Sunday 6 May 2012

bab 10 (cinta sos dan kicap)

     Amri cuti lagi. Suraya agak hairan mengapa Amri sering cuti sejak kebelakangan ini. Yang lebih menghairankan pihak atasan tidak mengambil tindakan ke atas Amri. Suraya hanya membiarkan persoalan itu terus pergi daripada fikirannya.
   "Kau ni kenapa?. Setiap kali Amri cuti mesti kau tak tentu hala," soal Hashim. Suraya senyum kelat. Ketiadaan Amri membuatkan separuh daripada jiwanya kosong. Dia suka apabila Amri bertikam lidah dengannya. Fatin menepuk bahunya. Suraya yang sedang mengelamun itu terkejut besar.
   "Tak payah nak rindu - rindulah. Balik kerja nanti kita pergi tengok wayang nak?," ajak Fatin.
   "Pergi dengan siapa?," Suraya bersungguh - sungguh.
   "Dengan Cemong," Fatin tersengih. Fatin mengerutkan dahinya. Tidak pernah dia mendengar nama itu seumur hidupnya. Macam nama seekor kucing.
    "Itu adik Syasya. Dia ajak aku tengok wayang. Aku ajak lah engkau sekali. Takkan aku nak ajak kakak dia pula,". Fatin memandangku dengan pandangan penuh harapan.
    "Tak apalah. Aku tak berminat. Lagipun nanti ganggu kau sahaja," elak Suraya. Biarlah Fatin berseronok berdua. Fatin terus pergi. Fatin juga sebenarnya suka jika Suraya tidak ikut bersama. Bolehlah dia mengurat Cemong habis - habisan.
    Encik Azhar tiba dengan senyuman penuh makna. Dia memandang Suraya dari atas ke bawah.
   "Saya suka bila awak pakai skirt macam ni. Nampak awak cantik sekali," puji Azhar. Suraya hanya senyum sedikit. Nampak tidak ikhlas.
    "Petang ni kita keluar ya," ajak Azhar.
    "maaf ya. Petang ni saya ada hal dengan Fatin" elak Suraya. Azhar memandang Fatin dan terus pergi. nampak sangat Azhar tidak berapa sukakan Fatin. Suraya menelefon Amri.
     "kau kat mana kicap?," soal Suraya.
     "Dekat rumah. Kenapa sos?,"
     "Kenapa tak datang kerja. kau ni asyik ponteng," marah Suraya.
     "Bila masa pula aku ponteng?. Aku memang cuti hari ni. Lagipun cuti tahun aku banyak lagi," jawab Amri. Suraya mengetuk pensel dengan kuat.
      "Datang juga," suara Suraya agak kasar.
      "Kau rindu aku," terdengar tawa Amri. Suraya geram.
      "Mana ada. Aku tak rindu pun"
      'Ya, kau rindu aku,"
       'Siapa kata?"
       "Aku kata," jawab Amri. Suraya terdiam.
       "Aku bencilah kat kau" sambung Suraya.
       "Aku sayang kau" kata Amri. Suraya terdiam. Amri juga begitu. Dia terlepas cakap. Bibir Suraya mula mengukir senyum.
        "Aku juga," kata Suraya dan terus meletak telefon. Dia melompat - lompat di hadapan mejanya. Hashim yang lalu di situ menjadi hairan.
        "Aku tak tahu pula, pejabat kita ni ada katak," kata Hashim. Suraya terus duduk. Mukanya menrah padam. Malu dengan Fashim yang mentertawakannya.

