BAB 3
RUNSING
apabila Tuan Danial hanya membisu seribu bahasa. Resah Is dibuatnya. Manakan
tidak, gundah gulana hatinya apabila tidak dapat menerima usikan daripada Tuan
Danial. Nasi lemak ayam rempah yang disediakan awal – awal pagi lagi itu
langsung tidak dipandang apatahlagi dijamahnya.
“Tuan Danial tak nak makan ke papa?” soal
Is pada Tuan Hashim. Panggilan papa itu adalah permintaan Tuan Hashim sendiri.
Tuan Hashim hanya senyum. sesekali dia memandang Kak Hasnah yang membalas
senyuman tuannya berkali – kali. Is memandang mereka berdua silih berganti.
“Kahwin sajalah!” spontan kata – kata itu
keluar daripada mulut Is.
“Erk... Is ni, usik papa pagi – pagi lagi
ye?” Tuan Hashim terus mengalihkan pandangan matanya. Is gelak besar dan terus
ke dapur. Cermin tingkap dibuka. Dia memandang kereta Tuan Danial yang meluncur
keluar daripada perkarangan rumah Tuan Hashim.
Sedang Tuan Danial menunggu lampu isyarat
bertukar hijau di jalan raya, dia menerima panggian daripada Is.
“kenapa?”
“Baliklah sini balik. Makan dengan saya.
Saya tak makan lagi ni tau!. Tak apalah kalau awak tak nak balik biar saya
pengsan terkapar – kapar depan rumah ni kerana kelaparan. Saya takkan makan
selagi Tuan Danial tak makan dengan saya” suaranya benar – benar meraih simpati
Tuan Danial dan dengan cebikan Tuan Danial menjawab.
“Lantak awaklah nak terkapar ke, nak
terlentang, tergolek segala. Bukan urusan saya” terus perbualan itu ditamatkan.
Is mengerutkan dahinya. Geram betul dia. ‘Lantak!. Malas dah aku nak pujuk. Si
Danial ni pun spesis Hatta... budget bagus. Baik aku makan’ dengan langkah yang
laju, Is terus mencedok nasi lemak dan menuang air teh ke dalam mug Tuan Danial
yang kini sudah pun menjadi miliknya. Kak Hasnah yang memerlukan pertolongannya
sebentar membuatkan niatnya untuk makan tergendala sebentar.
Tak sampai hati juga Tuan Danial mendengar
kata – kata Is tadi. Keretanya dibelokkan dan masih belum jauh untuk dia
berpatah balik. Tuan Danial meletak keretanya di luar perkarangan rumah. Kakinya menapak masuk ke dalam rumah dan
dengan jelas dia melihat Is yang menggosok – gosok kedua belah tangannya
sebelum menjamah nasi lemak itu. Suapan nasi
lemak yang baru dua sudu masuk ke dalam mulutnya terhenti begitu sahaja apabila
terpandangkan Tuan Danial di hadapannya. Is Tergamam. Tuan Danial menyeluk
koceknya dan duduk betul – betul di hadapan Is. Gelengan kepala Tuan Danial
membuatkan Is lebih bersedia menerima kata – kata sinis yang selalunya berbisa
itu.
“Awak balik sekarang. Makan juga! Kalau
tak balik saya tak mahu makan. Biar saya pengsan kelaparan terkapar – kapar
depan rumah” Tuan Danial mengajuk satu persatu ayat yang didengarinya melalui
talian telefon tadi.
“Ala...” Is gigit bibir.
“Drama queen!. Propa Mak Jemah”
“Ni Mak Is” sengih Is. Tuan Danial beredar
semula. Jenuh Is mengejarnya tetapi tuan Danial masih meneruskan langkahnya dan pergi meninggalkan Is yang sudah pun terjuih bibirnya.
“Eleh... berlagak!” Is berpatah balik dan
menyambung makannya semula. Tak nak makan sudah, dia boleh habiskan!.Tuan
Danial yang masuk ke dalam kereta menyandarkan tubuhnya ke belakang. Dia
menggeleng kepala dan akhirnya ketawa sendiri.
“Gila kau Danial!. Boleh pula kau patah
balik sebab budak otaknya rebus tak masak – masak tu!” Tuan Danial pun dah naik biul melayan Is. Tak
pernah – pernah hidupnya tunggang langgang sebegitu. Semuanya kerana seorang
perempuan bernama Tengku Ismahanim!.
HARI
itu
Tuan Danial hanya terperap di dalam bilik bacaan. Tidak turun pun untuk
mengusik is seperti selalu. Is yang nampak gelisah segera ditenangkan oleh Kak
Hasnah.
