Monday 13 October 2014

cerpen: CINTA KITA CINTA POKOK RAMBUTAN

“Jie! Panjat pokok tu atas sikit,” arah Nad yang menunggu di bawah. Pokk rambbutan yang tak sebesar mana itu diperhati daripada bawah. Jie yang sedang memakai baju kurung terpaksa membetulkan kainnya setiap kali terselak. Mahu tergelak pun ada Nad melihat situasi itu. Dah umur 21 tahun pun masih lagi mahu panjat pokok rambutan.
“Gila kita ni, buatnya orang lain nampak.” Jie memerhati sekeliling.
“Alah, kebun ayah aku, bukannya orang nampak. Tak ada sesiapa pun di sini” Nad cuba meyakinkan. Kalau tak kerana kakinya tersseliuh kelmarin sewaktu turun daripada bas untuk pulang ke kampungnya itu, tentu dia pun ambil bahagian sama. Makan atas pokok lagi best!
“Buka sajalah kain tu,” suruh Nad. Terbeliak mata Jie mendengarnya.
“Kau gila.”
“Tak pun ikat macam cerita tamil tu,” arah Nad lagi. Terkedip-kedip matanya apabila dipanah mentari saat memandang Jie yang mula menarik bahagia bawah kainnya lalu diikat ke getah kain baju kurungnya.
“Amboi, seksinya!”
Nad dan Jie menoleh. Abang Haz! Kelam kabut Jie menarik kembali hujung kainnya. Abang Haz tersenyum lebar sambil menggeleng kepala.
“Menganga kerengga pandang paha awak tu,” ujar Haz. Dengan segera Jie turun tanpa membawa turun walau sebiji buah pun. Dia mengeluh memandang Nad.
“Kan ada pengait ni. Dah, pergi duduk sana. Biar abang Haz yang buat,” suruh Haz dan terus mendapatkan pengait. Nad gelak besar sambil menampar manja pipi Jie yang merah padam menahan malu.
        Sedang leka Haz mengait buah rambutan buat adik dan sahabat baiknya itu, Bedah menghampirinya. Nak kata kekasih tak juga sebab Haz memang suka menggatal. Semua perempuan dilayannya cuma baiknya Haz dia tidak akan menyentuh sesuka hatinya. Kehormatan wanita dijaga dengan baik sekali.
        “Bedah nak ajak abang kahwin ke datang jumpa abang ni?” soal Haz sambil gelak kecil.
        “Kita kahwin bawah pokok rambutan nak?” Sambung Haz. Dia terbongkok-bongkok mengutip buah rambutan yang jatuh ke bawah.
        “Tak nak.” Jeling Bedah.
        “Kenapa?”
        “Nanti orang asyik makan rambutan. Tak nak pandang saya pun,” kata Bedah pada Abang Haz.  Makin galaklah Haz meletuskan lahar tawanya.
      “Bluek! Nak muntah aku dengan awek abang kau tu. Apa barang nak suruh tengok muka dia. Dah rambutan tu lagi sedap. Merah segar bugar. Dia tu buat aku rasa nak hempuk je,” bisik Jie ke telinga Nad. Mereka memandang dan terus mencuri dengar.
       “Rambutan dengan Bedah... kan cantik Bedah lagi” usik Haz.
      “Bluek!” Jie jelir lidah.
      “Ko ni pregnant ke? Asyik nak muntah je.” Usik Nad. Jie naik angin. Dia terus menyarung selipar dan dengan sekuat hati dia menjerit.
      “Aah! Mengandungkan anak abang kau.” Jie terus pulang ke rumah Nad. Terbeliak mata Haz dan bedah mendengarnya. Air mata Bedah mengalir tanpa diduga oleh Haz.
       “Padanlah Abang Haz selalu mengelak dari Bedah. Rupanya Abang Haz dah ...” Bedah berlari pulang. Haz tergamam. Dia memandang Nad yang awal-awal lagi dah cabut lari.

