MENGEMOP
lantai memang memenatkan. Gunalah mop secanggih mana pun, pinggangnya pasti
sakit. Tak tergamak mahu membiarkan Kak Hasnah terbongkok – bongkok mengemop
lantai ruang tamu yang besar itu. Iyalah... besarnya mengalahkan rumah Is
sendiri. Tekaknya sedikit dahaga dan batang mop terus disandarkan ke tepi peti
ais. Mug milik Tuan Danial diambil dan diisi dengan air sejuk. Lega sungguh. Is
memandang Kak Hasnah yang membulatkan matanya sambil memandang mug di tangan
Is.
“Apanya yang bulat sangat mata Kak Hasnah
tu?. Sejak Is ke sini dah dekat sepuluh kali Is nampak mata Kak Hasnah begitu.
Jangan kak... nanti besar tak boleh tutup – tutup, tak ke haru biru nanti?” sengih Is. Kak
Hasnah memuncungkan pula mulutnya. Is bantai gelak.
“Akak cuba tengok muka akak dekat cermin
tu. Dahlah mata jadi bulat, mulut muncung pula macam tu, dah rupa minah gatal
minta cium free je” mengekek Is
ketawa. Mug yang masih di tangan disuakan ke mulutnya sekali lagi.
“Esok saya nak Kak Hasnah jangan hidang
mug saya lagi. Nanti saya beli yang baru” suara yang tiba – tiba menerpa
penjuru telinga Is membuatkan mug itu beralih tangan. Is melintasi Tuan Danial.
“Macamlah mug dia tu hebat sangat” sempat
lagi dia bersungut dan belum pun sempat dia jauh, kakinya tersadung batang mop yang kebetulan
jatuh melintang sebelum dia pergi. Mujur Tuan Danial sempat menarik leher
bajunya daripada belakang. Is memegang lehernya yang hampir tercekik. Mulutnya
sudah pun ternganga kerana menahan kesakitan akibat dijerut dengan leher
bajunya sendiri.
“Tuan Danial cekik saya kenapa?”
“Ok... saya tolak awak semula”
“Ni dah macam mengambil kesempatan supaya
pembunuhan ini nampak seperti pembunuhan tanpa niat. Tuan Danial terlepaslah
kan?. Jangan ingat saya boleh diamkan kalau saya mati. Saya jadi hantu cekik
Tuan Danial sampai kiok” terjegil
biji matanya memandang wajah Tuan Danial.
“Orang lain mati nak masuk syurga. Awak
mati nak jadi hantu?. Ha... baguslah kalau bahagia jadi ahli neraka sebab saya
tak pernah dengar hantu masuk syurga. Jadi kalau awak mati tak payahlah susah –
susah saya nak buat tahlil. Awak sendiri yang tak nak ditempatkan di kalangan
orang yang beriman. Awak nak jadi hantu!” sinis sekali kata – kata Tuan Danial
hingga kepala yang tidak gatal pun Is garu.
“Danial... kenapa kata dekat Is begitu?”
Tuan Hashim bersuara daripada belakang. Segera perbalahan tadi dihentikan. Tuan
Danial keluar untuk terus ke pejabat. Tuan Hashim senyum lebar melihat Is yang
sedikit keliru dengan kata – katanya sendiri tadi.
‘Ish... tak mahu aku jadi hantu. Aku nak masuk syurga’ dia
menggeleng kepala dan masuk ke dalam biliknya. Tuan Hashim dan Kak Hasnah
berpandangan sesama sendiri dan teersenyum malu. Ada garis ceria pada senyuman
Tuan Hashim setiap kali memandang Kak
Hasnah...senyuman penuh makna
KERETA
yang baru sahaja dicuci di lap dengan kain bersih, getah paip yang panjang itu
di campak ke tepi. Memang Tuan Danial gemar membelai keretanya. Rasa puas cuci
sendiri tetapi kalau dia sibuk,dia akan menghantar keretanya ke car wash centre sahaja. Is yang sedang
mengemas ruang tamu sekali sekala mengintai anak teruna Tuan Hashim itu di
sebalik tingkap yang ditutupi langsir.
Kain lap di tangan Tuan Danial terjatuh
dan dia membongkok untuk mengambilnya. Sebaik sahaja Tuan Danial melangkah,
kakinya tersadung getah paip yang dicampaknya tadi. Tuan Danial jatuh dan nasib
baik tangannya sempat menahan tubuhnya daripada jatuh tersembam.
