Sunday 12 October 2014

SIHIR CINTA - bab 1 ~MINI NOVEL~

PELUH yang menitis dikesat dengan tuala muka. Penat sungguh berjogging di kawsan berbukit seperti itu. Mujurlah permandangan di kawasan itu memukau mata jadi sambil Elly berpeluh dapat juga dia menyejukkan mata daripada panas asap kereta dan lori seperti di bandar. Suaminya, Hazrul melambai Elly di bawah gazebo rumah banglo dua tingkat pusaka keluarga Hazrul. Mamanya, Kalsom sudah lama meninggal dunia. Sejak dia berusia belasan tahun lagi.  Hazrul sejak daripada kecil lagi memang suka ke rumah tok wannya setiap kali uti sekolah dan cuti semester apabila dia meningkat remaja dan sudah menjadi seorang siswa.
        Perkahwinannya dengan Elly tidak mendapat restu tok wannya sebelum lelaki yang menjadi kesayangan Hazrul itu menghembus nafas terakhirnya sewaktu berumur 75 tahun. Oleh kerana Hazrul berkeras maka, diturutkannya sahaja. Kalau ikutkan, tok wan mahu menjodohkan Hazrul dengan anak pembantu rumahnya tetapi siapa boleh bicara jodoh? Semua itu hak Allah. Selepas pemergian tok wan, kesemua hartanya diserahkan pada Hazrul.
        “Sayang, suka tak suasana di sini? Mendamaikan mata bukan?” Hazrul menuangkan susu segar ke dalam gelas Elly. Mata Elly meliar memandang kawasan rumah itu.
        “Tapi abang, Elly macam tak berapa selesa,”ujarnya seraya mengelap peluhnya sekali lagi. Angin kuat menampar pintu rumah hingga terbuka dengan sendirinya. Elly terkejut. Angin mulai kenang hingga Hazrul terpaksa menarik tubuh isterinya agar masuk ke dalam rumah dnegan segera.
        “Abang, rumah kita sahaja atas bukit ni. Elly rasa rumah ni...” Tak terluah apa yang bakal keluar daripada mulutnya apabila memandnag wajah Hazrul yang sedikit kecewa.
        “Rumah ni tak ada apalah sayang. Memang di sini banyak angin.” Dagu Elly dicuit mesra. Dia baru berhasrat mahu menjadikan banglo itu sebagai tempat tingal meeka dan dia akan membuka kedai perabot di pekan yang berada tidak jauh daripada situ memandangkan hanya ada sebuah sahaja kedai perabot yang ada. Pada pandnagan Hazrul, potensi kedainya untuk berkembang maju sangat besar.

