Karipap daging buat ika
Satu persatu kain bajunya dipunggah. Telefon bimbitnya masih
juga tidak diketemui. Masuk kali ini sudah tiga kali telefon bimbitnya itu
hilang. Rasa macam nak meraung pun ada apabila mengenangkn harganya yang
mencecah hampir seribu ringgit. Kila termenung. Waktu senja – senja begini
selalunya dia hanya menghabiskan masa di rumah sahaja. Lebih – lebih lagi waktu
hujung – hujung minggu begini. Kesibukan Kila dalam mendidik anak bangsa di
sekolah menengah haji daruli itu sememangnya dapat melupakan kisah pedih di
hatinya. Melihat telatah anak remaja yang agak nakal dan sering mengusiknya itu
membuatkan hati Kila semakin teguh dari kerapuhan silam.
Esoknya dia tiba di sekolah awal pagi. Dia tersenyum. Rupa –
rupanya telefon bimbitnya tertinggal di atas meja gurunya. Kila menepuk kepala
berkali – kali.
“Itu pun aku boleh lupa!!” gelaknya sendiri.
“Cikgu” senyum Rania sambil menghulurkan karipap daging
kegemaran Kila.
“Hmmm... tahu – tahu sahaja cikgu lapar” bungkusan plastik itu
diambil. Rania senyum lagi.
“Kila!!” jerit Puan Hajar sambil melangkah menghampirinya.
“Dah makan?” soal Puan hajar.
“Ini ha,.. Rania bawa untuk saya. Sedap betul masakannya. Naik
gila saya rindukannya” gelak Kila dan Rania mengangguk – angguk. Pelajar yang
sangat pendiam itu pun terus berlalu.
Puan Hajar memandang Kila yang sedang asyik mengunyah karipap di tangannya.
“Nak...” pelawanya.
“Tak mahulah.. mesti karipap tu kena perap dengan kicap”
seloroh Puan Hajar dan terus berlalu setelah meletakkan sepucuk surat bewarna
putih di atas meja Kila.
*******************
“Mana Rania?” soal Kila seaktu masuk ke dalam kelas. Hassan
mengerutkan keningnya.
“Kat belakang” jawab Hassan acuh tak acuh. Dia menggeleng
kepala. Rapat benar cikgu bahasa melayunya itu dengan Rania. Jasmin mencubit
Hassan yang hanya membisu.
“main – main pula” marah Jasmin. Hassan tunduk.
Setelah habis waktu persekolahan, Hassan terus mendapatkan
Kila di keretanya. Dia merenung Kila dengan tajam.
“Cikgu ni suka main – main kan?” soal Hassan.
“Main – main apanya?”
“Orang yang dah meninggal jangan dibuat bahan gurauan” tegas
Hassan. Ketua pengawas itu mula melonggarkan tali lehenya. Kila terdiam
sebentar.
“Cikgu... takkan cikgu tak tahu yang cuti semester lepas Rania
meninggal?” soal Hassan. Terlepas buku – buku di tangannya. Kakinya dirasakan
lemah longlai,
“Habis, siapa yang beri saya karipap pagi tadi?”
Hassan mengeluh.
“Karipap tiga biji?. Inti daging?.” Soal Hassan semula. Cepat –
cepat Kila mengangguk.
“Cikgu masih simpan karipapnya?” Hassan masih lagi
menyoal. Dengan kelam kabut, Kila
membuka beg kertasnya. Diambilnya bungkusan karipap yang tidak habis dimakan. Matanya
terbeliak apabila melihat karipap itu sudah pun berubah menjadi kehitam –
hitaman. Baru dia teringat akan kata – kata Puan Hajar tadi. Muka Kila pucat
lesi.
“Kami pun dapat” tunduk Hassan. Kila terus meraup wajah hitam
manisnya. Tengkuknya mula rasa meremang. Dia memandang hujung blok bangunan
lama sekolah. Suram!.
“Kalau dia datang lagi, apa yang cikgu nak buat?” Kila
menggoncang – goncang bahu Hassan.
“Cuma kita bertiga sahaja yang dapat. Saya, cikgu dan Jasmin”
terang Hassan lagi. Tiba – tiba pintu kereta Kila tertutup dengan sendirinya.
Kila sudah tidak tahan lagi. Dia terus membonceng motosikal
Hassan untuk ke rumah ayah Hassan, Imam Habib. Wajah pucat lesi Kila membuatkan
Imam Habib mengerti walaupun tanpa diberi penerangan. Oleh kerana terlalu
takut, Hajah Ibah menyarankan agar Ika tinggal sahaja dengan mereka. Satu persatu
ingatan Kila berputar kembali. Sudah seminggu barangnya asyik hilang. Waktu malam,
walaupun pintu dan tingkap terkunci angin masih boleh menolak pintu rumah Kila
hingga berdentum bunyinya. Kila menggigit kuku. Tidak pernah seumur hidupnya
melalui perkara – kara sebegitu. Tunangnya Harun dihubungi dan Kila hanya
diberi nasihat agar tidak berhalunisasi. KIla menghempas telefon. Waktu senja
membuatkan suasana menjadi semakin gelap. Kila mahu menutup tingkap bilik rumah
Mak Ibah tetapi tangannya kaku tidak bergerak – gerak apabila terpandangkan
Rania yang menghulurkan bungkusan karipap dari jauh sambil mengangguk – angguk.
