Tuesday 29 October 2013

CERPEN: RUMAH AGAM SIR THOMAS

RUMAH AGAM SIR THOMAS

Terkelip – kelip Jasmin memandang rumah agam yang tersergam indah berhadapan rumah sewa barunya. Menjadi seorang guru muda di sebuah sekolah selatan tanah air membuatkannya terpaksa berjauhan dengan mama dan papanya yang tersayang. Anak manja itu terpaksa berdikari untuk hidup bersendirian. Dia lebih gemar duduk berseorangan di rumah daripada berkongsi dengan teman – teman yang lain. Kurang privasi katanya.

Pintu kaca rumah agam itu terbuka luas. Terpaku sebentar Jasmin apabila terpandangkan wajah jelita milik wanita berambut coklat gelap itu.  Jasmin hanya memerhatikan wanita Inggeris itu yang seolah – olah mencari seseorang di bawah. Jasmin turut menjatuhkan pandangannya ke tingkat bawah rumah agam itu. Ya Allah... comel sungguh kanak – kanak perempuan yang bergaun putih itu. anak patung di tangannya dikelek bagaikan bayi. Dia melambai – lambai tangannya ke arah wanita itu. sedang asyik jasmin memerhatikan mereka, dia bagaikan sedikit terkejut apabila melihat wanita itu sedang memandangnya. 

Jasmin tersenyum dan melambaikan tangannya pada kanak – kanak itu dan senyumannya dibalas dengan cara yang sama. Telefon bimbit yang berbunyi membuatkan Jasmin terpaksa berlari turun ke bawah untuk menjawab panggilan.

Sebaik sahaja selesai berbicara dengan mamanya, pintunya pula diketuk seseorang.

“Assalamualaikum nak” senyum seorang Pak lebai bersama dua orang anak muda lain.

“Baru berpindah di sini ye?”

“ya” senyum Jasmin. Dia memandang tabung di tangan salah seorag anak muda di hadapannya.

“Nak kutip derma ya Pak Lebai?” Jasmin menyoal dan senyuman Pak Lebai itu membuatkan kakinya lantas masuk ke dalam rumah untuk membuka dompet. Wang dua puluh ringgit di hulurkan.

Pak lebai sedikit hairan apabila melihat jasmin seperti terintai – intai akan sesuatu.

“Anak intai apa?. Maaflah kalau Pak Lebai tanya”

“Tak. Comel betul anak orang Inggeris tu. Tadi ada dengan mama dia. Dah masuk ke dalam rumah agaknya”  jasmin tersenyum lagi. Sejuk matanya memandang pak lebai yang sangat berseri wajahnya itu.

“Anak nampak?” soal Pak Lebai. Jasmin lantas mengangguk. Sudah pasti dia nampak akan kecomelan kanak – kanak tadi. Pak Lebai tunduk seketika.

“Anak... tinggal sendirian di dalam rumah kena isikan dengan bacaan ayat – ayat Al –Quran ya. Kalau ada ketukan pintu di malam hari, diendahkan sahaja. Takut jika ada pemuda yang nakal – nakal di sini. Hmmm.... tak kira siapa pun tak perlulah dibuka”

Pesan pak Lebai itu disambut dengan anggukan tanda faham oleh jasmin. Setelah dua tiga langkah meninggalkan rumah Jasmin, Pak Lebai menoleh ke belakang dan tunduk semula.

Jasmin menutup pintunya.

                    ***************************

Tok!tok!tok!

Pintu rumahnya diketuk. Serta merta Jasmin teringat akan pesanan Pak lebai sebentar tadi. Hatinya mula diragut rasa tenang. Rasa gelisah menjelma secara tiba – tiba.

“Hello! Hello!” suara kanak – kanak perempuan itu membuatkan Jasmin terlupa akan pesanan Pak Lebai sebentar tadi.

Jasmin terus membukanya. Senyuman kanak – kanak itu tadi sungguh manis hingga Jasmin secara spontan memegang pipi kanak – kanak itu yang dirasakan..... sejuk!.

“Can you speak malay?” soal Jasmin.

“Iya... ayah saya ajar saya bahasa melayu” sengihnya dan terus masuk ke dalam rumah Jasmin. Dia duduk sambil menghayunkan kakinya ke depan dan kebelakang.

