Wednesday 11 September 2013

dari kerana ainun (last)

Bab 14

Banyak kerenah!. Semua perempuan hamil begitu ke?.... Ahmad termenung sejenak. Dari makan hingga ke tempat tidur semuanya punya pantang. Tak boleh itu dan tak boleh ini. sampai Ahmad nak salin baaju pun kena jauh dari pandangan mata Rat. Katanya macam nak muntah...sampai betul hati!.

“Abang..” rengek Rat. Dia terus mendakap tubuh Ahmad dari arah tepi. Dah tak boleh dari rah hadapan atau pun belakang... banyak road block.

“Hmmm....” jawapan ringkas yang penuh dengan maksud tersirat.

“Jom kita makan jom. Rat buat kat abang bubur kacang!!!!”

Bubur kacang lagi!. Mahu muka anak aku berkacang – kacang nanti..

“Iya...” Ahmad hanya menuruti isterinya. Tangan Rat di pimpin menuruni anak tangga.

Tekak Ahmad mula mengembang saat melihat biji – biji kacang hijau itu timbul di permukaam bubur yang likat itu. sesekali dia menggosok tengkuknya saat melihat Rat dengan begitu berselera menghabiskan bubur kacangnya. Nasib baik lagi dua bulan.. kalau perempuan hamil tempohnya dua tahun.. mahu semua lelaki di daftarkan ke hospital sakit jiwa.. Ahmad membebel di dalam hati.

Redha sajalah....

               ********************************

Lebar betul senyuman Ahmad saat melihat Rat berhias cantik untuknya. Betis yang terdedah membuatkan memorinya berputar kembali. Rat si penggoda!. Rat menghampiri Ahmad dan terus memegang jemari Ahmad dengan wajah yang sayu.

“Sayang... lagi beberapa hari sahaja lagi Rat nak melahirkan zuriat kita” . wajahnya tertunduk buat beberapa ketika.

“Kenapa ni?” Ahmad menyentuh pipi Rat. Situasi menjadi  lebih serius.

“Ampunkan segala dosa isteri abang ini sepanjang menjadi isteri abang. Tidak pernah sempurna menjadi isteri tetapi Rat sempuna menerima cinta dari lelaki yang ikhlas mencintai Rat. Jika ditakdirkan nafas Rat terhenti di saat Rat berjuang........” bibirnya kaku seketika. Mata Ahmad dipandang sayu.

“Janganlah abang berasa sedih kerana abang sudah pun membahagiakan Rat  lebih dari apa yang sepatutnya Rat terima. Didik anak kita menjadi seorang insan yang berguna. Beriman seperti ayahnya.....peramah seperti ayahnya..... penyayang seperti ayahnya. Katakan pada anak kita yang Rat sentiasa menyayangi dia walaupun tidak kelihatan pada matanya. Ceritakan pada dia tentang kebahagiaan kita agar dia tahu ayahnya seorang lelaki dan suami yang hebat” air mata Rat mengalir deras. Dikesatnya dengan jarinya yang runcing. Ahmad kehilangan kata – kata. Seolah –olah rasa ditinggalkan Rat saat itu juga. Terus dia memeluk Rat dan mengucup dahi wanita itu dengan air mata yang turut sama mengalir.

“Jangan biarkan abang hidup sendiri. Tiada wanita yang mampu abang cintai selain sayang.... setiap malam abang berdoa agar sayang selamat bersama anak kita. Jangan diungkit perkara ini. jika ianya terjadi....cinta abang juga pergi bersama sayang. Jangan...jangan...sayang.... abang tak mahu fikirkan ini”

Petang itu esakan mereka berdua bergabung dan air mata bersatu sebagai tanda betapa cinta itu sememangnya ikhlas buat mereka.

                                        *********

Senyap sunyi  suasana di hospital saat menunggu kelahiran bayi Ratu Nur Ainun dan Ahmad Khusyairi. Walid hanya duduk di satu sudut dan mulutnya tidak henti – henti berzikir. Encik Johan dan isteri juga tidak putus – putus berdoa.

“Kuat sayang...kuat” bisik Ahmad ke telinga Rat.

“Allah!!!!!” Rat menggenggam tangan Ahmad sekuat hatinya.

“Lagi Ratu...lagi” arah doktor.

Berkat doa Ahmad siang dan malam, Rat senang melahirkan bayi perempuan mereka. Rat terbaring lemah di katil. Peluhnya dikesat Ahmad dengan senyuman. Kucupan demi kucupan singgah di pipi Rat yang masih pucat itu.

“Kita dapat seorang lagi Rat” bisik Ahmad. Rat membuka matanya. Jari telunjuknya diletak perlahan ke bibir Ahmad.

“Ainun..... ainun tidak mahu puteri kita menjadi tikus” senyum Rat. Ketawa Ahmad ketika itu.

“walaupun tikus... sayang tetap cencorot di hati abang” Ahmad kenyit mata.

Pintu terbuka dan apabila melihat Ahmad mendukung seorang bayi, terus kesunyian tadi bertukar menjadi riuh rendah. Walid tersenyum . dikucupnya dahi cucu sulungnya.

