Friday 7 June 2013

ADA DIRIMU - BILA RASYA DAN REANZ BERBULAN MADU

Ada dirimu bukanlah sebuah novel seperti yang biasa saya post.ianya babak atau situasi pasangan Rasya & reanz yang di jadikan cerpen. Untuk kali ini babak bulan madu dan akan datangnya babak yang lain. Semuanya mengenai mereka berdua... setiap babak berhenti setakat itu dan tidak punya kaitan dengan babak yang lain.. kira macam citer kartun ler... setiap minggu babak berbeza....


Selamat membaca babak pertama pasangan Rasya dan Reanz..... BILA RASYA & REANZ BERBULAN MADU

Ada dirimu..
Babak: bila rasya dan reanz bulan madu

“Sayang...” rambut Rasya dilurut manja. Rangkulan kemas itu membuatkan Rasya rasa dicintai....sepenuh hati. Percutian selepas dua bulan bernikah ini masih boleh dipanggil bulan madu. Rasya berpaling dan terus membenamkan wajahnya ke dada Reanz dengan manja.

“hei... manjanya isteri abang ni” dahi Rasya dikucup lagi. Buat seketika Reanz terbayang kembali betapa sukarnya untuk dia dan Rasya bersatu seperti ini. perjalanan cinta mereka bukanlah semudah mengail ikan di sungai. Terlalu banyak rintangan dan halangan tetapi tidak usah dikenang kisah lalu. Reanz mahu masa akan datangnya bersama Rasya disinari rasa cinta yang tidak bersempadan. Rasya mengangkat wajahnya semula.

“Nak makan, laparlah abang” rengeknya manja. Reanz gelak. Sejak akhir – akhir ini manja benar Rasya dengannya. Makan pun kadangkala mahu bersuap. Tidur pula mahu digosok kepalanya. Reanz tak kisah malah melakukannya dengan gembira.

Makan berdua di balkoni honeymoon suite membuatkan bibir rasya tidak henti – henti menguntum senyum. dia bangun dari tempat duduknya dan terus menghampiri Reanz.

“Ada apa sayang?” soal Reanz. Tanpa banyak soal Rasya terus duduk di ribaan Reanz. Tergelak besar Reanz di buatnya. Rasya membelai pipi Reanz dengan senyuman. Rotii bakar diambil dan disuapnya perlahan – lahan ke dalam mulut suaminya.

“Satu suapan tanda Rasya cinta abang” ujar Rasya. Reanz mengunyah perlahan.

“ok..” kata Reanz pula.

“Satu suapan tanda Rasya dambakan abang” satu lagi suapan Reanz terima. Sesudah itu Rasya memasukkan roti bakar itu ke dalam mulutnya.

“Bekas tanda cinta dan dambaan ini Rasya kongsikannya bersama. Biar setiap apa yang abang rasa akan dapat rasya rasa’ ujar Rasya. Reanz benar – benar tersentuh. Dia bingkas memeluk tubuh Rasya agar lebih erat dalam dakapannya. Hingga tiada satu inci pun yang memisahkan mereka.

                                  *********

Reanz menyiapkan meja untuk dia dan Rasya menikmati makan malam dengan bantuan pekerja hotel. Dress putih mutiara telah di hantar oelh pekerja hotel ke bilik mereka. Terkejut benar Rasya pada waktu itu. Tidak sangka Reanz benar – benar mahu membahagiakannya. Selepas solat maghrib Rasya menunggu Reanz tetapi masih tidak hadir. Pintu bilik diketuk.

“Puan rasya... sila ikut saya..” sopan pekerja hotel itu menjemput dan mengiringi Rasya ke dewan ballroom yang ditempah sepenuhnya oleh Reanz. Alunan muzik tenang membuatkan Rasya seperti seorang puteri dia zaman angan – angannya.  Pekerja hotel tersebut memandang Reanz yang sedang mengatur langkah menghampiri Rasya dengan kuntuman ros ditangan. Sebaik sahaja pintu dewan di tutup, Reanz terus menarik tubuh Rasya terus ke dakapannya. Bibirnya menhampiri telinga Rasya yang dari tadi berdebar – debar hatinya.

“Malam untuk permaisuri abang” bisiknya lembut hingga membuatkan kepala Rasya terlentok di dadanya. Dia memimpin tangan rasya ke meja yang dihias indah.

“Duduk sayang”

Rasya menggeleng. Reanz sedikit terkejut. Ada yang kurangkah? Dia sedikit kecewa jika Rasya langsung tidak gembira dengan semuanya. Rasya menghampiri Reanz. Dia mendongak sedikit. Perlahan – lahan tangannya merangkul pinggang Reanz dan tidak sampai beberapa ketika dia kini dalam dakapan Reanz yang tersenyum lucu.

“Tak nak makan” kata Rasya.

“Habis?” bisik Reanz. Rasya gelak.

“nak peluk abang sepanjang malam” Rasya menjingkitkan sedikit kakinya dan bisikannya itu membuatkan Reanz makin lebar senyumannya.

“Tapi abang dah masakkan untuk sayang. Peluk balik nanti pun boleh kan”soal Reanz kembali.

“Abang chef... memang selalu masakkan??.. malam ni Rasya nak peluk sahaja chef ni” lagi dirapatkan badannya. Haruman rambut Rasya membuatkan Reanz tidak mampu menidakkan permintaan isterinya itu.

Oleh kerana rasa serba salah pula membiarkan makanan itu terbuang, Rasya akhirnya mahu juga makan tetapi dengan syarat mahu Reanz menyuapkannya. Permintaannya ditunaikan. Gembira benar dia apabila menerima suapan dari lelaki yang paling didambakannya.

