Saturday 5 May 2012

bab 7 (cinta sos dan kicap)

  Sudah dua hari Amri tidak datang kerja. Suraya mula tertanya - tanya. Nak tanya Fatin, bimbang dia akan salah sangka. Suraya tidak senang duduk. Dia berulang alik ke sana ke mari.
  "kau kenapa?," soal Hashim, pembantu akaun yang amat serius ketika bekerja.
  'Kenapa kicap.. eh.. Amri tak datang. Banyak dokumen ni" Suraya membuat helah.
  "Kan Saiful ada. Syarikat kita ni ada dua despatch sayang oiii... Kau ni rindu kat dia ke?," soalan Hashim itu membuatkan Suraya terhenti melangkah.
   "mana ada!. Buat apa aku nak rindu si kicap tu?" Suraya terus balik ke tempatnya. Azhar keluar mendapatkan Suraya.
   "ke mana awak pergi Suraya?," soal Azhar. Suraya tidak menjawab.
   "Ikut saya. Ada meeting dengan pengilang. Ada sedikit masalah di sana,". Suraya terdiam. kalau ikut dia, siapa yang nak uruskan segala urusan di pejabat. Azhar yang faham akan kekeliruan Suraya hanya tersenyum simpul.
   "Itu saya dah serahkan pada Kila. Awak tak perlu risau,". Suraya mengangguk dan mencapai beg tangannya. Suraya menaiki kereta mewah Azhar. Dia agak tidak selesa kerana tidak biasa berdua - duaan begini.
    "Saya suka awak," terpacul kata - kata itu dari mulut Azhar. Suraya tergamam. Azhar memandangnya seketika.
    "Saya cuma pekerja Encik Azhar,"
    "Selepas ini saya akan  jadikan awak kekasih saya. Ada undang - undang yang melarang pekerja dan majikan berkahwin?," terang Azhar. Berkahwin?.. Suraya menelan air liur.
    "Saya akan sentiasa menjaga awak bagai menatang minyak yang penuh," senyum Azhar. Kali ini Suraya tidak mampu bersuara. pertama kali dalam hidupnya bertemu dengan lelaki yang berterus - terang seperti Azhar. Ada sedikit rasa bangga di dalam hatinya. Sampai sahaja di kilang tersebut, Suraya menemani Azhar sepanjang mesyuarat di jalankan.

   Setelah beberapa jam keluar bermesyuarat bersama Azhar, Suraya masuk ke dalam pejabat. Terkejut melihat Amri ada di mejanya. Suraya hanya memandang. Hatinya merasa gembira apabila melihat Amri di situ. Amri memandangnya.
   "kau nak apa sos?," soalan Amri itu membuatkan Suraya tersenyum.
   "Sibuklah. Macam mahal sangat sahaja muka kau tu," cebik Suraya. Kali ini Amri ketawa kecil. Hmm... manis sungguh dia bila tersenyum, bisik hati kecil Suraya. Langkahnya di atur menuju ke arah Amri dan sampai sahaja di situ seseorang datang menghulurkan jambangan bunga yang cantik kepada Suraya. Azhar tersenyum menanti Suraya mengambil bunga daripadanya.
   "Apa ni Encik Azhar?," soal Suraya keliru.
   "Bunga yang cantik untuk wanita secantik Suraya," kata Azhar. Amri hanya memandang. Tidak berkata - kata. Suraya memandang Amri.
    "Hmm..Hmm... aku pergi dulu Fatin," jerit Amri dan terus keluar. Fatin yang sedang leka menyemak dokumen terkejut. Tidak tahu apa - apa. Suraya mengambil bunga itu. Azhar berasa gembira dan terus masuk ke dalam biliknya. Syasya menghampiri Suraya. Dibelek - beleknya bunga yang berharga ratusan ringgit itu.
    "Wah.... untunglah kau Su," kata Syasya. Suraya tersenyum tetapi bola matanya asyik memandang pintu yang telah di buka oleh Amri sebentar tadi.

