Telur di atas meja hilang
lagi!!!. Thia perlu menyoal Lily juga kali ini. sudah banyak kali telur
di rumah mereka hilang. Lily yang gemar bermain dengan anak patung milik ibunya
sewaktu kecil itu seringkali tidak mengaku.
“Tak ada mama... Lily
tak ambil pun telur ni” Lily menggeleng – geleng kepalanya seraya anak matanya
melirik ke sisi. Telur yang pecah di sebelah Dolly, anak patungnya disentuh dua
tiga kali kemudian dia memandang mamanya semula.
Thia terdiam. Dia memandang agak lama akan Dolly yang kaku
di atas meja mainan Lily. Derap jantungnya seakan – akan tidak menentu. Mengapa
setiap kali dia terjumpa telur yang pecah, pasti di sebelah Dolly. Tak mungkin
Lily kerana Lily langsung tidak gemarkan telur apatahlagi telur mentah.
Senyuman Dolly nampak berlainan sekali. Ya!... lebih lebar berbanding biasa.
Meremang bulu tengkuk Thia saat itu tetapi dipujuk hatinya agar berfikiran
lebih rasional. Lily lantas mengambil Dolly dan memeluknya.
“mama jangan marah Dolly. Nanti dia tak ketawa macam selalu.
Lily tak mahu beritahu mama yang Dolly suka makan telur tu sebab takut mama
marahkan Dolly” wajah sedih itu tertunduk pandangannya ke permukaan lantai.
Terus tangan Thia seram sejuk. Ditariknya tangan Lily sekuat
yang boleh dan terus Dolly ditepis dengan kuat. Pintu bilik Lily dikatup rapat.
Thia mengambil kunci keretanya dan terus membawa Lily pergi jauh daripada
rumahnya.
“mama kenapa buang Dolly?. Mama tahu tak yang dia boleh ikut
kita ke mana sahaja?”
“Diam!. Duduk diam – diam di belakang. Peluk bantal!!” jerit
Thia. Amran masih belum pulang. sedang dia melintasi simpang empat terdengar
suara Lily mengekek ketawa. Keretanya diberhentikan serta merta. Dalam keadaan
yang penuh kebimbangan, Thia menoleh ke belakang....
Giginya berlaga akibat menggigil ketakutan...... Mana Lily?.
Kenapa Dolly yang berada di belakang keretanya sambil mempamerkan senyuman yang
menggerunkan?. Dolly mengekek lagi sehinggalah sebuah lori kontena melanggar
kereta Honda Civic berwarna hitam itu dan menyeretnya hingga beberapa
kilometer. Thia mati dalam kemalangan jalan raya itu bersama – sama Lily yang
sebenarnya duduk memangku Dolly. Hujan turun dengan lebat dan Dolly tercampak
keluar.
7 tahun kemudian.......
Keluarga Halim berhenti sebentar
di tepi jalan raya untuk membetulkan cermin sisi yang sedikit senget.
Trisha meluru keluar dan terus menuju ke
tepi semak tanpa mempedulikan panggilan papanya.
“Papa... doll ni cantik.. Trisha
nak beri nama dia..”
“Baby?” Ikmal , abangnya
menyampuk. Trisha merenung mata anak patung itu dan dengan tiba – tiba nama
Dolly terpacul daripada mulut comelnya.
“Dolly” Trisha memandang Ikmal
yang sudah pun berusia 18 tahun. Trisha yang berusia lima tahun itu memang
gemarkan anak patung dan mempunyai koleksi anak patung yang banyak. Sebaik
sahaja cermin kereta dibetulkan, Trisha masuk semula ke dalam kereta. anak
patung kesayangannya terus dicampak keluar. Ikmal terkejut namun mulutnya tidak
mampu menutur sebarang kata – kata.
Sebaik sahaja tiga beranak itu
tiba di rumah, Seri menyambut kelurganya pulang dengan senyuman. Ikmal mencium
tangan mamanya. Trisha juga begitu. Seri yang baru sahaja selesai bersolat itu
mengerutkan dahinya memandang anak patung yang berada di dalam pelukan Trisha.