SETELAH selesai membersihkan diri, Elly menuruni anak tangga. Walaupun baru jam 11 pagi, namun suasana masih gelap. Mahu hujan, mungkin. Telinganya menangkap bunyi benda bergolek di tingkkat atas rumah banglo itu. Elly mencari Hazrul yang sedang sibuk melayari internet untuk persediaan perniagaan yang bakal dijalankannya tidak lama lagi. Lengan Hazrul digoncang. Peluh memercik keluar daripada dahinya yang licin.
        “Abang dengar tak?” Matanya memandang tepat wajah Hazrul yang sedang leka dan yang pastinya dia sendiri tidak mendengarnya. Mungkin sekadar halusinasi Elly sahaja, fikirnya.
        “Tak ada apalah, sayang.” Hazrul menutup komputer ribanya dan kepala Elly diusap lembut. Mahu memujuk agar Elly tidak terlalu terbawa-bawa dengan halusinasinya. Ketakutan Elly kadangkala menyulitkan Hazrul.
        “Assalamualaikum,” salam yang diberi oleh seseorang di luar segera dijawab oleh hazru seraya kakinya melangkah ke pintu. Pintu yang diselak dibuka.
        “Irina?” Hazrul ketawa. Besar hatinya memandang wajah taman sepermainannya dahulu. Hmapir tiga tahun wajah itu tidak ditatapnya. Bakal isteri tak jadi itu membuatkan bibir Hazrul melebar dengan senyuman. Elly mendapatkan mereka berdua di muka pintu. Sebaik sahaja melihat Elly, segera pandangan Irina jatuh ke lantai. Tidak berdaya mahu memandang wajah itu. senyuman yang terlorek manis tadi hilang kemanisannya.
        “Irina, ini Elly. Isteri Abang Hazrul.” Elly diperkenalkan tetapi huluran salam perkenalan yang disua oleh Elly tidak berbalas sebaliknya irina terus menyerahkan semangkuk kari kepala ikan ke tangan Hazrul sebelum beredar.
        “Inilah Irina yang tok wan nak sangat abang kahwini ye?” Elly memesongkan pandangannya sambil memerhati tubuh langsing itu pergi meninggalkan kawasan banglo mereka.
          “Cinta lama berputik semulalah tu,” telahan Elly dibalas dengan gelak panjang. Hazrul membawa semangkuk kari kepala ikan itu ke meja makan dan memanggil isterinya untuk makan bersama.
        “Sayang, ni abang puji bukan sebab abang teringat apa yang sayang fikirkan tu tau, tapi kari kepala ikan air tangan Irina memang sedap,” ujarnya. Nampaknya Hazrul bukan menenangkan tetapi lebih membuatkan telinga Elly terbakar. Kaki yang kulitnya putih mulus itu melangkah naik ke tingkat atas. Hazrul tak jadi untuk makan sebaliknya terpaksa memujuk Elly yang duduk di birai katil dengan wajah yang monyok. Terasa pula dia. Iyalah, dia sememangnya tak pandai memasak. Hazrul masuk dan mencium dahi Elly.
        “Maafkan abang ya, sayang.” Pujukan itu masih belum mampu membuatkan isterinya tersenyum.
        “Pergilah makan. Kata sedap,” rajuk Elly. Hazrul senyum dan baring di atas riba Elly.
        “Nak tidur dulu. Tak sedap mana pun kari tu, cuma abang ni dah lama tak makan resipi masakan bekas pembantu rumah tok wan abang, mak Embun.”
        Elly mengusap lembut rambut Hazrul dan tersenyum manja. Tahu sangat Hazrul senyuman hilang merajuk Elly itu. Mujurlah, kalau tidak teruk dia kena memujuk isterinya itu berhari-hari lamanya. Elly memandang ke luar tingkap. Harapannya agar Irina tidak memecah belahkan rumahtangganya.


SEBAIK sahaja Elly meninggalkan rumahnya untuk ke bandar, Irina dengan segera mendapatkan Hazrul yang hampir sahaja menutup pintu.
        “Irina!” Hazrul mengintai ke jalan masuk kawasan rumahnya. Bimbang juga jika Elly berpatah balik. Irina cuba mengawal pernafasan.
        “Bang, pergi jumpa Imam Hamdan bang. Kalau boleh secepat yang boleh,” arah Irina. Dia juga agak ketakutan jika dilihat Elly. Sebaik sahaja mendengar ada kenderaan yang menghampiri jalan besar rumah itu, Irina terus berlari ke belakang rumah dan menyorok. Tepat sangkaannya, Elly pulang. Pintu kereta dihempas dengan kuat. Hazrul garu kepala.
        “Mana perempuan tu?” soal Elly dengan wajah yang ketat. Hazrul terus memeluk tubuh isterinya. Biar Ellly tenang.
        “Elly nampak kelibat dia tadi.” Tubuh Elly meronta minta untuk dilepaskan. Entah dari mana datangnya kekuatan Elly, tubuh Hazrul terjatuh ke lantai apabila dia menolaknya dengan kuat. Elly menuju ke belakang rumah. Tiada! Irina sudah pun berlari pulang ke rumahnya. Nasibnya baik kali ini. Kalaulah Elly nampak tadi?
          Setelah memastikan Irina tiada di situ, barulah Elly mempercayainya walaupun tidak seratus peratus. Dia pergi semula dengan hati yang lega. Yang pasti dia tak akan lama meninggalkan Hazrul di rumah. Lelaki itu miliknya, itu yang dia tahu. Sesekali dia tidak akan benarkan Irina merampas Hazrul daripadanya. Hazrul terduduk di kerusi. Sambil memicit-miit dahinya dia teringat akan pesanan irina tadi. Imam Hamdan? Sahabat tok wan itu dahulunya bermastautin di Jeddaj dan tak sangka pula Hazrul dia sudah kembali ke Malaysia.



HAZRUL memberi salam. Pintu rumah papan yang diperbuat daripada kayu cengal itu terbuka. Wajah berseri Imam Hamdan membuatkan Hazrul teringat akan Allahyarham tok wan yang rupanya persis wajah Imam Hamdan.
        “Cucu Badrul, Hazrul? Ya Allah, kau temukan juga dengan aku. Doa Tok Ham diperkenankan hari ini,” kata Imam hamdan. Tubuh Hazrul dipeluk dengan erat. Air mata Imam Hamdan menitis sewaktu menyentuh pipi Hazrul.
        “Mari naik.” Imam Hamdan menyuruh isterinya, Mak Siti menyediakan hidangan buat Hazrul. Diperhatikannya Hazrul daripada atas ke bawah. Bibirnya bergerak.
        “Kamu tak amalkan ke apa yang Badrul ajarkan pada kamu dulu?” Soalan itu menyentak rasa di dalam hati Hazrul. Zikir, itu yang telah lama dia tinggalkan. Sejak berkahwin dengan Elly, bibirnya tidak lama mengucapkan kata-kata indah buat penciptanya. Apabila tiba waktu maghrib, Elly pasti menagajaknya keluar makan atau pun melekakannya dengan perkara lain. Hubungan suami isteri yang boleh ditunda juga tidak mampu ditepis setiap kali Elly mula menggoda.
        “Kamu ni dalam masalah sebenarnya Hazrul.” Imam Hamdan memulakan bicara namun belum sempat dia meneruskan, telefon bimbit Hazrul berbunyi.
        “Ya, sayang. Ok, abang balik sekarang,” jawab Hazrul dan terus mematikan panggilan telefon yang Imam Hamdan kira tentunya daripada isteri Hazrul.
        “Tok Imam, saya pulang dulu. Nanti ada masa lain, saya datang ya?” Hazrul menuruni anak tangga dan mula menyarung seliparnya.
        “Solat dan zikir, Hazrul.” Nasihat Imam Hamdan dan Hazrul mengangguk sambilo tersenyum. Mak Siti yang sudah pun siap menyediakan hidangan menghampiri suaminya di tangga rumah.
        “La, baru siap nak hidang dah balik dah?” soal Mak Siti.
        “Hmm, kawannya di luar kawasan rumah kita dah gelisah. Baliklah dia,”jawab Imam Hamdan dan serta merta bulu roma Mak Siti meremang.
        “Abang pergi mana tadi?” Elly duduk berpeluk tubuh di sofa. Barangan dapur kelihatan terletak di atas meja kopi. Hazrul mengangkatnya dan terus menyusun barangan itu di dapur. Sementelah Hazrul teringat akan pesanan Imam Hamdan sebentar tadi. Dia mendapatkan Elly yang masih bermuka masam di ruang tamu.
        “Kita sembahyang jemaah di surau hari ni?” senyuman Hazrul dibalas dengan kerutan kening yang dalam.
        “Elly tak boleh.” Jawapan ringkas itu membuatkan Hazrul mengeluh. Sebelum berkahwin dahulu, dia sendiri bercita-cita mahu menjadi khalifah terbaik dalam hidup isteri yang dibimbingnya tetapi semua itu nampaknya terbalik. Dia sendiri leka menjalankan kewajipannya pada Tuhan yang Maha Esa mana mungkin dia mampu membimbing isterinya jika dia sendiri juga culas dalam solatnya? Elly naik ke atas. Pintu di tingkat atas tertutup dengan kuat dan Elly yang masih berada di tengah tangga terdiam. Dadanya berdebar. Pintu di bilik bacaan terbuka semua dengan sendirinya dan kemudiannya tertutup lagi. Elly berlari selaju mungkin masuk ke dalam biliknya. Dadanya berombak hebat. Dia ternampak kelibat tok wan di sudut hujung di mana terletak meja konsol yang diperbuat daripada kayu jati itu. berderau darahnya pada waktu itu.
        Hazrul seperti biasa, tidak mendengar apa-apa. Sungguh dia berasa tidak selesa dengan teguran Imam Hamdan tadi. Mengapa dipesan perkara begitu padanya. Azan manghrib berkumandang dan kaki Hazrul laju naik ke biliknya. Dia membersihkan diri dan memandang ccermin segi empat sama itu agak lama. ‘Apa yang ada pada wajahku sehinggakan Tok Imam seolah-olah merenung benda lain melalui wajahku ini.’
        “Abang buat apa tu?” soal Elly sambil menggendang pintu bilik air.
        “Mandi. Abang nak pergi solat jemaah di suraulah, sayang.” Jawapan itu nampaknya tidak menyenangkan Elly. Ikatan rambutnya dilepaskan. Sebaik sahaja Hazrul keluar dia terus menarik Hazrul ke dalam dakapannya.
        “Batal air wuduk abang, sayang. Kalau iya pun nanti ye. Lepas solat Isyak,” pujuk Hazrul. Elly buntu. Dipeluknya Hazrul sekuat yang mungkin.
        “Ok, kalau Elly takut abang solat di dalam bilik sahaja,” kata Hazrul dan berpatah balik masuk ke dalam bilk air untuk mengambil air wuduk sekali lagi. Elly merengus dan keluar dari bilik setelah menghempas pintu sekuat hati.
        Hazrul berdiri di tikar sejadah. Dadanya entah mengapa berdebar-debar. Sebaik sahaja niat dibacakan, Hazrul bagaikan tidak mampu untuk khusyuk. Pelbagai perasaan yang bermain di dalam kepalanya dan lebih menyedihkan dia tidak mampu mengingati surah Al-Kafirun yang selalu di ajar oleh tok wannya. Hazrul terjelepok ke atas tikar sejadah.dia menangis. ‘Kenapa dengan aku ni?” Dadanya sebak. Mengapa aku tak mampu menjadi tenang walaupun aku berdiri menghadap tuhanku? Kopiah di kepala ditanggalkan dan dia cuba sekali lagi. Kali ini dia tidak mengharapkan khusyuk di dalam solatnya. Cukuplah sekadar dia menunaikan kewajipan yang telah lama dia tinggalkan. Allah itu Maha Mengetahui...


