Tuesday 10 December 2013

encik jipang & cik Harley Davidson - bab 7

BAB 7

Habis tisu ditangan  menjadi mangsa ramasan tangannya saat persoalannya dengan Yazid diutarakan Tan Sri Muhzaini. Selama ini memang Tan Sri Muhzaini mahu menjadikan Hamka sebagai menantunya. Entah mengapa pun Chinta tidak tahu. Nak kata kacak sangat tu, tak juga!. Berlagak sahaja yang lebih. Kak Piah yang turut sama duduk di situ untuk menonton rancangan drama bersiri sesekali melirik matanya memandang wajah gelabah Chinta. Ambik kau!.. itulah, semuanya dia nak. Apalah salahnya kalau Yazid tu dibaginya pada aku. Mata Chinta yang terjegil memandangnya membuatkan Kak Piah berpura – pura batuk dan terus menyuap potongan jambu batu ke dalam mulutnya.

Ha... makanlah jambu batu malam – malam. Nanti tercekik padan muka. Chinta pula mengerling Kak Piah.

“Papa cakap dengan Chinta tapi yang mata Chinta dok jeling – jeling Kak Piah tu kenapa?” Jambu air madu disuap ke dalam mulutnya. Ha, bagus sangatlah tu. Majikan makan jambu air, pekerja makan jambu batu!. Chinta memicit – micit kepalanya.

“Ya.. Chinta suka pada Yazid” akhirnya Chinta terpaksa mengaku juga.

“Hmmm... habis Hamka nak campak mana?”

“Bagi sahaja kat Kak Piah ni. Biar angin monsun dia ni kurang sikit. Asyik nak mengamuk saja”

Aik... aku pula... tapi kalau Hamka mahukan aku, aku tak kisah!. Kak Piah senyum sendiri.

Nampak gayanya Tan Sri Muhzaini sudah mengagak daripada awal lagi jawapan yang bakal keluar dari mulut Chinta kerana dia cuma beriak tenang dan tersenyum lebar. Tanpa memberi sebarang kata putus, Tan Sri Muhzaini terus menyuap jambu air ke dalam mulutnya.

“Papa..” Chinta memanggil papanya. Bosan duduk di situ lama – lama. Biar cepat selesai, dia juga sudah mengantuk dan mahu cepat masuk tidur. Tak sabar mahu berjumpa dengan Yazid esok hari.

“Suka hatilah Chinta. Papa suka dengan Yazid juga malah lebih 150 peratus berbanding Hamka kehkehkeke” Tan Sri Muhzaini kenyit mata kiri.

“Papa....” pelukan percuma tanda bahagia dihadiahkan buat papanya. Puan Sri Laila gelak besar. Amboi, kalau dapat apa yang dia mahu, pandai pula bayar dengan pelukan. Kak Piah mencebik seakan – akan tidak berpuas hati.

“Sudahlah Kak Piah oi... pergi  mengurat Pak Tongkol tu saja” sengih Chinta. Main cakap sahaja!. Mana datangnya pula lelaki bernama Pak Tongkol tu?. Sengaja tambah sakit hati Kak Piah dengan usikannya. Nasib baik anak bos!.Aku mengurat bapak kau karang.......
“Nakal macam sayang” kata Tan Sri Muhazaini kepada isterinya. Puan Sri Laila senyum meleret. Melihat senyuman isterinya yang masih manis seperti dahulu, Tan Sri Muhzaini bingkas bangun dan duduk di sebelah isterinya. Kak Piah terbeliak biji mata. Sudah.....

“Ehem.. ehem... maaf ya Tan Sri, ada remaja di sini. Tak baik buat benda macam tu depan saya” selamba sahaja Kak Piah menegur Tan Sri Muhzaini yang sudah pun mengerutkan hidungnya. Puan Sri Laila ketawa dan satu cubitan hinggap ke paha Kak Piah.

