UNGKAPAN ITU..
Sudah seharian
Nina menunggu Qai pulang ke rumah. Bukan niatnya mahu mengganggu rasa cinta Qai
buat bekas isterinya, Suraya. Soalan yang hanya diutarakan tidak sampai
beberapa saat itu dibalas dengan renungan tanpa bicara. Salahkah aku bertanya
dimanakah aku di hatinya?, gumam Nina sendirian. Dia tetap mengemas bilik
suaminya walaupun tidak pernah mendapat sebarang pujian. Bilik bersebelahan
namun tiada timbul sedikit pun di hati Qai unuk merapatkan hubungan sehala itu.
Bukan salah nina
kerana menghuni di hatinya saat Suraya menjauh dengan rela. Kini bekas
isterinya dahulu mula menguis rasa cinta Qai kembali. Nina tahu, pasti ada
ruang untuk Suraya kerana berpisahnya mereka hanya kerana salah faham. Dia?......
dimanakaah dia di hati Qai?. Terbitkah rasa rindu Qai buatnya walaupun hanya
seinci?. Dia tidak kisah masih bergelar anak dara walaupun sudah 2 bulan
menjadi isteri yang sah. Wajah Qai hanya dilihat sewaktu pergi dan pulang dari
kerja. Berbual... tidak sekali. Nina yang banyak memulakan perbualan, itu pun
tanpa respon.
Pintu rumah
terbuka. Hati Nina gembira walaupun tanpa melihat ukiran senyuman di bibir Qai.
Dia menghampiri Qai dan mengambil beg dari tangan suaminya itu. Qai senyum
sedikit.....hanya sedikit!.
“Nina buat pajeri
terung yang abang suka” senyum Nina. Sedikit teruja maahu menggembirakan hati
Qai.
“Ok” itu sahaja!
Nina terus naik ke atas. Dia merapati Qai dan mahu membuka tai leher suaminya
seperti isteri – isteri yang lain.
“Tak perlu. Terima
kasih sahaja” tangan Nina di tolak perlahan. Satu yang Nina kagum pada
suaminya. Sedikitpun dia tidak pernah mengherdik apatah lagi menjentik isteri
tanpa relanya itu. Kalaulah daddy tidak memaksa dia berkahwin dengan anak rakan
seperniagaannya, sudah pasti Suraya akan menjadi isterinya semula.
Selesai mandi, Qai
turun ke bawah. Memandang pajeri terung yang di masak oleh Nina. Dia tahu
wanita cantik di hadapannya itu sudah berusaha sebaik mungkin untuk
membahagiakannya namun begitu apalah dayany jika hatinya tidak diberi rasa
cinta untuk Nina.
“Tadi aunty Wong
tersalah beri terung. Dia beri terung bulat nasib baik Nina sempat tukar” gelak
Nina.
“Ye ke?” soal Qai.
Soalan seba pendek itu membantutkan perbualan Nina. Dia seperti menjamu selera
dengan sebuah robot yang hanya mampu menyebut beberapa patah perkataan.
******************
Nina duduk di
sebelah Qai yang bergenjak sendikit dari terlalu hampir dengannya. Nina
menghimpit lagi dan dahi Qai berkerut.
“Nak apa?”
“Nak tengok cerita
ni dengan abang” jawab Nina. Bantal kecil dipeluknya. Dia sengih.
“Duduk sana tak
boleh?” soalan yang langsung tidak di gemari Nina.
“Kalau takut Nina
nak peluk siapa?” soalan Nina telus.
Qai senyum
sedikit.
“Eh, abang
senyumlah...abang senyum!!!!” gelak Nina.
“Mana ada. Duduk diam
– diamlah” tegur Qai. Sewaktu watak hantu menjelma, Nina menjerit dan terus
berlari naik ke atas. Qai menggeleng kepala dan ketawa kecil.
Konon berani.....
kutuk Qai.
