Ahmad menemani rat ke belakang rumah untuk mengutip
kangkung di situ. Kangkung di belakang rumah walid sangat lembut dan menjadi
kemestian untuk Rat menjamahnya setiap kali makan tengahari.
“Ish... hari – hari makan kangkung dah macam kura
–kura” usik Ahmad. Rat ketawa. Rat terus ke bawah untuk memetik kangkung.
Kakinya tergigil – gigil menahan tubuhnya jari terjatuh.
“Tak payahlah yang sana... nanti jatuh pula kat
parit tu”
Rat menoleh dan akibat kakinyatergelincir, dia
hampir jatuh . Ahmad dengan segera merangkul pinggang Rat dan menarik wanita
itu ke dalam dakapannya.
Masa terhenti..................
Mata Ahmad terpaku di situ. Mereka masih bersatu
dalam rangkulan tanpa niat itu. Tangan Ahmad seolah – olah menjadi keras
sewaktu menyentuh pinggang ramping itu. Perlahan – lahan Rat meletakkan
kepalanya ke dada Ahmad. Boleh terasa akan debaran itu. Rat mendongak semula
dan telapak tangan Rat menyentuh dada Ahmad. Matanya dipejam seketika. Renungan
mata Ahmad menggoncang jiwa Rat apatah lagi apabila wajah Ahmad semakin hampir
pada wajahnya. Ahmad menjauhkan kembali wajahnya.
“Awak menggigil?” bisik Ahmad. Rat mengangguk. Dia
membenamkan wajahnya ke dada Ahmad lagi. Kali ini tangan Ahmad pula
menggeletar. Kaki Rat makin merapati.... Ahmad pejam mata. Antara mahu
melepaskan pelukan itu atau pun tidak........
“Assalamualaikum”
Walid!!!!!!...... Ahmad masih kaku dengan pinggang
Rat masih dalam rangkulannya. Rat juga terbeliak biji matanya.
“Ahmad .....lepaskan sesuatu yang belum menjadi hak
Ahmad” kata walid tegas. Rat membetulkan rambutnya.
“Walid.,... tak sengaja” kata Rat dan terus berlari
masuk ke dalam dapur. Walid menepuk – nepuk bahu Ahmad tetapi kali ini sedikit
kuat sehingga meniggalkan sedikit rasa perit.
“Seronok ya join satu kelab dengan syaitan?” senyum
Walid. Ahmad. Sudah merah padam wajahnya.
“Nikah kalau mahu.... memang dah tiba masanya pun.
Walid juga sukakan dia” Walid terus beredar pergi. Ahmad terus terbaring di
atas pangkin. Dia teringat kembali apa yang berlaku. Di renung tangan kananny
sendiri. Bibirnya tersenyum.
“ishh... astaghfirullah...” Ahmad terus bangun dan
mengambil wuduk. Sewaktu melintasi Rat untuk ke bilik air, kedua – duanya
tunduk malu namun Rat sempat mencuit paha Ahmad.
“Awak....” Ahmad menggetap bibirnya. Rat terus
mendapatkan Aminah yang sudah pun membersihkan sayur kangkungnya. Apabila
melihat Ahmad berlalu.. terdetik pula rasa bersalah di hatinya.....
***************
Walid kelihatan sedikit hilang mood. Di meja makan
tadi pun banyak kali dia mengerling Ahmad dengan tajam. Sesudah habis makan,
mereka berdua duduk di pangkin.
“Nak walid pinang dia?” soal Walid.
Ahmad angguk dan pada ketika itu juga walid gelak.
Ahmad mengerutkan dahinya memandang walid.
“buat malu walid saja. Ahmad Khusyairi yang walid
didik menjadi lelaki sejati kalah dengan sentuhan Ainun” walid menggeleng
kepala.
“Ahmad tak kuat mana imannya” akui Ahmad.
“Bukan iman tak kuat man tapi lagi suka ikut bontot syaitan” jeling walid.
“Alah... walid. Dah ler. Insaf dah ni” Ahmad menekup
wajahnya.
Walid menggeleng kepala. Dia memandang ke rumahnya
dan membalas senyuman rat yang baru diterimanya.
**************
Bahunya di sentuh dari belakang. Ahmad memejam
matanya dan menepis tangan itu supaya menjauhi bahunya.
