Thursday 6 June 2013

DARI KERANA AINUN - bab 3

BAB 3

Umairah memandang adiknya yang sedang menyarungkan stoking jarang berwarna hitam hingga ke paha. Cermin matanya dinaikkan sedikit. Rat memandang kakak tunggalnya itu dengan senyuman.

“Halil?” soal Umairah. Rat hanya mengangguk.

“Bukan Ahmad?” masih lagi menyoal. Rat menghela nafasnya sebentar. Dia menepuk pahanya berulang kali. Setelah berdiam hampir beberapa minit dia menoleh memandang Umairah.

“Kak.. Rat tak yakin yang Rat boleh dapatkan Ahmad yang dari awal buat Rat malu dengan dia. Mana pernah Rat malu dengan lelaki begitu. Awal – awal lagi dia dah panggil Rat ni... Ainun” matanya sedikit bercahaya. Umairah senyum. dia bangun dan duduk hampir dengan adiknya. Memeluk bahu Rat adalah satu kemestian baginya.

“Ainun.....hmmmm... satu – satunya lelaki yang tak panggil adik akak ni tikus” pecah ketawa Umairah.

“Dia selamba sahaja cakap yang Rat goda dia. Kalau perasan pun tak payahlah beritahu depan – depan. Malu tahu tak?” jeling Rat. Umairah ketawa lagi.

“Dik... cukuplah ya. Jika dia dah ada depan mata tak payahlah buat benda gila ni lagi. Ayah dan Umi dah lama nak adik jadi Ratu Nur Ainun bukannya Rat” pujuk Umairah. Rat ketawa dan terus meninggalkan Umairah yang masih duduk di katilnya.

Encik Adib tepuk dahi. Umi juga begitu. Tak habis – habis keluar malam. Dia juga mahu anaknya yang seorang itu duduk di rumah seperti kakaknya.

“Ayah... Rat pergi ya” lambai Rat sambil mengambil kunci keretanya.

“Jangan pergi...”

“Disco, dangdut, tempat ada arak!!” jerit Rat dari luar. Encik Adib menggeleng kepala. Sebenarnya dia tidak perlu risau mengenai perkara itu. Tidak pernah sekali pun dia masuk ke tempat – tempat sebegitu. Rat Cuma tidak boleh hidup tanpa kekasih. Dia tidak mahu bersendirian .

“Anak ayah...” perli Umi sewaktu mendengar deruman enjin kereta Rat menjauhi rumah mereka.


                                              ***********************

Halil naik berang apabila Rat tiba agak lewat dari jam yang sepatutnya. Memang Rat sengaja. Dia mahu Halil marah dan menjauhinya. Lelaki yang sering mendesaknya untuk melakukan benda – benda yang dia sendiri tidak selesa itu memang merimaskan Rat.

“Lambat kenapa?. Tonyoh make up berapa kati kat muka?” perli halil. Dia bukannya peduli semua tetamu majlis hari lahir adiknya itu sedang memandang gelagat mereka berdua. Rat mula mendengus. Rania, adik Halil menggosok belakang badan Rat agar lebih sabar dengan kerenah abangnya.

“Putus” itu sahaja yang keluar dari mulut Rat dan dia terus berlalu. Tiada air mata, tiada sebak dan tiada kesalan. Halil ternganga di situ. Rania Cuma mengangkat ibu jari tangannya sahaja sewaktu Halil memandangnya.

Enjin kereta dihidupkan tetapi dia tidak tahu ke mana harus dia pergi. Nak pulang ke rumah awal begini pasti akan menjadi bahan untuk Encik Adib mengenakannya.

Dia memandu tanpa arah yang tetap dan akhirnya dia sudah pun berhenti di hadapan rumah Ahmad. Lampu masih terpasang di ruang tamu rumah lelaki itu.  Rat menutup suis radio dan hanya termangu di situ. Tidak berhajat pun mahu keluar dari keretanya.

TOK!!TOKK!!
Rat terperanjat. Ahmad yang bersongkok dan berbaju melayu itu mengangkat – angkat kening. Rat membuka pintu keretanya.

“Woo..... batal air sembahyang bahagian mata saya” gelak Ahmad. Rat cepat – cepat mengambil jaket di dalam keretanya bagi menutup dada yang sedikit terdedah.