“Hmm... sebab tu tak kahwin – kahwin asyik remaja memanjang. Orang lain remaja bergetah yang kamu tu remaja tak ada getah” Tan Sri Muhzaini membetulkan bajunya dan terus pergi. Menyinga sahaja Kak Piah mendengar kata – kata Tan Sri Muhzaini. Remaja tak ada getah ya....habis! perut dia yang boroi tu bergetahlah?. Menyampah..anak dengan bapak sama sahaja!. Kak Piah mengomel sendiri.

                                  ******************************

Sesuatu yang langsung tidak dijangka oleh Chinta apabila dia mendapat tahu dari mamanya yang Yazid pergi berjumpa dengan Tan Sri Muhzaini untuk menerangkan niatnya untuk mengenali Chinta dengan lebih dalam lagi. Puan Sri Laila benar – benar berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh Yazid itu.

“Cepat siap. Sekejap lagi menantu mama nak datang jemput kita makan tengahari di rumahnya” Rambut Chinta dilurut ke belakang agar lebih kemas. Hari Sabtu begini memang Chinta hanya menghabiskan masanya di rumah sahaja. Aktiviti tetapnya hanyalah dengan berperang mulut dengan Kak Piah.

“Mama suka Yazid?” soal Chinta. Kain tuala disangkut ke bahunya.

“Lebih daripada suka. Mama seperti sayangkan dia sebagai anak lelaki mama”

Chinta senyum dan terus dipeluknya tubuh Puan Sri Laila dengan rasa terharu. Hanya wanita mengerti perasaan wanita. Puan Sri Laila tahu betapa berbunganya hati Chinta apabila bertentang mata dengan Yazid sewaktu di Port Dickson tidak lama dulu.

Sebelum Puan Sri Laila melangkah keluar dari bilik anak tunggalnya itu, sempat lagi dia berbicara sesuatu yang membuatkan Chinta terdiam seketika.

“Allah dah berikan cinta yang Chinta mahukan... tak susahkan untuk Chinta mula memakai tudung?. Lakukannya walaupun tanpa rela kerana lama – kelamaan hati Chinta akan menerimanya dan untuk menanggalkannya ketika berada di luar rumah pun Chinta akan rasa janggal”

Tanpa menunggu sebarang jawapan Puan Sri Laila terus keluar dri situ. Agak lama Chinta duduk termenung di atas katil. Tiba – tiba air matanya mengalir. Sudah banyak kali dia ditegur oleh Puan Sri Laila agar menutup aurat tetapi alasannya ... mana ada orang pakai tudung naik Harley Davidson!.

Nak seribu daya Chinta!...Chinta menepuk – nepuk dadanya sendiri.

                  ******************

Yazid sudah lama tunggu di bawah. Kak Piahlah yang membantu Chinta melilit kain selendang ke kepalanya. Tersenyum Kak Piah sewaktu melihat wajah comel itu semakin ayu apabila ditutupi selendang. Kak Piah memegang kedua belah pipi Chinta dan terus mencium dahi anak majikan yang sudah dikenalinya lebih belasan tahun itu.

“Kak Piah sayangkan Chinta” Pipi Chinta ditepuk – tepuk.

“Tipu” Chinta mencebik lalu di tariknya tubuh Kak Piah ke dakapannya. Ketawa Kak Piah apabila Chinta memeluknya dengan kuat dan dengan sengaja menggoyang – goyangkan badan mereka.

“Cepat!. Kak Piah pun nak tengok rumah mak Yazid. Hari tu tengok kat tv lawa sangat. Esok bila dah kahwin kamu kena kemas rumah tau” Kak Piah angkat kening dua tiga kali.

“Alah.. esok – esok kalau Chinta dah kahwin dengan dia, Chinta kemaslah rumah Yazid tu jadi macam syurga” beg tangan dicapai dan disangkut ke bahunya.