Wajah yang sangat menyedihkan. Kila jatuh pengsan dan terjerit – jerit. Nasib baik
Imam Habib masih belum keluar ke masjid.
Jasmin duduk di sebelah Kila yang masih terbaring. Dia dan
Hassan bertukar pandangan. Setelah beberapa ketika Hassan mengangguk. Seperti mengizinkan
sesuatu.
Kila bangun dan menghadap dua anak muridnya. Jasmin menarik
nafas dalam – dalam.
“Saya kawab baik arwah, cikgu . semua rahsianya saya tahu. Begitu
juga dengan Hassan. Dia bukan sahaja
mengenali cikgu tetapi tunang cikgu juga.” Jasmin berhenti berbicara.
Ika memegang dadanya. Tak tertahan rasa sakit dan debar itu.
“Dia dan tunang cikgu sudah pun terlanjur. Kami rasa cikgu
tahu tentang kecurangan itu tetapi tidak tahu dengan siapa bukan?” soal Hassan
pula dan Kila sedikit terkejut.
“Sebelum Rania meninggal , dia berjanji tidak akan maafkan
cikgu yang tak berhati perut menyuruhnya menggugurkan bukti cinta mereka. Dia tahu
yang cikgu mendesak tunang cikgu agar menggugurkan kandungan wanita simpanan
tunang cikgu.dia terlalu sayangkan anak dalam kandungannya itu walaupun
bukanlah dari cara yang halal” terang Jasmin panjang lebar.
“Dia.... dia... laili yang menjadi perampas tu?” suara Kila
sedikit tinggi.
“Ya... di kampung kami tak panggilnya Rania tetapi Laili”
jawab Hassan Kila semakin buntu. Dia mencengkam rambutnya. Air matanya menitis.
Daun pintu terkuak dengan sendirinya.
imam habib hanya tenang memerhatikannya.
“Cikgu....cikgu...” panggilan itu memang menyeramkan. Imej Rania
muncul di hadapan mereka semua. Jasmin terus menyorok di belakang Hassan yang
kelihatan tidak gentar. Rania yang masih tunduk menangis tersedu sedan,
suaranya sedikit bergema dan menimbulkan rasa ketakutan. Tiba – tiba timbul
sedikit keberanian dalam diri Kila.
“hu..huuhuhu...hu...” tangisan Rania sangat mendayu dan
menyedihkan. Wajahnya masih tunduk dengan baju yang berlumuran darah Rania
sedikit menjauhi Kila.
“Kenapa Rania?.. sungguh! Jika cikgu tahu kaulah wanita itu,
akan cikgu lepaskan dia untuk kamu..sungguh Rania” kata Ika.
Tangisan Rania masih mendayu – dayu...
Tidak sampai beberapa saat, Rania hilang dari pandangan. Ika
terjelepok di lantai.
******************
Hassan membawa Ika pergi ke pusara Rania. Pilu, sebak, sedih
dan hiba..semuanya bercampur baur. Bukanlah niatnya mahu membunuh gadis 16
tahun dengan kejam. Dia hanya menyuruh Harun menggugurkan kandungan perempuan
simpananya kalau mahu bersamanya semula. Dia tidak dapat melupakan Harun dan
cintanya masih mekar buat lelaki itu. Dia masih mahu bersama harun sekali pun
hatinya terluka. Dia masih ingat lagi bagaimana tertekannya Harun saat didesak
olehnya.
“Dia dah hamil jadi i kena bertanggungjawab!!” tegas Harun.
“Jadi, i ni nak buat apa?. Lagi enam bulan sahaja kita akan
berkahwin. I fikirkan family kita" wajah Kila merah padam. Habis segala
bantal dibalingnya ke wajah Harun.
“ i sayang u tapi i juga sayangkan Laili”
“Laili?..... suruh saja di gugurkan kandungannya” makin
meninggi suara Kila.
“Kalau di mati nanti? u ingat gugurkan kandungan tak ada
risiko?” bidas Harun.
“pergilah matilah you dengan dia!!!” tengking Ika dan terus
keluar dari kondo milik Harun.
Angin menyapa pipinya dan Ika terus tersentak dari memorinya
tidak lama dulu. Dia menoleh ke sisi dan memandang Hassan yang masih lagi
meneruskan bacaan yassin buat arwah sahabatnya. Tiba- tiba dia teringatkan
sesuatu. Dia terus memecut ke rumah Puan Hajar.
