Thursday 5 December 2013

JIPANG LOVE HARLEY - BAB 6

BAB 6

Kak Piah mengamuk di dapur.  Kalau Kak Piah mengamuk, Tan Sri Muhzaini pun akan menikus. Bukannya takut tetapi kalau di layan bebelan anak dara tua itu akan berpanjangan sehingga tidak larat untuk telinga mendengarnya.

“Tahulah serkup kepala ni murah tapi janganlah campak kat tong sampah. Kalau dah pinjam, bagi balik!” serkup kepala yang bercambur dengan lebihan lauk semalam di dalam tong sampah dipandang kecewa oleh Kak Piah. Chinta tidak berani ke dapur. Memang sah – sah akan jadi lauk Kak Piah.

“Chinta...” Papa mengeling dengan kedua belah tangan yang diseluk ke dalam kocek. Chinta mencebik dan terus ke dapur. Wajah bengis Kak Piah membuatkan hatinya dicuit rasa lucu. Setakat serkup kepala RM2.50 tu pun nak mengamuk. Eleh... balik nanti aku boleh beli sepuluh lagi!. Chinta sengih,.

“Akak dah agak dah!!”

“Ala... sorry lah kak... terpaksa.. darurat” Chinta menggesel – gesel tangannya ke lengan Kak Piah. Huh! Dah lah mencuri serkup aku, dibawanya pula serkup aku tu pergi mencuri!.

“Akak tak suka tau Chinta bawa serkup solat akak tu pergi mencuri” jeling Kak Piah. Dua tiga kali jugalah Chinta menelan air liur. Kalaulah dia tahu serkup itu dipakai waktu Kak Piah solat, sumpah! Dia tidak akan sesekali mencurinya.

“Dah lah pakwe orang pun dia kebas” suara Kak Piah sedikit rendah. Fikirnya Chinta tidak mendengar biji butir kata – katanya tetapi dia silap.

“Hek eleh... siapa pula yang curi pakwe Kak Piah. Ni yang buat rasa bersalah tadi bertukar rasa nak cari gaduh ni” Chinta mengambil sebiji epal di dapur dan terus keluar.

Dahlah tak dapat naik motor, Kak Piah ni pula membebel macam timun!. Timun?.. Lantaklah!!!. Kakinya terus menghampiri Tan Sri Muhzaini yang sedang membuka pintu kereta.

‘Tumpang papa!!” terus dia memintas Tan Sri Muhzaini dan dalam beberapa ketika dia sudah pun duduk selesa di tempat duduk Tan Sri Muhzaini.

“Kenapa tak bawa kereta?. Pejabat papa dengan Yazid kan jauh?.”

“Alah.. dengan anak sendiri pun kedekut”

“Nanti balik macam mana?. Nak papa ambil?” soal Tan Sri Muhzaini sambil meletak beg ke sisinya. Chinta sengih. Tidak menjawab.

Pak Midin memandang Chinta dari cermin atas. Dia tersengih sambil menggeleng kepala saat Chinta meletakkan jari telunjuk ke bibirnya yang dicalitkan dengan lipstick bewarna berry. Pandai betul atur rancangan....gelak Pak Midin.

                                       *********************

Yazid masuk ke pejabat dengan kemeja T dan berseluar jeans sahaja. Chinta tercengang – cengang di mejanya. Aik!! Tak masuk kerja ke?. Apasal pula pakai begini?. Dalam berkira – kira itu, kakinya sampai juga melangkah menghampiri Yazid yang sedang berbincang sesuatu dengan eksekutif akaun mereka, Hakim.

Yazid agak terkejut sewaktu berpaling apabila melihat chinta di belakangnya tersenyum tetapi dengan wajah yang pelik. Yazid angkat kening.

“kenapa?”

“Tak kerja ke?”

“Amboi! Tanya bos macam tu.... “ senyum Yazid. Dia kemudiannya membelek – belek telefon bimbit dan menekan beberapa butang untuk membalas mesej daripada seseorang.

“Saya macam mana?” soal Chinta. Bibirnya digigit sedikit.

“Macam mana apa?. Hari ini saya tak masuk. Ni pun sebab nak sign cek sahaja” Yazid masuk pula ke dalam biliknya. Chinta masih mengikut Yazid sehingga lelaki itu tergelak sendiri.

“Ok... apa dia Cik Chinta Azelea?”

“Siapa nak hantar saya balik?” telus soalan Chinta.

“Datang tadi naik apa?” Yazdi duduk pula di kerusinya.

“Pak Midin dan papa”

“Jadi....”

