KABUR
Matanya
meliar memandang sekeliling. Rumah yang baru di beli papanya itu kelihatan
sedikit usang berbanding rumah mereka yang sebelumnya. Sawang di penjuru sudah boleh dijadikan pintalan. Fatin duduk diam di
situ. Matanya memandang pula sebuah anak patung yang terletak kemas di atas
almari. Milik siapa?. Mungkin tuannya terlupa membawa pergi....
Nad,
adik kembarnyanya menggenggam jari jemari Fatin yang baru sahaja habis
persekolahan. Sejuk ...
“Nad
kenapa?” soal Fatin. Adiknya itu memang
rapat dengannya berbanding ibu bapa mereka yang sentiasa sibuk dengan tugas
masing – masing. Pertengkaran kedua ibu bapanya juga menjadi faktor mengapa
hubungan anak dan kedua ibu bapa itu sedikit renggang.
Rahim
menghampiri anak – anaknya. Kepuasan terpamer pada wajahnya. Seolah – olah mendapat
sebuah banglo idaman yang tiada tolok bandingnya sedangkan pada mata mereka
berdua rumah itu sama sahaja seperti rumah – rumah yang lain cuma.... sedikit
using dan suram.
“Papa
dah lama nak duduk banglo ni. Cantikkan?” Rahim bangun pula. Dia mengelilingi ruang
tamu rumah itu berkali – kali. Terbit rasa pelik di dalam fikiran mereka
berdua. Rahim duduk kembali dan terus terlena. Vee, mama mereka tersenyum
memandang Rahim yang agak kepenatan. Diusapnya rambut suaminya itu dengan penuh
kasih sayang. Nampak janggal pada mata anak – anaknya yang selama ini sering
dihidangkan drama pertengkaran tidak kira masa.
Fatin
dan Nad berpandangan sesama sendiri. Selalunya jeritan dan pertengkaran yang
akan menjadi makanan halwa telinga mereka tetapi sebaik sahaja menjejaki rumah
mereka yang baru ini, kasih sayang seolah – olah menguasai mama dan papa
mereka.
Fatin
cuba berfikiran positif...... itu yang dia ajarkan pada Nad agar mereka bahagia
di rumah yang baru. Mungkin hubungan kedua ibu bapa mereka sudah pulih...
seperti yang mereka inginkan. Di satu sudut rumah banglo itu kegelapan ruangan
kosong itu sedikit menyeramkan. Hati Jihan sudah ditarik – tarik oleh tali
perasaannya agar terus berlalu dari situ namun mana mungkin dia meninggalkan
insan – insan penting di dalam hidupnya.
*************************
Fatin
sedikit keletihan selepas mengemas biliknya. Terdengar suara mamanya menyanyi –
nyanyi di dapur sambil papanya turut menjadi pendengarnya.
“Indah
sekali suara adinda” senyum rahim.
Vee
tunduk malu dan tangannya membetulkan rambut yang terselit cucuk sanggul emas
yang cantik. Rahim mendapatkan Vee dan mereka ketawa lagi. Fatin yang sedari
tadi asyik mengintai gelagat kedua orang tuanya di goncang lengannya oleh Nad.
“Pagi
tadi dalam kereta mama dan papa bertengkar besar tapi tak sangka baik cepat
begini. Selalunya sampai seminggu tak cakap” bisik Fatin. Nad senyum
Fatin
menarik tangan Nad masuk ke dalam biliknya. Dikunci bilik itu dari dalam.
“Itu
bukan mama dan papa...”
Kata
– kata fatin membuatkan Nad sedikit keliru. Terus dia memeluk Fatin. Ada
sesuatu yang Fatin musykilkan. Nad suka benar memeluknya...
“Nad
perasan tak cucuk sanggul tu?”
Nad
mengangguk. Dia memeluk lututnya.
“mama
tak suka benda yang begitu. Mama lebih moden. Lagi satu, mama dan papa kita
sekarang tak kasi kita keluar bukan? Sedangkan setiap kali pindah rumah mama
dan papa akan suruh kita tinjau kawasan sekitar. Papa panggil mama..adinda” satu
persatu batu kekeliruan di pecahkan oleh Fatin.
Nad
menekup telinganya. Mana hilangnya mama dan papa kalau mereka di bawah itu
bukannya mereka yang sebenarnya?.
Tok!tok!tok!
Pintu
diketuk agak kuat. Satu lagi yang membuatkan Fatin semakin pasti akan apa yang mereka fikirkan.