“Eleh... kadang – kadang bilik tidur ni pun Kak Piah yang tolong kemaskan”

“Hello... kadang – kadang saja ye!!!!” jerit Chinta dari luar bilik dan Kak Piah yang masih berada di dalam bilik Chinta menggeleng kepala apabila melihat tuala yang dipakai Chinta elok terletak di atas lantai.

Tersenyum lebar Yazid saat melihat penampilan Chinta yang sudah semakin sopan berbanding sebelum ini. Walaupun nampak seperti tidak berapa selesa kerana asyik membetulkan lipatan tudung, tetapi wajah Chinta tetap indah untuk dipandang.

Tan Sri Muhzaini dan keluarganya naik kereta mereka sendiri dan Chinta mahu naik berdua dengan Yazid. Kak Piah yang faham benar dengan perangai Chinta menggoyang – goyangkan jari telunjuknya dan sebelah lagi tangannya membuat isyarat cubitan.  Yazid yang melihatnya ketawa.

                           **********************************

Di dalam kereta Yazid tak habis – habis tersenyum. Sewaktu berhenti di lampu isyarat, Yazid membetulkan lipatan selendang Chinta di wajahnya. Dia memandang mata yang bercahaya itu dengan senyuman.

“Awak cantik”

“Eleh... saya tahu” Chinta seperti biasa, berlagak bila dipuji. Yazid bersandar kembali kebalakang sambil tunduk menahan tawa. Chinta mengintai wajah Yazid yang sudah pun merah padam. Sesekali Yazid memandang  bahu Chinta.

“Apanya?”

“Tahulah.... jenama mahal tapi tak payahlah tunjuk keluar” mata Yazid tepat memandang bahu Chinta sekali lagi. Chinta memandnag bahunya.

“Kak Piah!!!!!!” jerit Chinta. Rupa – rupanya Kak Piah pakaikan Chinta tudung terbalik. Bukan sahaja terbalik, malah cebisan kain yang berjahit jenama selendang itu elok terletak di bahu. Menyesal tak tengok betul – betul tadi.

Kak Piah yang satu kereta dengan majikannya tersedak. Puan Sri Laila menepuk – nepuk belakang badan Kak Piah.

“Kenapa ni Piah?. Pakwe rindu agaknya” usik Puan Sri Laila. Selepas mengurut dadanya beberapa kali, Kak Piah mengomel.

“Eleh.. tak ada pakwenya.. ini mesti Chinta mengumpat saya kat dalam kereta tu” teka Kak Piah. Betul atau salah dia peduli apa. Memang selalu sangat Chinta mengenakan dirinya. Nasib baik anak majikan, kalau adik... memang Kak Piah tubi – tubi!.

                                    ******************

Sampai sahaja diperkarangan banglo tiga tingkat di Seri Kembangan, Yazid turun terlebih dahulu untuk mempelawa keluar Tan Sri Muhzaini masuk ke dalam rumahnya. Toh Puan Nasuha tersenyum dari jauh. Nampaknya, itulah wanita yang berjaya merawat hati Yazid. Cantik gerangannya!. Toh Puan Nasuha menapak perlahan – lahan untuk mengalu – alukan kedatangan mereka semua.

Chinta menghulurkan salam dan terus mencium tangan Toh Puan Nasuha. Kepala Chinta di gossok perlahan dan tubuh muda itu ditarik agar mendekatinya.

“Cantik bakal menantu umi ni” bisik Toh Puan Nasuha. Kemerahan wajah Chinta apabila dipuji bakal ibu mertuanya membuatkan Toh Puan Nasuha tersenyum lucu. Benar kata Yazid, wajahnya akan merah padam setiap kali dipuji. Wajah yang bersih tanpa sebarang cela itu mendamaikan mata Toh Puan Nasuha. Tidak seperti kali pertama dia bertemu dengan Siti Aisyah dahulu. Hatinya mula berentak nada keliru. Banyak persoalan yang bermain di fikiran biarpun kali pertama bersua muka.