Is terpaksa menahan tawa. Lelaki yang
nampak hebat dan maskulin pun kalau jatuh tetap buruk rupanya!. Is berlari ke
dapur apabila Tuan Danial mahu masuk ke dalam rumah. Tawanya meletus sebaik
sahaja masuk ke dalam tandas. Padan muka kau, Tuan Danial!.
Tuan Danial masuk ke dalam rumah dan terus mengambil suratkhabar untuk dibacanya. Tuan
Hashim sudah pun keluar pagi – pagi lagi. Is yang sedang menyusun pinggan untuk
Tuan Danialnya makan tengahari mula bercerita dengan Kak Hasnah.
“Kak Hasnah tahu tak?” Is mula bercerita.
Tuan Danial mula pasang telinga. Mata sahaja memandang suratkhabar tetapi dia
lebih berminat mendengar cerita Is.
“Tak tahu” jawab Kak Hasnah dengan jujur.
“La... memanglah tak tahu sebab kalau akak
tahu buat apa saya cerita?” Is geleng kepala
“Siapa suruh tanya?. Bila Kak Hasnah jawab
kata macam tu pula. Kak Hasnah nak Danial halang dia daripada kacau akak ke?” Tuan
Danial menyampuk. Suratkhabar di tangan masih diangkat dan dibaca.
“Kak Hasnah tahu tak... tadi Tuan Danial
jatuh tersungkur terlanggar getah paip depan rumah. Punyalah kelakar muka dia.
Donald duck pun tak mengaku sedara sedarah lah!” sengaja dikuatkan suaranya.
Suratkhabar yang sedikit rendah itu ditinggikan dan hampir ke wajahnya. ‘Kurang
asam!. Nampak pula dia’ geram Tuan Danial.
“Tak sangka pula awak selalu intai saya”
balas Tuan Danial. Erk... Is masuk
dalam jerat sendiri. Is yang tahu dia
sedang direnung tajam oleh Tuan Danial membelakangkan Tuan Danial untuk
mengemas meja makan.
“Saya tak kisah, tapi jangan sampai
tergoda dengan saya sudahlah. Saya takut awak buat apa – apa kat saya nanti.
Maklumlah, muka saya jadi Donald duck pun awak teliti ini kan pula benda lain”
sengih Tuan Danial. Suratkhabar diletak ke sisi. Sengaja dia menyengetkan badan
sambil merenung Is yang sudah pun memandangnya.
“Nampak garfu ni, cucuk kang!” garfu
diangkat.
“Apa – apalah Is oi. Cuma nak ingatkan ,
tak baik intai anak teruna orang balik langsir macam tadi. Siap sengih –
sengih. Suka ye tengok saya tertonggeng – tonggeng basuh kereta”
“Danial!!!!!!!!” jerit Is. Kali ini dia
sudah mendapatkan Danial yang masih di sofa dan merenungnya.
“Malulah tu, itulah orang tak kenakan, nak
mulakan dulu. sekarang siapa malu?. Saya nampak awak melalui cermin kereta saya
tau. Senyuman... menakutkan!” Tuan Danial sengaja menambah perisa. Kak Hasnah
gelak besar.
“Kak Hasnah tahu tak, tu belum dia menahan
jerit sebab teruja tengok saya dengan kacaknya mengelap kereta. siap gigit
dinding dengan cermin tingkap lagi!” makin berasap telinga Is mendengar fitnah
terang – terangan itu. Is sudah tak tahu nak buat apa lantas dipandangnya garfu
di tangan. Dicucuknya bahu Tuan Danial dengan garfu. Walaupun tak kuat mana
namun masih terasa sakitnya.
“cucuk saya dengan garfu buat apa?” marah
Tuan Danial.
“Diamlah...” Is masuk ke dalam dapur. Kak
Hasnah sampai terhenjut – henjut bahunya ketawa. Tuan Danial nai ke biliknya
untuk mandi sebelum makan tengahari. Dalam pada dia mahu ke tingkat atas pun
sempat lagi dia menyanyi mengikut iramanya sendiri.
“Oh Danial... kamu seksi kamu menawan,
Hati Is kini tertawan... aduhhhh... tak tahan
lagi!!”
“Diamlah Donald Danial!!!!!”. Tuan Danial
ketawa besar. Lantaklah Is, nak menjerit ke histeria ke... janji aku menang.