ELLY entah mengapa berlainan sekali sikapnya. Setiap kali Hazrul solat, dia akan keluar dari bilik itu. Perkara itu disedari oleh Hazrul dan diceritakannya pada Imam Hamdan sewaktu bertembung di jalan masuk kampungnya. Imam Hamdan mengajaknya datang ke rumah. Apabila Hazrul turun dari kereta dan memijak tanah di perkarangan rumah pak Imam, hatinya menjadi tenang. Imam Hamid menepuk-nepuk belakang badan Hazrul dan mengerling ke belakang. Terkumat-kamit bibir Imam Hamid membaca sesuatu dan dihembuskannya ke belakang. Hazrul terkunci mulutnya untuk bertanya.
        Duduk sahaja di atas sofa, Hazrul disambut dengan senyuman manis Mak Siti dan Irina yang kebetulan berada di situ. Hazrul resah. Bimbang jika Elly dapat tahu.
        “Kenapa? Takut dengan mak tiri kamu?” soal Imam Hamdan. Berkerut dahi Hazrul.
        “Mak tiri?” Memang mengelirukan. Dia sendiri tak tahu yang ayahnya berkahwin seorang lagi. Imam Hamdan senyum simpul.
        “Mak tiri kamulah. Elly!” Mak Siti pula yang menerangkannya dan Imam Hamdan mengangguk tenang. Hazrul sangat terkejut. Isyarat yang diterima oleh otaknya tidak mampu ditafsir dengan jelas. Irina memandang Imam Hamdan.
        “Siti, ambil surat tu.” Arahan daripada Imam Hamdan segera Mak Siti patuhi. Surat yang agak lama itu dihulurkan ke tangan Hazrul.