Habis sahaja filem
tersebut, Qai naik ke biliknya. Pintu bilik Nina yang tidak berkunci itu di
buka sedikit oleh Qai. Terbeliak mata Qai apabila melihat Nina menutup mukanya
dengan bantal kepala. Qai yakin Nina menggigil ketakutan.
“Kenapa?” soalan
Qai memeranjatkan Nina. Dia menjerit – jerit hingga terpaksa di tenangkan oleh
Qai. Jenuh juga Qai mahu mengawal tangan dan kaki Nina yang bebas bergerak
minta di lepaskan.
“Ish... apa ni!!”
marah Qai apabila mukanya ditampar kiri dan kanan.
“Ini Abanglah”
suara Qai sedikit kuat dan Nina terpinga – pinga memandang Qai yang dari tadi
asyik merungut sampailah dia keluar dari biliknya. Nina menggigit bibir. Jangan
harap aku nak tengok cerita hantu lagi!!!!!!!
*****************
Dua bulan berlalu
lagi...
Nina kadangkala
membuatkan bibir Qai tersenyum namun begitu untuk dia dan Nina bersama masih
jauh dari fikirannya. Sewaktu mereka berjalan berdua di gedung membeli belah,
Nina sekarang sudah berani memaut lengan Qai. Tindakannya itu tidak dihalang. Tersenyum
Nina sepanjang hari. Walaupun hanya memaut lengan suaminya, itu sudah
mencukupi. Qai tunggu di dalam kereta. Nina masih belum tiba. Katanya mahu
membeli sesuatu buat Qai. Lantaklah dia nak beli apapun....
Nina masuk ke dalam kereta dengan senyuman.
“Ini cincin untuk
abang. Nina pakai kad kredit yang abang beri pada Nina. Jika suatu hari nanti
abang sudah mencintai Nina... pakainya di jari dan ungkapkannya...” senyum
Nina.
“Hmmm..” jawab
Qai.
“Hmmm pun hmmm
lah... ok baju Nina dah beli. Esok Nina pergi ke hotel tempat dinner syarikat
abang ya?” bersungguh – sungguh dia bercerita itu dan ini dan Qai hanya
mendengar.
********************
“Abang bila nak
ceraikan Nina dan balik pada Su?” soal Suraya. Qai bagai terpukul dengan
pertanyaan Suraya. Hatinya menjadi beku.. ceraikan Nina?... ada sedikit
kesayuan di hati lelakinya. Mampukah aku melepaskannya?. Walau masih belum
mencintainya sepenuh hati tetapi dia sudah pun hampir menawah hatiku dengan
gelak tawanya....dia istimewa dengan caranya tersendiri...
“Abang dengar tak?”
Suraya menggoncang lengan Qai.
“kenapa Su tak
menjadi sabar dulu?. Kalau Su sabar dan mendengar kisah yang sebenarnya, tentu
kita tidak jadi begini” luah Qai. Suraya terdiam.
“Abang dan dia
dah.....”
“Tak! Tak!..
jangan tanya benda begitu lagi” Qai mengurut – ngurut dahinya. Wajarkah dia
mempertahankan janji itu untuk Suraya.
“Baliklah.. malam
ni ada dinner. Abang baru bawa Nina beli baju tadi. Su nak beli baju baru?. Takkan
penolong peguam syarikat nak pakai jeans kot” gurau Qai dan Suraya ketawa.
Semua pekerja
sudah pun berada di dalam hotel. Nina sedikit lewat. Dia yang berpakaian dress
putih masuk ke dalam dewan dengan senyuman manis. Semua pekerja menyapa isteri
majikan mereka dengan ramah. Nina menghampiri
Qai yang sedang berbual dengan Suraya dan teman perniagaan yang lain.
Nina memaut lengan Qai dengan selamba. Suraya yang memandangnya tidak
menyenangi tingkah laku Nina yang seakan mahu bermanja – manja dengan Qai. Lebih
menyakitkan hatinya, Qai hanya membiarkannya sahaja.