“turun
makan anak – anak bonda” suara lembut itu membuatkan sehelai demi sehelai bulu
tengkuk mereka menegak.
“Mama
akan jerit dari bawah selalunya” suara yang hampir menangis dari mulut Fatin
itu membuatkan hati Nad ketawa lucu. Diusapnya rambut Fatin yang sedang
ketakutan.
“Kita
berlakon tiada apa – apa” cadang Fatin.
GEDEGANG!!!!
Daun
pintu terkuak dengan sendirinya. Nad mengambil bantal dan terus menghembam
wajahnya di situ. Sudah tidak sanggup lagi. Fatin cuba menguatkan semangatnya.
Angin ribut sedikit sebanyak membuatkan dia berfikir dengan lebih logik.
Tangannya
mencapai pemegang tingkap tetapi matanya menangkap satu imej di bawah yang
duduk di pangkin bawah pokok yang rendang.
“Allah!”
Fatin terus duduk tersandar. Jantung Nad lebih laju berbandung tadi. Dia
merangkak menghampiri Fatin yang cuba menutup tingkap itu sekali lagi. Kali ini
matanya di pejamkan.
Selepas
menutup tingkap, tangan Nad yang kesejukan itu ditarik kuat agar keluar dari
bilik itu.
“Nak
ke mana?”
“Dia
tahu kita di bilik aku. Kita tidur dalam bilik kau. Masuk – masuk nanti kita
terus tutup langsir dan kunci tingkap tapi baik kita turun ke bawah dan bawa
naik semua roti yang mama belikan sebelum kita sampai ke sini tadi” cadangan
Fatin dipersetujui Nad.
Derapan
kaki Fatin dan Nad mencuri perhatian Rahim dan Vee. Senyuman mesra terukir
sambil melambai – lambai ke arah mereka.
“Mari
makan sayang” ajak Vee sambil menepuk – nepuk bangku di sebelahnya. Hidangan
nasi dan sup daging itu menyentap naluri seorang anak dalam diri Fatin tetapi
hanya mendiamkannya sahaja. perlahan – lahan tangannya menegah tubuh Nad yang
semakin ke hadapan.
“kenapa?”
bisik Nad.
“Hmm...
mama, kami nak jaga badanlah. Mahu cantik seperti mama. Mana roti yang mama belikan
banyak – banyak untuk kami tadi?” soal Fatin.
“situ!”
Nad menjerit memandang dua plastik makanan dan minuman yang dibeli oleh Vee
sewaktu di R & R tadi. Memang pelik apabila mama mereka membeli sehingga
dua bungkus makanan termasuk tuala wanita dan ubat – ubatan untuk mereka
berdua. Makanan yang banyak itu cukup untuk mereka berdua selama dua
minggu. Mereka berlari naik ke dalam
bilik dan pintu di kuci serta merta.
“Mama
macam tahu apa yang akan jadi pada kita, Fatin” Nad mengalirkan air mata. Fatin
mengangguk. Setitis demi setitis air matanya jatuh.
“Naluri
keibuan. Kita sahaja yang selalu tuduh mama tak sayangkan kita” Fatin menekup
wajahnya dengan kedua telapak tangan.
“Nad
rindukan jeritan mama seperti selalu” Nad tidak dapat menahan sebak di dada.
Baru kini dia sedar yang kasih sayang mamany sememangnya wujud. Selepas makan
dua keping roti, mereka berdua tertidur.
Fatin
bermimpi.....
Seorang
remaja perempuan seusia dengannya melambai – lambai ke arah sebuah kawasan yang
suram. Pokok – pokok bakau mengelilingi tempat remaja perempuan itu berdiri.
Entah dari mana datangnya kekuatan dalam dirinya, Fatin terus melangkah menuju
kea rah remaja itu tetapi semakin Fatin hampir, semkin dia menjauhkan diri.
“Kau
siapa?” soal Fatin. Tiba – tiba keadaan menjadi gelap.
“Jangan
kau sentuh setiap masakannnya” itu sahaja yang dituturkan sebelum remaja itu
menghilangkan diri. Hanya samar – samar. Wajah remaja perempuan itu tidak dapat
dilihat dengan jelas oleh Fatin. Sejurus selepas itu, Fatin terjaga dari tidurnya.
Melihatkan Nad yang sedang nyenyak tidur, hatinya sedikit lega. Terus
diselimutkan tubuh adiknya sebelum dia turut sama tertidur.
