Thursday 26 September 2013

cerpen: KERANA DIA DIBERI HAK

KERANA DIA...DIBERI HAK

Aku bukanlah wanita yang menongkat langit. Aku hanya Alisa yang mahu lelaki bernama suami itu berada di dalam lingkungan cintaku. Segalanya mungkin dan mustahil. tidak cukupkah rasa cinta dan pengorbanan yang aku lakukan selama ini. Zaril tahu ianya melukakan hatiku tetapi katanya dia hanya manusia biasa. Ya.... tiada manusia luar biasa selain Rasulullah...sayang!.

Menunggu cinta Zaril membuatkan hatiku semakin hancur dari sehari ke sehari sehinggalah......

“Alisa... bukan itu yang abang mahu dalam hidup abang. Dia datang secara tiba – tiba dan abang tak tahu mengapa. Abang tak berniat, sayang” Zaril menggenggam tanganku. Aku tahu dia benar – benar berharap agar aku memaafkannya. Semudah itu? memaafkannya tanpa dia meninggalkan wanita bernama Suraya Imani itu. memadaikah???

Kata orang cantikku tiada tandingan dan aku bagai pinang dibelah dua apabila bersama Zaril tetapi mereka tidak tahu bukannya dua tetapi pinang di hatiku ini sudah berbelah hingga bengkok garisan asalnya. Aku tak perlu semua pujian, aku hanya perlukan dia!

“Kalau abang tak berniat,, abang takkan teruskan tuntutan nafsu abang tu” aku kalihkan pandanganku. Merenung wajahnya melemahkan aku. Perlahan – lahan aku tarik tanganku.

“Abang Cuma lelaki biasa tapi abang janji akan adil dengan sayang”bersungguh – sungguh dia tidak mahu melepaskanku.

“lelaki diberi hak bukan untuk memenuhi ruang nafsu yang tidak pernah penuh tu, abang. Jangan ingat Allah memberi hak abang berpoligami kerana lelaki itu bijak dan sangat adil. Adil itu apa? Batin?... hebat sangatkah keupayaan abang sehingga yakin sekali mampu sebegitu?. Adil dalam nafkah batin bukan sahaja itu abang,.,... tetapi perasaan. Jujur pada diri, adakah abang yakin akan adil?” soalku panjang lebar. Matanya jatuh memandang lantai. Aku bangun dan terus ke tangga. Sebelum itu aku sempat menoleh ke arahnya yang masih menongkat kepalanya dengan kedua belah tangan.

“Buktikan abang mampu adil pada Allah dahulu sebelum abang buktikan mampu adil pada Alisa. Abang tidak adil dengan Allah kerana melebihkan kerjaya abang berbanding berteleku menghadap pencipta kita. Adilkah abang apabila bersorak di  warung menonton bola sepak sedangkan itu waktu untuk abang menghadap tuhan abang?. “ lancar kata – kataku. Tiada jawapan yang keluar dan aku juga tidak mahu mendengarnya!

Sejadah yang aku bentangkan untuk kami bersolat jemaah ku lipat semula. Deruman kereta mewahnya melemparkan aku di dalam suatu perasaan yang sangat menyakitkan.

                                      *************

Suraya Imani memandangku takut – takut. Segera dia menarik tangannya yang kemas digenggam Zaril itu. Aku beriak tenang. Bella anak kami yang baru berumur lima tahun  sedikit pelik apabila melihat papanya bermesra dengan wanita lain.

“Kenapa papa dengan aunty baju biru tu?” tangan bella  lurus ke papanya.

“Itu kawan papa” kataku dan terus membawa Bella ke kedai mainan untuk mengalihkan perhatiannya. Walaupun sakit hati tetapi untuk mempengaruhi minda Bella untuk membenci papanya bukanlah prinsipku. AKu termenung seketika. Bukan main suka lagi Bella memilih patung mainan.

“Kak Alisa..”

Aku menoleh. Perempuan itu! begitu berani dia berada di depanku setelah hakku disentuh dan dibelainya begitu sahaja. ah! Aku terfikir.... buat apa aku nak risaukan lelaki sebegitu?. Hargailah lelaki yang menghargaiku...

“Hmmm..”

“Maafkan Imani. Kami terlalu menyayangi.... bukan niat..”