“Tuan Hashim kata semalam Nell dah baik
Malaysia. Mungkin sebab itu agaknya Tuan Danial berkurung begitu”
“Is
tak tahu siapa Nell tu. Siapa dia Kak Hasnah?” soal Is. Kak Hasnah serba salah
mahu menjawabnya. Berkali – kali tengkuknya digosok. Mencari ayat terbaik buat
Is.
“Is tak tahu ye yang dulu Tuan Danial
hampir bertunang dengan Nell?”
“Tunang?”
“Iya... tapi terputus sebab tak ada
persefahaman agaknya . Tuan Danial sayang sungguh dengan Nell tu. Kalau Is nak
tahu, Nell tu ditatang macam minyak yang penuh tapi itulah sibuk sangat nak
jadi model antarabangsa, semuanya ditinggalkan. Mak dia pun dia tinggalkan.
Tuan Danial yang selalu jenguk kak Kamisah tu. Anaknya sibuk cari glamour”
terang Kak Hasnah. Is tersentak!. Ini bermakna dia terpaksa melihat Tuan Danial
dengan wanita lain selain daripada dirinya sendiri.
“Habis tu kenapa dia balik sini?” kerepek
kentang dimasukkan semula ke dalam balang. Tak ada selera nak makan.
“Hmm... Tuan Hashim kata dia rindukan Tuan
Danial dan nak teruskan ikatan yang lama terputus tu” bicara kak Hasnah kali
ini membuatkan balang yang dipegang terlepas daripada tangannya. Mujur balang
plastik. Kalau kaca, mahu banyak kerja dia nak menyapunya semula.
Is naik ke bilik bacaan. Pintu tidak
berkunci dan dengan itu dia boleh mengintai sedikit. Dia dapat lihat Tuan
Danial sedang melihat beberapa keping foto di tangannya. Is terus masuk.
“Is!. Tak tahu nak beri salam ke?” berkerut
dahi Tuan Danial. Is mendekati dan dia terus merampas foto daripada tangan Tuan Danial.
terkejut dengan tindakan Is, pertama kali Tuan Danial meninggikan suaranya.
“Is!”
Is memandang gambar Tuan Danial bersama
seorang wanita sekali lalu. Foto itu diletakkan ke atas meja dan Is cuma senyum
tawar.
“kalau cuit gambarnya pun awak dah marah
saya, entah –entah kalau saya cuit orangnya mahu awak lempang saya” kata – kata
Is membuatkan Tuan Danial terkedu. Tidak mahu banyak bicara lagi, Is terus
keluar. Entah kenapa hatinya terasa sakit sekali. Air matanya pantas sahaja
keluar daripada kelopak mata. Tuan Danial terduduk di kerusi. Mengeluh
seketika. Tuan Hashim yang baru pulang daripada urusannya diluar menggosok
kepala Is yang sedang mengemas meja makan. Tiada senyuman atau sahutan seperti
biasa. Is hanya tunduk dan sewaktu setitis air matanya jatuh mengenai meja
makan, Tuan Hashim terus memusingkan tubuh Is.
“Anak papa menangis?” soal Tuan Hashim. Is
cepat – cepat mengesat air matanya. Tuan Danial yang baru sahaja ingin turun
memandang daripada jauh. Air mata is dikesat oleh tuan Hashim yang dapat
rasakan air mata itu disebabkan apa.
“Is nak keluar kejap ye, papa” bisik Is.
“nak papa hantarkan Is?”
“Tak mengapa, Is nak ke taman hujung tu
sahaja. Nak petik bunga macam puteri raja. Is kan puteri papa” gelak Is namun ianya
tidak dapat mencuit tawa pada hati Tuan Hashim.
Anggukan Tuan Hashim
dibalas dengan senyuman dan Is terus keluar.
Tuan Hashim yang menapak nak ke tingkat atas berhenti langkahnya apabila
berhadapan dengan Tuan Danial.
“setitis air mata Is lebih berharga
daripada seribu titis air mata Nell” ayat tunggal itu meninggalkan Tuan Danial
yang hanya berdiri di situ. dia tahu hati Is terluka..sangat – sangat terluka.
DAUN
yang gugur dibiarkan mengenai tubuhnya. Is duduk sambil menghayunkan kakinya ke
depan dan ke belakang. Taman rekreasi yang terletak tidak jauh daripada rumah
Tuan Hashim itu sedikit sebanyak dapat mendamaikan jiwanya. air mata yang
masih berbaki di kesat lagi. Mereka yang masih menjalankan aktiviti riadah di
situ membuatkan Is rasa tidak keseorangan. Dengan keluhan, kaki yang berhayun
tadi dihentikan dan Is bersandar pula ke belakang.
Mata Is tertancap pada seekor kucing yang
melalui kawasan itu. Is mengekorinya dan akhirnya dapat!. Walaupun terpaksa
mengejar sedikit jauh tetapi rasanya berbaloi. Anak kucing berwarna oren itu
nampak sangat comel. Is membelainya di ribaan sambil bersandar pada sebatang
pokok.
