Tuesday 26 November 2013

EN.JIPANG & CIK HARLEY DAVIDSON - BAB 5

Kunci motor dimasukkan dengan penuh tekun. Masih tidak masuk. Peluhnya sudah memercik membasahi dahi yang sudah pun bertutup dengan serkup kepala kak Piah yang turut sama dicuri sebelum keluar rumah tadi. Mama tak pakai serkup macam kak Piah, mama punya inner mahal...tak sampai hati nak curi. Tak baik curi barang mama sendiri. Curi orang gaji punya ok sikit kot!.

Saat itu Chinta menyumpah seranah Lim yang menipunya. Tunggu dekat satu jam, lubang hidung pun tak nampak. Telefon pun asyik awek komputer sahaja yang jawabkan.

“mana ni ish!!!!” Chinta menumbuk telapak tangannya sendiri. Bulu mata palsunya terkeluar sebelah. Arghhhhh.. yang aku pergi pakai bulu mata palsu ni kenapa!!!!. Kali ini dia memarahi dirinya sendiri pula.

“Cuba tekan kat bawah lepas tu pusing cepat – cepat. Mesti boleh punyalah!!”

Chinta mengangguk – angguk. Pandai orang ni!. Chinta mengerutkan wajahnya. Ditoleh perlahan – lahan ke belakang. Yazid tersenyum sambil mengangkat satu kotak besar ayam KFC dan terus menyedut air bikarbonat dengan senyuman.

“Penat mencuri ye?. Meh makan dulu... nanti – nanti sambung curi. Alaaaa... Yazid tengah tidur tu. Tak dengar dia berdengkur tu?” Yazid senyum lagi.
Memang aku pancitkan tayar kereta kau nanti, Lim!.

“meh sini... makan. Mesti lapar buat kerja jenayah ni kan... syatinirrojim kan selalu lapar” jeling Yazid.

“Wah,.... sedapnya menyaitanirrojim kan saya...”

“Habis... siapa yang suruh buat kerja yang mungkar?” soal Yazid.

“Setan”

“Awak sekarang ni buat kerja amal maarof ke yang mungkar?”

Chinta terdiam. Takkan nak mengaku pengikuit syaitan kot!.

“lepas ni ikut saya pergi masjid dengar kuliah subuh” usik Yazid.

“Tak mahu lah!” ada pula suruh dengar kuliah subuh. Nak balik” Chinta marah benar nampaknya. Yazid terus menyuap kentang goreng ke dalam mulutnya.

“Saya report polis” ugut Yazid.

“Hei... apa ni?. Apa salah saya sampai awak nak report polis?” Chinta berdiri dan bercekak pinggang. Herot – herot mulutnya!.

“Oooo.. tak salah ye?. Tu apa?” yazid memuncungkan bibirnya ke arah motor jipang yang masih selamat daripada di curi oleh Chinta. Terdiam chinta waktu itu. sudah sah – sah salah sendiri, apa nak bisingkan lagi. Bersyukurlah Yazid tu cuma mengugut, buatnya kalau dia hantar betul – betul?.

“Alah....” Chinta duduk semula di sebelah Yazid. Dipandangnya ayam goreng di tepi Yazid. Nampak sedap pula tapi kalau minta nanti dia gelakkan. Tadi aku dah jual mahal.. kata tak suka KFC walhal kalau satu kotak besar tu, aku dengan papa boleh habiskan berdua sahaja.

“tak kenyang – kenyang lagi ke?’ soal Chinta. Tak tertahan rasanya menghidu aroma ayam yang digoreng sempurna itu

“kalau nak, ambil sajalah”

Tak sampai lima saat, paha ayam itu sudah pun digigit Chinta. Dia duduk bersila di atas kerusi di sebelah Yazid.

“Kalau ada milo ais pun sedap” sengih Chinta.

“Amboi.... dah lah datang mencuri, lepas tu sesedap rasa je suruh saya buat air kat awak ya?” Yazid menjeling.

“tetamu mesti dilayan dengan baik” jawab Chinta.

“Awak tu bukan tetamu tapi pencuri”

“Minum jer air coke ni” air tin di sebelahnya hanya dipandang sekali lalu, tak sedap minum coke. Dia suka milo ais!.