Hamdan,
Aku rasa aku tak mampu menyelamatkan cucu yang sangat aku sayangi itu lagi. Kalaulah aku tahu wanita yang dicintainya itu adalah ibu tirirnya sendiri takkan aku serahkan seluruh harta aku padanya.  Elly bunuh Johan. Dia bunuh anak aku dan kali ini dia mahu buat benda yang sama pada cucu aku. Johan disantaunya sehingga meninggal dunia dan Irina teruk dikerjakannya hanya dengan bersalaman dengan Irina sewaktu tiba di rumah aku. Pulanglah dan bantulah aku dan Irina. Aku yakin dia buat hazrul lupa pada Irina. Mana mungkin hazrul boleh lupakan cintanya pada Irina sedangkan Hazrul yang bersungguh-sungguh mahu aku menjodohkannya dengan Irina walaupun ditentang hebat oleh Johan. Aku tahu hanya kau sahaja yang mampu menyelamatkan mereka dengan izin Allah

Surat itu Hazrul lipat dan dia merenung Irina yang sudah pun mengalirkan air matanya. Perlahan-lahan Mak Siti menyelak lengan Irina yang kelihatan dengan jelas parut seperti digigit sesuatu yang bukan daripada nyata. Hitam dan mengerikan. Mujurlah Imam Hamdan sempat pulang jika tidak irina juga akan jadi mangsa seterusnya. Hazrul mencengkam rambutnya. Padanlah setiap kali selepas melayari nafkah batin, hatinya tidak akan tenang malah seperti sebuku kekesalan semakin menebal dalam dirinya. mengapa pun dia tidak tahu.
        “Tok kena pulihkan Hazrul tapi tok kena minta izin Hazrul dulu. Hazrul rela atau tidak tok ubatkan Hazrul ni?” soal Imam Hamid inginkan kepastian. Hazrul mengangguk. Ada sesuatu yang diingatnya kembali. Wajah Irina. Wajah itulah yang membuatkan hatinya terpanggil untuk pulang ke kampung sellau selain daripada rasa rindunya pada tok wan. Sebelum ini dia cuma Ingat irina tetapi tidak sejarah cinta mereka. Irina sudah pasrah.
        “Jangan pulang malam ni. Tidur di rumah tok,” arah Imam hamid dan Hazrul menurutinya. Apabila Imam hamid turun ke bawah, Hazrul mendekati Irina. Air matanya menitis.
        “Irina ..budak manja suka makan buah kedongdong,” ujar Hazrul. Irina senyum dalam rasa sebak yang amat sangat. Dia mengangguk.
        “Hazrul dah ingat Irina?”
        “Saya tak tahu bagaimana saya boleh lupa wanita pertama yang bertakhta di hati saya. Saya tak tahu Irina.” Kesal sungguh Hazrul. Tubuhnya tersandar ke dinding. Sebelah lagi tangannya meraup wajahnya yang kelihatan amat kesal dengan apa yang berlaku. Mujur mereka belum punya anak. Kalau tidak tentu anak mereka itu adalah anak yang tidak sah taraf. Hakikatnya Elly tak sah sebagai isterinya dan yang lebih tepat lagi tak akan pernah sah. Hazrul berasa dirinya sangat kotor. Padanlah Elly langsung tidak mahu bernikah di Malaysia. Entah-entah segala yang diaturkan oleh Elly itu cumalah palsu atau lakonan semata.
          Irina membuka begnya dan menyerahkan tasbih kepunyaan tok wan yang sempat diserahkan kepadanya sebelum dia pergi menghadap Illahi. Masih teringat lagi akan kasih sayang tok wan buat mereka berdua. Terketar-ketar tangan Hazrul menyambutnya.
          “Tok wan,” sendu Hazrul tidak tertahan lagi. Kecewanya tidak mampu digambarkan dengan kata-kata tetapi irina sangat memahaminya. Memang Irinalah wanita yang paling memahami Hazrul. Bukannya Elly. Entah apa yang Elly buat hinggakan nama Irini sedikit demi sedikit terhakis daripada ingatan Hazrul. Sebenarnya Elly terperanjat juga apabila Hazrul mampu mengingati Irina beberapa hari yang lepas malah senyuman Hazrul melebar saat melihat irina di hadapan matanya. Itu;ah kuasa cinta yang tak mampu untuk Elly sangkal.

