Tuesday 21 May 2013

CINTA AKU,KAU&KAMBING (CAKK) - bab 6




BAB 6
 Pintu rumah haji Seman diketuk berkali – kali. Suara Pian yang berteriak memanggil nama Hidayu membuatkan langkah kakinya dengan cepat masuk ke dalam bilik. Pagi – pagi Ahad pun nak kacau orang!.

“Ha.. nak apa?” soal Haji Seman. Dia yang baru sahaja habis bersenam dengan Siak Umar mengipas – ngipas lehernya dengan kopiah.

“Haji jogging lagi?” soal Pian.

“Ye la.. nak kuatkan stamina. Aku ni kan lelaki” sengih Haji Seman. Hajah Ani mencebik. Daripada asyik berjogging baik tolong basuh pinggan!, rungutnya.

Pian mengintai ke dalam dan sebaik sahaja Hajah Ani naik ke atas, Pian mendekatkan bibirnya ke telinga Haji Seman.

“Macam lah saya tak tahu yang Haji nak mengurat Bibah getah tu kan” Pian angkat kening dua tiga kali..

“Ish... jangan fitnah aku!. Aku ni setia pada Mak Hajah Ani tu tau. Bini aku pun lawa” cebik Haji Seman. Berderai tawa mereka berdua.

“Panggil Hidayu. Izhar suruh ke ladang kambing” sengih Pian. Teruja benar haji Seman mendengarnya. Dia terus naik ke atas dan membuka pintu bilik  Hidayu yang sedang baring. Tangan anaknya itu ditarik.

“Kenapa ayah?”

“Cepat siap. Pergi jumpa Izhar tu” arah Haji Seman. Mata Hidayu membulat. Nak cari nahas jumpa dengan Izhar?. Dia pasti Izhar tahu siapa punya angkara kasut si Sofea tu jahanam.

“Tak nak ayah!” Hidayu menarik semula tangannya sampai punggungnya hampir mencecah lantai.

“Pergilah” paksa Haji Seman.

“Apa ayah ni!!!!” jerit Hidayu.

“Pergilah jumpa dengan Izhar. Dia nak jumpa kamu. Entah – entah nak meminang” sengih Haji Seman namun begitu tangan Hidayu terus ditarik sampai terseret anak daranya. Hajah Ani cekak pinggang. Makin melampau laki aku ni, bebelnya.

“kalau Dayu pergi, ayah belanja burger special extra daging dan cheese ye” main rasuah pula Haji Seman ni,...

“Betul?” soal Hidayu. Haji Seman angguk cepat – cepat. Hati Hidayu berbelah bahagi. Mahu atau tidak dia terpaksa pergi kalau tidak Haji Seman akan merajuk dengannya. Rajuk haji Seman mengambil masa lama pula tu. Pernah kerana Hidayu lupa akan hari lahirnya, Haji Seman merajuk sampai seminggu.

                                    **************

Hidayu memandang ke langit. Buat – buat tidak nampak akan Izhar yang menyembunyikan senyumannya. Bukannya dia tak nampak semalam Hidayu membongkok sambil mukanya berkerut – kerut. Tak pasal – pasal dia kena belikan Sofea sepasang kasut yang lain.  Baru sahaja dia sampai, Sofea turut tiba dengan senyuman. Dia memakai kasut getah separa lutut, topi yang lebar dan cermin mata hitam. Naik meluat pula Hidayu. Dia Cuma mengenakan jeans dan t-shirt biasa. Gambar itik pula tu!.

“Hai Dayu..ops.. Dayu tengah ragut rumput.. makud saya awak” Sofea cuba bergurau.

“Pernah rasa makan rumput kering?” soal Hidayu.

“Tak.. tapi saya suka ulam. Walau duduk lama di luar negara pun saya pandai makan ulam” senyumnya. Hek eleh.. aku ni bukan sahaja makan, siap mandi ulam segala pun tak kisah. Tengoklah! Saja je jalan macam nak jatuh – jatuh. Nak suruh Si Izhar pimpin dia. Memang aku hempuk je minah ni karang... Hidayu merengus.

Sofea naik keatas dan dia terus mendekati Dayu dengan gelak tawa manjanya. Kelihatan Izhar senang apabila Sofea pandai melayan Dayu. Gelak tawa Sofea memang nampak manja.

“kau suruh aku datang ni Cuma nak tengok drama bersiri ni ke?” jeling Hidayu. Pian gelak.

