Wednesday 5 March 2014

cerpen: JARAK

JARAK

Ayah....ibu.... tak dapatkah kau dengar suara anakmu ini?. dengarlah ibu..... pandanglah wajahku...aku tak mahu pergi lagi. Mengapa perlu kalian bacakan surah Yaasin  untuk orang yang hampir mati itu pada aku?. aku tak mahu mati lagi!!!!!!!...

Suaranya bagai tersekat dikerongkong. Tidak mampu dikeluarkan walaupun bunyi yang berdecit. Puan Hanim masih lagi dengan sedu tangisnya. Pujukan Encik Akil tidak mampu menyekat air matanya yang seakan – akan berpesta untuk keluar daripada kelopak matanya.

“Biarkan dia pejam seketika..... berdolah agar dia sedar, sayang. Tabah!!!” pinta Encik Akil. Bahu Puan Hanim dicengkam kuat. Sekuat harapannya agar Anissa bangun dan memeluknya seperti selalu.

Pejam?.. Niss tak pejam ayah. Tak pejam!!! Niss nampak semuanya.... Anissa cuba menjerit lagi. Makin kuat dia menjerit, semangatnya makin direntap buang. Tangan dan kakinya tak dapat dirasakan lagi bebannya. Dia seolah – olah hanya mampu menggerakkan kepalanya sahaja. itupun hanya daripada tafsiran hatinya sendiri.

Tubuhnya di peluk Puan Hanim dan gegaran daripada sedu tangis ibunya itu meruntun jiwanya walaupun hanya tinggal separa tubuhnya.

“Kenapa Niss tak dengar kata ibu?. Kenapa Niss” tubuh anaknya yang tidak mampu bergerak itu digoncang sedikit kuat. Doktor Hud yang merawat Anissa pernah menasihati keluarga Puan Hanim agar membawa sahaja Anissa pulang ke rumah. Tiada harapan!. Kata – kata Doktor Hud membuatkan Puan Hanim longlai dan terus terjelepuk ke lantai.

Anissa memandang hujung kakinya. Wajah seseorang yang menyerupai dirinya itu membuatkan hatinya semakin takut.

Siapa kau?.. kenapa muka kau macam aku?.

“Aku pembimbing kau... pembimbing agar kau mati dalam keadaan begini.... hahahahhahaha!!!! Mati kerana mabuk dan kemalangan bersama kekasih kau sendiri selepas melakukan perkara paling aku suka... Zina!!! Kau buat aku ketawa... kau buat aku gembira!! Kau buat aku rasa manusia memang bodoh!.Bukankah kau mahu sehidup semati bersama dia? Siapa kau nak menentukan ajal kau dan dia seiring?. Dia sudah mati jadi..... kini giliran kau pula hahahhahaha” Anissa menggeletar. Dia memandang arah kanannya pula. Imej dirinya yang berbaju putih dan bertudung labuh semakin menjauhinya.

Jangan pergi... tolong aku!!!!!! Anissa meronta. Tiada rasa beban tubuhnya seperti tadi.

“Mampukah aku menolong kau yang dengan rela hati menjauhi aku. kau memilih dia untuk menjadi raja di akal fikiranmu. Solat kau tinggalkan.... itu bermakna kau menjauhi aku beberapa jarak Anissa. Kemudian kau melakukan zina..... kau menambah kejauhan jarak itu. Tidak suci akan tubuh dan hatimu.... dan aku tidak akan mendekati tubuhmu”

Imej dirinya yang berpakaian putih itu terus memandang Maria sahabat baik yang ditinggalkan hanya kerana pengaruh teman – teman. Kesugulan maria dengan mata yang bengkak membuktikan betapa dia adalah sahabat yang baik buat dirinya. Mengapa sanggup dia ketepikan Maria hanya kerana lelaki dan teman – teman yang membawanya ke jalan neraka?

Terus kisah betapa dia menderhaka dengan ibunya terpamer diruangan mata....

“Ibu asyik suruh Nissa. Solat... kawan2 Nisaa yang lain tak solat pun. Mak diorang baik. Sporting jer” beg tangan yang baru diletak ke atas bahu diletak semula ke atas sofa. Wajahnya muram bagai tiada satu pun kata – kata Puan Hanim yang mampu diterima dek akal. Baginya semua itu melemaskan jiwa mudanya.

“ooo.... Baiklah ibu – ibu yang membiarkan anak – anaknya lari jauh dari perintah Allah?” benang di jarum yang ditarikan tadi dihentikan seketika. Seluar yang sedikit koyak itu Puan Hanim letak ke sisinya.

“Ibu membosankan!!” bentak Anissa dan terus keluar.

Hati Puan Hanim bagai dicucuk dengan jarum di sisinya. Anak yang berjaya diasuh menjadi anak yang solehah berubah sekelip mata kerana cinta yang penuh dengan dosa.

Anissa dapat melihat dengan jelas air mata ibunya yang mengalir itu melalui bayangannya sebentar tadi. Kali ini tubuhnya dicengkam kuat seumpama ular sawa yang melilit tanpa belas kasihan.