Tan Sri Muhzaini agak senang dengan sikap merendah diri Toh Puan Nasuha. Siapa yang tidak kenal akan pejuang bahasa kebangsaan itu. Pergilah seminar yang melibatkan Bahasa Melayu, pasti dia ada di situ.  Apatahlagi arwah suaminya adalah tokoh korporat yang berjaya. Yazid dan kakaknya Bayu Aizanlah yang bakal mewarisi semua harta peninggalan keluarga mereka.

“Tak sangka boleh bertemu dengan Toh “ senyum Puan Sri Laila.

“Ala... nak jumpa bila – bila masa pun boleh. Laila yang tidak mahu kenal dengan saya” jawab Toh Puan Nasuha. Yazid yang duduk berhadapan dengan Chinta mula mengukir senyum. Dari tadi Chinta langsung tidak memandang matanya. Barangkali segan dengan ibu Yazid.

“Bunga yang indah akan menjadi penyeri keluarga ini. Pandai Yazid pilih”

Bertambah kembanglah hati Chinta sewaktu mendengarnya. Kak Piah mencubit paha Chinta. Jari jemari Chinta mula menggigil. Tahu sangat Kak Piah situasi sebegini. Chinta kalau teralu gementar, jari jemarinya akan menggeletar. Sejuk secara tiba – tiba. Yazid gelak.

Kurang asam! Aku dah gabra macam orang tak betul kat sini, dia boleh pula gelakkan aku. Nampak tu! Siap geleng – geleng kepala lagi!.

Chinta menoleh pula memandang Kak Piah.

Amboi – amboi... tumpang sekaki pula dia!. Sampai terhenjut – henjut bahu tu gelakkan aku.. takpe....takpe Kak Piah!.

“Makanan siap dihidangkan Toh” beritahu orang gajinya dan terus pergi. Mereka semua terus menuju ke meja makan yang terletak agak jauh dari ruang tamu. Chinta tertinggal di belakang dan tangannya terus digenggam Yazid. Terkedu dia pada waktu itu. Meja makan terletak di bahagian hujung banglo itu menghadap taman bunga dan air terjun di mana bahagian  bawahnya terdapat beberapa ikan koi yang berenang bebas ke sana ke mari. Jarak itu membuatkan mereka berdua terus terasing sebaik sahaja mereka yang lain sampai ke meja makan.

“Kenapa sayang saya ni gelabah sangat.... nasib baik saya yang akan angkat nikah nanti” bisik Yazid. Tindakan Yazid bukan membantu Chinta tetapi lebih menambah rasa debar di hati wanita itu hinggakan tangannya lebih pucat berbanding tadi.

“Awak buat saya....” Chinta tunduk. Air liurnya ditelan beberapa kali. Tudungnya yang tadi kemas menjadi sedikit senget. Dagu Chinta ditolak naik sedikit.

“Saya betulkan tudung sayang kejap” senyum Yazid.

Lilitan tudung Chinta diperkemaskan. Mata mereka bertentangan dan kali ini Yazid perlu akui, debaran itu sudah mula menyinggahi jantungnya pula.

“Yazid..... tak lama lagi pun....” Toh Puan Nasuha yang sebenarnya sudah berdiri di lorong  ke meja makan untuk memanggil mereka mula menggeleng kepala.

“Tak.. umi... ni... tak... ala... “ Yazid menggaru – garu kening.

Chinta menjingkitkan sedikit kakinya dan merapatkan bibir ke telinga Yazid.

“Dah berjangkit ke...”

Dia terus memegang tangan Toh Puan Nasuha untuk ke meja makan bersama. Yazid  tersandar ke dinding. Nakal!.


4 comments:

  1. hehehe...tak cukup sengal nih...tambah lagi satu N3...hehehe

    ReplyDelete
  2. Best...can't wait 4 d next n3...sweet...

    ReplyDelete
  3. Saya suka sangat. Harap dapat ke versi cetak

    ReplyDelete