Tuesday 18 June 2013

DARI KERANA AINUN (mata) - bab 5

BAB 5

Pintu pejabat di buka. Semua mata terbeliak memandang Rat yang kemas berbaju kurung..... milik Umairah!. Yazid sedikit hampa kerana dia memang mencintai Rat yang dahulu. Penuh gaya dan seksi sentiasa. Solekannya juga dikurangkan sedikit.

“Wah... anak Encik Adib mimpi apa ni?” usik Kak Halimah. Encik Adib tersenyum. Dia sudah tahu sebab musababnya. Tiidak perlulah diceritakan, cukuplah sekadar tersenyum sebagai jawapan.

Yazid tidak berpeluang langsung berbicara dengan Rat yang begitu tekun bekerja. Semua kerja harus diselesaikan sebelum pulang. petang nanti Ahmad akan menjemputnya pulang dan mereka akan makan malam bersama.

“Tak suka aku tengok dia pakai begitu” bebel Yazid sendirian. Jamal yang duduk di sebelahnya menggeleng kepala. Orang seronok melihat perubahan positif tapi dia pula mahukan Rat yang lama....

Satu persatu kerjanya yang tergendala dahulu dibereskan. Encik Adib sengih panjang sepanjang hari itu. Setiap kali dia lalu di tepi Rat, pasti matanya mengerling dan bibirnya tersengih – sengih.

“Ayah....”

Langkah Encik Adib terhenti. Dia mengerutkan mukanya. Rupanya Rat perasan yang sudah lebih 7 kali dia meninjau – ninjau kerja anaknya.

“Kalau pelik pun tak payahlah sampai tujuh kali lalu kat sini. Ayah nak mengurat kak Intan ke?” usik Rat.

“Haishhh..... dah... ayah nak masuk bilik” Encik Adib terus masuk ke dalam biliknya. Rat ketawa besar. Bukannya dia tidak tahu betapa terujanya Encik Adib dengan perubahannya itu.

                               **********************

“lepas solat maghrib di masjid baru kita pergi makan ok?. Nah.... sebelum tu Ainun makan sandwich ni” sebekas sandwich dihulurkan.

“Hmmm... sedapnya” Rat gelak. Sandwich tuna itu dikunyah lagi.


“Saya buat..sedap tak?” sengih Ahmad.

“Eleh.. kalau setakat sandwich yang tunanya dari tin  tu nak buat apa?” cebik Rat.

“Tak baik betul!. Orang dah bagi makan, banyak pula songeh” jeling Ahmad.

“Aik.... pakai baju kurunglah!!!” Ahmad berpura – pura terkejut. Siap tutup mulut dengan muka yang sangat kelakar. Rat menjeling manja. Dia tahu Ahmad bukan benar – benar terperanjat. Sudah 15 minit dia duduk di dalam kereta itu takkanlah baru sekarang baru nak nampak!.

“Cantik!” senyum Ahmad. Berbunga hati Rat waktu itu seperti bunga daisy pada bajunya.

“Terima  kasih” senyum Rat malu – malu.

“Saya puji baju sahaja bukannya awak” makin kuat dia mengusik.

“Saya peduli apa.....” jawab rat pula. Ahmad tersenyum. Dia menghulurkan sebotol air mineral ke tangan Rat. Hampir maghrib dan mereka berdua bersolat maghrib di dalam masjid berhampiran sebelum makan malam bersama.

                               ********************

Ketika makan malam bersama.... Ahmad asyik merenung mata Rat hingga membuatkan Rat sedikit tidak selesa.

“kenapa?”

“tak ada apa” senyum Ahmad dan menyuap semula makanan ke dalam mulutnya.

“Kalau awak bertudung lebih cantik tau. Mata awak yang galak tu lebih terserlah”

Rat terbatuk.  Dia terus memegang rambutnya yang baru sahaja dirapikan di salon.