“Arghhhhhh...... sakit!!!!” jerit Anissa

Suara itu muncul lagi dan kali gemanya lebih kuat berbanding sebelumnya

“Kerap kali kaki mu melangkah keluar sewaktu berkumandangnya azan. Keluarnya kaki dan tubuhmu bukan untuk mencari punca di mana mata air syurga memancut diatas nikmat kebesaran Allah. Adakah kau tahu dimanakah punca mata air syurga itu?..... rumah Allah .. di mana air suci itu mengalir untuk menyucikan diri dengan cara berwuduk. Sucinya itu melimpahi masuk ke dalam ruangan hati agar kau lebih mencintai penciptamu sendiri tetapi!!... suara itu bergema. Mencengkam lagi tubuhnya hingga menggeletar kesakitan.

“Kau menggunakan kedua belah kaki mu ini.....”

Kaki Anissa terasa bahang dan kepanasannya teramat sukar untuk digambarkan...

“kau menggunakan kedua belah kaki yang tuhanmu berikan ini untuk mencari punca mata air neraka! Kau tahu apa itu punca mata air neraka?... arak yang kau teguk itu wahai perempuan!!!!! Setitis sahaja air haram itu melalui kerongkongmu, ianya telah pun memecahkan segumpalan air yang membeku sejuk agar mencair dah mengalir begitu sahaja sedangkan air yang sejuk membeku itu adalah jiwamu yang tenang dan ingin sentiasa mengingati tuhanmu. Malulah engkau wahai perempuan!!!!!...

Anissa menjerit ketakutan. Dia merangkak selepas tubuhnya dilepaskan.

“lari...... ke mana tempat yang kau mahu tuju untuk berpisah dengan hukum Allah sedangkan apa yang ada di langit dan di bumi biarpun sezarah cuma ini adalah haknya!

“Takkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Maafkan aku!!!!!!! Ibu... tolong  Nissa” jerit Anissa. Telinganya dicekup semampat yang mungkin. berharap agar suara itu meminggirkannya serta merta.

“Bukan dari ibumu yang patut kau minta pertolongan tetapi daripada tuhanmu yang juga telah menjadikan ibumu yang telah banyak menumpahkan air matanya hanya kerana kau ....... menjadikan  syaitan itu raja segala raja di hati dana akalmu”

Anissa terjatuh ke dalam gaung. Dia masih menangis malah lebih kuat berbanding tadi. Dia mencengkam rambutnya yang panjang paras bahu itu sekuat yang dia mampu.

“Pulanglah!!!! Tuhanmu adalah tuhanku dan tuhan kau dan aku hanya Allah! Allah!Allah!” laungan yang kuat itu menghentikan lolongan Anissa tetapi seluruh tubuhnya menggigil ketakutan.

“Pulang.... kerana Allah mengasihi ibumu..... yang sentiasa mahu anaknya menjadi hamba yang baik. Allah itu Maha penyayang dan pastinya Allah menyayangi ibumu. Menyayangi insan yang sentiasa mahu zuriatnya mendekatkan diri denganNya....... doa, ibadah ibumu yang membantu kau lepas daripada aku!!!! seksa yang kau tempah sendiri Anissa!”

Nafasnya bagai terhenti dan Anissa menggelepar. Doktor  Hud dan Encik Akil agak panik apabila melihat keadaan Anissa sebegitu rupa. Puan Hanim masih lagi bersolat hajat di surau Hospital bertemankan Maria, teman baik Anissa. Setiap zikir dan nafasnya mampu didengari Anissa dengan jelas biarpaun berbeza lima tingkat daripada tempat ibunya bersujud waktu itu....

“Astaghfirullhalazim...astaghfirullahalazim....Ya Allah biarpun bukan daripada mulutnya yang melafazkan  istighfar ini, kau terima lah ya Allah kerana akulah yang melahirkan dia..... jika masih belum cukup untuk dia menanggung beban ciptaannya sendiri, kau ambil sahaja pahala di atasa segala amal ibadahku ... aku tahu neraka itu  dasyat tetapi aku tidak sanggup akhiran hidup Anissa hanya terpenjara di dalam neraka. Kasihanilah aku ya Allah ..Kasihanilah anakku... satu -satunya anugerah pemberianmu” sedu tangis Puan hanim semakin kuat. Kesebakannya tidak dapat ditanggung lagi. Maria bangun untuk mendapatkan  Puan Hanim yang longlai di tikar sejadah,.,.,.

“Aunty!!!!!” jerit Maria,. Dia memangku Puan Hanim yang sudah pun pengsan di situ. Tidak bergerak lagi.

                                   ************************

“Ibu....ibu!!!!!!” Anissa menjerit apabila melihat kelibat Puan Hanim yang bertelekung putih berada jauh daripadanya. Tangan Anissa menggapai – gapai penuh harapan. Imej bayangan Puan Hanim semakin menghampirinya tetapi kerana terlalu panas akibat bahang dosa Anissa, Puan Hanim berundur semula dengan air mata yang jatuh membasahi pipinya.