HAZ pulang ke rumah dengan  membawa rambutan yang berlambak-lambak. ‘Nak makan rambutan tapi tak nak tolong bawa,’ bebel Haz. Nad membantu abangnya.
        “Kawan Nad tu kenapa?” Soalan Haz terbiar begitu sahaja kerana adiknya tidak mahu menjawab walau sepatah perkataan pun. Geleng tak, anggup pun tak. Haz memandang Jie yang sedang memotong cili di pangkin dapur. Dengan senyuman nakal Haz menghampiri.  
        “Jie dah tangkap cintan cintun dengan Abang Haz?” Usikan Haz ditepinya itu diendahkannya sahaja. Jie memotong cili tanpa menghiraukan Haz.
         “Ala... Abang ni tauke rambutan dengan pisang je. Jie suka ke?”
Jie diam lagi.
        “Tapi kalau Jie kahwin dengan abang, abang buatkan Jie rumah gunakan batang pisang, bumbungnya guna daun rambutan. Hiasan dalamannya guna kulit rambutan yang merah berbulu-bulu. Lantai guna batang pokok rambutan dan langsir guna daun pisang. Nak?” soal Haz dengan senyuman meleret.
        “Pi kahwin dengan monyet” jawab Jie
       “Uish... mak monyet ni garang betul”
        “Apa abang kata?”
        “jie cantik.” Hazrul terus pergi. Merah lagi wajah Jie.
        “Jie nak ikut abang pergi mandi sungai tak petang ni?” jerit Haz sebelum masuk ke dalam biliknya. Jie memandang Mak Wan. Bimbang juga jika ibu tuan badan tak suka dengan dirinya. Mak Wan angguk dan ketawa kecil.
        “Terima kasih Mak Wan.” Terus dipeluknya Mak Wan hingga melatah orang tua itu dibuatnya. Nad gelak besar.
        Petang itu mereka bertiga menaiki kereta Haz ke sungai tempat anak kampung itu bermandi-manda.
        “Orang kaya! Pandai ke mandi sungai?” Haz perli. Ekor matanya mengerling sedikit wajah Jie.
        “yang kaya papa, bukannya Jie.” Jawab Jie selamba. Haz ketawa. Nad terus menarik tangan Jie turun ke sungai. Menggigil tubuh Jie akibat kesejukan.
 Haz turun juga selepas melipat kaki seluarnya.
        “Pakai seluar pendek sajalah Abang Haz,” suruh Jie. Haz tergamam. Dia memandang Nad yang menggeleng kepala.
        “Kau nak bilal masjid kampung ni kena kecam dalam facebook sebab mandi pakai seluar pendek? Abang aku mana pernah pakai seluar pendek.” Terang Nad. Jie menggigit bibirnya.
        “Kita kahwin nanti abang pakai ye, Jie.” Usikan Haz benar-benar membuatkan Jie termalu sendiri. Mereka  ketawa gembira berdua. Haz yang duduk di atas batu tersenyum melihat gelagat Jie yang terjerit-jerit sewaktu Nad mengacahnya dengan ulat daun. Jie berlari naik ke atas batu. Haz menoleh dan tersenyum.
        “Jie makan dulu ya? Nanti kita balik. Lagi satu jam nak maghrib dah ni.” Nasi ayam yang dibekalkan oleh Mak Wan dihulurkan ke tangan Jie. Setelah  mengemas barang , mereka semua pulang. Abang Haz dengan segera ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Dia perlu mengalunkan azan sembahyang maghrib sebentar nanti.
        Ada getar pada perasaan Jie sewaktu mendnegar alunan azan yang berkumandang. Sangat merdu suara Haz hingga menggetarkan jiwanya. Nad menepuk pahanya.
        “Hmm... aku suka je kalau kau jadi kakak ipar aku,” usik Nad. Jie angguk.
        “Aku jatuh cinta dengan abang gatal kau tu.” Gelak Jie dan kemudiannya menekup muka dengan kedua telapak tangannya. Mengapa dia yang sebenarnya sangat sukar menerima cinta lelaki itu begitu mudah meletakkan rasa kasihnya buat Haz. Mungkin Haz menghormatinya dan langsung tidak mengambil kesempatan ke atas kecantikan mahupun kekayaannya. Esok dia akan pulang ke bandar bersendirian. Dia ke kampung Nad pun untuk menghantar sahabat baiknya itu pulang terus ke kampung. Nad mahu menjaga Mak Wan yang sering sahaja sakit sejak kebelakangan ini. timbul sedikit rasa sedih dipenjuru hatinya.

JIE memeluk Nad yang menangis. Air mata Nad dikesat dengan jemarinya. Dia juga sedih namun perlu dia tabahkan hatinya.
      “Kalau ada masa dan ketika, aku akan datang jenguk kau dan Mak Wan,” ujar Jie sambil sempat lagi tangannya menggosok belakang badan Mak Wan yang tirit sama menangis. Haz memasukkan setandan pisang, seplastik besar buah rambutan dan buah langsat ke dalam bonet kereta Jie.
        “Jangan lupakan Abang Haz juga, ya?” Haz senyum manis. Jie angguk.
        “Kalau buah rambutan yang paling atas tu masak, Abang Haz hantar ke KL ya?” usik Jie dan Haz menyambutnya dengan anggukan. Sebaik sahaja Jie pergi, Haz terasa jiwanya sedikit kosong. Kerinduan mula hadir biarpun baru beberapa minit kereta Jie mluncur pergi.


DUA MINGGU KEMUDIAN...