“Saya kate Thompson. Ayah saya Sir Thomas Thompson.Kakak?” soalnya lagi. Nampak ramah!. Jasmin pergi ke dapur setelah menjawab soalan Kate sebentar tadi. Dia mengeluarkan sebungkus coklat yang masih belum di buka.

“Nah.... ini untuk kamu” Jasmin membelai rambut coklat gelap itu dengan lembut. Kate hanya memandangnya pilu.

“ambillah” Jasmin masih menghulurkannya.

“Kate pulang dulu kakak. Sweet dream. Mama kata kena basuh kaki” Kate terus keluar dari rumah Jasmin yang hanya membiarkannyaa sahaja. Pintu di tutup. Besok dia perlu memulakan tugas pertamanya menjadi guru di sekolah menengah.

                             **************

Sekolah itu nampak seperti bangunan bersejarah yang digunakan semula untuk dijadikan sebuah sekolah. Cat putih bangunan hadapan sekolah itu membuatkan jasmin seperti berada di zaman penjajahan Inggeris suatu ketika dahulu.

“Cikgu Jasmin” pengetua Yani menepuk bahu Jasmin.

“Ini tinggalan sejarah di kawasan ini dan kerajaan mahu ianya dijadikan sekolah supaya bangunan ini tidak terbiar begitu sahaja” terang Pengetua Yani seolah – olah mengerti apa yang bermain di benak fikiran Jasmin.

Jasmin agak penat mengajar pada hari itu. dia ke kantin untuk membasahkan tekaknya. Cikgu Khaif menyertai jasmin yang duduk termenung dari tadi.

“Cikgu ok?” soal Cikgu Khaif. Jamsin mengangguk.

“Cikgu tahu tak depan rumah saya tu rumah agam siapa?. Nampak peliklah orang tu. Gayanya seperti gaya – gaya orang Inggeris masa sebelum merdeka. Skirtnya, fesyen rambutnya” Jasmin memandang jauh ke hadapan selepas bebrapa kali mencuri pandang wajah Cikgu Khaif.

“Cikgu duduk di rumah batu milik Pak yahya ye?” soal Cikgu Khaif. Jasmin mengangguk. Terlepas kuih karipap yang baru diambilnya tadi.

“Cikgu.....” Cikgu Khaif beriak serius.

“Cikgu  tak takut ke tinggal situ?. Kan ada kuaters guru kenapa tak tinggal kat kuaters sahaja?”

“Tak nak lah. Saya suka tempat tu. Kali pertama datang dulu pun saya dah terpikat mahu tinggal di kawasan tu. Tak apalah, saya pergi sambung mengajar ya, cikgu” Jasmin bangun dan meninggalkan cikgu Khaif yang beberapa kali menelan air liurnya.

                                      **************

Satu yang selalu mamanya bising pasal Jasmin ialah terlalu leka menunaikan solat. Ada kalanya hanya 2 waktu sahaja yang dikerjakannya. Alasannya penat!. Bukannya penat berperang tetapi penat menghadap komputer berjam – jam lamanya.

Hari ini pun Jasmin masih leka lagi. Walau telah diingatkan oleh ammanya berkali – kali. Dia terkejut mendengar jeritan dari rumah agam itu.

“No mama!!! No mama!!!!” terjerit – jerit Kate apabila mamanya menarik tangannya dari melangkah keluar dari pintu pagar rumah mereka. Wajah mrs Thomas yang kelihatan agak garang itu menyukarkan jasmin untuk masuk campur. Dia hanya memandang kate dari jendelanya. Sebaik sahaja Kate masuk ke dalam rumah agamnya, deruman enjin kereta dihadapan rumah Jasmin membuatkan dia mengintai kembali ke luar tingkap. Kereta lama milik Sir Thomas barangkali!.

Kali ini jasmin lihat dengan jelas Pak Lebai masuk ke dalam rumah itu bersama – sama Sir thomas walaupun berjalan agak jauh ke hadapan.

Langit yang sudah pun menumpahkan rahmatnya itu membuatkan jasmin terpaksa menutup tingkapnya rapat – rapat. Takut jika meja tulisnya terkena tempias.

Hari sudah malam. Jam di dinding sudah bergerak menuju angka 12.12 pagi. Jasmin masih belum mampu melelapkan matanya.

Tok! Tok! Tok!