Anak bongsunya itu terus naik tanpa berbual – bual dengannya seperti selalu.
Ikmal memandang mamanya dan begitu juga sebaliknya.
“ma...”
“Takpe.... kita lihat saja. Ikmal
dah solat?” kepala Ikmal digosok lembut. Anggukan Ikmal melegakan hati Seri.
Dia tidak lupa menunaikan tanggungjawab sungguhpun tidak disuruh. Halim
mengeluarkan beberapa beg plastik buah rambutan yang diambilnya dari kampung.
Seri merapati suaminya itu tetapi matanya asyik memandang ke tingkap bilik
Trisha.
“Mak sihat sayang?” soal Seri.
Belakang badan Halim digosok manja. Halim berhenti mengeluarkan barang dan
mengangguk. Seri tidak dapat pulang ke kampung Halim kerana punya tanggungjawab untuk
mendidik anak – anak muridnya di sekolah. Rindu juga dia pada Hajah Kamsiah
yang sememangnya seorang yang penyayang itu.
“Badan abang lain macam sahaja
tadi” adu Halim sambil menggosok – gosok tengkuknya. Seri senyum.
“Tak mengapa, masuk dulu ye
sayang. Dah nak maghrib. Nanti lepas solat kita makan. Hmmmm.... telur yang
Seri pesan pagi tadi jangan di bawa masuk ye, sayang”
Arahan Seri itu membuatkan Halim keliru.
Dah disuruh beli tak bagi pula masuk ke dalam.
*******************
Malam itu Seri masak makanan
kegemaran keluarganya. Nasi ayam Hainan itu di masak sebelum mereka pulang ke
rumah lagi. Halim dan Ikmal sudah pun berada di meja makan tetapi Trisha masih
belum turun – turun lagi. Ikmal naik ke atas semula tanpa di suruh. Pintu bilik
Trisha diketuk. Tiada jawapan. Kunci yang dari awal diberi oleh mamanya
digunakan untuk membuka pintu bilik Trisha.
“Ya Allah...” Tersandar Ikmal ke
dinding apabila melihat semua koleksi anak patung Trisha rosak kesemuanya.
Trisha masih tidur di atas katil sementara Dolly duduk di sebelahnya. Ikmal
duduk di tepi katil. Matanya merenung mata Dolly.
“Trisha... bangun makan” arah
Ikmal. Trisha memandang Ikmal dengan mata yang bengkak.
“Kenapa Trisha ?” mata Trisha
dibelek – belek.
“Mama tak sayang Trisha.... mama
tak beri papa bawa masuk telur – telur tu” jerit Trisha. Ikmal menampar lembut pipi adiknya.
Trisha seakan – akan baru tersedar.
“Abang... Trisha lapar. Mama dah
masak?” soal Trisha lalu memeluk abangnya. Ikmal terus mendukung adiknya
keluar. Sebelum menutup pintu bilik Trisha, Ikmal sempat lagi memandang Dolly
yang masih kaku seperti tadi.
GEDEGANG!!!
Sengaja Ikmal menghempas pintu
bilik adiknya. Halim yang sedang meneguk air sejuk terkejut mendengarnya. Dia
memandang Seri yang dari tadi tunduk memandang nasi di hadapannya. Dia tahu ada
sesuatu yang bermain – main di dalam minda Seri.
Sebaik sahaja Trisha duduk di
sebelah Seri, tangan anaknya dipegang lembut.
“Kita buang anak patung tu ..
nanti mama beli yang baru” pujuk Seri. Trisha menggeleng. Dia tidak mahu
memandang mamanya. Tangannya yang dipegang oleh Seri itu disentap kembali
dengan kuat. Itu bukan tenaga kanak – kanak biasa sepertinya hinggakan tubuh
Seri hampir terjatuh apabila Trisha merentap tangannya semula tadi. Halim
memandang Ikmal.
