Bila rasya dan reanz shopping!
Satu persatu tin minuman
di masukkan ke dalam troli. Reanz hanya memerhatikannya sahaja segala tingkah
laku dan pilihan Rasya. Banyak benar makanan segera yang di ambilnya. Makanan
seperti ini pasti akan menjejaskan kesihatan Rasya jika diambil secara
berterusan. Sewaktu Rasya leka memilih barang yang lain, Reanz perlahan – lahan
memulangkan semula beberapa tin makanan segera ke tempat lain.
“Abang... nak Rasya masak
sphageti?” soal Rasya manja. Lengan Reanz dipaut. Kali ini Reanz mati kutu.
Macam mana nak pulangkan barang lain kalau Rasya asyik memaut lengannya
sepanjang masa?.
“Abang boleh masak
semuanya sendiri kan... sayang lupa ya yang abang ni tukang masak?” reanz
mengenyit mata. Kepala Rasya terlentok pula di bahunya. Tiba – tiba Rasya
berhenti melangkah. Dia seolah – olah mencari sesuatu di dalam troli.
“Mana semua makanan
Rasya?” muka comel itu mula mencuka. Reanz menggaru – garu kepalanya dan
mengambil sedikit masa untuk menjawab soalan Rasya tadi. Dia menoleh kiri dan
kanan sebelum memegang kedua belah bahu Rasya.
“Abang tak mahu Rasya
makan benda bukan – bukan. Tak elokkan?. Nanti sakit” dagu Rasya dicubit
sedikit. Cuba untuk memujuk isteri yang sudah pun kelihatan tanda – tanda
rajuknya. Rasya diam dan terus menonong ke hadapan tanpa memandang Reanz di
belakang. Jadi serba salah pula Reanz waktu itu. Di ambilnya semula makanan
segera itu dan dimasukkan ke dalam troli. Rasya senyum.
“Hmmm.. kicap ni Rasya suka.
Kita beli ya?” soal Rasya. Reanz mengangguk.
Rasya berjalan ke hadapan lagi. Kali ini tiba di tempat barangan
penjagaan diri. Rasya sememangnya seorang yang sangat simple. Apa sahaja boleh
dipakainya tidak seperti Reanz yang agak cerewet dengan setiap barangan yang
dibelinya. Bagi Reanz kualiti itu lebih penting tetapi tidak pada Rasya. Dia
memegang sebotol syampoo yang sedang dipromosi. Murah dan besar.
“kita beli yang ini.
murahlah abang” bersungguh – sungguh Rasya memjuk Reanz. Kali ini Reanz rasa
dia perlu bersuara. Syampoo yang dibelinya selama ini adalah syampoo yang mahal
tetapi lihatlah kesan pada rambutnya. Reanz mengikutkan sahaja sedangkan di
rumah masih banyak lagi syampoo .
Sewaktu rasya sedang
membelek sudip di tempat peralatan dapur, Reanz tidak muncul – muncul sedangkan
tadi dia di belakang rasya. Dengan tidak sedap hati, Rasya berpatah balik.
Angin cemburunya datang apabila promoter barangan elektrik yang sangat cantik
sedang menerangkan sesuatu kepada Reanz yang sedari tadi asyik tersenyum.
Langkah kakinya yang semakin laju menghampiri Reanz membuatkan suaminya itu
menyedari sesuatu. Dia dapat rasakan angin cemburu Rasya mengelilinginya.
“Jual cerek elektrik”
kata Reanz ringkas. Tanpa banyak cakap, Rasya terus menarik tangan Reanz agar
terus keluar dari situ. Tiada sepatah perkataan pun yang terbit dari bibir
comel itu sehinggalah mereka masuk ke dalam kereta.
“Panas..... panas... ada
orang cemburu” perli Reanz. Satu tamparan yang kuat hinggap ke lengannya.
“Pantang promoter
cantik... berhenti sahaja” jelingan Rasya menambah rasa lucu di hati Reanz.
“Pantang nampak syampoo
murah, nak beli sahaja” ejek Reanz pula. Tiada balasan. Reanz juga malas mahu
bertekak. Kadang – kadang Rasya ni boleh tahan juga anginnya. Lebih baik dia
diam. Mereka pulang ke rumah tanpa gelak tawa seperti selalu.
*****************
Hati reanz sedikit tidak
enak. Selalunya Rasya akan memeluknya setelah pulang membeli barang keperluan
tetapi kali ini tidak. Rasya terus masuk ke dalam bilik dan menyimpan beg tangannya di dalam
almari. Reanz mendekatinya dan terus memeluk tubuh langsing itu dengan
senyuman. Dia angkat sedikit tubuh Rasya dan di goyang kiri dan kanan. Rasya
menhan tawa.
“Abang rasa tak nak
lepaskan sayanglah” ujar Reanz.
“nak pujuklah tu”
“Ishhh... bukan pujuk
tapi nak elakkn diri dari ditendang dari bilik masa tidur nanti” rajuk Reanz
pula.
“Alalalala.... “ Rasya
memusingkan tubuhnya agar menghadap Rean. Bibir Reanz disentuh dan matanya
tertumpu di situ.
“Mana boleh tendang,
berdosa” senyum Rasya pula.
“Kalau tak tendang....”
soal Reanz. Rasya ketawa. Matanya sempat mengerling tingkap. Langsirnya tertutup.
“peluklah!!!!!” jerit
Rasya dan terus memeluk Reanz dengan kuat. Dia ingat Reanz akan meronta – ronta
untuk dilepaskan tetapi dia silap, Reanz lebih cepat mendukungnya ke atas
katil.
“Belum mandi” dada Reanz
ditolak manja.
“Tak payah...” Reanz
angkat kening lebih dari dua tiga kali.
“Tapi....” Rasya
menggigit bibirnya sambil mengenyit mata pula.
“Apa?.. terang?...kejap”
Reanz bingkas bangun tetapi tangannya ditarik manja oleh Rasya. Kembang semangkuk
hati Reanz waktu itu. Rasya membelai pipi Reanz yang berada di atasnya. Rambut suaminya
juga dibelai lembut. Bibirnya mula mendekati telinga reanz...
Selepas bisikan itu...
Reanz ambil bantal dan
ingin keluar dari bilik.
“Ala... janganlah
merajuk. Dah tak boleh nak buat macam mana. Ala.... seminggu je.. abang!!!”
Rasya gelak.
“Kejam! Dah tahu kenapa
goda macam tu. Sudah! Abang nak tidur kat sofa. Bawa jiwa yang lara dan sepi
ni...” Reanz betul – betul keluar dari bilik. Lebih sakit hatinya apabila
terdengar tawa Rasya yang semakin galak...
Episode seterusnya....
Bila rasya pakai syampoo
murah..
Puteri yg Ayu : (Y) sukenya bc kisah romantik awakk...pndai awk menulis kisah begini ...teruja sy membacanya...hihihihi
ReplyDeleteMona Airawanie : hehehehe rasya yg nakal....suke mengusik incek suaminya reanz... (Y) like it
ReplyDelete