“Diam!. Bukan niat atau memang niat..... itu Allah sahaja yang tahu. Jangan kau ungkapkan perkara yang kau sendiri tak maksudkan” nafasku turun naik. Sakitnya lebih lagi apabila aku berhadapan dengannya. Aku pandang setiap inci raut wajahnya. Cantik! Tetapi aku menafikannya..... tidak perlu memuji dia yang kejam padaku.

“Kak...” Suraya Imani menyentuh tanganku.

“Saya janji tidak akan  membolot abang “ janjinya.

“Saya tak kisah bermadu, kak!. Janganlah akak begini. Saya pun boleh tolak ansur” bukan main  lagi perkataan yang dia keluarkan padaku. Nampak alim!

“kau merampas..... kau tidak akan pernah rasa sakit bila dirampas!” aku menyentap tanganku semula dan terus membawa Bella ke kaunter. Rupanya Zaril menunggu di pintu utama pusat membeli belah itu.

“Please Alisa,,... jangan kejam dengan abang” rayunya.

“kejam?...” aku menggeleng kepala dan terus masuk ke dalam kereta. mendidih hatiku waktu itu lebih – lebih lagi apabila melihat dari cermin sisi kereta yang Suraya sedang memeluk lengan Zaril. Kurang ajar!

                         *************

Zaril tertidur di sofa. Kasihan....apakah itu patut ada dalam fikiranku sekarang?, bodohkah mengasihani dia yang tidak mengasihaniku?. Aku bukan dia. Aku naik ke atas dan mendapatkan bantal dan selimut buatnya sedangkan aku tahu esok adalah hari pernikahannya. Dia terlalu penat agaknya sehingga berdengkur begitu. Aku naikkan kakinya dan meletakkan kepalanya di bantal. Tubuh yang pernah mendakapku dengan rasa cinta itu kuselimuti dengan gebar yang pernah kami gunakan bersama. Air mataku tak mampu bertahan hanya di kelopak. Ianya terus mengalir tanpa aku sedari. Terjelepuk aku di sisinya. Aku menahan suara agar dia boleh tidur dengan lena. Dadaku terasa sangat perit. Sakit! YA Allah... kuatkanlah aku..

Aku merenung wajahnya yang sudah dicukur dengan kemas. Aku bagai tidak mampu melepaskan pandanganku lagi.

“Abang.... walau sebegini teruk abang menghentam jiwa Alisa.... tapi entah mengapa masih ada saki baki cinta di dalam hati Alisa. Ingatkah abang pertama kali abang tahu mengenai Bella yang masih berada di dalam kandungan Alisa?. Abang berjanji yang tidak akan pernah melukakan hati kami walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa  abang sendiri. Perempuan di hati abang hanya arwah mama abang, Alisa dan Bella sahaja tetapi kini?...... mengapa ada dia di antara kita, abang?. “ nafas ini  kutarik perlahan. Biar rasa sakit ini berkurangan tetapi tidak berhasil.

“Abang.... cintailah Alisa walaupun punya dia di hati abang” ucapku buat kali terakhir dan  aku melangkah pergi. Empat langkah aku meninggalkannya aku menoleh semula. Aku lihat ada titisan air mata yang mengalir di sebalik mata yang terpejam itu. aku biarkannya sahaja.....

                               *************

Dua bulan awal perkahwinan mereka, Zaril seperti biasa. Masih mengucup dahiku. Masih memeluk tubuhku dan masih terasa hangat cintanya. Tidak berkurang pandangan cintanya terhadapku tetapi aku bukanlah wanita yang mengalah begitu sahaja.

Aku berkenalan dengan seorang ibu tunggal bernama Jiha. Dia wanita kampung yang terpaksa bersusah payah demi sesuap nasi. Bekerja sebagai tukang cuci di bangunan tempat ayahku bekerja membuatkan aku sedikit mengenalinya. Dia tulus! Aku perlu membantunya.... itu yang aku fikirkan

Permintaanku ditolaknya dengan wajah yang agak pelik.

“Akak gila apa, suruh saya kahwin dengan suami akak” jiha mengurut dadanya. Mungkin sedikit terkejut.

“Jiha kenal suami akak kan?” soalku sambil tersenyum. Bella yanbg sedang duduk dipangkuannya sibuk dengan mainan barunya. Tidak faham apa – apa.