************************
Jam
di tangan sudah pukul 10 pgi tetapi cuaca masih gelap. Terdetik juga di hati
Fatin yang mereka sedang berada di alam lain di mana waktunya sama sekali tidak
akan pernah sama dengan waktu di alam nyata.
Nad
tiada di sisi....
Fatin
berlari sekuat hati menuruni anak tangga. Matanya menangkap kelibat Nad yang
sedang memegang ayam goreng di atas meja. Senyuman Nad menunjukkan betapa dia
mahukan ayam tersebut melalui kerongkong dan memenuhi tuntutan selera tekaknya
yang sememangnya gemarkan ayam goreng.
“Nad!”
Fatin terus menepis ayam itu sehingga terjatuh ke bawah.
“Kamu
buat pada aku?” soal Nad.
Wajahnya
serius. Kamu? Tidak pernah Nad membahasakan perkataan begitu dalam percakapan
mereka selama ini.
“Jangan
makan ayam ni, nanti jadi apa – apa” Fatin menggoncang tubuh Nad sekuat hati.
Dia mulai rasa tidak sedap hati.
“Jadi
apa pula?” soal Vee dari belakang. Jantung Fatin berdegup kencang. Senyuman Vee
sememangnya manis tetapi sedikit menakutkan.
“Entahlah
bonda, katanya akan jadi apa – apa” adu nad dan terus memeluk Vee. Terkejut
besar Fatin saat itu. nafasnya turun naik. Lebih – lebih lagi saat melihat Vee
membelai lembut rambut Nad. Fatin mmejam matanya. Dia terus memandang tingkap
dapur. Perempuan itu!. Fatin menggigil. Perempuan di dalam mimpi malam tadi
memandang sayu ke arahnya. Dia menggeleng beberapa kali seolah – olah
menyatakan sesuatu mengenai Nad.
Dum!
Tingkap
dapur tertutup sendiri. Terkejutnya Fatin bukan kepalang. Dia terus berlari
naik ke atas dan terus mengunci pintu dari dalam. keseorangan..... itu yang
dirasakannya kini. Semalam dia masih punya Nad untuk menghadapi ketakutan
tetapi kali ini dia bersendirian. Apa terjadi pada Nad?.
Kenapa
cuaca masih begini?. Sudah dua hari dia sni tetapi belum lagi kulitnya dipanah
hangat mentari. Semuanya suram dan mendung. Fatin mahu solat!. Aku ada
Allah!!!! Teguh hati Fatin. Dikuatkan semangatnya dan terus masuk ke dalam
bilik air. Kepala paip dipulas.......tiada setitis air pun!
“Kamu
nak buat apa?. Bukannya ada air di sini. Minum air di atas meja. Air yang bonda
buat. Sangat lazat” sengih Nad. Rambutnya juga turut bersanggul dan turut
disemat cucuk sanggul emas di sisinya. Semangat Fatin bagai di rentap kasar.
Dia merenung Nad.
“Kamu
tahu aku mahu menyenbah tuhanku..tuhanmu..tuhan segala apa yang ada di langit
dan di bumi. Hanya iblis dan syaitan laknat sahaja yang melarang niatku ini”
kata Fatin tegas. Dia mulai sedar, Nad bukan adik kembarnya lagi. Dia tidak
pasti sama ada dia adalah Nad yang sebenar dan telah dirasuk atau dia jelmaan
Nad sahaja.
Menyeringai
Nad waktu itu. dia terus pergi. Cara jalannya juga sangat berbeza.Fatin duduk
di ruang tamu dan dia cuba membaca surah – surah yang dia tahu dan yang paling
menyedihkan dia tidak mampu ingat apa – apa. Fatin menangis. Rahim yang datang
entah dari mana duduk di sebelah Fatin.
“Kamu
hilang apa yang ingin kamu lontarkan?” soal Rahim tanpa memandang wajah Fatin.
Seram sejuk Fatin waktu itu. dia memejam matanya.
“Ya
Allah... aku sangat lalai selama ini tetapi aku sangat yakin bahawa kau maha
pemurah lagi mengasihani. Kasihanilah aku, hambamu yang hina ini.... kuatkanlah
aku”
“Hahahhahahahah..”
Rahim ketawa dan terus pergi meninggalkan Fatin sendiri. Nyanyian Nad
membuatkan kaki Fatin melangkah ke muka pintu. Tiga beranak itu sangat bahagia.
Saling membelai dan ketawa mesra. Sesekali mereka bertiga mengerling ke arah
Fatin yang masih berdiri tegak di situ.
Fatin
mengalihkan pandangan dan dia masih melihat perempuan itu di bawah pokok.