Pandangan sayu ibunya itu membuatkaan Anissa terduduk dan terus menangis. Tangannya masih cuba untuk menyentuh tangan ibunya. Tangan yang mengendongnya semasa kecil, membelai rambutnya ketika berpeluh di panah mentari. Tangan itu juga memasak makanan kegemarannya setiap hari sebelum dia mula menjauhi ibunya yang menjadi pemegang kunci pintu syurganya sendiri.

“Anissa dah sedar ibu!!!! Anissa tahu kini kenapa ibu suruh Anissa menjauhi segala maksiat itu.... Anissa tak mampu melawan kenikmati ciptaan syaitan.... bantu Anissa ibu... Anissa ingin pulang dan hidup bersama ibu”

Pandangan Puan hanim seolah – olah membuatkan Anissa tersedar susuatu. Dia berdiri dan mengesat air matanya.mukanya yang berpeluh – peluh itu sedikit sebanyak mencacatkan kecantikan yang dibanggakannya sebelum ini. wajah Darren yang juga mati semasa kemalangan itu semakin kabur dalam pandangan hati dan matanya. Dia bukanlah lelaki yang beragama islam untuk membimbingku menuju cahaya yang terang.... dia lelaki kafir yang sudah pun membawa aku bersama – samanya menjadi manusia yang mengkhianati tuhanku dan tuhannya sendiri..... aku Anissa Binti Akil hamba Allah yang hina...... Allah tuhanku..... Islam agamakuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!....

Dia mengulang kembali kata – kata ibunya dahulu dengan tangisan...

“Bacalah surah Al. Ikhlas... di situ Anissa boleh temui Allah melalui mata hati Anissa...

“Qul huwallahu Ahad......” surah Al – Ikhlas dibaca dengan suara yang bergetar dan tangisan yang masih belum mampu terhenti. Anissa perlahan – lahan mengangkat wajahnya.. Puan Hanim berlalu dengan senyuman yang masih diiringi dengan tangisan,

“Allah!!!!!!!!!!!!!” Anissa terbangun dari katil dan terbaring  semula. Nafasnya turun naik. Malah lebih laju daripada biasa. Tangan yang koma itu mulai bergerak. Kelopak matanya pula mulai bergerak – gerak.

“Anissa sayang..” panggil Encki Akil. Mata Anissa terbuka sedikit.

“Ya Allah.. Ya Rabbi.. Ya Karim...... segala syukur buatmu maha pencipta,.,... Allah!!” Encik Akil terus bersujud.

Maria yang sedang memangku Puan Hanim terkejut apabila Puan Hanim sudah pun terjaga. Jururawat yang baru sahaja ingin merawat Puan Hanim terhenti tangan mereka daripada menguruskannya.


“Anissa...”

Maria mendapat panggilan telefon daripada Encik Akil dan terus memeluk Puan Hanim. Tersedu – sedan Maria menangis. Sahabat lamanya yang dulu nya bersama – sama ke musollah untuk solat, sama – sama mengutip derma untuk orang miskin dan sama – sama mengaji hingga lewat malam sudah sedar. Doanya, doa Puan Hanim dan semestinya Encik Akil diperkenankan Allah. Maria membisikkan berita gembira itu ke telinga Puan Hanim.

Senyuman Puan Hanim pada waktu itu adalah senyuman terindah pada kaca mata Maria. Dia memimpin Puan Hanim untuk ke tingkat atas. Setibanya Puan Hanim  ke ubun – ubun Anissa, satu kucupan singgah sehinggakan mata yang baru sahaja Anissa buka tadi terpejam semula.

“Selamat kembali sayang....” bisik Puan Hanim ke telinga Anissa.

“Selepas ini ibu berjanji akan memastikan tiada jarak untuk Anissa menjadi Anissa yang lain. Ibu sayangkan Anissa”

Dalam kudrat yang masih lemah, Anissa memeluk Puan Hanim dengan tangis gembira dan penuh keinsafan. Ayahnya juga dipeluk erat. Doktor Hud merangkul kemas pinggang Maria dan mengucup dagu isterinya itu.

“Terima kasih abang kerana berusaha menyelamatkan sahabat Maria..”


“Puji syukur hanya layak dipanjatkan buat Allah yang maha Agung” bisik Doktor Hud ke telinga Maria. Anissa memandang Maria dalam keadaan lemah. Sekuntum senyuman terukir buat sahabat dunia akhirat.

2 comments:

  1. hd: sangat mengkagumkan...sarat dengan nasihat dan ilmu...cerpen yang wat sy baca dan tidak lepas terusan membaca... pertama kali x jumpa typo atau sy tak perasan..... penjiwaan watak yg baik walau tanpa dialog yg banyk..plot ringkas...setiap rgkap tersusun dan tidak melompat2... teruskan menulis... (Y)

    ReplyDelete
  2. uuu...Insaf rasa...tringat masa sakit teruk dulu...bila hilang semua rasa...sampaikan nikmat makan pun hilang...betapa minum air kosong pun pun boleh muntah balik...makanan sedap macamana pun tak mampu nak hadam...betapa jika Allah berkehendak ditariknya semua nikmat dunia ni sekelip mata ja kan...

    ReplyDelete