Saturday, 29 June 2013

DARI KERANA AINUN - bab 10

BAB 10


Tersenyum lebar Rat apabila melihat walid mengeluarkan hampir sebakul durian dari mpv nya. Rat terus keluar dan mendapatan Walid yang berpeluh – peluh sambil dibantu oleh Ahmad.

“Walid....sedapnya!!!!!” jerit Rat. Aminah menjeling. Macamlah tak pernah jumpa durian. Ingat dia tu duduk mana?..pakistan?german?... melampau betul terujanya...

“Alhamdulillah... walid dengar Ainun suka durian kan... lagi – lagi serawa durian makan dengan roti jala” gelak Walid. Rat terkedu di situ. Mana pula walid tahu semuanya? Rasanya bukan dari Ahmad kerana tidak pernah rat menceritakannya pada Ahmad sebelum ini.

“Mana walid tahu?” soal Rat. Walid berdehem dan hanya ketawa kecil. Takut disoal bertubi – tubi , walid berpura – pura sakit perut dan terus masuk ke dalam rumah. Takkan pula dia nak beritahu yang adik angkatnya, Adib yang menceritakan semua ini kepadanya. Memang Encik Adib adik angkat kepada walid sejak bertahun yang lalu. Perkenalan bermula sewaktu walid menyelamatkan Encik Adib dari hangus terbakar di dalam letupan kereta yang kisahnya dirahsiakan oleh Encik Adib pada keluarganya sendiri. Buah nangka yang diterima keluarga Encik Adib selama ini datangnya dari walid.

Asalnya, Encik Adib mahu menyatukan Umairah dengan Ahmad tetapi Allah lebih mengetahui segalanya. Belum sempat Ahmad bertemu dengan Umairah, Allah telah mengatur pertemuan antara mereka berdua sehingga tersemainya bibit – bibit cinta. Walid tidak kisah!. Dia tahu sejarah silam Rat yang gemar menggoda tetapi masih pandai menjaga kehormatan diri.


“Nak!” rat mencangkung di hadapan Ahmad.

“Ish.. duduk betul – betul! Macam menyerah diri saja duduk begitu” tegur Ahmad. Rat terus mengambil suratkhabar dan duduk bersila di hadapan Ahmad.

“Tak sabar sangat ke?” senyum Ahmad. Sesekali wajah Rat yang teruja itu kelihatan lucu pada pandangan matanya.

“Cepatlah!” desak rat lagi. Aminah menggeleng kepala. Dia terus masuk ke dalam rumah., sakit hati melihat perangai Rat yang mengada – ngada.

“Kejap ya...” Ahmad cuba mengopek buah durian tetapi sedikit terkial – kial. Rat sudah tidak sabar lagi, terus diambilnya pisau besar dari tangan Ahmad. Sekali kopek sahaja, durian sudah pun terbelah dua. Tercengang Ahmad waktu itu.

“Bukan lelaki kalau tak tahu kopek durian!” cebik rat. Rupanya Umi Halimah dan Walid sudah berada di belakang mereka. Apa lagi!.. berderailah tawa mereka berdua sehingga wajah Ahmad merah padam akibat malu.

“saya tahu kopek lain” Ahmad merenung Rat. Terlepas biji durian yang masih belum masuk ke dalam mulut Rat. Warna merah dari wajah Ahmad beralih pula ke wajah Rat.

“Kopek apa Ahmad?. Walid pun nak tahu juga”

Gulp!. Ahmad terlupa walidnya masih di situ.... sebenarnya tiada niat apa. Sengaja melontarkan sesuatu yang dia sendiri tidak tahu supaya dapat mematahkan kata – kata Rat.

“Kata – kata Ahmad buat walid tak senang” tegas walid.

“Bukan ada apa walid. Saja cakap” Ahmad menggaru – garu kepalanya.  Rat tersenyum. Dia mengangkat kening berkali – kali.

“APa? Angkat – angkat kening konon!” marah Ahmad.

“Apa yang awak ada untuk saya kop..”

“Astaghfirullah.... Ahmad!” walid menggeleng kepala.