“Nak jual kerepek ke datang sini?” gurau Ahmad. Rat meraba tengkuknya dan hanya tersenyum.

“Tak ada apa... saya balik dulu”..

“Janganlah macam ni. Nak keluar?. Saya belum makan ni. Malas pula nak masak hari ni” ajak Ahmad. Rat terus memandang skirt dan bajunya. Takkan nak makan dengan Ahmad yang lengkap berbaju melayu begitu. Rat menggaru – garu kepalanya.

“Saya pulang dulu. Lagi setengah jam saya datang sini balik” cadang rat.

“Hmm... awak ni anak Encik Adib kan?” soal Ahmad. Sesekali dia ketawa juga apabila melihat Rat yang seakan tidak selesa waktu itu.

“Ya...”

“Tunggu saja di rumah awak”

Memang Rat terkejut tapi dia hanya menurut.


                                      ****************

“kak!!! Kak!!!” Rat lari secepat yang boleh untuk mendapatkan Umairah yang sedang mengunyah kacang goreng bersama ayah dan Umi mereka sewaktu menonton televisyen. Paha Umairah digoncang kuat.

“Ya... haishhhhhhh... apa ni! Cepatnya balik” Umairah gelak sendiri.

“Pinjam baju kurung kau, kak!!” pinta Rat.

“Baju kurung!!!!!!!!!!!!” serentak ayah, umi dan umairah...

Terperanjat benar rupa mereka. Mananya tidak,  kalau hari raya pun, Rat akan pakai baju kurung yang sangat ketat tak pun kebaya ketat. Mana pernah dia pakai baju kurung longgar seperti yang lain. Encik Adib terus menadah tangan.

“Terima kasih ya Allah.. kau dah cabut semua setan dalam kepala anak bongsuku ni” sengih Encik Adib. Rat menjeling tetapi dia terus menarik tangan Umairah naik ke atas.

Dia merenung dirinya di cermin panjang. Berbeza sekali!. Terasa lapang pula. Tidak seperti selalu..senak sahaja rasanya. Rasa selesa itu membuatkan Rat tersenyum. Umairah memegang wajah adiknya. Dilapnya semua solekan tebal itu dengan tisu basah.

“kalau adik solek nipis sahaja pun dah cukup cantik. Wajah secantik ini tak perlu dicacatkkan dengan solekan tebal” Umairah mencium pipi adiknya.

Rat hanya mengenakan bedak padat, sedikit celak tanpa pembayang mata dan gincu berwarna pink cair. Rambutnya dilepaskan dari ikatan . di sikat  dan dibiarkan lurus dan lepas bebas. Jam di tangan dilihat seketika. Dia bimbang jika Ahmad sudah menunggunya di luar rumah. Dia terus berlari turun ke bawah dengan harapan Ahmad tidak terlalu lama menunggu.

“Awak!!!” terpacul kata – kata itu dari mulut Rat sewaktu melihat Ahmad sedang berbual bersama Encik Adib di ruang tamu.  Ahmad senyum dan meminta izin untuk membawa Rat keluar dari Encik Adib.

“Bawa terus pun tak apa” seloroh Encik Adib.

Masuk sahaja di dalam keretanya. Ahmad senyum lagi tanpa memandang wajah Rat.

“Nak makan kat mana?” soal Rat. Digoncangnya lengan Ahmad dan terus pandangan mata Ahmad turun ke tangan Rat yang masih menyentuh lengannya yang berlapik itu.

“Berlapiklah” kata Rat.

“Hahha... tau pula ye.”

“Hmmm.. pakai baju kurung pun masih nak seksi juga ke?. Kancinglah ya?’ pujuk Ahmad. Ratna memandang kancing baju kurung yang terbuka luas.

“Kalau kancing tak cantik” balas Rat.

“kenapa?” soal Ahmad pula. Macam – macam perempuan ni.

“Kawan saya kata tahu lalat ni yang buat saya seksi” lagi Rat menyelak sedikit bajunya .

“Astaghfirullahhhh...” Ahmad terus menghidupkan enjin kereta.

Rat terus mengkancing baju kurung yang dipinjam dari Umairah. Sempat juga dia membebel akan citarasa Umairah yang suka pada warna – warna orang tua. Ahmad hanya ketawa mendengar bebelan itu.