“Aku malas nak datang seorang jadi aku tipulah kau” gelak Pian lagi. Satu penumbuk hinggap ke lengan Pian. Naik berbulu matanya melihat Sofea yang konon – kononnya seronok benar apabila Dayu meragut daun dari ranting yang dipegangnya. Selepas mereka berdua turun ke bawah, perlahan – lahan Hidayu mendekati Dayu. Mereka bertentang mata,

MBEKKKK.....

“Ha.. waalaikumussalam” kata Hidayu. Pian tak tahan lagi, dia bantai gelak semahu – mahunya. Hidayu menoleh dan memandang Pian yang tak habis – habis lagi mentertawakannya.

“Kau kenapa?”

“Tak.. bila kau cakap macam tu nampak sangat yang kau ni dah faham bahasa kambing. Sesuka hati kau je ingat dia bagi salam kat kau”  Pian masih menekan perutnnya.

“Kau diam” marah Hidayu. Dia memandang semula Dayu yang mengembek dua tiga kali.

“Kau suka sangat ke dengan minah tu?. Bukan main mesra kau ye?. Kalau dengan aku, kau kejar sampai sini. Kenapa  tak kejar dia pula?. Kau tak adillah Dayu. Aku ni bukannya musuh kau.” Kata Hidayu. Dia terus duduk bersandar. Pian malas nak layan lagi. Dia tidak mahu terlibat dengan perbualan klon kambing dan kambing sebenar.

“Aku ni sayang juga kat kau. Kau je tak tahu. Kau ingat tak yang aku pernah suap kau juga?. Ingatkan? Takpelah Dayu, Si Sofea tu cantik, sebab tu kau suka. Aku ni lagi cantik sebab tu kau tak suka heheheh” Hidayu sengih. Dia berdiri semula dan sempat menyentuh kepala Dayu.

“Kau tak teringin cari laki ke?” soal Hidayu.

MBEKKKKK.. MBEKKKK..

“Ha.. aku dah agak dah! Kau memang punya hasrat nak kahwin. Kau tau tak, aku pun nak kahwin tapi macam tak berpeluang je. Ye lah, tuan kau dah dapat awek. Dah lah. Aku penat. Bukannya kau faham pun. Kalau faham senang lah aku suruh kau kejar je perempuan tu” Hidayu sempat menepuk belakang badan Dayu sebelum keluar.

Sofea nampaknya sedang menuang air untuk Izhar. Hidayu menghampiri mereka berdua.

“Nak balik. Assalamualaikum dan kau Pian, lepas ni aku tak nak datang sini lagi. Orang tak layan aku pun, rasa terhina pun ada” kata Hidayu serius. Izhar tersentak dengan luahan hati Hidayu sebentar tadi. Tiba – tiba rasa bersalah menyulubungi dirinya. Dia cuba bersuara tetapi Hidayu semakin jauh.

Air mata Hidayu menitis . bagai tak percaya pula Hidayu dia menangis kerana berkecil hati. Di kesatnya air mata itu sambil menarik nafas dalam – dalam. dia mengambil ranting dan terus memukul lalang sepanjang jalan. kakinya terhenti. Terdengar jeritan di belakangnya,

“Tolongggg!!!!!! Jangan kejar Dayu!!!!!!”

Mata Hidayu terbeliak apabila melihat Sofea lari lintang pukang dikejar Dayu yang agak pantas berlari. Sofea menangis – nangis sambil berlari. Jenuh Pian dan Izhar mengejar Dayu dari belakang.

“Dia faham ke kata aku?” Hidayu menelan air liur sebelum dia ketawa sekuat hati.

“Cayalah Hidayu!!!!! Eh, Hidayu aku.... Dayu!!!!!” jerit Hidayu dengan gembira dan serta merta Izhar menoleh ke belakang.

“Suka ke?” jerit Izhar. Hidayu terus mencari jalan pintas untuk pulang ke rumahnya. tak sanggup menentang wajah Izhar yang sudah tahu banyak perangai buruknya. Belum sempat sampai ke rumah, dia terpandangkan Dayu di hadapannya yang mengembek berkali – kali.

“Wah... Dayu!!!!!! Aku tak kiralah sekarang kau kambing ke kekura ke badak,.... yang penting aku sayang kau” Hidayu terus menggosok badan Dayu yang meragut rumput.

“Kau dengar kata aku kan kan kan?. Macam tu lah kawan. Kita geng” gelak Hidayu...