“Untuk saya bagi durian ni pada awak?. Mana duitnya?” Ahmad memperbetulkan semula kata – katanya.

Rat hanya ketawa kecil. Dia asyik makan durian dengan wajah yang gembira sekali. Tidak mempedulikan Ahmad langsung. Setelah walid pergi, Ahmad berdehem. Rat masih buat tidak tahu.

“Saya tak nak kahwin dengan hantu durian” bisik Ahmad. Rat gelak!.

“Saya tak nak kahwin dengan awak” tambah Ahmad lagi... Rat masih lagi gelak. Ada dia kisah?

“Awak sayang saya ke durian?” Ahmad semakin rapat. Jari telunjuk Rat mengambil sedikit isi durian dan ditelek – teleknya. Selepas itu jari telunjuknya terus ke bibir Ahmad dan jarinya menyentuh ke kiri dan kanan bibir Ahmad. Terbeliak mata Ahmad.,

“Muahhh” Rat memuncungkan bibirnya dan mengenyitkan mata mengikut kepakarannya. Jantung Ahmad bagai berlari marathon tak henti – henti.

“dub dab...dub dab...jantungmu berbunyi..” jerit Rat setelah berlari agak jauh dari Ahmad. Ketawa kecil Ahmad waktu itu. Dia memegang dadanya. Walid.....anakmu ini dah hampir mati menerima godaan! Ahmad mengeluh panjang

                                      *************

Esok hari terakhir mereka di rumah walid. Ada riak sedih pada wajah rat. Wajah walid, Fatimah dan Umi Halimah ditenung satu persatu. Nasi yang masuk ke dalam mulutnya bagai hilang rasa enaknya.

“Tentu saya rindukan keluarga ni nanti kecuali Aminah. Sebab dia benci saya” adu Rat. Walid terus memandang Aminah yang sudah semakin tunduk. Takut di tegur walid.

“Walid nanti rindukan saya tak?” soal rat lagi. Walid mengangguk.

“Ainun seperti anak walid” senyum walid.

“Menantu?” soal Fatimah. Terus pipinya dilepuk oleh Ahmad. Makan malam itu adalah makan malam terakhir buat dia dan keluarga walid.

Sesudah makan Ahmad duduk di belakang Rat yang sedang termenung. Kesunyian sudah pun terasa walaupun ada beberapa jam lagi untuk dia beredar dari rumah walid yang sentiasa tenang itu. Rat menoleh ke belakang. Dia memperbetulkan duduknya dan menghadap Ahmad.

“Tolong dengar....hanya dengar dan jangan beri sebarang respon” pinta rat. Ahmad hanya mengangguk setuju. Rat mengambil nafas dalam – dalam.

“saya cintakan awak....keluarga awak... malam ni saya rasa seperti mahu sahaja menjadi milik awak. Saya terlalu berterus terang bukan?. Itulah sikap penggoda. Saya hanya mahu menggoda awak setiap malam dan setiap ketika. Kadangkala saya tertanya – tanya..layakkah saya untuk menjadi sebahagian keluarga walid? Menjadi isteri Ahmad dan menjadi kakak kepada Fatimah. Aminah.. x termasuk!”

Ahmad ketawa kecil. Dia hanya mengangguk dan tersenyum memandang Rat.

“Saya intai awak dua hari lepas!” ujar Rat lagi. Mata Ahmad membulat. Dipandangnya mata rat tepat – tepat. Rat tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

“Kan..... awak pasti ingat saya intai lain sebab diri saya sebegini. Saya intai awak baca Al Quran. Sangat tenang alunannya sehingga membuatkan air mata saya  menitis. Saat itu saya berdoa di dalam hati... Ya Allah... jadikanlah dia suamiku walaupun aku tidak layak dengannya walaupun sezarah Cuma. Aku hanya mahu Ahmad Khusyairi menjadi teman hidupku dunia dan akhirat. Dia menggodaku dengan cara yang tidak pernah aku fikirkan.” Rat tunduk.