“Tak perlu berpura
– pura menjadi isteri bahagia walaupun hakikatnya tidak” Suraya bersuara dengan
lantang. Semua di situ terdiam . Nina tidak mengerti. Qai membulatkan matanya. Membuat
isyarat agar Suraya menutup mulut,
“Nina... kalau tak
gembira. Tak payah rasa gembira depan orang, itu hipokrit”
“Suraya.. apa ni..”
Qai menegah.
“Saya bahagia”
jawab Nina.
“Isteri mana yang
bahagia kalau langsung tidak disentuh suaminya?”
Kata – kata Suraya
membuatkan mata Nina terpejam seketika. Terdengar bisikan beberapa pekerja di
belakangnya.
“Malu?. Dia milik
aku dan selamanya untuk aku. Kau hanya menjaganya sahaja. Memang kau patut malu
kerana tak dipandang dan disentuh suami” begitu sinis kata – kata Suraya. Nina
menghadap Qai. Air mata yang sudah pun mengalir itu membuatkan Mulut Qai
terkatup. Matanya seperti memohon maaf dari Nina.
“Terima kasih..tiada
apa yang lebih hina dari mendapat penghinaan dari suami di depan semua yang
ada. Nina akan ingat sampai akhir hayat Nina yang Nina tidak layak disentuh
abang “ Nina terus berjalan keluar. Matanya sudah tidak mampu berhenti dari
mengalirkan air mata.
“Kau dah
melampau!!” tengking Qai. Buat pertama kali dalam hidupnya di tengking Qai.
Suraya tergamam. Hani , kawan baik Suraya juga kesal dengan tindakan Suraya. Apa
dosa Nina padanya?...
Nina memandu
keluar dari kawasan parkir hotel. Hatinya pedih. Jiwanya sakit.....segalanya
membuatkan dia berasa rendah diri yang amat sangat. Perlukah Qai menceritakan
segalanya pada Suraya. Jika tidak mahu emnyentuhnya pun, diamkan sahaja.....
Nina sampai di
hadapan pintu rumah. Mak Leha yang membuka pintu tergamam melihat mata Nina bengkak
dan sembab begitu. Tidak sampai hati dia mahu menyoal itu dan ini. Nina naik ke
atas. Dia mengunci pintu dan terus tersandar di pintu. Meraung bagai hilang
punca. Mak Leha memegang dadanya. Tidak sampai setengah jam, kereta Qai pula
masuk ke halaman rumah. Qai terus masuk tanpa mempedulikan Mak Leha yang
semakin bingung. Qai naik ke atas. Mengetuk pintu bilik Nina berkali – kali,
“Nina... buka.
Tolonglah .. buka untuk abang. Abang tak berniat langsung....”
Tiada jawapan. Qai
terpaksa mencari kunci pilik di dalam laci. Luluh hatinya sewaktu melihat Nina
menangis terseu – sedan sambil memeluk lututnya di birai katil. Qai memejamkan
matanya buat seketika. Mengumpul kekuatan untuk Nina....hanya untuk Nina.
Dagu Nina diangkat
sedikit. Mata Nina yang layu memandang mata Qai yang turut sama berair.
“Kenapa abang buat
Nina macam ni...” soalnya lemah.
“Siapa Suraya mahu
menjelaskan segalanya di hati abang. Saat dia berkata begitu pada isteri abang,
baru abang sedar janji itu tidak wujud jika tiada ikatan. Cinta atau tidak
abang pada Nina hanya abang sahaja yang tahu. Bukanlah seorang lelaki namanya
jika tidak terniat mahu menyentuh wanita indah yang halal buatnya. Lebih –
lebih lagi wanita yang abang cintai..” luah Qai.
Nina sedikit
terkejut. Dia memegang pipi Qai.
“Abang tak
cintakan Nina.... abang Cuma kasihankan nina” ujar Nina. Air matanya dikesat
oleh Qai dengan perlahan. Dahinya dikucup lama.