“Buang” tegas Ikmal pula.
Trisha menggeleng dengan pantas.
Bukan itu sahaja, jelingannya begitu tajam memandang Seri dari sisi kirinya. Seri
tahu belum masanya untuk dia berkeras. Trisha memang anak yang manja dan dia
akan cuba lagi selepas mereka sekeluarga makan malam.
Ikmal membaca doa makan tetapi
Trisha langsung tidak menadah tangan. Laju sahaja tangan kecilnya menyuap
makanan ke dalam mulut. Habis sahaja mereka menghabiskan makan malam, Trisha
berlari naik ke atas tetapi terhenti langkahnya apabila dipanggil oleh Seri.
“Nanti mama bacakan kisah
Rasulullah sebelum tidur ya?” lirikan mata yang hanya seketika itu langsung
tidak menerima sebarang respon. Seri yakin benar apa yang sedang bermain di
dalam fikirannya. Dia memejam mata.
Jangan kau usik dia seperti mana
kau usik anak sahabatku dahulu. Aku kenal kau...... aku kenal makhluk hina
seperti kau yang sudah menjahanamkan hidup Thia dan Lily .....malah sangat –
sangat mengenali kau, Dolly... hati Seri berbisik.
Lampu terpadam. Halim dan Ikmal
terus mencari - mencari lampu suluh di dalam bilik masing – masing. Seri
sedikit terperanjat apabila jari kelingkingnya disentuh. Dalam samar – samar
dia dapat melihat Dolly yang mendongak memandangnya.
“Ya Allah... bantu aku”
“Kenapa kau datang lagi?.” Soal Seri.
Dolly menyengih dengan mata yang membulat memandang Seri. Dolly menyanyi sayup – sayup lagu kegemaran Seri ketika kecil bersama
sahabatnya Thia yang sudah pun meninggal dunia tujuh tahun yang lepas. Ya...
Thia yang telah Dolly ganggu sebelum ini.
“Aku bukan Thia yang hanya
menganggap semua ini hanya halusinasi. Kau Dolly..... masih Dolly yang dulu”
Nyanyian Dolly terhenti setakat
itu sahaja. Kali ini Dolly menangis pula. Entah kenapa Halim dan Ikmal lambat
sekali mahu keluar dari dalam bilik. Seri memandang tajam setiap tingkah laku
Dolly. Nyanyian Dolly sedikit keras kali ini selepas menangis tidak sampai dua
minit.
“Seri sayaaaanggggggg......” Dolly
bersuara lagi. Seri menutup telinganya. Suara yang seakan – akan suara arwah
mamanya membuatkan Seri sedikit tertekan.
“Seri sayannnggggggggg.....”
panggil Dolly lagi.
“Dolly.... mama asyik marahkan
Seri. Mama pukul Seri. Seri cuma ada Dolly..” ajuk Dolly. Serta merta kisah hidupnya berputar kembali di ruang
ingatan. Seri cuba menghilangkannya tetapi agak sukar. Dolly benar – benar mengajuk
cara dia bercakap.
“Thia .... kawan Seri. Dolly bukan
kawan Seri” tambah Dolly lagi lalu ketawa mengekek. Seri menutup kedua belah telinganya dengan
telapak tangan yang menggigil ketakutan. Dia agak tewas pada waktu itu.
TUP!
Lampu terbuka dan Dolly serta
merta terjatuh dari meja ke lantai. Ikmal dan Halim memandang Seri yang sedikit
menggigil. Trisha masih tidur di atas dengan lena sekali.
“Buang benda ni” suruh Seri
sebelum masuk ke dalam bilik tidurnya. Halim tidak bersetuju kerana bimbang
Trisha akan mengamuk keesokan harinya. Seri mahu bicara apa?. Mahu beritahu
Halim yang Dolly adalah patung mainanan waktu kecilnya?. Patung mainan yang
punya rasa cemburu dengan kehadiran Thia dalam hidup Seri?. Haim sudah tentu
akan mentertawakannya. Semua itu hanya halusinasi... pasti itu yang akan
terkeluar daripada bibir Halim.