Ahmad mahu mendengarnya lagi. Walid tersenyum di sebalik dinding.

“Saya pernah berangan jika sebaik sahaja mata ini terbuka dari tidurnya....saya sudah sah menjadi milik awak. Seksa bagi saya menunggu hari yang tidak pasti akan tiba. Sebelum saya pergi menjauhi keluarga ini...saya mahu sekali awak tahu perasaan saya pada awak.” Rat memandang jam di tangannya.

“tepat jam 8.55 malam... saya Ratu Nur Ainun mahu awak, Ahmad Khusyairi ....tahu yang hati ini mencintai awak”  rat bangun dari duduknya dan terus masuk ke dalam bilik. Walid keluar memandang Ahmad yang termenung seketika.

“Macam mana?” soal walid.

Ahmad senyum dan mengangguk sebelum dia juga masuk ke dalam kamarnya.


                                 *************

Rat memeluk Encik Adib sebaik sahaja tiba di rumah. Terbayang pula wajah walid dan Umi Halimah sewaktu dia mahu berangkat pulang tadi. Dalam kepenatan, Rat masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri. Esok hari Sabtu jadi dia mahu berehat sepuas – puasnya.

Sesudah mandi, Rat terpandangkan shawl pemberian Fatimah untuknya. Rat membelek – beleknya sambil tersenyum. Mahu atau tidak dia terpaksa menemani Encik Adib dan keluarganya makan malam di luar atas jemputan sahabat baik Encik Adib.

Encik Adib menunggu di luar rumah. Rat memang selalu lewat.

“Ayah...” panggil Rat.

Umi, Umairah dan Encik Adib tergamam waktu itu. Rat sudah pun bertudung? Umi dan Umairah terus mendakap Rat yang mereka impikan selama ini.

“Cantik anak ayah” Encik Adib mencium dahi Rat dengan mata yang terpejam.

“Ayah sayang anak – anak ayah” luah Encik  Adib.

“Nak panggil Rat ke Ainun?” usik Encik Adib.

“Rat!” gelak Rat sambil memeluk Umairah yang dari tadi asyik mencubit pipi Rat.

                               ***************************

“Nak pakai baju ni nak kahwin dengan siapa?” soal Rat bingung. Dia masih tidak mahu memakai pakaian pengantin itu walaupun di desak berkali – kali. Umi sudah berputus asa. Dia memandang Encik Adib yang duduk di tepi katil sambil menggaru – garu kepalanya.

“Tak payah nak suprise bagai lah abang!” Umi memandang Encik Adib.

“Panggil naik atas” pinta Encik Adib. Umairah terus turun ke bawah. Rat sudah mahu merajuk. Benci apabila hidupnya di aturkan sebegini.

“Assalamualaikum”

Rat menoleh. Ahmad lengkap berbaju melayu putih mutiara dan bersampin. Sangat berseri wajahnya. Ahmad tersenyum manis.

“Mana pengantin saya tak turun – turun lagi ni?’ lembut sekali tutur katanya. Terlepas baju pengantin dari tangannya. Rat berlari dan terus memeluk Ahmad. Umairah dengan segera memisahkan pelukan itu. Ahmad ketawa. Dia terus berbisik ke telinga Rat.

“Belum masa untuk goda abang, sayang!”

Rat terus tertunduk malu. Over betul!!!!.

Rat turun ke bawah. Semuanya telah bersedia. Tok kadi, walid, umi Halimah, Fatimah dan Aminah turut berada di situ. Keluarga sebelah Umi juga hadir sama.majlis pernikahan ini sudah lama di rancang. Encik Adib yang menyuruh Ahmad membawa Rat pulang ke kampung. Nak bagi kejutan punya pasal, Encik Adib terpaksa membayar lebih pada pihak katering untuk memasang khemas pada waktu tengah malam. Waktu Rat sudah tidur nyenyak!. Semuanya di atur dengan cukup sempurna.

Walid menyentuh kepala Rat dan Umi Halimah juga memeluk rat dengan penuh kasih sayang.