Jasmin membuka pintu. Kate berdiri di hadapannya dengan lebam ditangan. Terbeliak mata Jasmin melihat tanda biru  di lengan kecil Kate.

“kenapa?” soal Jasmin. Dia menarik kate masuk ke dalam rumahnya. Kate menangis dan terus memeluk Jasmin.

“kakak... Allah sayang kanak – kanak bukan?” soal Kate. Terkejut Jasmin mendengarnya. Pencipta sekelian alam itu disebut oleh Kate yang pastinya bukan beragama islam.

“ya...ya... Allah sayang semua hambanya” Jasmin mengesat  air mata Kate.

“Kakak .... ini Khadijah!!” Kate menepuk – nepuk dadanya. Jasmin menggosok matanya berulang kali. Kate yang comel tadi berubah menjdi seorang remaja perempuan yang cantik di hadapannya.

“Ini...” Jasmin sudah tidak sedap hati.

“Ini Khadijah... kakak percaya saya Islam?” Kate seolah –olah meminta jawapan yang pasti dari bibir Jasmin.

“Kate!!!!! Kate!!!!!!!” Jeritan Sir Thomas dari luar rumah membuatkan hati Jasmin sudah tidak keruan. ketakutan mula hadir. Kate memegang tangannya.

“Kakak percaya saya islam?.. jawab kakak! Jawab!!!!” Kate menggoncang tangannya berulang kali.

Pintu rumah jasmin ditendang dengan kuat. Dengan rokok di bibir Sir Thomas mengacukan senapangnya pada muka Jasmin.

“Jangan...jangannn”kate terus menarik tangan Sir Thomas pulang ke rumah. Kate berpaling semula dengan wajah yang sedih.

“Saya Islam” ungkapnya dengan perlahan.

Jasmin terduduk di muka pintu.

                          ****************

Jasmin demam panas. Peristiwa malam tadi benar – benar meragut semangatnya. Hari ini pula dia masih melihat Kate yang masih kecil seperti sebelumnya. Kalau Kate masih kecil itu ada di hadapan rumahnya, jadi siapa semalam?” Jasmin mencengkam rambutnya.

Pengetua Yani datang ke rumah bersama cikgu Khaif.

Jasmin yang masih berselimut itu memandang sebuah buku di tangan Pengetua Yani.

“Buku apa tu?” soal jasmin.

“ooo... ini buku biografi tentang sejarah sekolah tu dan kawasan ni. Dah siap dah pun. Tadi kami ambil di syarikat percetakan” senyum pengetua yani.

Jasmin terus mengambilnya dari tangan Pengetua yani yang kelihatan sedikit terkejut kerana Jasmin merampas begitu sahaja. Memang setiap guru akan dapat senaskah tetapi tidak perlulah ditarik kasar seperti itu.

Wajah Sir Thomas terpampang di hadapan buku tersebut.

“Ini Sir Thomas!!!!” jerit jasmin. Dia terus membacanya.

“Meninggal dunia pada tahun 1951?” Jasmin mula menggeletar. Dia membuka helaian seterusnya. Kali ini tangannya seram sejuk.

“Kate Thompson meninggal 1950?... mana boleh!!!! Semalam dia jumpa saya” jerit jasmin. Cikgu Khaif menggosok belakang tengkuknya. Pengetua yani tunduk.

Lebih helaian diselak dan kali ini dia lebih terkejut apabila terpandangkan wajah pak lebai di bahagian belakang penerangan mengenai tokoh agama di kawasan itu suatu ketika dahulu.

“itu Haji Muhammad bin Ahmad. Lebih dikenali sebagai Pak Lebai. Dibunuh oleh Sir Thomas untuk melupuskan bukti penting.apa pun sampai sekarang orang tak tahu. Mayat kate tidak tahu ditanam di mana dan ada yang kata dah masuk islam tetapi yang sedihnya mayat yang sudah pun beragama islam itu tak disempurnakan dengan betul. Itu pun kalau betullah islam kan” Pengetua yani sedikit sedih intonasi suaranya.

“Selepas  orang kampung dapat tahu tentang pembunuhan Pak Lebai setahun selepas itu, Sir Thomas telah dibunuh oleh orang kampung dan isterinya di bawa pulang ke british dan meninggal dua tahun selepas itu. banyak kali orang yang tinggal kat sini pindah keluar tak sampai seminggu duduk” Cikgu Khaif termenung seketika.