“Ishhhhh....... siapa nak hantar saya balik?. Papa balik lambat. Pak Midin.... Pak Midin..... Pak Midin pergi hmmm.....hmm..... pergi dating dengan Kak Piah. Saya tak mahu kacau dia.”

Yazid gelak. Dia berdiri.

“Awak nak saya yang hantar awak balik ye?” intonasi suara Yazid melenggok manja di akhirnya. Seperti satu kejutan elektrik sewaktu mata Yazid memandang senget wajahnya.

Chinta termalu sendiri. Terus kakinya berpatah balik duduk di tempat duduk nya. Memandang skrin komputer yang gelap kerana masih belum dipasang plugnya. Kecewa?... itulah yang menyelubungi hatinya waktu itu. dia tidak hairan dengan lelaki lain lebih – lebih lagi lelaki seperti Hamka tetapi apabila bersama Yazid, dia seolah – olah menjadi perayu cinta.

“Chinta.. encik Yazid tunggu awak kat bawah” bahunya di gerakkan Lina.

“Apa dia?” masih menyoal .

“Encik Yazid love love awak tu.. tunggu puterinya turun dari sini ke bawah” usik Lina. Dicubitnya pipi Chinta. Tanpa mengucapkan terima kasih Chinta terus keluar dari situ. Lina menggeleng kepala. Aku dulu pun mabuk cinta tapi taklah seteruk budak ni....

                          *********************

“amboi... berserinya muka” usik yazid sewaktu Chinta sudah pun masuk ke dalam keretanya.

“Nak pergi mana?” soal Chinta.

“tadi kata nak balik. Saya hantar balik sajalah” Yazid memandang wajah Chinta yang ketara sekali rasa kecewanya.

“Awak tak nak saya ikut?”

“Awak takkan suka” jawapan Yazid sedikit meragukan tetapi hatinya tetap mahu ikut ke mana sahaja arah Yazid tuju.

“Tak apa.....” yakin Chinta. Yazdi berdiam agak lama sebelum menghidupkan enjin kereta  untuk pergi.
Gembiranya Chinta waktu itu tidak dapat digambarkan melalui kata – kata. Haruman Yazid membuatkan dia hampir terlena dalam angannya sendiri sedangkan Yazid berada di dalam sedikit kebimbangan. Dia tahu dan sedar akan perasaan Chinta terhadapnya.

Sampai sahaja di sebuah kampung, Yazid memberhentikan keretanya di hadapan sebuah tanah perkuburan. Chinta mengikutnya dari belakang, sejak kakinya memijak tanah perkuburan tersebut, Yazid mula hilang bicaranya. Yang kedengaran hanya bacaan Yaasin yang pilu pada halwa pendengaran Chinta.

SITI AISYAH BINTI JOHARI

Nama itu yang terukir pada batu nesan yang sedang disentuh oleh Yazid. Mengikut tarikh kelahiran dan tarikh kematian, wanita itu meninggal dunia waktu umurnya 21 tahun. Siapa dia?. Teka – teka itu cuba dijawab sendiri walaupun tanpa keyakinan. Yazid tunduk agak lama. Chinta tahu Yazid perlukan masa sendirian. Perlahan – lahan kakinya menjauhi Yazid yang masih seperti tadi. Tunduk dalam kesedihan.

Hampir setengah jam menunggu akhirnya Yazid mendapatkannya di kereta. Senyumannya hilang entah ke mana. Tidak seperti selalu.

“Saya tak patut bawa awak ke sini” luahan pertama Yazid.

“Allahyarham ni siapa?” soal Chinta. Senyap. Yazid tidak mahu menjawabnya. Dia terus masuk ke dalam kereta dan membawa Chinta jauh dari situ. Tiba sahaja di hadapan sebuah tasik yang tidak jauh dari kampung tersebut, Yazid keluar. Dia memandang Chinta dan terus duduk di bawah gazebo yang terukir  indah.

Chinta duduk. Dia tidak bersuara kerana dia tahu ini bukan masanya untuk dia bergurau senda seperti selalu.

“Awak tak gembira kan?. Sebab itu saya berat hati nak bawa awak ke sini. Saya mahukan jawapan dan ianya terjawab  cuma silapnya awak ada di sini bersama”

Keliru?... sudah semestinya. Jawapan apa dan mengapa dia tidak sepatutnya berada di situ bersama Yazid?

“Dia sepatutnya menjadi isteri saya lagi dua hari sebelum dia pergi meninggalkan saya”

Kali ini Chinta benar – benar terkejut. Yazid memandang sejenak wajahnya yang masih berubah seperti tadi.

“Dia pernah kata....”

Yazid diam lagi. Dia menyeksa Chinta waktu itu. dengan berdiam diri, dia membuatkan chinta lebih tertanya – tanya.