Selesai makan, keluar sahaja dari lif, Reanz terus mencempung Rasya masukm ke dalam bilik mereka berdua. Rasya berlari dan menyorok di sebalik langsir

“Kenapa?” Reanz cuba menarik tangannya tetapi Rasya berlari ke arah lain. Dia tahu apa yang ada pada fikiran Reanz.

“Ala..... abang...” Rasya menutup mulutnya. Reanz menjungkit bahu. Berpura – pura merajuk. Dia terus masuk ke bilik air dan membersihkan diri. Selepas solat, dia terus baring di katil. Buat – buat tak tahu dengan Rasya. Sesekali dia tersenyum juga apabila Rasya mencuit – cuit kakinya.

“Tunggu Rasya mandi ya?” bisik rasya.

“Apa?. Siapa nak?” soal Reanz kembali.

“Tak nak?” ugut Rasya.

“Tak nak?” soalnya lagi. Reanz ketawa. Apa punya soalan lah!.

Rasya masuk ke dalam bilik air dan sesudah mandi dia sedikit terkilan apabila melihat Reanz tiada di dalam bilik.

Sudah setengah jam... masih belum pulang, telefon pula dimatikan. Rasya mula mahu merajuk. Sewaktu Reanz pulang pun mukanya mencuka.

“Sayang tak tidur lagi?” soal Reanz dan dia sibuk membelek majalah di tangannya.

“Kenapa suruh Rasya tidur?” soal Rasya dengan nada mendatar.

“Habis. Dah malam... sayang pergilah tidur” sengaja Reanz mahu mengumpan Rasya. Dia mahu Rasya memulakan segalanya dahulu.

“Tak naklah” Rasya tarik selimut.

“Selamat malam sayang...” Reanz mengucup dahi Rasya. Terus tangan Reanz ditariknya..

“Eh... tak mau tarik tarik.. no no no... tak baik” Reanz menggeleng kepala sambil menepuk perlahan kepala Rasya.

“Sudah... Rasya tak nak...” Rasya benar – benar rasa teruk. Dia menarik selimut hingga ke seluruh tubuhnya. Reanz mula rasa bersalah. Gurauannya agak kasar untuk waktu – waktu begini. Perlahan – lahan selimut Rasya di tarik. Dia mengangkat sedikit tubuh Rasya ke atas ribaannya. Tersenyum Reanz apabila melihat kelopak mata yang cantik itu tertutup rapat.

“Sayang...” Reanz terkejut apabila melihat titis jernih mengalir di pipi Rasya. Dia terus meletakkan tubuh Rasya di atas tilam. Dia menghampiri wajah Rasya. Jari jemarinya mengesat air mata yang mengalir. Luluh pula hatinya apabila melihat kekasih hati berduka seperti itu.

“Hei..sayang.. kenapa ni?. Abang bergurau saja tadi. Ingat tak sayang kata nak coklat tadi?. Abang pergilah beli. Sayangkan suka makan coklat pagi – pagi” terus pipi Rasya dikucup agak lama.

“Rasya ingat abang dah tak  suka Rasya...” terkelip – kelip matanya memandang mata Reanz.

“dengar sini,” genggaman tangannya dan Rasya yang bersatu itu dikucup agak lama.

“Untuk mendapatkan Rasya, abang terpaksa berdepan dengan semua yang menghalang kita. Tempoh untuk kita bersatu bukannya setahun atau dua tahun tetapi setelah enam tahu barulah kita dapat bersatu seperti ini. terlalu bodohlah abang jika melukakan hati Rasya dengan sengaja. Senyuman Rasya adalah satu – satunya penyebab abang bahagia. Jika Rasya sedih seperti tadi, jiwa abang juga turut sama terluka. Biarlah Rasya sentiasa tersenyum setiap kali berada di dalam dakapan abang. Ini mimpi kita yang telah menjadi kenyataan. Sebelum ini abang hanya mampu bermimpi dan berharap dapat memeluk Rasya dan membelai Rasya tetapi tuhan telah makbulkan doa abang. Abang adalah lelaki yang telah berjanji pada dirinya sendiri untuk membahagiakan seorang wanita yang akan menjadi ibu kepada zuriat yang bakal lahir. Wanita yang sentiasa berada di samping abang susah dan senang....”

Rasya memeluk erat tubuh Reanz dengan tangisan.

“Jangan menangis ya... hmmm... malam jumaat tak baik nangis nanti langsuir datang” usik Reanz. Rasya ketawa.

Rasya menyelimuti dirinya dan dengan renungan manja dia menguit – nguit jari telunjuknya agar Reanz turut sama. Gelak besar Reanz...

“kejap ya..” senyum Reanz..

KLIK>>>>>>>>>>>>. Black out (J)

10 comments:

  1. Haha... black out. Tak tidur lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahahaa....
      rasa-rasanya?..
      kna tulis black out je sebelum di black list heheh
      terima kasih nor :)

      Delete
  2. :) kita dah lama tak singgah blog akak.. hari ni ada peluang. Best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn...
      itulah ..dah lama tak nampak izzatul...
      takper... ada peluang jenguk2 yek.. nanti akak belanja makan hihi..
      terima kasih banyak izzatul :)

      Delete
  3. Lain dr sblum2 nya hihihii (y)

    ReplyDelete
  4. sempuutttttt... wakakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnnnnnnn..... next time x buat dah kak tini
      hehehehehe

      Delete
    2. eh izah jangaaannn.. jangan x buat..kikikiiii..

      Delete
  5. Mona Airawanie : wowww!!! satu dr cerita menyahut cabaran kwn awkkan...hebat kwn awk krana mampu wat awk menerima cbarannya....cabaran yg baik...teruskan menulis...

    ReplyDelete