Tergamam  Jasmin. Pengetua Yani dan Cikgu Khaif meninggalkan Jasmin sebaik sahaja menyerahkan buku itu kepada jasmin.

                             ***************

Jasmin tidur agak awal. Pening kepalanya memikirkan tentang kate dan keluarganya. Dia terlena hingga bermimpi apa yang Kate ingin sampikan padanya.

Kate berdiri di hadapannya sebagai seorang remaja perempuan yang sangat cantik. Kepalanya ditutup dengan selendang yang sangat cantik. Waktu itu Kate menarik tangan jasmin masuk ke dalam rumah agamnya. Dari tadi tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Kate. Dia di bawa ke dapur rumah agam itu. beberapa orang gaji sibuk memasak untuk mereka sekeluarga. Kelihatan kate yang masih kecil duduk di sebelah seorang perempuan melayu sambil terlentok kepalanya kiri dan kanan mendengar alunan zikir yang begitu indah. Perlahan – lahan bibir kate berjaya menuturkan zikir itu walaupun sedikit pelat. Oarng gaji bernama mak melati itu terus memeluk Kate dan mencium dahinya kerana terlalu gembira. Jasmin tidak tahu...tetapi hatinya seperti sebak.

Kate memimpin tangannya pula masuk ke dalam bilik bacaan. Masih Kate yang kecil. Kelihatan Pak lebai sedang membaca kitab agama. Pak lebai yang bekerja sebagai pemandu di rumah agam itu tersenyum apabila Kate mendapatkannya dengan kepala yang ditutup dengan alas meja. Pak lebai ketawa sambil membetulkan ‘tudung’ Kate.

“Kalau tutup aurat bukan sahaja di kepala tapi semuanya. Yang dibuka hanya wajah dan kedua telapak tangan , sayang” Pak Lebai menggosok kepala Kate yang hanya menyengih.

“Papa lebai ajar Kate mengaji!” Kate menggoncang – goncang tangan Pak lebai.

“papa lebai boleh ajar tapi papa lebai kena bawa muqaddam dulu ya, sayang. Mama dan daddy tak marah ke?” Pak lebai berseloroh.

“Mama dan daddy tak ada di rumah kan. Papa lebai dan mama Melati juga mama dan daddy Kate” kate menyandarkan kepalanya pada batang tubuh Pak lebai.

Kate memandang jasmin yang turut sama memandangnya.

Kali ini jasmin di bawa naik ke tingkat tiga rumah agam itu. dia membuka bilik Sir Thomas dan isterinya. Bilik itu kosong dan Kate terus menarik perlahan tangan jasmin ke arah meja kerja daddynya.

Kate memegang gambar lama di atas meja itu dan kemudiannya memandang jasmin.  mereka keluar semula. Kali ini Kate membawa Jasmin masuk ke dalam biliknya sendiri. Alangkah terkejutnya Jasmin apabila ada sepasang telekung yang tersidai disebalik pintu bilik itu. ayat – ayat Al-Quran ditampal pada dinding. Kate memandang jasmin dengan wajah yang sayu.tiba – tiba pintu bilik ditendang. Jasmin terkejut dan terus menyorok di belakang Kate.

“Awak ajar anak saya baca Al-Quran!!!!” tengking Sir Thomas.

Tubuh Pak lebai terpelanting ke katil. Janggut Pak lebai ditarik ke dinding.

“Ini apa!!!!!. Saya suruh awak ajar dia jawi supaya dia boleh faham apa yang orang melayu tulis bukannya mengaji!. Dia kristian bukannya islam seperti kamu!!!” Suara Sir Thomas memetir. Kemudian kate pula meluru masuk ke dalam bilik sambil melutut merayu agar daddynya melepaskan Papa lebainya.

“Daddy bunuh dia!!!” jerit Sir Thomas. Mama Kate hanya berjegat di muka pintu.

“Jangan daddy. Jangan bunuh papa Lebai Khadijah!” rayu Kate. Makin naik angin Sir thomas dibuatnya.

“Kate! Bukan Khadijah!!!” kali ini Kate ditampar dengan kuat. Kate menangis tetapi masih mampu berdiri.