“Kami perah berjanji tidak akan berkahwin kalau salah seorang dari kami pergi dahulu tetapi sebelum dia pergi dia nyatakan sesuatu yang buat saya terhukum waktu ini”

Yazid melemparkan pandangan jauh ke hadapan hingga tidak mampu untuk Chinta tariknya kembali.

“kahwinlah dengan wanita yang mampu menghilangkan rasa duka di hati abang sewaktu abang menziarahi pusara Aishah. Kahwinilah wanita yang mampu menenggelamkan memori kita sewaktu duduk di bawah gazebo yang kita bina bersama....... tetapi sehingga saat ini saya masih tidak mampu!Tak mampu untuk menghilangka duka itu”

Chinta berdiri dan memalingkan wajahnya. Dia berjalan menjauhi Yazid agar air matanya yang sedang jatuh itu tidak menjadi duri tajam yang lebih menyakiti hati Yazid. Ya.... dia sendiri lihat betapa berdukanya Yazid sebaik sahaja memijak tanah perkuburan itu, melihat gazebo yang dia singgahi tadi. Yazid rasa bersalah. Sangat – sangat bersalah pada Chinta. Setiap 12 Mei, Yazid akan menziarahi pusara Siti Aisyah. Hari kelahiran wanita pertama yang terus melekat di hatinya sehingga kini.

Setelah yakin dia mampu berpura – pura tersenyum, barulah Chinta mendapatkan Yazid. Nafas di tarik sekuat mungkin . tangannya digenggam dan dia melorek senyum.

“Jom... saya lapar. Hmm,... hari ni saya belanja”  terus Chinta mendapatkan kereta Yazid di hujung sana. Yazid bangun dan menuruti kehendak Chinta. Tidak sampai separuh perjalanan, Pak Midin sudah pun menunggu Chinta di hujung simpang. Terkejut juga Yazid pada waktu itu. chinta membuka tali pinggang keledarnya.

“Maafkan saya Yazid sebab menambah kesakitan di hati awak. Dia betul – betul hebat hingga mencampak buang debu – debu kasih yang baru sahaja saya gugurkan dalam sekelip mata. Semyuman saya tak dapat awak sambut ketika di tanah perkuburan tadi. Nama saya sahaja Chinta tetapi saya tidak dapat memegang cinta awak walaupun hanya di hujung jari. Ya.... saya mengaku yang saya tak suka. Bertuahnya dia kerana masih mencengkam awak meskipun dia sudah jauh dari dunia yang telah pun dia tinggalkan” Chinta membuka pintu kereta. Dia terus menuju ke kereta milik Tan Sri Muhzaini tanpa menoleh ke belakang lagi. Yazid tunduk dan perlahan – lahan dahinya mencecah stering kereta.

Maafkan aku Chinta......

                                   ********************

Pintu rumah dibuka dan Kak Piah yang sedang menyusun majalah menegur Chinta yang masuk tanpa menegurnya.

“Amboi.... pergi dating sampai sombong macam ni!”

“Diamlah Kak Piah!!!!” jeling Chinta dan berlari terus naik ke atas. Tubuhnya dihempaskan ke tilam dan kali ini dia menangis sepuas – puasnya. Perlukah seteguh itu cinta Yazid buat dia?. Kenapa Yazid tak fikirkan tentang hidupnya sendiri?. Relakah dia hidup sendirian sehingga tua?... makin kuat tangis Chinta sehingga akhirnya dia terlena sendiri di katilnya dengan air mata yang masih berbaki.

Yazid termenung panjang di rumahnya. Rasa kesal kerana mengecewakan hati Chinta bertimpa – tipa sehingga dia tidak sanggup mengingati wajah kecewa Chinta siang tadi.kalaulah bisa dirawat hati Chinta, pasti itulah yang dia akan lakukan demi rasa cinta yang semakin dekat menghampirinya.

                                 ******************

Yazid  masuk ke dalam pejabat dan kakinya berhenti  melangkah saat melihat Chinta duduk menghadap komputer. Tiada lagi jelingan manja seperti selalu. Chinta seolah – olah patah hatinya. Memang dia kecewa, untuk melupakan seseorang yang amat bermakna dan pergi meninggalkan kita akibat maut memang sangat sukar.

Sebaik sahaja Yazid berlalu masuk ke dalam biliknya, Chinta terus memegang dadanya. Sakit sekali!. Untuk jauh dengan seseorang yang hampir juga adalah sesuatu yang begitu sukar buatnya. Dia cintakan Yazid tetapi cinta Siti Aishah itu masih ada di dalam jiwa Yazid.

Tiada selera untuk Chinta turun makan bersama – sama teman sekerja yang lain. Lina menggosok belakang badan Chinta.