“Astaghfirullah...” Hajah Ani memegang kepalanya. Muka Hajah Ani pucat seperti terkejut melihat anaknya yang bercakap dengan kambing. Bukan itu sahaja, siap be ‘geng’ segala. Terus ditariknya tangan Hidayu pulang. Dia tidak jadi ke rumah Mak besah untuk membeli menanggah, hal anaknya perlu diselesaikan terlebih dahulu.

                                 ************

“Kamu ni kenapa?. Nak mak hantar kamu ke tanjung rambutan?” bebel Hajah Ani.

“Ish.... apa pula?”

“Ye la.. bukan main mesra dengan kambing tu?. Mak ni lahirkan kau sempurna mentalnya tapi dah besar ni makin kurang waras pula” bebel hajah Ani lagi. Haji Seman meniup rambut putihnya.

“ala... apa salahnya berbaik dengan binatang” kata Hidayu. Haji Seman menahan ketawa.

“Kambing siapa yang dia baik sangat tu Ani?” soal Haji Seman.

“Izhar. Padanlah ditakdirkan nama dia sama dengan kambing tu” marah Hajah Ani membuak – buak. Terkejut Hidayu mendengarnya.

“Ishhh.. tak baik kata anak kita yang lawa macam bapaknya tu macam gini. Kenapa anak ayah ni sampai geng dengan kambing?” Haji Seman menggosok belakang badan Hidayu.

“Dayu kautim dengan Dayu sebab nak jauhkan Sofea tu dari Izhar” mendatar sahaja suaranya.

“Kautim dengan kambing!!!!!!!” Hajah Ani terduduk. Dia hampir mahu pitam dengan perangai Hidayu.

“Alah awak ni, biarlah asalkan dapat Izhar tu” Haji Seman menyebelahi Hidayu. Hajah Ani sudah buntu. Sakit benar hatinya. Haji Seman membuat isyarat agar Hidayu masuk ke dalam biliknya. Sesekali Haji Seman tersengih. Pandai anak aku....

                                                 *****************

“Kenapa awak ni sebenarnya?” soal Izhar sewaktu bertembung dengan Hidayu di jalan berhampiran sungai. HIdayu yang baru sahaja membeli setin sardine untuk membuat sandwich petang nanti hanya memintal – mintal hujung plastik di tangannya itu.

Izhar mesih menanti jawapan. Akhirnya dia mengajak Hidayu menaiki keretanya. Di dalam kereta Hidayu hanya menjuihkan bibirnya.

“Kenapa buat Sofea macam tu?. Hari tu potong tali kasut, lepas tu ketawakan dia yang berlari dikejar Dayu. Bukan awak nak tolong dia” soalan demi soalan menyesakkan kepala Hidayu.

“Tak ada apa” itu sahaja yang keluar setelah agak lama membisu.

“Ada..” sangkal Izhar.

“tak sukalah macam ni, tanya  macam polis” jeling Hidayu.

“Saya sebenarnya suka juga pada awak tapi awak ni kadangkala...”

“Apa?!!!” Hidayu kelihatan teruja. Terus bungkusan itu tergolek ke bawah.

“Suka?” soal Hidayu lagi.

“Yang excited benar ni kenapa?. Saya suka awak macam saya suka orang lainlah. Awak fikir apa?” gelak Izhar.

“Awak suka saya macam awak suka Dayu?” soal Hidayu.

“Tak... Dayu lebih lagi” usik Izhar.

Hidayu mengurut dadanya berkali – kali. Dia terus membuka pintu kereta. mahu keluar dari Suasana yang membuatkan hatinya semakin sakit.

“Awak selalu tinggalkan masalah... macam mana nak dapatkan saya” kata Izhar tanpa memandang wajah Hidayu. Dia masuk kembali ke dalam kereta.

“Encik Izhar, saya perempuan. Dengar sini, sekarang malas lah nak buat muka tak malu terhegeh – hegeh. Kalau Encik Izhar nak saya, sila buat macam lelaki. Jangan jadi macam perempuan yang nak di ngurat sepanjang masa. Penatlah mengurat – mengurat ni. Mak saya ingat saya ni gila tau!” jeling Hidayu tetapi nada suaranya tetap bernada lembut.

“tak malu!. Nak saya ngurat awak” pipi Hidayu dicuit sedikit. Tergamam Hidayu ketika itu.

“Ada saya suruh?” soal Hidayu.

“Tapi nak tak?” soal Izhar pula.

“Saya bukan senang di ngurat” terus Hidayu keluar dari kereta.

Izhar senyum.......

3 comments: