Sunday 9 June 2013

CINTA AKU, KAU & KAMBING (CAKK) - BAB 9


BAB 9

“Daddy..” Hidayu mengurut – ngurut bahu haji Seman yang sedang sibuk membaca kitab. Sesekali dia bersendawa. Amboi mak aih... cepat benar angin keluar!.

“Nak apa my little girl?” soal Haji Seman sambil bibirnya tersengih panjang. Bangga sangatlah tu dengan sekerat dua perkataan orang putih yang baru di sebut tadi. Hidayu gelak besar.

“Well... daddy” sambung Hidayu.

“What can i do for you?” soal Haji Seman. Kitab yang baru selesai di habiskan itu diletak ke tepi. Cermin matanya di tanggalkan dan dia menarik tangan Hidayu duduk di sebelahnya.

“Sudah!. Menyampah aku korang ni” jeling Hajah Ani.

“Darling... buat abang kopi and put some love inside” gelak Haji Seman. Berderai tawa mereka berdua.  Hajah Ani menyampah mendengarnya. Sejak menonton rancangan Oh my English ni, semuanya nak di ‘englishkan’. Makin merapu ada lah.

“Daddy.. lets road road this evening” sengih Hidayu. Berkerut dahi haji Seman. Rasa macam tak kena saja. Hidayu sahaja bergurau. Mahu mengusik ayahnya.

“Jalan – jalan...”

“buat malu keturunan Haji Seman saja” cebik Haji Seman. Kepala Hidayu ditepuk sedikit. Hajah Ani tiba dengan secawan kopi.

“Secawan saja mak?” soal Hidayu. Dia memandang Haji Seman yang asyik menghirup kopi kegemarannya.

“Dah nak kahwim pun malas nak buat air!” herdik Hajah Ani. Apa yang boleh Hidayu katakan lagi?.... memang padan dengan muka dia pun...

                                        *************


Memang Sofea benci berhadapan dengan situasi sebegini. Melihat wajah Izhar yang berseri – seri menunggu hari pertunangannya bersama Hidayu membuatkan hatinya bagai direnyuk – renyuk. Dia mahu pergi sahaja dari situ tetapi prinsipnya yang pantang berundur itu telah membuatkan dia nekad mahu mencuba segalanya sebelum terlewat.

“Kau tahu dia dan aku dahulu kan?” soal Sofea. Air sungai yang sedikit tenang itu dipandang seketika. Hidayu senyum.

“Yang lepas...biarkanlah lepas” jawapan ringkas tetapi cukup meyakinkan. Sofea mengeluh. Perkiraannya meleset. Hidayu tidak betah melenting. Senyumannya sahaja sudah meragut separuh dari keyakinannya untuk merampas kembali lelaki yang pernah menjadi miliknya suatu ketika dahulu. Hidayu berdiri dan menepuk belakang seluarnya.

“Macam ni lah... kau nak kata apa itu suka kau. Untuk aku memenuhi keinginan kau agar memiliki Izhar, tidak sama sekali akan aku turuti. Aku Hidayu..bukannya sebarang wanita yang kau boleh goleh ketengah ke tepi. Suruh itu dan ini. Jangan sampai aku fikir kau ni terdesak sangat..hilang rasa hormat aku nanti. Wei, tak molek perempuan terdesak nak kahwin ni.” Hidayu terus pergi. Malas dia mahu melayan cakap – cakap Sofea yang di rasakannya tak patut langsung. Ada ke patut nak suruh dia batalkan pertunangan yang belum pun berlangsung!.

                           *******************

“Assalamualaikum...abang!” sengih Hidayu. Izhar yang sedang mengira sesuatu di tepi kandang itu terus terlepas pen dari tangannya. Abang???..

“Abang?” Izhar senyum simpul.

“Sejak bila pula awak jadi adik saya ni?” suka benar Izhar mengusik. Dia suka bila wajah Hidayu merah padam.

“Ala.. ayah yang suruh” jujur Hidayu. Memang Haji Seman yang suruh pun. Dia mahu anaknya menjadi tunang dan bakal isteri yang baik.

“Habis awak nak saya panggil awak apa?” soal Izhar lagi. Kali ini mereka berdua duduk di bawah pangkin.

“Sayang” tersengih Hidayu menjawabnya.

“Ish.. sayang tak boleh. Dayu.... saya panggil sayang” Izhar memandang Dayu yang duduk tanpa berbuat apa – apa.

“Awak panggil Dayu sayang?” muka Hidayu berkerut –kerut. Gila ke apa panggil kambing sayang?.

Hidayu tidak menjawab sebaliknya hanya memandang Dayu yang turut sama memandangnya. Hidayu terus pulang tanpa meminta diri dan Izhar ketawa besar ketika itu juga.

“Dengan kambing pun nak jelous?” gelak Izhar dan terus menghampiri Dayu. Belakang badan Dayu ditepuk – tepuk,

“Hidayu cemburu...” gelaknya lagi.

“Cemburu dengan kau Dayu” kali ini tawanya lebih kuat.

                                    ****************

Hari pertunangan sudah pun tiba. Hidayu disolek dengan cantik. Sebelum rombongan dari pihak Izhar tiba, Haji Seman masuk ke dalam bilik Hidayu.  Melihat anak gadisnya cantik begitu, timbul sebak di hati Haji Seman. Dia tunduk agak lama sebelum menatap wajah Hidayu semula. Pipi HIdayu disentuh lembut.

“Ayah...” Hidayu tersenyum.

“Masa Dayu lahir dulu, ayah tak pernah terfikir yang akan melepaskan bayi comel itu ke tangan orang lain suatu hari nanti. Ayah masih memandang Dayu ayah ni masih kecil dan manja seperti dahulu. Ayah akan sunyi tanpa Dayu yang ayah sayang ni. Siapa lagi nak temankan ayah tengok bola? Temankan ayah memancing dan temankan ayah tengok gusti?. Mak tak suka buat semua itu. Sepatutnya ayah gembira hari ini tapi entah kenapa ayah seperti mahu menangis. Dayu tak akan lupakan ayah bukan?. Dayu akan tetap jadi Dayu ayah kan?” soalan Haji Seman membuatkan Hidayu terus memeluk lelaki separuh abad itu.

“Ayah... dayu Cuma bertunang bukannya kahwin dan jika Dayu kahwin sekali pun Dayu tidak akan lupakan ayah. Dayu akan cakap pada anak Dayu yang atuknya ni seorang ayah yang hebat......”

Haji Seman mengangguk. Air mata yang bergenang dikesat oleh jemari runcing Hidayu. Dia tidak mahu ayahnya sedih. Dia perlu ceria untuk ayahnya.

“Appa.... Dayu pyar appa so much!!!” sengih Hidayu. Haji Seman ketawa.

Sudah pukul 2.30 petang  namun begitu rombongan pihak Izhar masih belum datang. Pian dihubungi dan dengan langkah longlai Hidayu menepuk lembut bahu ayahnya. Terkejut Haji Seman pada waktu.

“Ha... mana Izhar?” soal Haji Seman. Hidayu mengumpul semua kekuatan. Cuba tersenyum walaupun sumbang ukirannya.

“Ayah... Dayu tak nak kahwin. Tak nak bertunang. Dayu nak jadi Dayu ayah sampai bila – bila. Ada takungan jernih pada kelopak matanya. Hajah Ani menarik kasar lengan Hidayu.

“Kau cakap apa ni, Dayu?. Rombongan dah nak sampai! Jangan buat pasal” tengking Hajah Ani. Haji Seman merenung mata Hidayu. Dia bukan tidak mahu kahwin..dia bukan tidak mahu bersama Izhar tetapi ada sesuatu yang disembunyikannya.

“Dari kecil sampai besar nak buat aku malu!” jerit hajah Ani. Mata Hidayu terpejam. Tangannya digenggam erat.

“Sudah Ani...” ujar Haji Seman.

“Awaklah yang manjakan sangat..”

“Aku kata sudah...sudah!!!!!” buat pertama kali dalam hidup Hajah Ani ditengking oleh suami yang sentiasa ceria dan murah dengan senyuman. Haji Seman menggosok kepala Hidayu yang sudah pun berjuraian air matanya.

“Kalau dia tak mahu bertunang, air matanya tidak akan mengalir seperti ini...” ujar Haji Seman. Hanita yang baru tiba terus memeluk Hidayu. Dia yang merupakan sepupu Izhar mententeramkan Hidayu yang sudah lemah longlai terjelepok ke lantai.

“Izhar .... akan bernikah dengan Sofea malam ni” ujar Hanita. Hajah Ani tersandar ke dinding. Dipandangnya semua kelengkapan dan dulang hantaran yang di hias indah.
Pang!

Satu penampar hinggap ke pipi Hidayu. Menggelapar Hidayu waktu itu. Dia melihat wajahnya dicermin. Baju pertunangannya masih terlekat di badan. Hajah Ani bercekak pinggang di hadapannya. Hidayu terus meraung – raung keluar dari bilik. Haji Seman yang sedang menyusun dulang hantaran terpana seketika. Hidayu terus turun ke bawah. Selepas menyarung selipar Hidayu terus berlari ke kandang Izhar. Mujur Izhar ada di situ. Dia perlu berurusan dengan Pak Ali yang mahu membeli kambing izhar untuk aqiqah cucunya. Pak Ali berselisih dengan Hidayu sewaktu dia pulang. Izhar terpinga – pinga.