“pergi suruh kak Piah awak tu buat kalau nak milo ais segala” Yazid menepuk – nepuk kedua belah telapak tangannya. Dia memandang ke sisi. Melihat Chinta yang masih lagi mengunyah isi ayam.

“Apa?” soal Chinta. Yazid berpaling. Rasa malu pula apabila renungannya di sedari oleh Chinta.

“Duduk sini,,,, saya pergi buat air milo awak tu” Yazid bangun dan terus masuk ke dalam rumah. Pintu di tutup. Mungkin takut jika Chinta  masuk ke dalam rumah.

Telefon bimbit Chinta berbunyi dan dengan kelam kabut Chinta menjawabnya. Runut bunyi lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di pilih khas untuk nombor telefon Tan Sri Muhzaini. Selalu Puan Sri Linda membebel kenapa tiada lagu lain selain lagu madu tiga untuk papanya. Tersengih – sengih Tan Sri Muhzaini mendengar nada cemburu isterinya itu.

“Pa.... kat...kat....kat...”

“Jap Chinta balik!. Makcik.... tunggu ya makcik nanti saya tolong angkatkan barang makcik ke tepi. Kita tunggu sampai ambulans sampai. Sabar ye makcik.... dia tak apa – apa tu!” sengaja Chinta menjauhkan sedikit telefon bimbit dari bibirnya. Biar Tan Sri Muhzaini ingat yang dia kini sedang membantu mangsa kemalangan jalan raya.

Yazid menggeleng kepala di muka pintu. Pandai betul Si Chinta ni...

“Bye... saya balik dulu” jerit Chinta.

“Milo ni?” jerit Yazid kembali.  Chinta berhenti dari berlari. Dia kembali semula mendapatkan Yazid. Di ambilnya mug di tangan Yazid dan diteguk perlahan milo ais yang dimintanya sebentar tadi.

“Sedap!. Boleh dibuat laki hahahahha” Chinta berlari semula ke simpang masuk rumah Yazid.

Sampai sahaja di bawah pokok rendang di tempat dia meletakkan motor Harley Davidsonnya, jantung Chinta berdegup kencang. Mana Harley miliknya?. Tadi di sinilah dia letak. Betul – betul depan rimbunan pohon jenjarum merah.

Chinta mencengkam rambutnya. Mana pula motor kesayangannya itu?. dia berlari semula ke rumah Yazid. Dipicitnya loceng rumah yazid berkali – kali.  Yazid membukanya dengan senyuman manis.

“Motor kat rumah awak. Uncle Muh ambil masa awak dan saya makan KFC tadi”

“Apa??????” Chinta melopong. Jadi papa tahu yang dia menipu tadi?... baik mengucap awal – awal sebelum buka pintu bila baik nanti.

“Driver Uncle Muh tunggu awak kat sebelah ni aje tadi. Tu!” Yazid senyum dan kali ini sedikit demi sedikit tawanya pecah keluar. Pak Midin geleng kepala sambil menggoyang – goyangkan jari telunjuknya.

Chinta menepuk dahi dengan kuat. Pakatan jahat mengenakan aku!.

“Seronok ye curi motor?” soal Pak Midin. Dari lahir lagi dia kenal akan Chinta. Banyak sekali alasan diberi untuk melepaskan dirinya sendiri.

“Pak Midin dapat berapa bulan bonus dari papa?”

“Tak banyak.... dalam 10 bulan! Kahkahkahkahkahkakhaka” Pak Midin gelak besar memandang Chinta yang duduk di sebelahnya.

                                    **********************

“Tak cukup ke elaun papa bagi sampai nak kena curi motor jipang Yazid tu?” Papa berdiri menghadapnya di ruang tamu.

“Mana ada pa...” Chinta mengerutkan wajahnya.

“papa ambil semula motor tu. Lepas sebulan baru boleh pakai” kunci motor yang ditayangkan di hadapan Chinta itu dimasukkan kembali ke dalam kocek baju melayunya.

“La... Chinta nak pergi kerja naik apa?”

“Kereta ada kan?. Papa belikan Chinta kereta tapi jarang sekali Chinta gunakan” kaki Tan Sri Muhzaini  terus menapak naik ke biliknya. Tubuh Chinta tersandar ke belakang.
  

2 comments: