Thursday 4 July 2013

DARI KERANA AINUN - bab 12

BAB 12

Langkah kaki Rat terhenti sebaik sahaja matanya dan Halil bertentangan sewaktu dia dan Ahmad membeli belah di mall. Ahmad menoleh pada Rat yang hanya tersenyum. Halil menggosok tengkuknya sambil ketawa kecil. Wanita di sebelahnya juga keliru seperti Ahmad.

“Kau cantik bertudung Rat” puji Halil dan Rat terus menyentuh kepalanya sambil tersenyum malu.

“Kalaulah kau begini dahulu tentu aku akan menjadi suamimu...” usik  Halil lagi. Ahmad berdehem kecil dan tersenyum tawar.

“Oh ya... ini suami aku... Ahmad Khusyairi”

Ahmad dan Halil bersalaman. Pandangan mata Halil yang meliar pada wajah Rat sedikit tidak menyenangkan Ahmad.

“Ini kawan aku” giliran Halil pula memperkenalkan wanita anggun di sebelahnya. Salam yang dihulurkan oleh Rat disambut mesra oleh wanita berketurunan cina itu.

“Aku pergi dulu ya tapi... jujur aku akui yang kau manis begini” Halil kenyit mata dan berlalu bersama temannya. Wajah Ahmad sudah semakin hilang cerianya. Dia yang sebelum ini asyik ketawa kehilangan jejak tawanya. Rat terus memaut lengan Ahmad agar mereka lebih cepat tiba ke kedai kasut kegemarannya. Ahmad hanya menuruti tanpa bantahan.

“Cantik tak sayang?” soal Rat sambil tangannya membelek – belek kasut bewarna hijau cair di tangannya.

“Hmmm” jawab Ahmad.

“Cuma hmmmm?” Rat menyentuh pipi Ahmad dan kepalanya automati mengelak dari terus disentuh Rat.

“Abang kenapa?” Rat meletak kembali kasut ke tempatnya semula. Tangan Ahmad dipimpin ke ruang lebih tersorok.

“Sayang...kenapa tiba – tiba moody je ni” kedua – dua belah pipi Ahmad dielus lembut.

“Cepat pilih. Abang nak balik cepat” kata Ahmad dengan pandangan yang tunduk ke lantai.  Rat mengeluh dan hilang terus keinginannya untuk membeli belah pada waktu itu.

Di dalam kereta pun Ahmad hanya membisu. Jenuh Rat buat lawak.... tidak satu pun berjaya mencuit hati lelakinya. Rat menggigit bibirnya sambil merenung wajah Ahmad dari sisi.

Tiada sebarang kata – kata usikan yang keluar dari bibir Ahmad lagi. Sebaik sahaja tiba di rumah, Ahmad terus masuk ke dalam bilik bacaannya. Pintu dikunci!.

“kenapa?!!!!!” jerit rat dari bawah. Tudungnya di buka. Rat menahan rasa marah. Tidak tahu sebab dan musabab hari ini buat pertama kalinya Ahmad merajuk. Rat terus ke dapur. Air sejuk yang bau diteguk bagai tiada rasa sejuknya.

                                              *************

Pukul 9 malam...

“Abang nak makan apa – apa tak?” soal Rat sambil memeluk leher Ahmad. Tangannya yang dileraikan oleh Ahmad mengundang sedikit rasa terkilan. Dia memeluk pula tubuh Ahmad yang sedang duduk di sofa.

“Abang... tak selesalah” perlahan sahaja kata – kata Ahmad. Rat mejuihkan bibirnya. Hujung bantal kecil dipintal – pintal dengan mata yang masih memandang wajah Ahmad.

“Abang marah Rat kenapa?” soal Rat.

“Ainun.... esok nak tolong ayah di pejabatkan?. Pergi masuk tidur” suruh Ahmad tanpa menoleh pada Rat.

“Tak nak” jeling Rat. Memang dia marah pada Ahmad.

“pergilah....” suara Ahmad sedikit kendur berbanding tadi.

“hari ni hari apa?. Selalu hari ni abang akan dukung Rat naik atas kan?” jari telunjuknya digoyang – goyangkan. Ahmad buat tidak dengar. Rat menghampiri Ahmad dan memeluk suaminya sekali lagi.

“Tak baiklah buat Rat begini.... apa salah Rat?”

“Tak salah pun” mata Ahmad masih  memaku di kaca televisyen.