“Khadijah daddy” Kate bersuara lemah. Hatinya sebak melihat Papa Lebainya yang sudah tua mengerang kesakitan di tepi dinding. Pak lebai hanya menyebut nama Allah sepanjang masa, badannya yang sudah tidak kuat terasa sangat sakit.

“Daddy mahu Kate yang dulu. Kate tidak sayangkan daddy!” mata Sir Thomas menakutkan jasmin.

“Khadijah sayangkan daddy tetapi khadijah lebih sayangkan pencipta daddy. Kalau Allah tak ciptakan daddy, Khadijah tidak akan ada sekarang... malah... Daddy juga perlu sayangkan..”

PANG!!!!

Sekali lagi Kate ditampar. Nampak kesan merah pada wajahnya. Jasmin menangis apabila melihat air mata Kate disebelahnya deras mengalir.

“Daddy... lepaskan papa lebai.... “ rayu Kate.

“boleh tapi balik semula sebagai Kate yang dulu” ugut sir thomas.

“Jangan... Khadijah!!!” Pak lebai menaikkan tangannya. Menahan daripadanya Khadijah murtad semula.

“Diam!!! Saya bunuh awak lebai!!!”

Pak Lebai mencuri kekuatannya untuk berdiri. Dia memandang Kate yang menangis tidak henti – henti. Selendangnya sudah koyak rabak dikoyakkan Sir Thomas.

“Khadijah.... ingat kisah Sumayyah?. Jadilah Sumayyah untuk tuhanmu. Sakit Papa lebai tidak seberapa dari sakit kerana murtadnya Khadijah. Allah sentiasa menyayangi mereka di pihakNya. Kalau Papa lebai mati pun, semuanya sudah ditentukan.... janganlah biar Papa Lebai mati di saat Khadijah keluar dari agama Allah ni”

PANGGGGGGGGGGG!!!!
 Satu tembakan mengenai  Pak lebai dan dia rebah di situ juga. Kate menjerit mendapatkan Papa lebainya. Dipangkunya Pak lebai.  Tangan Pak lebai sudah terketar – ketar.

“Papa lebai.... Bismillahirrohmanirrahim... “ Kate memejam matanya dan terus membaca ayat kursi yang baru dihafalnya. Itu permintaan Papa Lebainya untuk hadiah harijadinya pada esok hari. Kate mahu belikan pak lebai sepasang baju tetapi pak lebai mahu Kate menghaal surah kursi sehingga habis. Katanya, itulah hadiah paling terindah dari Kate.

Air mata Pak Lebai mengalir. Ada senyuman pada wajahnya. Sebaik sahaja mengucap dua kalimah syahadah, Pak lebai terkulai di situ. Kate berdiri mengesat air matanya.

“Inilah sebab mengapa Khadijah cintakan Islam . daddy akan jadi manusia berguna seperti papa Lebai kalau daddy menerima agama Allah. Walaupun Khadijah islam, agama tidak melarang dari Khadijah berbakti kepada mama dan daddy. Islam mengajar hambanya agar mencintai kedua ibu bapanya. Khadijah mahu lari tinggalkan daddy tapi papa lebai kata sebagai anak Khadijah perlu menjaga kedua orang tua walau apa juga dugaannya. Semakin Khadijah mengenali islam .. semakin Khadijah menyayangi Mama dan daddy”

Mamanya terjelepok ke lantai. Dia juga sayangkan Pak Lebai. Lelaki itulah yang akan mendapatkan apa sahaja makanan untuknya. Sanggup ke hutan, sungai mahupun bandar.

“Kate.... pilih... mati atau balik semula. Daddy malu sama semua kawan daddy!!!” jerit Sir Thomas. Isterinya terus memeluk kaki Sir Thomas agar melepaskan Kate. Dia mahu anaknya hidup tak kira apa jua agama yang dianutinya.

Dia hanya mahu Kate!!.

“pleasee!!!!!” Rayu mama kate.

“Khadijah mahu hidup sebagai islam dan ...... mati juga sebagai islam” jawab Kate tegas.

Satu lagi tembakan dilepaskan dan kali ini tepat mengenai jantung Kate. Sir Thomas melepaskan senapangnya. Mama Kate terus memangku tubuh anaknya yng sudah tidak bernyawa.