“Awak sanggup buat saya macam ni... apa salah saya” bengkak matanya akibat terlalu banyak menangis. Dengan baju cantik untuk pertunangan mereka, Hidayu merapati Izhar. Dicubit – cubitnya lengan Izhar. Dayu yang sedang meragut rumput terus mendekati Hidayu.

MBEEKKK!!

“Ha! Kau pun  sama Dayu...kan kita dah deal yang kau nak sokong aku. Yang kau tak kejar si Sofea sampai balik KL tu kenapa?. Sampai hati kau Dayu” marah Hidayu makin meluap-luap. Dayu berlari naik ke kandangnya. Izhar bantai gelak.

“mesti dia ni mengigau” teka Izhar. Pian banyak kali bercerita kalau Hidayu tidur tengahari, dia sering mengingau. Pernah sekali Haji Seman dipukul dengan bantal kerana fikir Haji Seman itu syaitan yang menerupai ayahnya.

Izhar memegang kedua bbelah pipi Hidayu.

“Hei..sayang!. kalau awak kat sini, nenek saya nak sarung cincin kat jari siapa?” soal Izhar. Pipi Hidayu ditepuk – tepuk.

“Awak..”

“awak lari pakai baju macam ni sambil menangis, hish..awak tengok belakang awak” Izhar memusingkan badan Hidayu.  Pian dan beberapa orang kampung yang melihat Hidayu berlari penuh syahdu semuanya ketawa sakan. Malunya Hidayu tidak terkata.

“Jom saya hantar awak balik. Tok dan nenek saya dah sampai rumah awak tau” tangan Hidayu dipimpin dan akibat tersadung pada akar kayu, Hidayu jatuh tersembam. Habis muka dan bajunya kotor. Izhar tidak tahan lagi. Kali ini dia gelak sekuat hati sambil mengesat wajah Hidayu dengan selendang yang turut sama kotor. Bukan lagi bersih, lagi kotor ada lah!.

Rombongan Izhar menanti Pian membawa Hidayu pulang. Haji Seman sudah pening kepala. Rasa nak bawa berubat sahaja Si Hidayu ni. Nasib baik majlis pertunangan, kalu majlis akad nikah tak ke naya!

“Assalamualaikum” Izhar memberi salam. Pian terkekeh o kekeh di belakang. Wajah Hidayu yang comot dan baju yang kotor itu membuatkan semua orang terlopong.

‘Marathon mencari kambing!!” jerit Pian dari bawah. Semua orang bantai gelak. Hajah Ani turun dan memimpin HIdayu naik ke dalam rumah. Sempat lagi Hidayu tersenyum memandang izhar yang masih berada di bawah.

“Nampak sangat dia sayang kamu” kata Mak Yus, ibu saudara Izhar. Hanya senyuman yang mampu Izhar berikan. Gelak tawa Pian masih kedengaran dari dalam bilik Hidayu. Selepas membersihkan diri, majlis pertunangan disambung semula. Hajah Ani tak tahu nak letak muka di mana. Dekat lutut pun tak sanggup rasanya!.

Nenek menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Hidayu.

“Tak payah solek dengan lumpur pun cucu nenek ni  dah cantik” kata nenek selepas mengucup dahi Hidayu.

Selepas majlis selesai, Izhar sempat bersalaman dengan haji Seman.

“Izhar pulang dulu pakcik” permisi Izhar. Hidayu turun ke bawah sambil mencuit – cuit bahu Haji Seman.

“Appa....” pujuknya. Izhar senyum.

“Ah... tak nak kawan. Buat malu ayah je. Hilang macho ayah di mata orang kampung.” Jeling Haji Seman. Selepas Izhar pulang pun  Hidayu masih mencuit – cuit bahu Haji Seman.

“Dad!... sorry le” belakang badan haji Seman digoncang lembut. Hajah Ani menggeleng kepala. Saudara mara hidayu turut sama ketawa. Mana boleh haji Seman merajuk dengan Hidayu?. Dia akan merindui gelak tawa anak gadisnya itu...

“Papa...” rayu Hidayu lagi.

“Macam apa entah... bertunang lari macam orang gila! Lepas tu bakal tunanag bawa balik dengan muka berlumpur. You make me malu tau!” haji Seman menjeling tajam. Hidayu menjuihkan bibirnya dan terus masuk ke dalam bilik.

“Anak ayah kannnnn...” perli Hajah Ani.

Haji Seman terus  pergi ke belakang rumah sambil tersenyum lucu..


4 comments:

  1. best....
    lawak betol dayu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak ya :)
      semoga terus mengikuti Izharidayu ni ok... tapi lepas
      ni tukar nama dah.... AKU.KAU.KAMBING heheheh
      sayang selalu :)

      Delete