"saya tak kuat mana.... saya bukan walid yang mampu memandang awak
tanpa rasa cinta. tipu jika saya menidakkan betapa ingin saya membelai awak
tetapi bukan cara ini. masuklah ke dalam Rat" ahmad memejam matanya.
senyap dan sunyi. perlahan - lahan matanya dibuka. Ahmad menoleh ke
belakang. Umi Halimah dan Rat terlopong. terlepas daun pisang dari tangan Rat
yang sedikit sejuk itu. Umi Halimah mengangkat keningnya.
"YA Allah...... malunya aku!!!" Ahmad terus berjalan laju masuk ke dalam rumah. umi Halimah memandang Rat.
"Rat suka Ahmad?" soalan yang telus,
"saya..... saya....." Rat mengutip daun pisang itu semula dan masuk ke dalam rumah. bibirnya mengukir senyum. baru sahaja terpeluk secara tidak sengaja, Ahmad dan merapu bagai...
Dia rasa seakan dirinya dungu apabila bersama dengan Rat selama seminggu
ini. Dia masih ada seminggu lagi untuk menahan rasa yang tak boleh untuk dia
luahkan.
Apa yang boleh dia lakukan, kentalkan imannya....
*******************
Rat duduk di pangkin sambil memerhatikan walid membungkus pelamnya di
pokok. Rat memandang hairan.
“kenapa walid bungkus buah pelam tu?” soal Rat.
“Supaya buahnya cantik dan tidak rosak. Sebab itu Allah perintahkan wanita
menutup aurat supaya terhindar dari sebarang kerosakan” senyum walid dan akhirnya
turun ke tanah. Dia membuka bungkusan mempelam yang lain.
“Nampak... cantik kan mempelam ni?. Tak di masuki kumbang atau kotoran.
Warnanya juga cantik” terang walid satu persatu.
Rat tunduk seketika.
“Walid... kalau saya pakai tudung cantik tak?” soal Rat. Walid terus
tersenyum dan duduk di sebelah Rat.
“Sangat cantik Ainun..sangat – sangat cantik”
“Tapi nanti ahmad tak tergoda” berterus terang dan itu tidak menimbulkan
kemarahan pada walid pun.
“kalau tergoda tu ya... memang ahmad tergoda tapi kalau cinta ...itu bukan
sebabnya, Ainun” walid meninggalkan Rat untuk berfikir sejenak. Walid berhenti
melangkah sewaktu Ahmad berselisih dengannya .
“Jangan goda dia lagi... sembang elok – elok” tegas walid.
“Ha???? Anak walid goda dia?” tercengang – cengan Ahmad waktu itu.
“Habis tu... tutuplah dada yang bidang tu” walid memuncungkan bibirnya.
Ahmad terdiam.
“Bukan aurat kan walid...”
“ya.. tapi niat Ahmad tu..... nak goda dia kan”
Ishhh.. walid ni!!!
Walid ketawa kecil dan terus berlalu pergi. Ahmad duduk agak jauh dari Rat.
Tersengih – sengih Rat waktu itu.
“Saya cantik tak kalau pakai tudung?’ soal rat.
“Cantik”
“Tapi nanti awak... ye lah... dah tutup nanti tak bolehlah awak pandang”
“Pandang apa?” muka Ahmad cuak.
“leher. Awak suka pandang leher saya. Bukan saya tak tahu” Rat mencebik
sambil kakinya yang tergantung itu dibuai – buaikan.
“Mana ada!” sangkal Ahmad.
“Cantik ya leher saya. Memang lah jinjang sikit kan” gelak Rat.
“mengarut. Saya... ish.... mengarut!” Ahmad berdiri
Cepat – cepat dia berlalu agar Rat tidak semakin melalaut. Akhirnya Fatimah
yang menemani Rat makan mangga yang sudah masak itu
“Kak Ainun... sedapkan?” Fatimah menghulurkan sehiris lagi mangga buat
Rat.
“Panggil saja kak Rat. Di KL diorang semua panggil Rat” senyum Rat.
“Wahh... cool giler...... Rat! Kalau Fatimah boleh jadi kitty tak?” soal
Fatimah. Rat gelak.
“Kitty meow meow...” balas Rat dan Fatimah gelak sakan.
******************
“Pakai inai ke?” soal Rat. Dia duduk bersimpuh di sebelah Aminah yang
langsung tidak mahu melayannya. Entah mengapa wajah comel itu sering menjadi
kelat apabila melihatnya.
“Saya suka pakai inai” tambah Rat.
Aminah hanya mengangguk. Rat hilang idea mahu berkata apa lagi. Mujur ada
Umi Halimah dan Fatimah. Umi Halimah duduk di sebelah Rat dan menyentuh pipi
lembut itu.
“Wajah Ainun sangat bersih, lembut pula tu. Pakai apa ya?” soal Umi
Halimah.
“Umi nak?” Rat membetulkan duduknya.
“Nak apa?”
“saya facial wajah Umi dengan fatimah” bersungguh – sungguh pula dia.
Fatimah apa lagi!..
Mereka berdua baring dengan mata terpejam. Walid masuk ke dalam rumah. Dia duduk
di atas kepala Umi.
“Nak buat apa ni?” soal Walid.
“Facial.. nanti saya scrub. Walid nak saya scrub muka walid tak?”
Semua memandangnya.
“Eh... maksud saya ajar” Rat menampat bibirnya sendiri.
“walid nak scrub umi boleh?” soal walid. Umi Halimah mengangguk manja. Rat suka
benar melihat gelagat pasangan bahagia ini.
“Wah.... romantiknya.... tentu Ahmad nanti akan scrub kan saya! Hmmmm” Rat
terus membuka begnya tanpa melihat mereka yang sudah pun tersenyum – senyum.
“Nah.. ini haruman lavender... wangi kan walid dan Umi” scrub itu
dihulurkan kepada walid.
“Hmmm..... ajarlah” walid bersila memandang mata Umi Halimah.
Walid mengikut apa sahaja langkah yang di lakukan oleh Rat pada wajah
Fatimah ke wajah isterinya. Setelah setengah jam, semuanya selesai. Umi halimah
menyentuh pipinya.
“lembutnya Ainun” gembira betul Umi Halimah. Fatimah awal – awal lagi
berlari masuk ke dalam tandas. Nak lihat kesan pada wajahnya di cermin.
Walid bangun untuk membasuh
tangannya tetapi Umi Halimah segera memegang tangan walid dan membasuhnya
dengan senyuman. Rat terpegun hinggakan dia terpegang tangan Ahmad yang baru
masuk itu pun dia tidak sedar. Dia bermain – main dengan jemari Ahmad walaupun
matanya tetap di satu sudut di mana walid dan umi Halimah bergurau. Ahmad
memandang jari jemarinya yang dielus oleh Rat. Berkali – kali dia beristighfar
menahan perasaan seperti semalam.
“Awak....awak...” panggil Ahmad. Rat terkejut dan terus melepaskan
tangannya. Dia tersenyum sendiri.
“Awak yang buat saya macam ni, tapi nanti walid kata saya yang goda”
berkerut – kerut muka Ahmad.
“Kita kahwin” mata Rat mempamerkan kesungguhannya.
Ahmad terkejut. Lidahnya kaku sekali lagi.....
sape kata kak izah failed bab romantik??? mmg menggoda dan tergoda..
ReplyDeletehahhaahhahaha (amboi... jahatnya gelak!)
Deletetenkiu ina..
<3 u selalu
bestnya.....lucu ad.romntk pon ad.sy bce smpi tergelak2 lg.lucu bile terigtkan ahmad kna sindir gn walid...
ReplyDeleteterima kasih banyak ya Dekrose :)
Deletesebab sudi baca karya saya yang x seberapa ni
heheheh... ikuti sambungannya ok :) <3
Mona Airawanie : saya terpikat....dgn olahan plot cerita nie dgn bhasa yg awk guna dan metaforanya.....awak boleh teruskan untuk menulis novel ... ayat walid sempoi tapi teramat2 mendlm....thanks memberikan idea yg mampu buat sy tersenyum...
ReplyDeleteMona Airawanie : sy tersenyum membaca komen2 di group awak.... memberi klu tentg diri sy....dr dulu sy telah memberitahu sy hanya seorang pmbaca dan pemberi komen....sy bukan Rasya Nurr,pernah tak terfikir sy sekdar memnjam nm seorang watak dr penulis kegemaran sy.....sy sesiapa shaja...minggu dpn tak mustahil sy menggunakan nm Rat....siapa tahu... :)
ReplyDeletesaya minta maaf ya mona...
Deletekami semua memang suka merepek macam tu...
apa pun... saya hargai awak yang sudi membaca karya saya..
terima kasih ya mona... maaf atas kami yang sering sahaja bertindak melulu... :) <3
Mona Airawanie : eh takpe...tiada perlu dimaafkan dan memaafkan....
Deletehehehehe....nak lagi...muahahahahahahaha
ReplyDeletebuleh aidazzzz
Deletebila2 nanti den post lagi
tq sudi gak baca yang ini... :) <3