Wednesday 15 October 2014

SIHIR CINTA - bab 2 ~MINI NOVEL~

Dum!
Irina terkejut. terlepas pinggan plastik yang baru sahaja diambilnya sebentar tadi. Hazrul masih di dalam bilik. Disentuh dadanya yang berombak kencang. Cuba mengintai ke luar tetapi tiada angin pun pada malam itu.
Tok!Tok!Tok!
Irina rasa tidak sedap hati . Dia terus berlari ke dalam biliknya. Mendapatkan Hazrul yang memejam matanya di atas katil. Letih barangkali. Dia duduk di sisi Hazrul tetapi rasa takutnya masih ada. Telefonnya berbunyi dan tanpa melihat di skrin, Irina terus menjawab.
“Sayang, abang kat luar ni. Abang lupa nak cakap pada Irina masa abang keluar tadi. Irina nak abang belikan apa-apa tak?” Suara Hazrul bagai tenggelam timbul kedengaran . Irina menoleh ke sisi dan telefonnya terlepas begitu sahaja. Bayang hitam itu terus melayang menjauhinya. Mata Irina bagaikan kabur dan akhirnya dia pengsan di situ sahaja.  Hazrul memanggil Irina berkali-kali di hujung talian. Bimbang ada sesuatu yang terjadi pada Irina, Hazrul terus membelokkan keretanya untuk terus pulang ke rumah.
        Setibanya Hazrul di rumah, Irina masih pengsan. Dipangkunya tubuh Irina. Pipi Irina ditepuk perlahan dan mata isterinya itu tebuka juga. Irina segera memeluk hazrul dan menangis ketakutan. Hazrul merasa meremang bulu romanya. Segera digosok belakang tengkuknya dan membaca ayat Qursy berulang kali.
       “Irina nampak abang di sebelah Irina tadi, kemudian abang telefon. Kalau abang di luar siapa yang ada di sebelah Irina?” Tangisan Irina makin kuat. Tangan yang menggigil dan sejuk itu digenggam kemas oleh Hazrul.
        “Irina dapat rasa itu milik Elly,” adu Irina lagi.
Dum! Sekali lagi pintu rumahnya tertutup dengn kuat dan Irina lebih kuat memeluk Hazrul berbanding tadi. Hazrul menenangkan Irina dan akhirnya Irina tertidur di dalam pelukan suaminya.
        Hazrul terpaksa pergi ke kedai perabotnya buat seketika pagi itu untuk menyerahkan kunci kedai pada pekerjanya yang sudah lama menunggu di sana. Irina masih lagi tidur. Mungkin keletihan akibat banyak menangis malam tadi.  Untuk mengejutkan Irina agar bangun daripada lena, tak sampai hati pula jadi Hazrul terus keluar seketika. Tidak sampai setengah jam Hazrul meninggalkan rumahnya, Irina sudah bangun dari tidur. Nota yang ditampal di dinding peti ais dibaca. Irina melekatkannya semula dan terus ke bilik air untuk membersihkan badan.  Sesudah itu, dia ke meja solek untuk berhias diri demi Hazrul. Baru sahaja dia mencapai sikat. Matanya tertancap pada nota yang dilekatkannya semula pada dinding peti ais sebentar tadi. Mengapa boleh ada di peti besi mereka pula. Perasaan seram mulai menguasai Irina. Dia cuba untuk membaca potongan ayat Al-Quran tetapi bibirnya terketar-ketar hingga tak mampu membacanya dengan sempurna. Irina teringat akan kata-kata Imam Hamdan. 'Jika kita yakin dan sedar Allah itu Maha Melihat, kita akan menjadi kuat. Siapa makhluk yang bernama jin itu untuk menentang tuhan yang menciptakannya. Lafazkan kalimah kalam Allah itu dengan tenang dan yakin kerana keyakinan itu juga adalah senjata terbesar umat manusia untuk menentang kejahatan jin dan syaitan yang direjam'.
“Aku berlindung dengan kalimah tuhanku yang menciptakan aku dan juga engkau. Aku dijadikan Allah sebagai makhluk paling mulia berbanding engkau yang lebih awal dicampak oleh tuhanku kerana keingkaranmu terhadap tuhanku yakni tuhanmu juga. Dengan nama Allah aku berlindung melaluiNya. Bismillahirrahmanirrahim....” Ayat Qursy dibaca dengan tenang sekali dan serta merta Irina berasa selamat dan tenang.

TINGKAP wad di mana Elly ditempatkan terbuka dengan kasar. Mata Elly membulat memandang ke arah tingkap itu
“Kurang ajar! Kau bodoh. Aku dah beri apa yang kau nak. Takkan nak buat apa yang aku suruh pun tak tahu?” Marah Elly di dalam wad. Jururawat yang mahu memberinya ubat penenang berasa lain macam. Dia memandang sekeliling. Mata Elly yang terbeliak memandang ke arah luar tingkap membuatkan jururawat itu terpaksa berlari laju meninggalkannya.
“Kau tak nak makan anak dia ke bodoh! Kau asyik nak makan anak aku saja ya!” jerit Elly.
“Aku dah buat perjanjian dan kau juga perlu ikut kata aku!!” Masih lagi menjerit. Jururawat tadi datang bersama dengan doktor untuk memberi Elly suntikan penenang.
“kau tak nampak ke khadam aku tadi? Kau nak aku suruh dia kacau baby dalam perut kau ni?” Elly membeliakkan matanya sambil memegang perut jururawat tadi. Terketar-ketar jururawat itu dibuatnya. Doktor terus menyuruh jururawat tersebut pergi meninggalkan mereka berdua.
“Elly, saya tahu dan saya juga boleh nampak apa yang awak nampak. Berubah. Bertaubat. Jangan sampai di hari akhirat nanti awak dengan makhluk hitam bertanduk tu duduk satu chalet ngan awak di neraka nanti,” ujar Doktor Ikhwan dan terus pergi.

Elly terus ketawa dan kemudiannya menjeling jururawat yang mengintainya dari luar.

2 comments:

  1. Ada sambungan rupanya.. Mujur la kali ni baca time siang. Kikiki

    ReplyDelete
  2. Kee Rahima Adirah19 October 2014 at 08:01

    Best..next n3 please..

    ReplyDelete