Seri termenung panjang....
****************************
Seri mengintai Trisha yang sedang
bercakap – cakap dengan Dolly dan hati Seri sedikit pun tidak rela Trisha mengalami
nasib yang sama sepertinya, dihantui Dolly sepanjang masa. Dolly di ambil daripada pelukan Trisha dan
Seri terus mencampaknya ke luar tingkap dari tingkat atas rumah mereka. Trisha
tidak semena – mena mengamuk bagai hilang akal. Teruk paha mamanya dipukul
dengan sekuat kudratnya. Mujur Ikmal ada, dia yang mengangkat Trisha dan cuba
untuk menenangkannya. Trisha masih lagi begitu. Oleh kerana tiada cara lain,
terus tubuh adiknya itu diangkat masuk ke dalam bilik air. Sebaldi air disimbah
ke tubuh Trisha hingga adiknya itu tercungap – cungap dan tersedar. Trisha
berlari memeluk mamanya dengan tubuh yang menggigil.
“Dolly bergerak!.... Dolly
bergerak mama!!!!!” jerit Trisha.
“Dia ketawa!!!!!!” Trisha meraung
sambil tubuhnya masih lagi menggigil ketakutan. Seri memeluk Trisha sambil
Ikmal memegang bahu mamanya. Dia bagai hilang rasa takut untuk berhadapan
dengan Dolly lagi. Seri turun ke bawah sambil mendukung Trisha dan Ikmal
mengekorinya. Pintu dibuka. Dolly hilang. Ikmal yang tenang juga sedikit goyah
perasaan beraninya.
“mana dia mama?” Ikmal mengambil
Trisha dari kendongan mamanya. Seri menyuruh anaknya masuk ke dalam rumah dan
menguncinya. Ikmal di suruh membaca ayat – ayat Al – Quran dan mengambil wuduk.
Begitu juga dengan Trisha.
“Masuk bilik solat!” arah Seri.
Hari sudah berarak ke waktu
maghrib. Halim masih belum pulang. Seri mencari Dolly ke sekeliling rumah. Dia mahu
Dolly hanya berdepan dengannya bukan dengan anak – anaknya. Hari yang semakin
gelap itu membuatkan Seri terpaksa juga masuk ke dalam rumahnya.
Stor!!!!
Baru Seri ingat yang dia dan Thia
sering sahaja bermain – main dengan dolly dan anak patung Thia di dalam bilik
stor setiap kali dimarahi mamanya. Seri perlu menunggu Halim pulang dahulu. Hampir
setengah jam Halim masih belum pulang. Ikmal mendail nombor telefon papanya. Selepas bercakap dengan papanya, Ikmal mendapatkan
Seri dengan kening yang bertaut.
“Mama suruh papa jangan balik ya?”
soal Ikmal. Kali ini Seri benar – benar terkejut. sewaktu Thia kemalangan
dahulu pun, Amran memberitahunya yang Thia melarangnya daripada pulang ke
rumah. Seri tahu dia dan anak – anak berada di dalam situasi yang bahaya. Dengan
rumah yang jauh dari jiran – jiran, mana mungkin jeritan mereka mudah
didengari.
Seri menarik nafas dalam – dalam.
Allah menentukan segalanya dan yang dia tahu kini adalah berusaha menghapuskan
Dolly. Kalaulah Thia dengar katanya dahulu untuk membuang Dolly, sudah tentu
semua ini tidak akan terjadi. Thia tetap juga mahu mengambil Dolly dan mahu
menjaganya sebagai kenangan biarpun ditegah berkali – kali.
“Dolly benci Thia.....”
“Dolly benci Thia....”
“Dolly benci Thia..” bergema suara
itu di seluruh rumah Seri.
“Padan muka Thia...”
“Padan muka Thia...”
Trisha menjerit. Seri menyuruh
Ikmal meneruskan bacaan Al – Quran dan
suara Dolly hilang waktu itu.
Setelah suasana senyap tiba – tiba
pintu rumah diketuk berkali – kali. Seri mendengar suara Halim memanggilnya. Dengan
rasa lega Seri merapati pintu rumahnya tetapi telinga Seri dapat menangkap
suara Dolly yang mengekek . tangan yang sedang menggenggam tombol pintu itu
dilepaskan. Peluh sudah membasahi bajunya. Tidak pernah Seri rasakan seperti
ini selepas melihat sendiri bagaimana Dolly berdiri di tepi katil mamanya
dahulu.
Pintu rumah tiba – tiba dibuka
oleh Halim. Seri yang terkejut hampir sahaja mahu menolak Halim ke luar. Dengan
penuh tanda tanya Halim merapatkan kembali pintunya dan memeluk tubuh Seri yang
air matanya berjuraian saat itu juga. Halim
perlu tahu segalanya malam itu juga. Mereka berempat berkumpul di bilik
solat dan bersolat hajat bersama. Memohon pertolongan Allah untuk berhadapan
dengan Dolly.
Rupa – rupanya Halim sudah
bermimpi tidak elok sejak dua minggu yang lepas. Uthman, sahabat baik Halim
dihubungi untuk mengambil anak mereka pada malam itu juga. Halim dan Seri mahu
menyelesaikan segalanya. Sebaik sahaja Ikmal dan Trisha pergi meninggalkan rumah
mereka, Halim menutup pintu rumah. Dia hanya duduk di sofa sambil mulutnya
terkumat – kamit mengalunkan zikrullah. Tidak sampai beberapa minit Dolly sudah
pun berada di pangkuan Seri. Menggigil Seri pada waktu itu tetapi Halim
memberikan isyarat mata agar Seri bertenang.
“Seri.... tipu”
“Seri....tipu” mata Dolly
memandang tepat bola mata Seri.
“Seri dah sumpah nak jaga Dolly
sampai Seri mati tapi Seri benci Dolly”
“Tidak pernah ada sumpah manusia
buat benda yang tidak hidup” Halim bersuara.
Dolly menoleh dan melompat k
pangkuan halim pula.
“Tapi Dolly hidup... Dolly hidup”
Dolly ketawa.
“Kamu syaitan yang menggunakan
bahan tidak bernyawa ini sebagai jalan
untuk kamu menyesatkan manusia” Halim masih berzikir.
Dolly ketawa dengan bunyi yang
mengerikan.
“Seri perlukan Dolly”
“Seri perlukan Dolly”
Halim senyum sinis.
“Seri perlukan Allah untuk hidup
dan matinya bukannya kamu syaitan ataupun patung tak bernyawa” Halim menentang
kata – kata Dolly. Seri menangis di sisi
Halim.
“Dolly ada nyawa. Seri cakap
dengan Dolly” Dolly melompat pula ke ribaan Seri.
“Dolly tak mahu tinggal Seri. Seri
cuma ada Dolly” Dolly memusingkan kepalanya sambil ketawa lagi dan lagi. Halim
mencuit paha Seri. Apa yang diajarkannya pada Seri tadi perlu Seri lakukan
waktu itu juga.
“Seri ada Allah, ada suami dan
anak – anak yang bahagiakan Seri. Dolly cuma gembirakan Seri suatu waktu kecil
Seri dahulu dan itu bukan membahagiakan. Pergi dari sini Dolly. Manusia tidak meminta
rasa bahagia daripada makhluk yang lemah berbanding kami sendiri. Kami meminta
bantuan Allah yang mencipta Seri dan juga Dolly. Pergilah Dolly. Seri sudah
bahagia. Seri tak perlukan Dolly walaupun sesaat. Seri bersumpah yang Seri tak
perlukan Dolly.. Seri hanya perlukan Allah” Seri berbicara dengan bibir yang
terketar – ketar. Tiba – tiba ada titisan berwarna hitam yang mengalir keluar
dari celah mata Dolly.
Halim mengalunkan azan dengan kuat
dan serta merta Dolly terbakar keseluruhannya. Seri terus memeluk Halim dengan
kuat. Ketakutannya membuatkan Halim terpaksa menenangkan isterinya itu agak
lama sebelum dia benar – benar tenang.
“pengajarannya sayang.... jangan
benarkan Trisha berbicara dengan anak patung seperti mana apa yang telah sayang
buat sebelum ini. Asalnya dia cuma patung biasa tetapi apabila diajak berbicara
ada yang akan masuk menyertainya sama” Halim mengucup dahi Seri.
Seri sedar kini kesilapannya mengadu nasib pada
yang bukan yang sepatutnya akan mendatangkan kesusahan. Sepatutnya segala keluh
kesah hanya diceritakan pada manusia dan semestinya Allah yang Esa. Apapun,
Seri bersyukur mereka sekeluarga tidak dilanda musibah yang boleh meragut nyawa
seperti Thia.
26 tahun yang lepas....
Thia menyikat rambut Seri dengan
senyuman lebar. Seri pula ketawa sambil membelek – belek wajahnya.
“Thia... sejak Thia pindah ke sini
Seri dah ada kawan. Seri dah tak perlu bercakap dengan patung ni lagi” Seri
mencampak Dolly ke bawah katil sebelum keluar dari dalam bilik sambil
berpegangan tangan.......
Serius seram cer dolly ni!! Bestx3 ^_^
ReplyDeletekehkehehheke... terima kasih ye Nurul kira sudi masuk blog tau ....
Delete<3
2 thumbs up sis....good job!
ReplyDeletekikikiki... terima kasih banyak ye aerine nine.. selalu gak komen... sangat2 hargainya... muahh <3
DeleteSeremm .. wahh , boleh jadi novelis thriler ni . Hehehe ..
ReplyDeletehikhikhik Shaefar naressa .... terima kasih tau sudi singgah... hadei.. buat 5 ms pun poning dah ni... tenkiu ye <3
Deleteserammm aih...huhu...meremang bulu roma ceq dok baca...
ReplyDeletehekhekhekheke.... Fisaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....... ekau kan kerja malam.... jgn baca... kikiki <3 muah
Deleteeh...kita baca hari cuti lah...harini dah keje pagi pun...hehehe...baca siang pun meremang bulu roma den...(eh den ni penakut ke???)dak...dak...aih...seram sikiiittt ja...huhuhu :P
Deletehd : (Y) peningkatan yg ketara,idea yang bernas dan tidak ditambat dengan pengaruh luar,penjiwaan plot kena lebih diperkukuhkan,semakin cerdik bermain emosi watak,Teruskan...sy suka...
ReplyDeleteterima kasih banyak ye puan HD..... saya ambilnya sebagai nota untuk karya di masa hadapan.... cwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh!!!! <3 muah
Deleteassalamualaikum kak :0 menarik jalan citenya suka :) teruskan menulis seram lagi ngeee permulaan pada novel triller :)
ReplyDeleteuishhhhhhhhhhh Nurul nuqman.,.....
Deleteakak tak leh tido malam aihhhhhhh
setahun dua kali leh ler kikikiki <3 u
Seram oi...kak ami...meremang bulu roma walaupun baca siang2 hari...
ReplyDeletekehkehkkehkee...... seram yek... kiranya leh ler buat Salmi takut lagi kikikiki hiiiiiiiiiiiiiiiiiiihiiiiiiiiiiiiiiiiihiiiiiiiiiiiii (ada gaya langsuir dak?) terima kasih ye sudi baca <3 u lah
DeleteSerammmmmm tp curious nak tahu ending dia. Mmg padu !
ReplyDeleteterima kasih banyak ye Lin...sudi gak baca...
Delete<3 muahhhhhhhhhhh!!!!
Good job sis. I love it . Selamat x baca mlm mlm.nanti x leh tido huhu
ReplyDelete