“Cantik kakak awak” puji Ahmad

“Hmmm..” hanya itu jawapan yang keluar dari mulut Rat.

“Nampak educated.. dan matang”

“Hmmm....”

“Berbudi bahasa dan pemalu...” makin banyak pula komen Si Ahmad.

“Hmm...”

“Lagi satu, dia pandai buat air. Kena saja rasanya” senyum Ahmad.

“STOP!!!!” jerit Rat. Terbehenti kereta Ahmad pada waktu itu juga. Dia memandang Rat yang sudah pun masam mencuka wajahnya.

“Saya turun sini... awak pergi saja makan” Rat terus menanggalkan tali pinggang keledar dan pintu kereta terus dibukanya. Ahmad tenang. Dia tidak mengejar Rat pun. Hanya memandang Rat yang sedang duduk di perhentian bas sambil menunggu teksi. Rat yang tidak mahu langsung memandang ke arah Ahmad masih panas hatinya. Tak payahlah nak puji sampai begitu. Dia bukannya bodoh untuk tidak mengerti perasaan aku.....geram Rat.

Ahmad turun dari keretanya. Perlahan – lahan duduk di sebelah rat. Dia mengintai wajah Rat yang masih masam.

“Ada duit ke nak bayar tambang ni?. Bukan beg awak tertinggal ke?” Ahmad memandang terus ke hadapan.

“tak..”

“Habis tu yang tak nak makan dengan saya tu kenapa?. Lepas makan saya hantar awak balik ya?” masih memujuk rat.

“Tak apalah...saya boleh jalan kaki” rajuknya masih belum berakhir.

“jalan kaki penat, saya dukung ya?” usik Ahmad dan dia tak tahu yang dia telah menempah sesuatu yang teruk dari usikannya itu.

“Betul!” Rat terus tersenyum memandangnya.

“Eh... tak lah. Tak malu”

“Dukung la....dukung la...” rat pula mengusik. Biar kau rasa.... tadi nak dukung sangatkan!

Ahmad bangun dan Rat terus berlari anak mengusik telinga Ahmad.

“Dukung ya?” soal Rat bertalu – talu.

“Tak nak!” Ahmad ketawa. Biul ke apa, minah ni!!!
Rat makin galak, dia terus mendahului Ahmad dan terus berdiri tegak di hadapan pintu kereta. tidak membenarkan Ahmad masuk.

“Ya Allah.... Ainun,...”

“Dukung gak!!!. Kahkahakhkaa” Rat gelak besar. Ahmad merenung wajah Rat yang sedang ketawa manja. Terpaku dia sebentar. Rat juga terpaku apabila melihat Ahmad merenungnya dengan senyuman manis. Terus dia tersipu – sipu malu.

“kata nak makan” soal Rat.

“Tak nak. Nak pandang wajah awak saja” jawapan Ahmad membuatkan Rat lebih gelabah berbanding tadi.

“Jomlah..” ajak Rat lagi,

“Tak nak..” itu sahaja yang keluar dari mulut Ahmad.

“Ala.....” rat menggaru – garu kepalanya.


Ahmad senyum dan terus ketawa. Rat yang semakin malu tadi terus masuk ke dalam kereta. malunya tak terkata...

Pulang sahaja dari makan malam, Rat tidak dapat melelapkan mata.....

6 comments:

  1. menggoda sungguh tikus pompuan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaaa....
      tikus belum kena khutbah...
      dah kena khutbah ok ler hahaha
      ina.. ekau nak tolong khutbahkan tak?
      terima kasih ina :)

      Delete
  2. Hahahahahaa memang cite akak ni x leh siyes lgs. Lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kang siyes nangis kang hhahhahaha
      akak x pandai sangat ler buat serius..
      redho je ler hahha
      tq Ina.. <3

      Delete
    2. Best apa, cite2 akak ni penetralisir bila kita ngah tension dr cite2 blog lain. Muehehe thanks akak <3

      Delete
  3. mona airawanie : nape bg nama RAT tak CAT,DOG,MONKEY atau COW...hhihihihih...sy terhibur...awk kekdg umpama tok dalang sdg memainkan patung2 nyer.....

    ReplyDelete