KAWAN
– kawan Tuan Danial datang ke rumah. Kawan – kawan lelakinya tak banyak
kerenah. Mereka makan dan minum apa sahaja yang dihidangkan tidak seperti kawan
– kawan perempuannya. Tak nak banyak minyak takut gemuklah. Nak yang lebih
itulah inilah. Naik gila Kak Hasnah nak melayan. Hilang sabar Is apabila melihat Kak Hasnah
terlari – lari nak menghantar fresh orange permintaan kawan perempuan yang tak
ingin pun is tahu namanya. Is mengambil gelas terakhir pada tangan kak Hasnah
dan dia sendiri ke ruang tamu. Beberapa orang kawan lelaki Danial tersenyum.
Tak sangka pembantu rumah Tuan Danial secantik ini.
“Siapa nak air ni tadi?” soal Is
“I” perempuan yang tudungnya setinggi busut
di tanah menjawab dengan wajah yang mencuka. Marah kerana lambat agaknya.
“Ini rumah ye, bukan hotel atau restoran. Apa yang
kami hidang silalah makan. Kalau tak puas hati, buat sendiri kat dapur. Kasihanlah
kat Kak Hasnah tu” Is terus pergi. Tuan Danial yang mendengarnya terus mengekori
Is ke dapur.
“Suka hati awak sahaja cakap macam tu pada tetamu,
Is?”
“Habis, ingat saya suka sangat nak layan
kawan- kawan perempuan Tuan Danial yang tak nak makan ini tak nak makan itu
tu?. Suruh diorang buat sendiri. Kak Hasnah bukan orang gaji diorang. Apa yang
kami hidangkan makan sahaja dan jangan banyak cakap. Saya banyak lagi kerja
lain nak buat. Kalau banyak cakap sangat... ni, saya lumur kereta Tuan Danial
dengan belacan ni nanti. Sudah kak... masuk dapur balik. Tak payah nak layan” tangan Kak Hasnah ditarik masuk ke
dalam dapur. Tuan Danial senyum. ‘Eh, aku mengamuk bagai nak gila boleh pula
dia senyum macam tu!’ mata Is mula menjeling tajam. Belacan yang dipegaang tadi
dimasukkan ke dalam peti sejuk.
“Awak tahu tak yang awak nampak comel bila
marah. Dengan hidung – hidung jadi merah. Saya masukkan awak dalam persatuan
badut sedunia nak?” masih lagi tersenyum lucu. Kak Hasnah menggarau – garu
kepalanya.
“Memang tak boleh buat laki!” balas
“Ada saya kata nak buat awak jadi bini
saya ke?”
Is merenung tajam wajah
Tuan Danial yang masih nampak macam tak bersalah.
“Danial!!!... Ai dah sampai” jerit Ihsan.
Mata Is terbeliak. Cepat – cepat dia ke ruang tamu. Dah agak dah!!!.
“Hei Tengku... juh!” terpaksa Ai menukar
perkataan yang sepatutnya apabila melihat mata Is membulat dengan bibir yang
digetapkan.
“Tengku mana ni Ai?” soal Tuan Danial.
sesekali dia mengalihkan pandangannya pada Is.
“Ni siapa?” amboi Ai... pandai betul dia.
Boleh pula tanya siapa Is walhal kawan rapat sendiri. Baru Is ingat yang dia
belum beritahu lagi dua orang teman rapatnya mengenai projek terbarunya di
rumah Tuan Danial Bin Tuan Hashim ni. Kalaulah dia tahu Ai kenal, tak payah
susah – susah nak jadi orang gaji segala.
“Pembantu rumah aku” jawab Danial sambil
melabuhkan punggungnya.
“Pembantu rumah?. Budak ni?” Ai menggeleng
kepala.
“Ye lah. Kenapa?” pelik pula Tuan Danial
dengan soalan – soalan Ai.
“Aku nak tumpang tandas sekejap. Hmm...
cik adik boleh tunjukkan?” soal Ai. Senyuman terpaksa ditahannya apabila
memandang renungan Is. ‘memang minta kena hempuk agaknya Si Ai ni’.
Tangan Is ditarik jauh ke dapur. Ai ketawa
sambil menepuk – nepuk bahu Is. Tak sangka sungguh dia akan berjumpa dengan
anak Tengku Khalil di rumah Tuan Danial sebagai pembantu rumah. Pandai ke Is
masak?. Jangan kena keracunan makanan sudah!.
“Gelak!gelak!” marah Is. Baju Is ditelek
Ai dengan senyuman yang lebih lebar.
“Aku confirm
ni baju Hatta!” bertambah galak dia ketawa.
“Nasib baik aku tak jadi nak mengurat Hatta
dulu. tak sanggup aku dapat kakak ipar macam kau. Dah... aku faham tugas aku.
aku tak kenallah konon – kononnya?” soalan Ai dijawab dengan anggukan.