                     *******************************************************

   "Kau ke mana cuti hari tu?" soal Fatin.
   "Kenapa?. Aku ada hal sedikit," jawab Amri yang sedang mengacau air di pantry.
   "Kau tahu tak Encik Azhar sedang memikat Suraya?," soal Fatin bertalu - talu.
   "Biarlah....," jawab Amri dan duduk di sebelah Fatin.
   "Suraya suka ke?," soal Amri semula. Fatin menjungkitkan bahunya. Perbualan mereka terhenti apabila Suraya muncul di hadapan mereka.
    "Ha kicap!... Seronok bercuti?," soal Suraya. Amri tersenyum kelat.
    'Aku seronok kau tak ada. Aman dunia aku," gurau Suraya.
    'esok kalau aku mati nampaknya kaulah orang paling gembira," kata Amri dan terus bangun dan mahu keluar. Suraya menarik tangan Amri apabila Amri melintasinya. Amri memandang tangan Suraya dan kemudian memandang wajah Suraya.
    "Aku bergurau sahaja. Tak sangka kicap pun tahu marah," Suraya mengenyit mata.
   "Tak seksi pun," balas Amri. Kali ini Suraya memegang sebelah lagi tangan Amri. Jantung Amri berdegup kencang. Hatinya berdebar - debar.
     "jangan goda aku sos..," kata Amri. Suraya tersenyum melihat wajah Amri yang sudah merah padam. Suraya masih menggenggam jari jemari Amri dengan kuat. Fatin ketawa besar.
     "mesti jantung kau berdebarkan. Di sentuh wanita secantik aku," Suraya terus mengusik. Amri melepaskan tangan Suraya dan mendekatkan wajahnya di telinga Suraya. Meraka terlalu dekat. kali ini jantung Suraya berdegup kencang. dadanya berombak. Amri yang sedar akan itu tersenyum lebar. Kali ini tangannya menyentuh pipi Suraya yang licin.
    "Berdegup tak jantung awak, sayang?," soal Amri dan terus pergi. Suraya terduduk.Fatin apa lagi?... ketawa sepuas - puasnya. Suraya masih berdebar - debar. Tidak pernah di rasakan dbaran seperti itu. Fatin menghampiri Suraya.
   "Dah kena kejutan elektrik, ya?," kata Fatin dan terus berlalu dengan ketawa yang berdekah - dekah. Suraya tidak berkata apa apa. Masih duduk di tempat tadi. Beberapa ketika kemudian Suraya keluar. Amri buat tidak tahu. Kali ini Suraya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjanya. Otaknya ligat memusing balik  memori yang telah berlaku di pantry tadi. Suraya malu mahu memandang wajah Amri.

     "Kita tunggu Amri. Hari ini aku kena belanja makan," kata Syasya. Suraya menjadi malu. Peristiwa pagi tadi membuatkan hatinya bergelora. Apabila melihat Amri datang ke arah mereka, Suraya mahu bangun dan pergi tetapi di tahan oleh Fatin.
    "Alah... buat tidak tahu sahaja. Kau juga yang mula dulu,"kata Fatin. Suraya duduk kembali.
Fatin menggamit - gamit Syasya supaya duduk di sebelahnya. Syasya hanya menuruti. Amri yang baru tiba terus duduk di sebelah Suraya. Kali ini jantung Suraya bagai mahu meletup. Haruman yang di pakai Amri membuatkan Suraya bertambah tidak tentu arah.
    "kau ni kenapa?. Parkinson?," soal Amri. Suraya menggeleng. Suraya ingin bangun . Dia tidak tahu kenapa dengan dirinya.
    "Duduklah!," marah Fatin. Suraya mahu duduk kembali tetapi dia tidak perasan kerusinya sudah bergenjak. Mujur Amri sempat menariknya. Suraya duduk benar - benar di atas ribaan Amri. Fatin dan Syasya tersengih - sengih. Suraya memandang Amri. Dua - dua terdiam dan memandang sesama sendiri. Amri yang sedar diperhatikan terus bersuara.
    "Sos... penyek paha aku. Berat kau ni,"
    "Siapa suruh letak aku dekat paha engkau?," marah Suraya.
    "Nanti kalau sayang jatuh, abang Am juga yang susah. Kena dukung pergi hospital," gurau Amri. Suraya geram. Di pukulnya Amri dengan dompet. Fatin dan Syasya menggeleng. Suraya banyak diam. malu terkenangkan peristiwa tadi. Amri tidak habis - habis terseyum.
   

No comments:

Post a Comment