“Ha... Ika. Ada apa?” senyum Puan Hajar.
“Mana surat yang Puan Hajar beri pada saya kelmarin?. Saya cari
tapi tak jumpa”
“Saya baru balik dari Mekah. Ika lupakah yang saya pergi ke
Mekah buat Umrah?. Baru pagi ni sampai” terang Puan Hajar. Ika tersandar ke
dinding. Habis ?.. siapa yang ada bersamanya tempoh hari. Ika makin buntu. Dia memandu
terus ke Kuala Lumpur. Muka Tuan Johari sedikit panik apabila melihat Ika terus
menerpa ke arahnya.
“Temankan Ika jumpa Harun” pinta Ika.
Tuan Johari mengangguk dan terus di bawanya Ika ke tempat
sepatutnya. Langkah Ika Longlai menghampiri Harun. Tuan Johari menarik nafas
dalam – dalam.
‘Ini pusara Harun yang di temui mati bersama seorang wanita
hamil di curam. “ terang Tuan Johari.
“Tapi kenapa di luar kawasan perkuburan, papa?” Ika hampir
duduk terjelepok dan Tuan Johari sempat menyambut anaknya dari jatuh.
“Dia dan wanita itu bunuh diri bersama – sama di curam itu
berdasarkan surat terakhir mereka" mendatar sahaja nada suara Tuan Johari.
“Surat?”
Tuan Johari menyerahkan sepucuk surat yang sama seperti ‘Puan
Hajar’ serahkan tempoh hari. Tangan Ika menggigil – gigil membukanya.
Cikgu,
Rania adalah
laili... pengacau cinta cikgu. Bukan niat Rania mahu mengganggu rasa bahagia
itu tetapi hati ini lebih rapuh dari yang disangka. Saat pertama kali melihat
abang harun, Rania sudah tanamkan dalam diri agar sedaya upaya merampasnya dari
cikgu. Rania tahu cikgu sayangkan rania.... tetapi itu tidak mampu untuk
menghalang Rania dari mencintai dia. Rania tidak sanggup hidup tanpa anak
Rania. Biarlah Rania mati bersamanya. Mati bertiga agar kami akan bertemu di
syurga...
Sayang...
I cintakan
u tetapi rasa cinta ini lebih kuat untuk Laili. I tak mampu hidup tanpa dia di
sisi. jika neraka pilihannya, itu juga pilihanku..agar kami dapat bersama. I tahu
yang takkan mampu hidup bahagia kerana telah mengkhianati cinta kita. I takkan
hidup bahagia kerana hubungan i dengan Laili dibenci oleh mama dan papa. Biarlah
kami berdua dapat merasa bahagia di saat nafas terakhir kami ternokhta
“Bodoh!!!!.. kau ingat aku kejam begitu?. Kamu berdua dah buat
aku menyesal seumur hidup walaupun pada asasnya kamu berdua yang bersalah!!!!!!”
jerit Ika. Dia meronta – ronta. Jenuh Tuan Johari menenangkannya..
“Ika...Ika!!!!!” badan Ika digoncang. Matanya perlahan – lahan
dibuka. Air matanya masih mengalir .
“i baru jumpa wedding palanner tadi, jenguk you tapi you
mimpi terjerit – jerit” rambut Ika dibelai. Ika menggeleng – geleng.
“You dah mati...”
“Ish.. takkanlah gaduh – gaduh manja pun suruh i mati. Kejam betullah”
gelak Harun.
Pipi Harun disentuh berkali – kali. Dia menepuk – nepuk pipi
Harun dengan kuat.
“I mimpi!!! I mimpi!!!” Ika terlompat – lompat dan dahi Harun
berkerut lebih dalam.
“Hei dengar sini.... i cintakan you sayang. Sangat – sangat cinta!!!”
senyum Harun dan Ika mengangguk faham. Telefon bimbit Ika bordering. Dia terus mendapatkannya
di dalam bilik.
“Ika... papa ni..”
“Papa sayang... ada apa?” gelak Ika.
“Harun kemalangan dan meninggal di cerunam. Nanti papa ambil
Ika”
Telefon terlepas dari tangan. Siapa yang bergurau dengannya
tadi?. Dengan dada yang berdebar – debar, Ika pergi ke ruang tamu. Tiada siapa.
Yang ada hanya sepinggan karipap dan sepucuk surat buatnya.
perghhh suspen dalam suspen..mimpi dalam mimpi...mlm ni takut rr nak tido....
ReplyDeleteirna...
Deletekehkehekhek... men'try' buat cerpen seram walaupun macam x seram hihi... akak tgh belajo nak menyeramkan diri hihi
tenkiu cayang untuk komen di atas.. <3 :)
Gitu je kw ending nya? :/
ReplyDelete