ELLY resah! Sudah hampir jam 8 malam tetapi Hazrul masih belum pulang. Dadanya menjadi tidak tentu hala. Dia menggosok belakang tengkuknya kerana terasa seram sejuk. Pintu di tingkat atas rumah mereka tertutup dnegan kuat dan menghasilkan bunyi dentuman yang agak menakutkan. Kunci kereta dicapai dan Elly terus keluar dalam kelam malam. Itu lebih menyenangkan daripada duduk di dalam rumah yang sering mengganggunya dengan bunyi-bunyian yang membingitkan telinga.
        Sementara itu di rumah Imam Hamid, selesai sahaja solat Isya’ rawatan pertama mula di lakukan. Hazrul di minta duduk bersila mengadap kiblat. Bermula dengan surah Al-Fatihah hinggalah hampir ke ayat terakhir surah Qursy. Tangan Hazrul mulai menggeletar. Badannya sudah lain macam. Irina yang berada di belakang Mak Siti kelihatan sedikit takut.
        “Kau cabar aku!” tempelak Hazrul dengan mata yang garang. Kali ini dia yang duduk bersila sudah pun mencangkung memandang Imam Hamid yang hanya tersenyum tenang.
        “Keluar juga kau ya? Sebelum ini kau cuma tunggu di luar kawasan rumah aku sahaja. Kenapa? Takut?” sergah Imam Hamid. Hazrul yang sudah pun dipengaruhi jin ketawa dengan kuat.
        “Aku benci masuk ke dalam rumah kau. Aku benci!” kepalanya terteleng-teleng. Dia menepuk lantai berkali-kali. Menjeling Imam Hamid yang masih lagi tenang. Dahi Hazrul disentuh tetapi tangan Imam Hamid ditepis kuat. Tidak sampai beberapa minit, dua orang anak murid Imam Hamid tiba.
       “Kenapa mula sebelum kami sampai Imam?” soal salah seorang daripada mereka sebelum memegang tangan Hazrul yang sedang meronta.
        “Dia dah cabar aku dulu. aku tak mahu Hazrul kena lebih teruk,” jawab Imam Hamid.
        “Azan!” arah Imam Hamid dan sebaik sahaja alunan azan berkumandang, Hazrul menggeletik kepanasan dengan kedua belah tangannya mencengkam rambut. Nampak seperti dia dalam kesakitan.
        “Kau ganggu aku, tapi kau silap aku berlindung dnegan tuhanku, tuhanmu, tuhan sekelian alam. Aku dijanjikan Allah akan kesejahteraan apabila aku menjauhi makhluk keji seperti kau. Aku tahu siapa yang hantar kau kepada dia.” Imam Hamid membaca potongan surah Al-Quran dan dihembuskan ke dalam telinga Hazrul. Terkulai Hazrul di situ. Dia nampak lemah sekali. Irina menangis. Tak sanggup rasanya melihat Hazrul begitu.  Tubuhnya kelihatan sangat tidak bermaya.