“Abang cintakan Nina
tapi ego abang menghalang abang dari mengungkapkan kata cinta buat isteri yang
abang sayang ni. Isteri yang sentiasa indah dan istimewa di mata abang” rambut
Nina di usap perlahan. Nina memandang mata Qai.
Qai mengangkat
tangan kirinya. Sebentuk cincin platinum tersemat di jari manisnya. Nina
memandang mata Qai dan jari manisnya itu berkali – kali.
“Sebelum abang
keluar dari rumah, abang dah pun pakai cincin ini. abang bercadang mahu
meluahkannya di hadapan semua yang abang kenali. Abang nak beritahu mereka. Kejayaan
abang memajukan syarikat ini kerana mendapat kasih sayang dari wanita bernama
Aininna.....isteri Qairul Naim”
Nina terus memeluk
tubuh Qai seerat – eratnya. Tiada ada sedikit ruang pun. Bukankah bagus jika
ungkapan itu lebih awal ....
wah,so sweet...tapi macam cepat je ending nye..hehe
ReplyDeletehihhihii....
Deletekannn.... setengah jam tak cukup buat cerpen yang lengkap.next time akak buat panjang sikit dan biar lengkap k. terima kasih banyak nurul :) <3 sayang banget lah
akak..kalau rajin kan cerpen ni boleh dikembangkan...sbab plot cerita dah menarik dan wataknya kuat..so rasanya ada potensi tuk dikembangkan...huhu tu kalau akak rajinlah...kami lak rajin nak komen ni....
ReplyDeletewah...akak!! sy suka crt ni....
ReplyDeletecerita ni menarik la...
bleh kembangkn lg buat e-novel....
feeling habis ni...hikhihik
Setuju...sgt setuju...best cerita nievkalau dipanjangkan...😍
Deleteiskhhhhh.. emo plak gue ngan si Suraya tue.. nama cam baek2 perangai.. Nauzubillah.. tp still cedey.. Cian Nina.. dah sememangnya Qai tue dayus.. haishh.. emo lagi pepagi nie.. huhu.. ending die okekla happy tp rasa cam terlalu mudah memaafkan.. ye ker?? ker sbb diri sendri bukan org yg pemaaf? hrmmm
ReplyDeletebukan.... akak yang tulis ni lepas baca balik pun... hmmmm pendeknya..senangnya dimaafkan tapi ini satu kelemahan akak yang akan akak atasi.. iaitu menulis cerpen lebih panjang... semua cerpen akak kontot2 kan kikikikik...
Deleteterima kasih banyak ya Fara sudi gak jengah blog ni <3
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteapsal lak den removed. mana ada den removed... yahoo mail ni memang nak kena betul..... nasib baik sempat baca kat email.. terima kasih nurul munirah sudi baca ya...akak suka sangat2 ... <3
DeleteIza....
ReplyDeleteNice try... nanti sambung lagi ek... kak ita nak tengok apa jadi dgn si Suraya sengal tu...
kak ita nak tengok berjaya tak si Qai mendownloadkan bait-bait cintanya pasa Nina... mengaplikasikan rasa resahnya pabila baru menyedari cintanya kini milik yang halal @ nina..
Kak ita nak melihat sejauh mana kebahagiaan menjadi milik mutlak nina yang sentiasa sabar setia dgn takdir jodoh buat dia.. melihat kekesalan si suraya yg tanpa tega tanpa rasa sesal melangkah pergi meninggalkan "jodoh" yang pernah hadir buatnya... perlu melihat betapa kesalnya suraya kerana keegoaan nya ...
melihat kehadiran cahaya cinta buat nina vs qai ...
tahniah iza
sayang selalu
kak ita
Bestnya jlan cerita dia law pun pendek akk buatlah novel
ReplyDeleteBestnya crita ni tpi nk thu jgk slh fhm apa yg buat qai dgn suraya tu bercerai dan knapa parents qai dgn nina sruh diorang kahwin
ReplyDelete