“Nama kau siapa ye?. Aku bagi nama kau
Hatta nak?” tersengih sendiri dia waktu itu. kalau Tengku Hatta nampak kucing,
sanggup dia tak lalu tempat tu. Penggeli ya amat!.
Meowww...
“Ooo.. bagus – bagus!. Kau suka juga
pilihan nama tu. Hatta, ish... tapi kau tak ada bisul, aku bagi nama lain.
Orange... tu lagi sedap!” pipi orange disentuh – sentuh.
“Kau buat apa kat sini, Orange?. Kau pun
sedih?. Aku sedih snagat. Rasanya nak balik rumahlah lepas ni. Berhenti kerja
lagi baik kan?. Lagipun aku tak ada makna apa – apa pun kat sini. Nanti kalau
aku nak balik, aku bawa kau sama ya, orange?” kali ini badan orange dibelai –
belai.
“Siapa yang izinkan awak berhenti kerja?”
Is menoleh ke belakang. Tuan Danial terus
duduk di sampingnya. Sama – sama bersandar pada sebatang pokok. Is membisu.
Tidak mahu bersuara.
“Siapa yang nak intai saya lagi?” soal
Tuan Danial. Dia mengintai wajah Is.
“Saya bukan sesiapa pun. Tak payahlah tuan
Danial nak pujuk, saya tak salahkan Tuan Danial pun. Lagipun bahaya kalau saya
masih di situ. nanti kalau tuan Danial sudah berkahwin dengan Nell, takut nanti
saya ni jadi mangsa cemburu isteri Tuan Danial tu pula. Jangan risaulah, saya
takkan sentuh lagi barang Tuan Danial” nada merajuk itu membuatkan Tuan Danial
tersenyum.
“Terima kasih faham perasaan bakal isteri
saya” jawab Tuan Danial. Is terus berdiri dan menepuk – nepuk belakang
seluarnya. Tuan Danial menarik tangan Is supaya duduk di sebelahnya.
“Saya nak balik Tuan Danial” jeling Is.
“Saya tak nak balik. Saya nak duduk berdua
dengan awak di sini” tegas Tuan Danial. tangan Is ditarik sedikit kuat hingga
terduduk Is dibuatnya.
“Is...Is... awak ni tak dapat bezakan saya
marah sebab apa. Saya marah sebab awak tu suka sangat merampas barang daripada
saya. Cuba minta elok – elok bukannya saya tak kasi. Dia bukannya sesiapa pun
pada saya. Cuma sejarah silam yang tak ingin pun saya ulanginya. Awak ni
cemburu ye?. Awak nak pada saya ke?” kening Tuan Danial terjongket sedikit.
Kuluman senyumannya itu sedikit menyakitkan hati Is.
“Jangan nak perasanlah Tuan Danial”
“Cuma perasaan cemburu jer boleh
membuatkan air mata tu mengalir dengan mudah. Siap lari segala. Larilah jauh
sikit. Ini lari dekat sini saja. Senang sangat nak cari” daun kering dibaling
ke tangan Is.
“Nak saya pujuk macam mana ni?. Nak
dodoikan ke atau nak timang – timang?” soal Tuan Danial.
“Diamlah!. Saya gigit karang” amaran
diberikan tetapi Tuan Danial masih lagi gelak besar.
“Tak pun saya hayunkan awak kat buaian tu?”
gelaknya makin kuat.
“Nak!” sengih Is. Mata Tuan Danial
terbeliak. Mahu jadi bahan gossip nanti. Tak pernah – pernah dia singgah ke
situ, inikan pula nak main buaian?.
“Jomlah...” rengek Is.
“Mengaku dulu... awak cemburu kan?”
“mana ada!. Jomlah...” rayu Is lagi.
“kan?... cemburu kan?”
“Taklah. Orang kata tak, taklah!”
“cemburu
kan?”
“Ambik kau!”
“Sakit Is!!!....
Dah , dah, ye awak tak cemburu. Lepas...lepas. Gigi awak ni macam gigi drakula.
Jangan gigit bahu saya!”
“padan muka!”
Is berlau dari situ dan
terus berjalan pulang ke rumah sementara Tuan Danial masih lagi memegang bahunya
yang sedikit sakit digigit Is. Salah siapa?. Dah diberi amaran gatal – gatal nak
usik lagi. Nasib kaulah Tuan Danial!.
adui makin ku jatuh cinta ngan TD ni
ReplyDeletebest.
ReplyDeleteBest story....semakin....jatuh cinta ngn TD...hihi
ReplyDeletebest cerita dia..mereka sangat serasi
ReplyDeleteDrama dah tengok , so kita baca novel plak tp tetap best 😍😭💖
ReplyDelete