      Azhar keluar mendapatkan Suraya. Dia menghampiri Suraya yang sibuk menyusun fail.
     "Suraya, awak cuti setengah hari hari ini," katanya. Suraya mengerutkan kening. Tidak faham.
     "Saya tak minta cuti pun," Suraya cuba mencari jawapan.
     "Pulang sahaja. Kerja - kerja awak saya akan suruh Tina ambil alih" arah Azhar. Suraya menurut. Dia mengemaskan fail - fail dan kemudian mencapai beg tangannya. Dia terus masuk ke dalam lif. Apabila lif terbuka kelihatan Amri sudah berada di hadapannya dengan senyuman yang manis. Apabila Amri memandang skirt Suraya dia menggeleng.
     "Kau ni sos.. berapa kali aku cakap. Tak cantik kau pakai skirt ni. nah ambil ni. Tukar di tandas,". Amri menghulurkan bungkusan yang menganduingi seluar panjang kepada Suraya. hairan juga Suraya mana Amri tahu akan saiz pinggangnya. Suraya tersenyum. Boleh tahan cirtarasa kicap ni, bisiknya sendirian. Dia keluar.
     "Macam ni lah. Baru boleh naik motor," senyum Amri. Suraya ketawa. Suraya menarik tangan Amri. Terhenti langkah Amri seketika.
     "mana kau tahu saiz seluar aku?,"
     "Fatin," jawab Amri ringkas. Mereka menaiki motor.
     "Boleh peluk tak?," bisik Suraya ke telinga Amri.
     "Tak. pegang bahu sahaja," kata Amri. Motornya di pecut . Suraya dengan sengaja mengalihkan tangannya dari bahu Amri terus ke pinggangnya. Suraya terus memeluk Amri. Terhenti motosikal yang ditunggangi Amri.
      "Kenapa berhenti?" marah Suraya.
      "kau saja goda aku kan?. kau ni sos.. jangan buat macam ni boleh?," kata Amri sambil kepalanya menoleh sedikit ke arah Suraya yang terseyum manja.
      "Berlapik kan?,"
      "Lapik pun boleh rasa" jawab Amri.
      "Rasa apa?," soal Suraya. Amri terdiam. Serba salah untuk menjawab.
      "Rasa lah apa yang patut aku rasa. kau ni gatallah,,,," marah Amri. Dia membuka topi keledarnya.
      "naik motor besar tapi suruh pegang bahu. mana boleh. Sakit pinggang tau," rengek Suraya. Amri terdiam. Suraya masih tersengih - sengih.
      "Kau tunggu sini. Aku pergi ambil kereta" kata Amri.
      "Tak nak kereta" balas Suraya.
     "kenapa?. kata sakit pinggang"
      "naik motor besar romantik. kalau naik kereta duduk jauh - jauh" jawab Suraya lagi. kali ini Amri tersenyum.
      "Kenapalah aku boleh terjebak dengan kegatalan kau ni" senyum Amri.
      'kau tu sebenarnya yang senang sangat tergoda dengan aku. kau kena elektrik tadi kan?," soal Suraya. Amri menggeleng kepala. Dipakainya semula topi keledar dan terus dipecutnya motor. kali ini Suraya terpaksa memeluknya kerana ketakutan. Mulut Amri terkumat kamit beristighfar.
Hampir setengah jam perjalanan tetapi Amri masih belum berhenti. Perjalanan yang agak jauh.
     "Jauhnya" jerit Suraya. Amri buat tidak tahu.
     "Berhentilah sakit pinggang" jerit Suraya lagi. Amri terus membelokkan motorsikalnya. Suraya turun dan mengurut - ngurut paha dan betisnya. Amri membukakan topi keledar Suraya. Amri ketawa kecil. Suraya memukul perutnya manja.
    "Kata nak dekat - dekat. Ha.. rasakanlah" kata Amri sambil ketawa kecil.
   "Sakit kaki" rengek Suraya.
   "Dah... tak payah nak goda aku lagi. Urut sendiri" kata Amri dan terus duduk di perhentian bas bersebelahan dengan Suraya. Beberapa remaja di situ sibuk memandang - mandang motorsikal Amri.
    "bang, best la bawa awek cun dengan motor ni bang. Rapat gila!!!," kata salah seorang remaja lelaki di situ. Amri ketawa.
     "Best tau" jawab Suraya. Amri mencebik.
     "Sakit pinggang. Best apa?," soal Amri. Suraya tersengih. Mereka menyambung semula perjalanan sehinggalah tiba di sebuah perkampungan.
     

   

No comments:

Post a Comment