“Perempuan?” soal Encik Johan. Ahmad mengangguk.

“perempuan lagi!. Ingatkan dapat cucu dapat lah merasa bela budak lelaki” gelak encik Johan.

“Kak Umairah nanti dapat baby lelaki kot” senyum Ahmad. Umairah dan tunangnya ketawa besar.

Walid menepuk bahu Ahmad.

“Jadilah ayah yang terbaik. Tidak perlu sempurna kerana sempurna itu hak Allah. Jadi yang sebaik mungkin. selain dia anak kita..dia juga amanah Allah” nasihat walid.

“Ya walid... ayah terbaik seperti mana walid” air mata Ahmad bergenang. Tubuh walid di peluk. Lelaki itu memang seorang lelaki dan ayah yang baik. Dia akan menjadikan lelaki di dalam pelukannya itu sebagai contoh terbaik selepas nabi junjungan.

                                      ************

sesudah 15 hari berpantang.

Ahmad merenung wajah Rat dalam – dalam. yang sedang melipat pakaian Ratu Khadeeja..

“belum masanya sayang” gelak Rat. Sengaja mengangkat sebelah kiri keningnya. Macam tahu – tahu sahaja.... fitrah lelaki!

“bukan dah habis pantang ke?” soal Ahmad. Dicuit – cuitnya pipi Ratu Khadeeja sehingga anaknya itu sedikit menggeliat.

“Janganlah usik dia, abang” marah Rat.

“Usik Ainun boleh?” gelak Ahmad.

“Ainun rela jer”
 Pecah tawa mereka berdua sehingga di tegur oleh Umi Halimah yangberada di bawah. Masuk kali ini dia sudah  datang melawat cucunya buat kali ke empat.

“Amboi, bukan main gelak anak kita ni ye cik besan.... ingat! Baru 15 hari. Duduk jauh – jauh sikit” sengaja dikuatkan suaranya. Fatimah menutup mulutnya dengan buku di tangan.

“Kacau saja. Itulah orang perempuan, tak faham jiwa lelaki” rungut Ahmad perlahan. Dia terus baring di sebelah Ratu Khadeeja.

“Apa yang tak fahamnya sayang?” soal Rat pula. Ahmad tersenyum – senyum memandang Rat.Sudah lama Rat tak memanggilnya begitu.

“Ish... rasa lain pula bila dipanggil sayang” Ahmad menutup wajahnya dengan kain di tepi anaknya.

“Amboi amboi... gatalnya abang ni”

“Apa pula?. Betul apa?. Lelaki perlukan belaian wanita tau. Ni, dah 15 hari abang tak dibelai manja oleh Rat. Abang rasa diketepikan” cebik Ahmad.

Rat menekup mulutnya dengan kedua belah tangan. Dia tersenyum malu.

“Mana boleh..” tangannya mengusap lembut lengan Ahmad.

“Hmmmmm..... dah lama bidadari tak sentuh kulit abang. Masih lembut seperti dulu” kali ini Ahmad pula mengelus lengan dan telapak tangan Rat. Mereka berdua berbalas pandangan. Ratu Khadeeja yang bergerak – gerak tidak menjadi penghalang untuk mata mereka bertentangan.

“Astaghfirullahal azim!!!!!!” jerit Umi Halimah. Dia yang sedang masuk kedalam bilik untuk bermain dengan cucunya bercekak pinggang. Tergamam Ahmad dan Rat.

“Sebab itu Umi tak beri izin Ahmad masuk dalam bilik. Awak tu Ainun....... alahai! Baru lima belas hari sayang. Tak lari si Ahmad ni. Kalau Lari umi tambat dengan pokok kelapa depan tu” kepala Umi Halimah menggeleng beberapa kali.

Malu besar Rat pada waktu itu. Ahmad duduk semula. Dengan senyuman nakal dia mengusik Uminya pula.

“bukan berdosa ke menghalang suami isteri dari berkasih sayang?. Tak baik tau umi....” sengih Ahmad.

“Apa yang berdosanya?. Kalau umi tak masuk tadi, dah jadi satu dosa. Haram tahu tak” umi menampar lembut paha Rat.

“Ala... itu kami tahu Umi. Mana boleh masa ni. Haram. Kami cuba berkasih sayang melalui renungan saja. Itu pun nak marah..”
Akhirnya Umi Halimah ketawa besar.

“Serupa macam walid kamu dulu!” kata – kata Umi membuatkan pasangan suami isteri itu terperanjat besar.

“Apa?!!!!”

Umi Halimah gelak.

“Ya... dulu walid pun muda.sekarang saja iman kental macam tepung jagung kena air. Kalau tak dulu hmmmmmmm” Umi Halimah mengangkat tubuh kecil Ratu Khadeeja untuk di bawa keluar dari bilik.

“Ahmad..... keluar! Bagi ainun rehat cukup – cukup” jelingan Umi Halimah difahami oleh Ahmad dan kakinya turut sama mengiringi langkah Umi Halimah. Rat tersenyum....