“Kalau aku ikut ...aku dapat apa
Tengkujuh?” tawa Ai makin meleret. Terus Is mendebik Ai hingga kawan rapatnya
itu berlari keluar. ‘Ha... rasakan!. Gelakkan aku lagi!”.
Semua kawan – kawan Tuan Danial sudah pun
pulang ke rumah termasuk Ai. Is pasti
selepas ini Ina juga akan turut mengetahuinya.
TENGKU
Khalil dijemput untuk menghadiri majlis kesyukuran di rumah Tuan Danial. Is
yang langsung tidak mengetahuinya hanya sibuk menyusun pinggan di bawah khemah sehinggalah
dia dipanggil Tuan Hashim untuk bertemu dengan Tengku Khalil dan Tengku Hatta.
Macam nak pengsan sahaja apabila melihat
senyuman Tengku Hatta. ‘Papa datang buat apa?. Alamak kantoi habislah anakmu
ini papa. Lagi – lagi bawa Si Hatta tu. Punah!’ Is berdiri dan tersenyum malu
seperti tidak mengenali Tengku Khalil.
“Khalil... ini anak angkat saya. Cantik
kan?. Is, kenalkan Tengku Khalil dan Tengku Hatta” Tuan Hashim memperkenalkan
Is pada ‘keluarga’nya sendiri. Is mengucup tangan papanya.
“Uncle Khalil sihat?” soal Is. Tuan Hashim
berdehem dan tersenyum memandang Tengku Khalil. Papanya senyum dan mengangguk.
‘Nasib baik Is ada misi penting, kalau tidak memang papa cubit kamu sebab
panggil papa ni uncle’ Tengku Khalil mahu tergelak pun ada sebenarnya.Tiba –
tiba Tengku Hatta menarik tangan Is dan mengucupnya. Cara mengucup tangan Is tu
macam orang nak mengurat sahaja. Terjegil mata Is. Tuan Danial memalingkan
wajahnya ke arah lain dan Tuan Hashim menyedarinya. Dia mengenyit mata ke arah
Tengku Khalil.
“Kau nak akak hempuk kau dengan pinggan
atas meja tu?” bisik Is. Tengku Hatta buat tak dengar. Masih marah kerana Is mengambil
bajunya tanpa izin.
Tengku Hatta dan Tengku Khalil sudah pun
masuk ke dalam rumah. Begitu juga dengan Tuan Hashim.
“Sukalah sangat kan, tangan tu kena cium
dengan Tengku Hatta yang budget handsome
tu?” sinis soalan Tuan Danial. Is menoleh. ‘Aish...
macam cemburu je.Aku suka aku suka...’. Is tersenyum panjang.
“Tak payah nak senyum sangatlah” Tuan
Danial beredar.
“Cemburu lah tu!” jerit Is dengan kuat
sekali hingga semua tetamu yang masih berada di luar memandangnya dan Tuan Danial
silih berganti.
“Tak kuasa nak cemburu. Otak tak centre,
dah rebus tak masak – masak” jawab Tuan Danial dan terus masuk ke dalam
rumahnya. Kak Hasnah gelak besar. Dia mencuit lengan Is.
“Memang dia cemburu”
“Comel je dia cemburu kan kan kan?”
Kak Hasnah cepat – cepat mengangguk. Indahnya malam itu. ‘Hai Hatta...
ada gunanya juga kau ni!’. Tiba – tiba rasa beruntung pula dapat adik macam Tengku
Hatta.
Semuanya berjalan dengan baik dan Tuan Danial pun
tak lama di situ. Habis sahaja majlis kesyukuran dia terus keluar. Is mengeluh.
“Hattalah
ni!. Aku balik siap. Memang aku seligi budak tu!” kain buruk di letak di dapur dan
Is membantu Kak Hasnah mengemas dapur sehinggalah pukul 12 tengah malam. Tuan Danial
pulang tetapi terus naik ke biliknya. Tidak berkata sepatah apa pun pada Is. Pada
waktu itu geram Is pada Tengku Hatta semakin menggunung. ‘Siap kau, budak bisul!’.
BEST.
ReplyDeleteMakin menarik..cemburu ek tuan danial ;-)
ReplyDeletesuka... menarikkk the boommm....
ReplyDeletemuchas gracias Iza
Bestnya
ReplyDeleteHahaha kesian tuan danial 😂😂
ReplyDeleteBest
ReplyDelete