Haz ke pejabat Jie dengan seplastik rambutan yang merah lagi mekar. Azad yang bercita-cita mahu menjadikan Jie itu kekasihnya memandang sinis akan kehadiran Haz di sana. Dengan tunduk sopan Haz menghadiahkan senyuman buat Azad.
       “Siapa yang benarkan salesman masuk office?” agak berang Azad waktu itu. Pintu bilik Jie terbuka dan apabila menyedari orang yang dimarahi Azad itu adalah Haz, dengan segera Jie menepis tangan Azad yang penuh lagak menghalau Haz.
         “Abang Haz! Azad,Kau pergi. Jangan nak buat macam aku ni bini kau.” Terus tangan Haz di tariknya masuk ke dalam bilik pejabatnya.
          “Jie, abang balik kampung sajalah. Ini rambutan yang Jie nak tu. Yang paling atas. Abang panjatkan buat Jie. Abang balik dulu ye.” Ada jalur kehampaan pada wajahnya.
         “Jie tak nak abang rasa rendah diri!” tegas Jie. Kancing blazernya di buka. Wajahnya di raut. Jie manrik kerusi dan terus duduk berhadapan dengan Haz.
        “Berbanggalah menjadi anak kampung. Jika anak bandar berjaya... orang hanya akan mengangkat kening tapi bila anak kampung berjaya, orang akan pandang tinggi. Abang jangan berasa rendah diri sebab Jie tak pernah memandang abang begitu,” kata Jie cuba meyakinkan. Hazz senyum. belum pun sempat dia membuka mulut Datuk Junaidi membuka pintu bilik  anaknya. Haz berdiri dan bersalaman dengan lelaki segak itu tanpa mengetahui siapa dia pada Jie.
        “Ini yang Jie nak jadikan suami?” Soalan Datuk Junaidi mengejutkan Haz.
        “Ya, pa.” Jawapan itu membuatkan Haz lebih terkejut lagi. Kali ini dia percaya kata-kata Nad. Jie memang gila bila buat keputusan.
        “Uncle tengok! Dengan lelaki macam ni dia pilih?” Azad cuba menyimbah minyak dalam keadaan yang sedikit tegang itu.
        “Apa yang kamu boleh berikan pada anak saya, kalau awak jadi suami dia?” Datuk Junaidi duduk di sebelah Haz.
        “Menjanjikan harta setinggi langit adalah mustahil tetapi kasih sayang yang tidak berketepian, itu saya amat yakin, Datuk. Saya tahu, zaman sekarang cinta sahaja tak cukup. Saya akan berusaha untuk membina sebuah rumah yang selesa buat Jie. Sebuah rumah yang lengkap segalanya malah saya berjanji akan membimbing dia menjadi anak dan isteri yang solehah buat datuk dan saya.” Nampak begitu yakin dengan mata yang langsung tidak memandang ke arah lain.
       “Saya tak berminat dengan mereka yang hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu untuk menunaikannya. Buktikan kerana saya cuma ada seorang anak dan saya cuma mahhu yang terbaik buatnya,” balas Datuk Junaidi.
      “Beri saya tempoh 4 tahun untuk semua itu,” pinta Haz dan Datuk Junaidi mengangguk setuju.
       “Jika benar cinta kamu tulus, sebelum kamu menun aikan apaa yang kamu cakapkan tadi, kamu berdua dilarang berjumpa. Panggilan telefon dibenarkan.” Datuk Junaidi terus keluar dan Azad mencebik memperlecehkan janji yang dibuat oleh Haz.
       “Jie sanggup tunggu abang?” soal Haz
      “Dengan izin Allah . Jie akan berdoa setiap hari agar Allah akan menaytukan kita suatu hari nanti. Jangan abang risau tentang Jie. Abang jangan mengurat Bedah.” Sempat lagi Jie bergurau dan sebelum Haz pulang dia sempat bertemu dengan Datuk Junaidi dan bersalaman dengan lelaki yang dianggap sangat tegas itu.

Dalam tempoh empat tahun itu, Haz tidak henti-henti bekerja keras dan berdoa untuk Jie. Dia mempunyai tanah kebun yang banyak. Salah satu daripadanya akan didirikan sebuah istana kecil buat Jie. Nad setiap hari berhubungan dengan Jie melalui panggilan telefon. Air mata Jie tumpah kerana setiap kali dia menelefon Nad, Haz pasti tiada di rumah kerana bekerja. Terasa beban itu turut sama ditanggungnya.

EMPAT TAHUN SUDAH PUN BERLALU...