PART 2

Elly menekan brek kereta serta-merta. Tubuhnya bagai dipukul sesuatu. Terjerit seketika dia di dalam kereta. dengan perasaan yang tidak tentu arah dia kemudiannya pulang ke rumah. Hazrul sudah pulang barangkali. Hati Elly sedikit lega. Hazrul terpaksa berpura-pura tetapi dia berjanji tidak akan mennyentuh Elly lagi. Loya tekaknya apabila mengenangkan dia sudah pun terlanjur dengan ibu tirinya sendiri. Sebelum pulang, Imam Hamdan memandikannya untuk membersihkan dirinya yang kotor dengan dosa yang dia sendiri tidak jangka.
“Abang pergi mana?” soal Elly. Hazrul yang sedang membawa segelas air sejuk terus masuk ke dalam bilik tetamu. Tiada jawapan bagi soalan Elly tadi. Dia naik berang lantas tangan hazrul di tariknya.
“You ni kenapa!!” jerkah Elly. Sebaik sahaja Hazrul mengangkat wajahnya, Elly seperti tiada kederat untuk terus mencengkam tangan suami yang tidak pernah sah di sisi agama. Elly menundukkan wajahnya dan terus naik ke atas biliknya. Pintu dikunci rapat. Dia dengan sedaya upaya menarik tilam agar membolehkan dia mencapai sesuatu yang di selitkan di bawah tilam tersebut. Kain kuning yang membaluti tanah kubur dan tulang mayat itu kelihatan terbakar dan mengeluarkan bau yang sangat busuk. Elly membalingnya ke tingkap. Dia duduk berdiri lutut sambil bersandar di dinding dengan wajah yang pucat.
“Irina!” dia mengetap bibir. ‘Perempuan tu tak serik-serik!” gerutu hatinya. Bagaimana dia mahu kelihatan muda sentiasa kalau Hazrul tidak mahu menyentuhnya lagi. Dia tahu, Hazrul sudah berubah dan berkemungkinan besar hazrul sudah tahu siapa dirinya. dengan tangan yang menggeletar, Elly menutup lampu sebaik sahaja memasang beberapa batang lilin. Kain kuning dihamparkan dan untuk memastikan Hazrul tidak dapat menghidunya, Elly mengunci pintu bilik daripada dalam. Kain kuning dibentang di hadapannya. Dia mula terkumat-kamit membaa mentera yang dipelajarinya di Siam dahulu. Baru sahaja setengah mentera di baca, balang berisi rambut dan kuku Hazrul pecah. Yang peliknya, ianya menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Hazrul di dalam bilik tetamu memejam matanya. Sudah dipesan oleh Imam Hamdan jika terdengar apa-apa diamkan sahaja. baca sahaja ayat-ayat suci sehinggalah tertidur dengan sendirinya.
        Imam Hamdan yang sedang berzikir tersenyum. Jari jemarinya ligat mengatur buah tasbih satu persatu....
       

TANGAN yang sedang memegang tulang mayat mati beranak sulung itu terpelanting apabila tangannya seolah-olah ditepis oleh sesuatu. Elly meraung tatkala menyedari tangannya menjadi hitam dan seperti melecur di tekap dengan besi panas. Hazrul menekup telinganya dengan bantal. Bukan tidak kasihan tetapi Elly benar-benar mempergunakannya. Matanya menangkap bayang yang melintasi tingkap biliknya. Mana mungkin itu bayang milik manusia biasa memandangkan ketinggian makhluk itu melebihi tubuh biasa seorang manusia malah keadaannya seperti bongkok tiga.
“In kullun nafsin lamma alaiha hafiz” zikir yang diajar oleh Haji Hamdan dialunkan dengan mata yang terpejam rapat. Tidak mahu dia memandang ke arah tingkap itu semula. Elly tidak tahan lagi. Dia mahu bangkit tetapi makhluk yang tingginya mengalahkan galah itu tersenyum menampakkan taringnya.
“Kau manusia memang lupa janji,” suara garau itu menyentak keberanian Elly.
“Mana janji yang kau perlu bagi pada aku? kau manusia memang bodoh! Kau dah dapat, kau lupa janji kau” mata makhluk itu merah menyala.
“Aku takkan bagi kandungan ini pada kau, syaitan!!” jerit Elly. Makhluk itu ketawa dan semakin hampir pada Elly.
“Kau ingat itu anak dia? Itu anak kita!”
Elly tersandar ke dinding. Kau lupa? Setiap kali tiba bulan mengambang...kau akan jadi milik aku?” berdekah-dekah makhluk itu ketawa.
      Tidak tahan lagi, Hazrul terus berlari keluar dan membuka pintu keretanya. Elly yang mendengar deruman enjin Hazrul terus menjerit minta pertolongan. Siapalah dia untuk melawan apa yang ditakdirkan Allah untuknya. Dia tidak memohon pertolongan daripada Allah di setiap kesusahannya. Dia lebih betah meminta pertolongan makhluk hina bernama syaitan maka, apalah yang ada pada jeritannya untuk dipandang Maha Pencipta. Tubuhnya melayang dan terhentak ke dinding. Makhluk besar itu merapati dan tangannya terus menyentuh perut Elly. Keluarlah darah hitam yang pekat disertai ulat yang begitu banyak sekali. Elly menjerit. Darahnya begitu banyak keluar dan wajahnya yang berseri menjadi pucat lesi. Sebaik sahaja makhluk itu mengambil ketulan hitam sebesar bola tenis, makhluk itu pergi meninggalkannya dengan tawa yang sangat menakutkan.
        Hazrul tidak sampai hati, dia berpatah balik semula dengan Imam Hamdan ke rumahnya. mengucap panjang Imam Hamdan sewaktu melihat Elly pengsan dengan berlumuran darah. Lebih-lebih lagi darah yang membasahi seluarnya. Begitu busuk hingga membuatkan Hazrul terpaksa berlari ke bilik air untuk muntah. Mata Elly terbuka dan dia menyeringai memandang Imam Hamdan.
        “Keluar daripada tubuhnya,” arah Imam Hamdan.
        “Apa yang tinggal pada aku? Dia bukannya menjadi tuan pada aku tapi banyak lagi. Aku juga perlu tuntut hak aku!” jerit Elly yang pasti bukan dirinya. Dia memandang darah yang terlekat pada seluarnya lalu dijilatnya sedikit demi sedikit. Nampak begitu berselera sekali.
Tidak sampai seminit kedengara suara Elly meminta pertolongan.
“Abang tolong Elly!” rayunya
“Kau tak patut panggil aku abang tapi, anak!” Hazrul menangis.
“Elly cintakan Abang” katanya dengan tangan yang dihulurkan.
“Kau bunuh hati dan cinta aku. kau bukan saja tak sepatutnya menjadi isteri malah sebahagaian daripada keluarga aku. aku benci kau tetapi kerana Allah dan aku bukanlah insane yang sempurna mana, aku maafkan kau Elly” Hazrul emngesat air matanya.
“Elly tak nak mati, abang..Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!” Dia menjerit sehingga melangsing suaranya. Elly muntah darah di situ juga. Imam Hamdan membantu Elly sebaik sahaja mereka yang lain tiba. Irina memandang Hazrul yang terjelepok di lantai.