“Tahniah dik!!! Kita round – round kampung bila Ainun pulang nanti ya” ujar Aminah dengan ramah. Terkejut juga Rat waktu itu.

“Akak garang sebab saja je nak buli bakal adik ipar sepupu” gelak Aminah. Mereka semua ketawa.

Dengan sekali lafaz, Ahmad sah menjadi suami kepada Ratu Nur Ainun...

Majlis berjalan dengan lancar sekali. Semua tetamu dijemput makan di khemah dan walid tersenyum manis memandang menantunya.

“Nasib baik kahwin dengan Ahmad kalau dengan orang lain...... Rat lari!!!”

Mereka semua ketawa besar. Majlis pernikahan dan perkahwinan mereka berlangsung pada hari yang sama. Kedua – dua belah keluarga mahu melangsungkan majlis perkahwinan yang sedehana sahaja.

                                  **************************

Rat naik ke bilik untuk menyalin pakaian. Tidak sangka pula Ahmad ada di dalam biliknya. Mereka berdua memandanng almari baju Rat yang penuh dengan pakaian menjolok mata.

“Hmmm... itu nanti Rat eh.. Ainun buang ya” Rat mahu menutup pintu almari tetapi tangannya cepat – cepat dipegang oleh Ahmad. Kepalanya yang  digelengkan beberapa kali menimbulkan persoalan dalam diri Rat.

“Kenapa?” soal Rat.

Tangan Rat ditarik sedikit kuat sehingga rapat ke tubuh Ahmad. Perlahan – lahan Ahmad berbisik lembut ke telinga isternya.

“Abang tak mahu hilang ‘Rat’ yang nakal tu. Dalam rumah kita nanti, jadilah Rat yang dulu.... Rat yang suka menggoda. Tapi goda abang sahaja tau” ujar Ahmad.

Wajah Rat merah padam. Dia memejamkan matanya sebentar dan kemudian mengangkat wajahnya. Merenung Ahmad dengan jarinya yang memang tidak boleh dinafikan kepakarannya. Jari telunjuknya menyentuh wajah Ahmad.

“Sekarang janganlah.... petang ni....orang belum balik lagi ni” Ahmad semakin ke belakang. Sanggul ikatan rambutnya dilepaskan.

“Sayang... malam ni ok lah juga.... petang ni sayang......” Ahmad ketawa tetapi langkahnya semakin cuba menjauhi Rat. Tangan Rat sempat mencapai tangan Ahmad.

“Abang nak sangat Rat kan?.... tak nak Ainun... nak Rat... kannnnn?” keningnya di angkat beberapa kali.

“Kat rumah kita sendiri nanti jadilah rat ke mickey mouse ke.. abang tak kisah tapi ni rumah ayah” Ahmad pejam mata sambil mendongak. Kadang kala lepas juga tawanya.

Tiba – tiba tangannya dilepaskan

Ahmad membuka semula matanya.... rat menjauhinya. Merajuk! Rasa bersalah pula menghibakan hati isterinya di hari perkahwinan mereka. Pinggang Rat dirangkul.

“Tak apalah, nak kemas barang ni” Rat pejam mata.

“Tikus merajuk!” gelak Ahmad. Rat membisu.

“Ada orang tu cakap besar je lebih. Pandai godalah.. itulah.. tapi hmmm” Ahmad melepaskan rangkulannya dan duduk di atas katil. Memegang pinggangnya yang sedikit lenguh.

“Hello!”

Ahmad menoleh pada rat yang tersenyum manis

“Hahahhaa... ok.. okk... jangan sayang... jangan.”

tingkat atas rumah Encik Adib senyap sunyi**


     

                                                  ***************************


5 comments:

  1. Haha kahwin juga akhirnya.....hahahaa

    ReplyDelete
  2. tq pn penulis coz kawenkan diaorang ni...

    ReplyDelete
  3. best sgt2. dialog yg lucu n mengoda.
    x jemu baca. terima kasih. -pn mal-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...
      terima kasih banyak ya puan Mal
      sudi gak singgah blog saya...
      saya hargai sangat2 :)
      cayanglah!!!

      Delete