“Tak mustahil Chinta.. kerana sejak kau hadir, aku nampak sekali senyumannya berbeza”

Chinta terkejut. Lina seolah – olah mengerti apa yang berlaku antara dia dan Yazid.

“kau tahu?”


“Semalam memang hari ulangtahun kelahiran arwah Aisyah. Setiap tahun Yazdi tidak akan masuk pejabat”

Chinta memandang pintu bilik Yazid yang masih tertutup.

“kau cintakan dia?” soal Lina. Chinta mengangguk. Tangan Chinta digenggam dan mata Lina seolah – olah memberi harapaan buatnya.

“Pergi,.... selamatkan cinta korang dari terbiar begitu sahaja. Dia masih baru untuk mengenali cinta yang lain. Kau yang patut pimpin tangan dia keluar dari memori silam yang tidak sepatutnya dia kenangkan hingga menyeksa dirinya sebegitu rupa. Untuk menarik dia keluar, kau yang perlu kuat dan tabah. Buktikan yang cinta kau lebih hebat dari arwah Siti Aisyah”

Kata – kata Lina membuatkan jantungnya berdegup kencang. Ada suntikan semangat di situ. Lina yang mengesat air matanya mengangguk dan memberi isyarat mata agar masuk ke dalam bilik Yazid.

Chinta berdiri dan menuju ke pintu bilik Yazid. Tangannya digenggan dan angkat. Dua kali ketukan sudah membuatkan Yazid menyahut dari dalam. Chinta memandang Lina yang mengangguk – angguk lagi. Dengan penuh rasa debar Chinta mahu membuka pintu tetapi pintu itu terbuka terlebih dahulu. Matanya dan Yazid tertancap antara satu sama lain. Lina cepat – cepat duduk mencangkung. Biar Yazid tidak tahu ada orang lain di situ.

“Chinta..” Yazid bersuara. Chinta menumbuk dada Yazid.

“Saya tak kira!!!! Awak kena bagi saya peluang untuk masuk dalan hati awak tu!” jari telunjuknya menekan – nekan pula dada Yazid.

“Awak tahu tak betapa pedihnya bila tahu yang kita mengalah sebelum bertarung. Awak baru kenal saya. tak bagi waktu untuk saya membelai awak dengan cinta saya dan awak... awak....awak...” Chinta menangis tersedu sedan di hadapan Yazid yang memejamkan matanya buat seketika.

Chinta menampar pula dada Yazid dan kali ini tangannya terus digenggam Yazid. Perlahan – lahan tangan kirinya dilepaskan dan mengambil peluang untuk mengesat air mata yang sudah pun keluar tanpa henti – henti melalui kelopak mata Chinta.

“Awak tak suka saya” Suara Chinta tersekat – sekat.

“Saya suka.. Chinta malah nama awak selari dengan perasaan saya”

Kedua belah pipi Yazid dipegang.

“Saya Chinta Azalea, anak pakcik Muhzaini, anak makcik laila.....jangan gelak!!” Chinta memarahi Yazid yang mula tersenyum mendengar luahannya.

“Saya Chinta Azelea, anak pakcik Muhzaini, anak makcik laila yang tak berapa suka dengan gedik kak Piah,....... nak awak tahu yang saya sangat..”

“Saya sangat cintakan awak , Chinta!!”

Terdiam Chinta saat kata – katanya tadi dipotong oleh Yazid.

Lina merangkak keluar dari situ dengan senyuman.. semoga Yazid berbahagia di samping Chinta..



10 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih banyak ye weeda....... akak lagi suka bila weeda suka. tq muahhhhhhh <3

      Delete
  2. tsd : sy penggemar karya awak...idea yg hebat....saya suke,awak memang berbakat...semoga berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak tsd. ni buat sayang nih hheheheheh tq muahhh <3 .. terima kasih untuk doa awak. sangat2 saya hargainya...

      Delete
  3. Bestnya jijah...spt biasa akak suka tulisan awak
    -sj sab-

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak SJ ... terima kasih tau sbb masih sudi baca karya izah ..... lebiuuuuuuu muah <3

      Delete
  4. Replies
    1. kak na.....
      belum abes lagi.. banyak bab lagi.hihihi
      bulehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. nanti izah masukkan n3 baru ye . tenkiu.. lebiuuuu lah <3

      Delete
  5. first time baca....best....tapi terus terjah bab 6...jgn marah...hehehe..keep it up....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehehkehehke... takper... terus terjah pun saya dah berterima kasih sesangat sbb sudi gak baca.
      terima kasih sekali lagi tau tau tau.. lebiuuuu <3

      Delete