“Habis tu?”

“Saja nak bersendirian” jawab Ahmad lagi. Sesekali dia mengerling wajah isterinya yang sudah pun masam mencuka. Rat menapak perlahan menaiki tangga. Ahmad mengeluh.

ABANG!!!!!!

Jeritan Rat dari tingkas atas mengejutkan Ahmad dan dengan segera dia naik ke atas. Rat yang sedang mengerang di dalam bilik air membuatkan Ahmad panik.

“Kenapa sayang?” soal Ahmad. Di beleknya wajah rat.

“Sakit...” Rat masih mengerang. Ahmad terus mendukung Rat dan diletaknya tubuh Rat perlahan – lahan di atas katil. Semua bahagia tubuh Rat disentuhnya. Tidak tahu bahagian mana yang sakit .

“Sakit kat mana sayang? Perut?” Ahmad terus menggosok perlahan perut Rat.

“Tak”

“Habis?”

“Hati” jawab Rat dan terus memeluk tubuh Ahmad. Dia memeluknya sekuat hati. Tidak mahu Ahmad pergi darinya.

“mengada” jeling Ahmad.

“Dah.. tidur!” Ahmad cuba melepaskan pelukan Rat yang sememangnya agak kuat itu.

“Tak nak!. Abang kata setiap hari Rabu abang akan dukung Rat!”

“Tadi dah kan..”

“terpaksa kan...”

Ahmad terdiam.

“Sayang dengan Halil dulu manja begini ke?” soal Ahmad., serta merta pelukan Rat longgar. Dia senyum simpul.

“Abang jelous rupanya!!” pipi Ahmad dicubit – cubit manja. Ahmad meraup wajahnya dan turun semula ke bawah. Mahu mengelak dari disoal bertalu – talu oleh Rat.

Rat membiarkan Ahmad dengan rasa cemburunya. Seronok juga melihat Ahmad yang selama ini tenang, seakan kacau jiwanya. Rat baring sambil tersenyum... sayang aku lah tu!

                          ***********************

Rat mengucup tangan Ahmad selepas solat subuh berjemaah. Ahmad yang kebetulan bercuti pada hari itu terus ke dapur bagi menyediakan sarapan
Untuk mereka berdua. Rat duduk di kerusi meja makan sambil tangannya sibuk mengunyah beras.

“sayang makan apa tu?” soal Ahmad. Keningnya berkerut.

“Padi” sengih Rat.

“Bukan padi... beras” Ahmad mengucup ubun – ubun Rat.

“Aik... dah tak cemburu?” soal Rat sambil ketawa sinis. Ahmad senyum.

“Tak lelakilah kalau cemburu” cuba bercakap besar.

“Hmm.. tak cemburu apa kalau peluk pun tak nak” sebutir – demi sebutir beras masuk ke dalam mulutnya.

“Macam orang mengandung makan pelik – pelik” geleng Ahmad. Bihun goreng di hidangkan di hadapan Rat. Rat ketawa sambil mengeyit mata. Ahmad terpana sebentar.

“Sayang....” Ahmad menggoncang lembut bahu Rat.

“Hiish.... jagan kacau anak nak makan!” marah Rat. Ahmad menadah tangan. Bersyukur dengan kurniaan Allah buatnya dan Rat.

“Abang tak tahu pun” gelak Ahmad.

“memanglah.. perut Rat bukan perut abang” Rat kenyit mata. Kali ini dia sibuk mencari isi ayam di dalam mangkuk bihun.
Ahmad tidak mampu bersabar. Terus dipeluknya Rat sepuas hatinya. Rat yang masih mengunyah beras tersengih – sengih.

“Anak kata... ayah, saya nak makan tapi ayah picit saya, padi tak masuk mulut tapi masuk punggung!”

“ok... sorry... makanlah padi tu” Ahmad terus mencuci pinggan dengan nyanyian sumbang.

“ayah... anak kata...., suara ayah macam katak. Anak tak suka!!!” gurau Rat. Terdengar gelak besar dari arah singki.

Katak pun kataklah!


4 comments:

  1. Hahahahaaaa kelako bano budak bduo ni. Kahkahkah. Nak lg ! Ehehehe

    ReplyDelete
  2. Haha haha haha....thankz for a sweet n3....

    ReplyDelete
  3. sweetnya.....kalau laahh...huhuhu hehehehe

    ReplyDelete