Permintaan Haz agar majlis pernikahan dibuat di kampungnya terpaksa Datuk Junaidi turuti. Pujukan dan tangisan Jie melemahkan hati Datuk Junaidi. Nad mengambil rombongan pengantin perempuan di jalan masuk kampung mereka. Sebaik sahaja kereta Datuk Junaidi berhenti, Jie terus keluar. Kawasan yang dahulunya kebun sayur dan tebu kelihatan lapang sekali. Jie terpaku. Termati langkahnya saat keluar daripada kereta papanya. Air matanya menitis. Ya... Haz mengotakan kata-katanya. Sebuah rumah batu yang mempunyai rekabentuk yang cantik dihiaskan lagi dengan landskap yang dibina khas buat isterinya itu membuatkan Jie sebak. Jalan masuk ke kawasan rumah itu dihias dengan kain organza yang diikat di setiap batang pokok bunga sakura Malaysia, bak kata Haz dahulu. Empat tahun! Empat tahun Haz membina segalanya buat Jie. Khemah yang sudah pun berdiri tegak di hias dengan bunga-bunga segar. Seseorang menghampirinya daripada belakang.
“selamat pengantin baru, sayang?” Jie menoleh dan jari Haz menyentuh pipi isterinya.
Tanpa berkata lebih lagi, Haz membawa Jie ke sebelah belakang rumahnya. Jie menangis lagi.
“Pokok rambutan kita ... buaian?”
“Buaian buat abang buai sayang setiap hari”
Jari jemari Jie direnung. Haz gelak. Air matanya bergenang apabila melihat air mata Jie mengalir tak henti-henti.
“Kita akan nikah sekejap lagi, sayang” Haz.
 “Jie snagat rindukan abang. Terlalu hingga buat Jie sengsara.”
“Abang juga, sayang. Setiap kali abang menggunakan kederat untuk membina rumah ini, hanya satu penguat semangat abang... Jie!” balas Haz. Datuk Junaidi menghampiri mereka dan menepuk bahu Haz.
       “Papa bukan mata kebendaan tapi papa nak tengok sejauh mana kuatnya kasih sayang Haz pada Jie. Papa tak nak duit Haz sebab apabila papa tiada nanti, semua harta papa akan jatuh pada Jie juga. Papa kagum dengan Haz. Papa bangga kerana Jie memilih lelaki yang sangat layak buat dirinya.” Tubuh Jie dipeluk dan sekali lagi Jie menangis.

        “Dah. Mari masuk ke dalam. jumpa ibu mertua Jie di dalam. selamat pengantin baru, sayang.” Dahi Jie Datuk Junaidi kucup. Haz mengiringi langkah Jie dan Datuk Junaidi dengan rasa syukur yang amat sangat. ‘Terima kasih tuhanku, menghadiahkan dia buat hambamu ini...’.

9 comments:

  1. Salam Tuan Rumah.. Saya agak terkonpius sikit part nk last tu.

    "Selamat pengantin baru,sayang"...

    Dan;

    " Kita akan nikah sekejap lagi, sayang"..

    Masa ucap selamat pengantin baru tu diorang dah kawin ke belum? Maaf kalau saya yang konpius.. Skrin hp kecik sangat. Ehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahahaha... bagi kita kan kadangkala seseorang nak kahwin , sebelum nikah ,kita dah wish dulu kan... selamat pengantin baru.... walaupun pengantin tengah tunggu nak nikah lagi 3 jam. lagipun haz kan memang suka mengusik. sbb tu saya letak "kita nak nikah sekejap lagi, sayang'.... hiihihiihi

      Delete
    2. terima kasih tau Ixora sudi baca gak... <3

      Delete
    3. Pagi ni bukak blog ni dari laptop.. baru puas sikit rasanya. haha.

      Ohh, pasal komen smlm tu.. yg buat saya konpius sbb ayat ni;

      “selamat pengantin baru, sayang?” Jie menoleh dan jari Haz menyentuh pipi isterinya.

      Masa part ni diorang da kawin ke? sebab lepas tu baru ada ayat “Kita akan nikah sekejap lagi, sayang” Haz. Haa tu yg konpius.. hehe.Takpe abaikan. Saja nk clarify komen sy smlm..

      Delete
    4. Sama-sama kasih ;) Kenkadang rajin gak skodeng blog ni tengok entri baru cuma tak penah komen rasanya kot. hee

      Delete
    5. muahahaha.. alah, x per.. kalau ada yang tak kena komen jer... saya ok jer.. kikikiki.... jangan malu2 semut tau....

      Delete
  2. wah...best3...mcm biasa....karya kak azizah ami memg terbaik....ada masa sengih, ada masa mengalir ayaq mata...erk?? hehehehe....

    All the best kak.. <3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALieyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tenkiu and i leb u very the chipsmore.....

      Delete
  3. Hehehe..adoyai,haz ni sweet sgt2..be my future husband..(blh x?)...

    ReplyDelete