“Ala.... nanti ye” senyuman Rat sedikit tawar. Ahmad tidak meneruskan bicaranya. Mereka berdua senyap hinggalah semua makanan mereka habis masuk ke dalam mulut.

Selesai sahaja makan, telefon Ahmad yang tertinggal di atas meja sewaktu pergi ke tandas itu berdering. Wajah seorang wanita yang lembut terpamer di skrin telefon itu.

KHADEJA.....

Ahmad yang baru tiba sempat menjawab panggilan tersebut. Lembut sekali Ahmad berbicara dengan wanita tersebut. Wajah Ahmad kelihatan berseri – seri waktu itu. Satu perasaan rendah diri hadir menerpa waktu itu juga. Rat tunduk. Dengan hijab yang menutup aurat wanita tersebut membuatkan Rat berasa jauh sekali mahu membandingkan dirinya dengan Khadeja.

Merasakan seperti Rat sedikit diam berbanding tadi membuatkan Ahmad dapat meneka dengan tepat apa sebab dan puncanya wajah Rat begitu.

“Tunang..” senyum Ahmad. Terus mata Rat menentang mata Ahmad yang boleh lagi tersenyum.

“Kata tak!. Hari tu masa camping awak kata tipu...” bergetar sedikit suaranya.

“Jom balik” Ahmad membayar sejumlah wang dan terus berjalan ke keretanya. Lambat – lambat rat mengekorinya dari belakang. Hatinya sudah bengkak.

“Masuk cepat. Macam nak hujan” Ahmad mendongak ke langit.

Rat masuk ke dalam kereta. dia membisu lagi. Tetapi jari jemarinya mula bermain – main sesama sendiri. Ahmad sempat mengerling.

“Tak nak kenal dengan tunang saya?”

“tak apa lah...”

“macam mana ni... awak kena kenal dengan dia” senyum Ahmad. Telefon berdering lagi. Cepat – cepat Rat memanjangkan lehernya. Khadeja lagi..

“Ye... nanti abang cakap dengan walid pasal kenduri tu”

Kenduri?.. Rat sudah tidak sedap hati. Selepas Khadeja memutuskan panggilan, Ahmad mendail nombor seseorang.

“Waalaikumussalam.... walid macam mana?. Takkan Abang nak jadi wali Deja sedangkan walid masih ada. Kasihankan dia walid. Mungkin Zul tu baik. Doalah yang baik – baik. Deja tu adik abang. Satu – satunya adik abang. Kalau dia kahwin dengan anak didik walid pun tapi dia tak bahagia buat apa?. Walid lembutkanlah hati walid. Kasihan Deja tu walid”

“Baiklah... hujung bulan ni abang pulang ke kampung. Assalamualaikum!” Ahmad mengeluh. Tiba – tba dia terpandangkan senyuman  Rat yang melebar.

“kenapa pula senyum – senyum ni?” soal Ahmad.

“Khadeja adik awak ye?” keningnya bergerak – gerak sedikit.

Ahmad mengulum senyum.

“Sayang awak!” terus kata – kata itu terpacul dari bibir Rat. Ahmad sedikit terkejut lantas ketawa.

“Takut ya... kalau saya bertunang?. Melepas awak ye?., melepas dari dapat cikgu terkacak di dunia” sengih Ahmad.

“Perasan!” tangan Rat mahu mencubit lengan Ahmad tetapi cepat – cepat Ahmad mengelak.

“Gelojohnya... tak sabar” masih mengusik.


“Apa ni.... tak sukalah!” Rat merajuk. Sebenarnya dia malu. Ahmad masih lagi ketawa dan terus menggerakkan kereta untuk menghantar rat pulang ke rumahnya.

2 comments:

  1. Alolo ~ sweet nyaaa dorang !!! <3

    ReplyDelete
  2. Mona Airawanie : sweet....sy masih ternanti2 perubahan ainon yg mutlak....lelaki yang baik bila mampu mengubah diri kita ke arah kebaikkan....Semoga terusan berkarya dan menghasilkan karya2 yg baik...

    ReplyDelete