –buat selamba.

“kalau kau nak tahu, Izhar tu nak kahwin dengan kau sebab satu je..... nak lari dari Sofea. Ingat dia hadap sangat kau yang kelam kabut ni?”

Berdesing telinga Hidayu mendengarnya. Perlukah Abang Jali menyakiti hatinya sebegitu?. Apa yang dia dapat?

“Abang Jali ni kenapa?” soal Hidayu.

“”Cuma nak bagi sedar diri sahaja. Jangan suatu hari nanti kecewa tak sudah” satu demi satu amaran dikeluarkan. Hidayu memandang ke sisi lain.

“Sofea memang dia tak mahu tapi tak bermakna kamu tu dia mahu. Kalau tok penghulu tak suruh dia kahwin, jangan harap dia nak meminang kamu”.

“Suka hati Abang Jalilah!” Hidayu terus pergi. Sudah muak melihat wajah Abang Jali yang menjengkelkan itu. Entah mengapa dari dulu lagi suka benar dia mencari gaduh. Bukanlah Hidayu tu teruk sangat nak cari pasal dengan semua orang....dia sahaja yang begitu.

                                      ******************

“Appa.... betul ke Izhar bertunang dengan Dayu sebab tok ketua suruh?” soalan yang agak membuatkan Haji Seman terkejut dari menonton filem bollywood bersama Hajah Ani.

Dia memandang wajah isterinya.

“Dayu....”

“Ya atau tidak daddy..”

“Ya...tapi...” belum sempat Haji Seman memberikan penerangan, Hidayu sudah keluar semula. Kali ini terdengar deruman enjin kereta Haji Seman. Mungkin penat mahu berulang alik , kereta Haji Seman menjadi mangsa.

“Sudah! Saya dah kata dulu Abang oi” Hajah Ani menggeleng kepala.

“Ya... tapi Ani sendiri tahu yang Izhar tak kisah Tok Ketua jodohkan dia dengan sesiapa pun. Lagipun dia memang sukakan Dayu dari dulu kan?” Haji Seman menggaru – garu kepalanya.

“Kata kita... kata Dayu?. Anak kita tu bukan betul sangat abang. Dia tu lurus sikit. Tak main soalan subjektif. Kalau A jawapannya A lah yang dia tahu.... tak mahu lebih lanjut lagi. Dah.. sekarang dia tahu Tok ketua yang suruh Izhar kahwin dengan dia. Itu aje yang Dayu akan fikir. Tak kiralah Si Izhar tu dah memang sukakan dia atau pun tidak. Baru tiga hari tunang......habis kita abang” Hajah Ani mengurut – ngurut dadanya.

“Siapa punya mulut ni” geram pula Hajah Ani.


Izhar tiada di kandang kambing. Menurut Atan, sebentar tadi Izhar menerima panggilan dari neneknya agar pulang segera ke rumah. Lagilah Hidayu keliru. Esok dia mahukan jawapan. Dengan segera!

10 comments:

  1. Mona Airawanie : sy sungguh kagum dengan anda yg sgt memahami bhasa kekambingan....Soalan sy..di sekolah manakah hidayu belajar bhasa kambeng...hingga memahami setiap patah ngembekkan dayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa.. terima kasih mona :)
      dia tak faham pun dayu cakap apa... dia main hentam saja. menjadi kamus DBP pada dirinya sendiri hihihihi....
      kiranya,.... hidayu tu poyo ya amat.. macamlah dia faham semuanya tentang dayu (kembar kambingnya itu)
      :) <3

      Delete
  2. Mona Airawanie : owhh kiranya kepoyoan hidayu nie dtg dr penulis jugaklah.....hihihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaa...
      pandai yek... nak kena cubit berputar ke atau cubitan gulungan sakti?.. hahhahaa
      penulis dia ok sikit 20 peratus dari dayu heheheh

      Delete
  3. Hwahahahaaa kalau izhar yg blh paham mmg x syak, cz dy yg bela. Kalau dayu yg pham ni agak ...ermm. Hahahahaa
    Best best best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidayu ni poyo jer lebih. budget paham benar ngan Dayu
      walhal bukan dia faham satu mende pun heheheh...
      redho jer le...
      terima kasih ya ina
      <3

      Delete
  4. Replies
    1. terima kasih banyak2 ya..
      sudi baca AKK nie
      <3 :)

      Delete