Tersedu sedan Jasmin menahan kesedihan. Dia menggenggam tangan kate dengan kuat. Sekuat tangis di hatinya.

Sir Thomas menjerit kesal dan marah. Semuanya bercampur baur.

“Dia mahu mati cara islam... uruskan ccara islam darling!!!” pinta mama Kate. Kali ini syaitan sudah menguasai keseluruhan minda Sir thomas. Tubuh kate diseret hingga ke tepi rumah Jasmin. Maniam, pembantunya menggali lubang untuk Kate. Sir Thomas yang sedang marah memacakkan salib pada kubur Kate.

“Ya Allah..” Jasmin terduduk. Meraung di situ. Segala pesanan mamanya berputar kembali. Sembahyang Jasmin! Jangan lewat! Sayangkan Allah melebihi segalanya! Kau untung tidak perlu mati untuk menjadi islam yang bebas!!!!......

Kate memegang Pipi Jasmin.

“Saya mahu mati cara Islam. Saya tidak menderita kerana Allah menerima saya dengan penuh kasih sayangnya. Saya tidak kesal mati kerana Allah, malah saya berbangga. Cuma saya mahu semua orang tahu saya seorang islam. Semua yang orang islam lakukan sudah pun saya lakukan malah gambar – gambar saya bertudung juga daddy sudah masukkan dalam kubur itu. keluarkan... kerana saya mahu orang tahu saya berbangga menjadi islam dan mati saya ... mati sebagai Khadijah Thomas Abdullah”

Bunyi petir mengejutkan jasmin dari mimpinya. Dia duduk berdiri lutut di atas katil sambil memandang dindingnya. Ukiran surah Yasin dan nama Allah meruntunkan hatinya. Segera dia ke bilik air dan mengambil wuduk.

Selepas melakukan solat taubat, Jasmin duduk di atas sejadah sambil menangis sendirian. Terasa hinanya dia  kerana tidak mampu menjaga solat dan imannya. Kate terpaksa berhadapan dengan maut semata – mata mahu dirinya dikenali sebagai khadijah! Seorang wanita islam di  mata masyarakat.

                              ***************

Jasmin melaksanakan janjinya. Semua penduduk menangis di kubur yang baru digali itu apabila melihat mayat Kate yang tidak hancur. Masih boleh dilihat tubuh badannya. Masih boleh dilihat Khadijah Abdullah yang sudah pun berkhatan. Malah, sekeping gambar dia memegang Al- Quran masih elok lagi.

Sebaik sahaja jenazah Kate selamat dikebumikan, Jasmin melangkah pulang tetapi imej seseorang yang berserban dan berjubah putih di hadapannya membuatkan lidahnya kelu. Pak lebai tersenyum dan terus hilang dari pandangan. Jasmin menghela nafas lega. Semuanya kuasa Allah.

Dia mahu pulang ke rumah mamanya hari ini. Sedang dia membelek lipatan tudung di dalam almari, matanya tertancap pada sehelai selendang yang sangat cantik. Itu selendang Kate!. Jasmin memegang dadanya. Sebak!

Perlahan – lahan selendang itu dililit di kepalanya. Dia mahu pulang ke rumah mamanya dan membuktikan bahawa dia juga mampu menjadi islam yang sejati seperti Kate... Khadijah!

Ya Allah.... ku pohon ampun di atas kehinaan ini. Kelewatan ini untuk aku sedar betapa agungnya Allah!. Sesungguhnya Engkau maha pengampun. Berilah kesempatan untuk imanku teguh walaupun tidak seperti Saidatina Khadijah....... memadai seperi Khadijah Thomas Abdullah.


12 comments:

  1. fuh... meremang bca cerpen nih... best!

    ReplyDelete
  2. Ahhhhhh....bercampur baur semuanya....good job jijah

    ReplyDelete
  3. subhanallah....ami....inilah idea yg terbaik antara cerpen2 ami....Bangga den sebab cerpen ini diilhamkan oleh AZIZAH MD ISA.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah.. Syukur kerana memberi ilham kepada penulis untuk karya ini.

    ReplyDelete
  5. Daebak kak ami..cerpen ni cukup menyentuh jiwa, rasa sebak bila baca..god job akak!!

    ReplyDelete
  6. Cerita yg bgs kak...btp untungnya kita lhr sbg muslim..T_T

    ReplyDelete