SEMINGGU kemudian...
Rumah pusaka itu terlalu banyak kepahitan. Hazrul mewakafkan rumah pusaka itu untuk menjadi rumah anak-anak yatim atas nama tok wannya.  Biarlah semua pahala yang mengalir sampai ke tok wan yang sangat disayanginya. Irina akan menjadi isterinya beberapa hari sahaja lagi. Dia tidak mahu tahu mengenai Elly lagi. Wanita kejam yang berumur 40 tahun di mana lebih tua 12 tahun daripadanya itu memusnahkan hidupnya dengan memberinya makan makanan yang kotor daripada tubuh badannya sendiri. Imam Hamdan menyuruh Hazrul pergi jauh daripada situ dan membina kehidupan yang bahagia bersama Irina.
      Elly yang ditempatkan di wad pesakit jiwa asyik memeluk bantal dan menutup wajahnya sekali sekala. Tangannya menyentuh perutnya. Ada rasa sakit di situ dan seperti ada janin yang bergerak-gerak di dalam perutnya walaupun manusia biasa tidak nampak akan kandungan yang sudah pun sebesar kandungan berusia 7 bulan.
        “Jangan ambil anak aku lagi!!!” jerit Elly hingga menakutkan semua di situ. Makhluk hitam itu menyeringai sambil ketawa.
“Kau milik aku, Elly!”

         

4 comments:

  1. ngeri...tapi bagus untuk dijadikan sebagai pengajaran buat semua...jalan cerita yang sangat menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih munie... sudi gak baca (kelip2 mata tanda malu)

      Delete
  2. Terbaca cerpen ni pukul 1 pagi smlm.. Waaa, ngeri! haha.. mujur da masuk bilik time tu.. Tapi cerpen ni memang terbaik la. Terselit pengajaran disebaliknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 pagi? perghhhhhhhhhhhhhh.. walau tak seseram mana tapi kalau baca pukul 1 pagi emmang tabik toing2 ler... mesti ixora ni berani kan kan kan

      Delete