Abang tak kuat godaan!!!.

                                *******************

Tubuh Rat kembali langsing seperti dahulu. Wajahnya juga surah berseri. Ahmad tidak habis – habis merenung Rat.

“Ainun cantik” bisik Ahmad.

Ainun yang sedang mendodoikan Ratu Khadeeja tidir menjeling tajam.

“Jangan nak gatal ya abang... ingat tak sakit ke bersalin?”
Ahmad mencebik. Sesekali matanya masih mencuri pandang wajah bersih Rat.

“Cakap cantik je bukannya apa!. Itu pun nak bagitahu sakit segala” gumam Ahmad. Hatinya diundang rajuk lalu dia bingkas bangkit dari katil.

“jangan tanya abang mana abang pergi lepas ni” sengajaa mahu dipujuk isteri. Kakinya masih belum pun  berganjak. Nampak sangat!.

“Laa... merajuk pula abang ni” lantas tangan Ahmad ditarik perlahan agar mendekatinya. Ahmad berpaling ke arah lain. Mahu tergelak pula Rat waktu itu. sejak akhir – akhir ini Ahmad selalu sahaja merajuk. Mahu atau tidak, terpaksa jugalah dilayan suami yang mengada – ngadanya bertambah 100 peratus.

Selepas di pujuk Rat baruah Ahmad kebali ketawa. Kalau ikut hati mahu sahaja Rat cubit Si Ahmad ni sampai lebam – lebam. Nasib baik dia aah yang baik. Rajin memandikan Ratu Khadeeja dan bermain – main dengan anaknya apabila Rat menguruskan rumah.

Namun begitu, Rat senang apabila Ahmad semakin manja dengannya. Yang peliknya, kini Ahmad yang seringkali menggoda Rat. Bila nak tidur mesti disemburkan haruman kegemaran Rat ke tubuhnya. Nak masuk tidur pun bersiap macam nak pergi temujanji. Renungan mata tak usah cerita. Kalau punya petir disetiap renungannya itu sudah pasti Rat rentung hari – hari.

Kehidupan rat semakin bahagia apatah lagi dengan telatah Ratu Khadeeja yang sentiasa mencuit hati. Ahmad menjadi raja cinta jiwanya. Lelaki itu sentiasa menjadikan dia Ratu di hatinya. Sesungguhnya memilih lelaki yang baik imannya akan membawa seribu rahmat di dalam kehidupan kerana lelaki seperti itu adalah khalifah yang sebenar – benarnya di dalam rumahtangga.

                                        ***********

“Ainun..sayang..” bisik Ahmad. Tangannya memeluk pinggang Rat agar lebih rapat dengannya.

“Ya sayang” senyum Rat. Dia menoleh sebentar ke belakang. Melihatkan Ratu Khadeeja sudah pun nyenyak tidur kerana terlalu banyak bermain tadi, Rat terus memusingkan tubuhnya. Satu dakapan ebih erat diberikan buat Ahmad.

Angin yang bertiup kencang di kawasan pantai yang mendamaikan itu membuatkan hati Rat diusik rasa pilu.

Tangan Ahmad digenggam erat. Matanya berkalih pandang pada mata redup Ahmad yang sedari tadi merenungnya.

“abang telah memberikan segala apa yang dinamakan bahagia buat diri Ainun. Tidak pernah Ainun terfikir yang Ainun akan dianugerahkan Allah seorang suami sebaik dan sehebat ini. bimbinglah Ainun dan anak – anak kita setiap masa agar kita sentiasa bersama hingga ke syurga”

Kening Ahmad berkerut.

“Anak – anak?”

Rat senyum lebar sambil mengangguk.

“Khadeeja bakal dapat adik!!!” gelak Rat.

“ha!!! Khadeeja baru tujuh bulan!!!!.. cepatnya!!!” muka Ahmad berubah. Rat menggigit bibirnya. Geram!

“Habis tu! Kalau tak nak ramai  anak, janganlah goda Ainun hari – hari!!!!!” Rat terus keluar dari bilik resort. Ahmad terduduk. Dia bukan tak gembira tetapi terlalu terkejut. dia menoleh ke arah Ratu Khadeeja dan akhirnya tersenyum bangga.

“mama mengaku juga yang dia tergoda dengan ayah kehkehekhekhekhek” Ahmad gelak besar.

Apapun baginya, dia kini lebih menggoda.... perasan betul Ahmad ni!

                    ******tamat****
  

5 comments:

  1. peh akhirnya tikus dah ditawan..huhuhu best berjuta kali...

    ReplyDelete
  2. Akhirnya....tamat juga cerita si rat nie....best best best...

    ReplyDelete
  3. Hd- road block..hemm...metafora moden...thanks lahir kisah menarik.. Terbaekkkkkk

    ReplyDelete
  4. best cerita ni.... ada pengajaran untuk kita disamping itu kita tergelak dgn sikap ainun dan ahmad ni... sweet couple....

    ReplyDelete
  5. Best la... ada banyak pengajaran berguna....

    ReplyDelete