Tangannya memberi isyarat agar Fatin masuk ke dalam rumah dengan segera. Entah
mengapa, Fatin menurutinya sahaja. dia terus naik ke biliknya. Di mana lagi dia
harus pergi?.,
Fatin
baring sambil memeluk lututnya. Air matanya masih menitis walaupun mimpi telah
mula menyinggah..
Di
dalam mimpinya itu dia dapat melihat bagaimana ayahnya sedang berzikir sambil
mengalirkan air mata. Mamanya juga turut sama memegang tasbih dan berzikir di
belakang papanya. Fatin yakin yang kedua ibu bapanya baru sudah soat jemaah
bersama. Yang paling mengejutkan apabila dia melihat Nad di sebelah ibunya.
Dalam keadaan jelas dan tidak, Fatin menangkap butir – butir bicara papanya.
“Fatin.....
di mana juga Fatin, ingatlah Allah Fatin. Papa dan mama sentiasa mendoakan
Fatin dan sentiasa berusaha mencari Fatin hingga kami jumpa. Nad tidak boleh
tidur tanpa Fatin di sisi. Kami merindui Fatin. Ikutlah gerak hatimu sayang....
Allah sentiasa membantumu....bismillahirrahmanirrahim..... ( Al- Fatihah) “
Air
mata Fatin menitis.
Kali
ini mamanya pula bersuara.
“Mama
sentiasa bersama Fatin. Ingatkan ayat kursi yang mama suruh Fatin selalu baca?
Ingatlah Fatin...bismillahirrahmanirrahimm... (ayat kursi)”
Fatin
terus terjaga dari dari tidur. Dia menggosok mukanya dengan sedikit kuat.
Matanya dipejamkan dan perlahan – lahan ayat demi ayat kalam Allah lancar di
bibirnya.sebaik sahaja dia membuka mata, perempuan yang sering muncul itu duduk
bersimpuh benar – benar di hadapannya. Dia berbau harum dan itu meyakinkan
Fatin perempuan itu bukan seperti mereka yang lain.Wajah berseri itu tersenyum
memandangnya.
“wahai
hamba Allah... kau tidak bersendirian di sini. Allah sentiasa melihatmu. Tidak
cukup yakinkah kamu apabila mengetahui penciptamu sedang memerhatikanmu dan
sesungguhnya dikau sedia maklum yang Allah itu Maha pengasih?. Kuatkan semangat
dan jiwamu...akan aku tunjukkan segalanya agar kau boleh terlepas dari kurungan
syaitan dan jin kafir yang zalim” sangat lancar tutur kata perempuan itu.
Fatin
menarik nafas dalam –dalam.
Dia
membaca surah Al- fatihah hingga mengalir air matanya. Sebaik sahaja dia
melepasi ayat terakhir, Fatin seolah – olah di bawa untuk melihat segala apa
yang berlaku.
Semuanya
bermula....
Pertengkaran
Fatin dengan kedua ibu bapanya di rumah sehingga menyebabkan Nad yang
menyebelahi mamanya ditampar kuat oleh Fatin. Semuanya berlaku sewaktu mereka
mahu berpindah ke rumah yang baru. Di dalam kereta. Fatin memaki Nad di dalam
hati dan mengeluarkan ayat yang menyinggung hati dan perasaan Rahim dan Vee.
“Fatin
tidak mahu mama dan papa yang banyak duit. Fatin Cuma mahu papa dan mama yang
sayangkan fatin. Kalau mama dan papa nak tahu, Fatin keluar rumah, lari rumah
dan curi semuanya sebab mama dan papa. Dalam hati Fatin setiap saat berdoa agar
mama dan papa bukannya mama dan papa Fatin. Biar Fatin dapat mama dan papa yang
tua dan miskin..lebih baik dari papa dan mama yang selalu bertengkar dan
berleter pada Fatin” jerit Fatin di dalam kereta.
Fatin
dapat melihat dengan jelas air mata mamanya mengalir membasahi pipi. Waktu
pertengkaran itu berlaku, Fatin langsung tidak mahu memandang wajah Vee.
Selepas makan di kawasan R&R pun, dia masih tidak mahu memandang Nad, mama
dan papanya. Dia Cuma mengambil bungkusan roti yang dibelikan oleh mamanya
sahaja.
“Maafkan
mama, sayang” ucapan maaf itu tidak diendahkan.....dan bermulalah segalanya.