“Bella sayangkan Jiha....akak tidak akan pernah salahkan Jiha... kan akak yang minta” senyumku. Akhirnya dia menerima pelawaanku. Aku terus ke rumah Suraya Imani dan Zaril. Terperanjat besar mereka berdua apabila melihat aku yang kali pertama kali menjejaki halaman rumah mereka sejak mereka berdua mendirikan rumah tangga. Zaril memeluk bahuku sambil mengiringiku masuk ke dalam rumah. Ada riak tidak senang pada wajah Suraya Imani.

Dia menghidangkan aku minuman tetapi tidak aku sentuh akan air tangannya!.

“Abang...” senyumku.

“ya sayang..” Zaril memandangku. Sengaja aku mengerling Suraya Imani.

“Abang cintakan Alisa?” soalku dengan nada yang manja.

“Mestilah sayang” jawabnya dengan senyuman.

“abang kenal dengan Jiha?. Cleaner dekat tempat kerja ayah tu?” soalku. Zaril mengangguk.

“Kahwin dengan dia!”

Mungkin ada halilintar yang memanah pendengarannya sehingga Suraya Iman berdiri dengan cepat.

“Apa akak ni?. Akak nak rampas kebahagiaan saya ke?”

Aku senyum simpul.,

“Abang pernah berjanji sebelum abang berangkat untuk menikahi Suraya yang abang akan tunaikan apa sahaja permintaan Alisa. Walaupun luar dari kemampuan abang bukan?” mataku tepat memandang Zaril.

“Nikahi dia. Hujung minggu ni. Tepati janji abang. Hari ini Alisa menuntut hak Alisa.... lakukannya demi kesakitan Alisa selama ini”

Zaril memandang wajah Suraya Imani yang sudah pun meraung di kakinya.

“Abang.!!!!!!” Suraya Imani terjerit – jerit di situ dan aku menghampirinya.


“Oleh kerana dia diberi hak untuk mempunyai lebih daripada seorang isteri, maka aku penuhinya demi suamiku. Kau pernah merampas dan kali ini kau rasa pula apabila lelaki yang kau sedang rayu ni dirampas orang lain. Malah direstui oleh isteri tuanya sendiri!” aku berdiri dan terus mengucup pipi Zaril. Lelaki...... gatal itu fitrah!. Dia tersenyum......... aku juga tersenyum kerana setelah dia mengahwini Jiha aku akan pergi dari hidupnya dan aku bukanlah lagi wanita yang perlu bernaung dibawah lelakai yang bernama Zaril lagi. Aku juga diberi hak oleh Allah untuk menuntut cerai walaupun bergegar tiang arasy. Aku lakukan demi dia ..... kerana dia tidak akan pernah adil!!!!

16 comments:

  1. hd : tiada ungkapan lain selain "S.E.B.A.K" seorang penulis yg baikk,menjiwai karyanya hingga ms membacanya sy dgn gaya olahan ayat terus menusuk di hati.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD - terima kasih banyak ya sebab sudi membacanya walaupun karya ini sekadar cuma. saya berterima kasih sangat2..... <3 u tetiba sengal hilang lak hari ni heheheh

      Delete
  2. what you give you get back kan..kehidupan itu maha adil. hmm this is how to tech then it has been though....i learned something here...

    ReplyDelete
    Replies
    1. psti... sekarang memang dapat cash kat dunia kan kalam..... banyak akak tengok gitu.. terima kasih tau sudi baca <3

      Delete
  3. Ooo...oooo...ok..
    Unexpected...selalu lyn kesengalan aishah, nah skali kesebakan melanda

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. oh ina... nah pembalutnya!!!!!!.... <3 u

      Delete
  5. sambungan ada? best

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak sambungan yek... insyaAllah... kalau ada idea saya sambung yek. terima kasih banyak tau sudi baca .. <3 u !!

      Delete
  6. Replies
    1. lalalala.. terima kasih wahai nurul nuqmann
      sudi baca gak!! <3 u lah!!!

      Delete
  7. karma hidup.. jngn gembira bila kita ambik hak orang sbb bila2 msa je orang akan akan ambik hak kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn,.. sekarang balasan dapat cash kat dunia.. terima kasih banyak tau sudi baca dan singgah kat sini.. <3 uuu

      Delete
  8. hope hati ini mmpu bertahan seperti alisa apabila terjadi sesuatu sebegitu
    :'(

    ReplyDelete