Kerana tidak mahu memandang wajah kedua orang tuanya, Allah mengaburi mata
Fatin dengan menjadikan pandangannya melihat kereta lembu pasangan tua yang
bukannya berasal dari tanah itu seperti kereta mama dan papanya. Terkejut besar
Fatin apabila melihat wajah orang tua yang mempunyai seorang anak perempuan
sebaya dengannya itu. terbongkok – bongkok dan menakutkan.
Saat
dia memeluk Nad di dalam bilik rupanya dia memeluk anak jin yang berbau busuk
dan bertanduk itu. tubuh Nad menggeletar. Yang membuatkan dia bertenaga ialah
roti dan air kotak yang dibelikan oleh mamanya itu sahaja.
Fatin
membuka matanya. Kali ini dia hampir pengsan apabila menyedari yang dia sedang
duduk di atas rangka manusia. Perempuan itu tersenyum lagi. Tanda
lahir di dagunya itu direnung Fatin.
“kemarahan
mengaburi mata kamu dari melihat kasih sayang dan cinta ibubapa pada anaknya.”
Perempuan itu menoleh ke arah cahaya yang menerangi mereka.
“Kamu
ikutlah cahaya itu dan kamu akan pulang ke alam nyata dan berjumpa semula
dengan kedua orang tua kamu. Ketahuilah oleh kamu yang cahaya ini terjadi atas
doa dan zikir ibu bapa kamu setiap masa. Insaflah...sayangilah mereka”
Fatin
menangis teresak – esak.
“Jin
tu bagaimana?” soal Fatin.
“Ini
memang tempat dia. Kamu yang harus
pergi. Aku juga mahu pergi. Aku ke sini kerana Allah dan janjiku pada wanita
paling mulia untukku. Ingatlah ..Allah telah berikan apa yang terbaik buat
hambanya. Hargailah. Ikutilah cahaya itu sebelum keluarga jin itu pulang dari
buruan mereka”
Fatin
memeluk perempuan itu.
“Siapa
kamu?”
“Aku......
Nurul Huda binti Rahim” itulah kata – kata terakhir perempuan yang membantunya
keluar dari alam yang menakutkan itu. Fatin mengikuti cahaya itu dan terdengar
namanya dipanggil beberapa orang. Fatin pengsan.
*****************
“Mama..papa..Nad”
Fatin terus memeluk mamanya. Vee menangis tidak henti- henti. Bibirnya
tersenyum manis dan terus mengucup pipi Fatin.
“Maafkan
Fatin. Fatin berjanji akan jadi anak yang baik dan kakak yang baik”
Rahim
menggosok kepala Fatin dengan penuh kasih sayang.
“Kami
juga minta maaf sayang.. mulai hari ini, Fatin dan nad adalah keutamaan kami”
janji Rahim. Nad menggenggam tangan Fatin.
“mesti
takut sendirian kan?” soal Nad,. Fatin menggeleng.
“Tidak....
ada seorang kawan perempuan yang bantu
Fatin di sana” jujur Fatin.
“nama
dia Nurul Huda binti Rahim’ jawapan Fatin membuatkan kedua ibu bapanya
terkejut. mereka berpandangan sesama sendiri.
“Abang....”
Vee memeluk Rahim. Dengan wajah tenang Rahim berkata...
“Nurul
Huda binti Rahim.... anak sulung mama dan papa yang meninggal genap sahaja usia
dia dua bulan. Dia kakak kamu Fatin. Mama bermimpi yang seorang anak perempuan
datang kepadanya dan berkata...... wahai ibu yang telah melahirkanku, janganlah
hatimu bimbang kerana anakmu ini akan menjaga adiknya dengan baik. Dia amanah
yang tidak sempat untuk aku tunaikan tanggungjawabku. Berdoalah agar anakmu ini
boleh membimbingnya pulang. Fatin sayang, ada tak di wajahnya tanda lahir di
dagu?” soal Rahim.
Fatin
longlai saat itu. dia mengangguk dalam keadaan yang lemah. Saat itu kekesalan
menyelubungi jiwanya. Kalaulah dia mendengar kisah tentang kakaknya dahulu dan
tidak membenci mamanya sudah tentu dia akan gembira di saat mendengar kakaknya
memberitahu namanya di sana.
Sejak
dari itu... mereka semua memperbaiki kesalahan yang telah mereka ciptakan
sebelum ini dan Fatin mulai rasa bahagia apabila mendapat perhatian dari kedua
orang tuanya dan kadangkala dia akan bermimpi kakaknya tersenyum memandangnya
buat seketika.............
No comments:
Post a Comment