GENG WAKAKA LIMA MINIT
Siapa itu
Aida?. Siapa itu Hartini?.... mengapa setiap kali mereka bersama pasti akan
terpacul tawa yang paling kurang lima minit tempoh masanya. Lamakan?...
memanglah lama. Seorang 2 minit setengah. Kalau Aida seorang tawanya hambar. Berbeza
pula apabila Hartini ada.... semuanya berganda. Apa sahaja pasti akan di ‘wakaka’
kan. Sampai bos pakai stoking terbalik pun mereka perasan. Pejabat suram bagai dilanda garuda apabila
mereka berdua di arahkan menghadiri satu seminar di Johor Bharu.
Bukannya
sengaja tetapi memang terpaksa menghalau mereka dari pejabat itu selama
beberapa hari kerana bos yang amat mereka kasihi itu diserang sakit gigi secara
tiba – tiba. Setipa kali aida dan Hartini ketawa, gigi bos mereka itu seperti
dihentak – hentak dnegan batu bata.
Maka.. bertolaklah
mereka ke Johor Bharu. Dari awal perjalanan kereta mereka mula buat hal. Masuk kali
ini sudah empat kali Aida terpaksa menolak kereta dengan wajah yang ayu untuk
menarik perhatian pemandu lebuhraya yang lain agar menolong mereka. Caranya berhasil.
Seorang lelaki mula menawarkan pertolongan.
“Kenapa dik?”
soal lelaki itu sambil mempamerkan giginya yang hanya tinggal sebatang. Itupun hanya
separuh. Hartini yang baru menyedarinya mula menekup mulut. Aida memandang
Hartini dan kemudiannya lelaki itu. Mereka berdua merenung gigi lelaki itu
sambil ketawa besar...seperti biasa selama lima minit. Dalam tempoh seminit,
lelaki itu masih lagi mampu bersabar tetapi cukup sahaja 4 minit 3 saat ,
lelaki tadi terus beredar. Sakit benar hatinya.
“Eh..
abang!!!!!” jerit Aida sambil mendapatkan skuter anaknya di dalam kereta. dia
mengejar lelaki itu dengan skuter. Kakinya tak mampu berlari sejauh itu kerana
melecet akibat bermain sepak takraw bersama atuk jirannya. Hartini mula menggodek
kereta mereka sendiri dan akhirnya dia berjaya. Aida yang baru sahaja pulang
dari mengejar lelaki gigi satu itu tadi bersyukur.
Setelah hampir
empat jam, mereka tiba di sebuah hotel yang agak usang. Terdetik juga di hati
hartini mengapa bos mereka terlalu kedekut untuk menyediakan mereka sebuah
hotel yang selesa lagi mewah. Mereka memegang jawatan penting di dalam syarikat
bukannya kerani biasa. Dari jauh kelihatan seorang hulubalang yang segak
bertanjak. Senyumannya membuatkan hati Aida mula cair seperti ais di tengah
padang pasir.
“Ada apa
tuan hamba ke mari?’ soal lelaki itu.
“Wakakakakakkaa..
lawaklah... hotel macam ni!!!” gelak Aida dan seperti biasa disahut oleh
Hartini. Sampai tekan – tekan perut. Hulubalang itu hanya merenung.
“Mengapa
begitu aneh gaya tuan hamba ketawa?. Seperti anai – anai di hujung tembok
gayanya” sambung lelaki itu lagi.
“Mana lak
dia tahu anai – anai gelak?” sengih Aida.
“Baby sitter
anai anai kot wakakakakakkakaka” gelak lagi!. Hulubalang itu tersenyum. Dia memandang
pakaian Hartini dan Aida yang berseluar jeans dengan aneh.
“Dari mana
tuan hamba dapat pakaian aneh begini?” pelik pula dia.
“Ini seluar
jeans!” jawab Hartini. Terus semua hulubalang di sekitar hotel yang gayanya
seperti istana itu mengelilingi Hartini dan Aida. Hujung tombak diacu agak
jauh. Mereka kelihatan sedikit gentar.
“sedangkan
jin pun mereka jadikan seluar, inikan pula kita wahai megat panji Alam?” soal
salah seorang dari mereka.
“Perghhhhhhhhhhhhhhh
nama klasik betul!!!!” gelak Aida.
“megat panji
alam?.... atau pengat kanji talam?. Wakakakakakkakaka” Hartini dan Aida mula
menepuk tangan antara satu sama lain.
“Tangkap!!!”
arah megat panji alam.
“Jaga bicara
tuan hamba!!!!!” terus Hartini dan Aida dibawa masuk ke dalam hotel.
“Ishhh..
buruk bebenar layanan hotel ni” kata Hartini sewaktu mereka duduk di atas lantai
kayu.hotel yang kelihatan lain diluar tadi seolah – olah bertukar menjadi
istana melayu zaman dahulu. Semua perhiasan memang benar – benar lain.
“Kita salah
masuk terowong ke?” Aida menggaru – garu kepalanya. Walaupun masih dalam
keadaan bingung, sempat juga Aida mengeluarkan kuaci cap joget dari beg
tangannya. Dia dan Hartini sama – sama mengopek kuaci itu sambil ketawa riang.
DUMMMMM..
Semua di
situ terkejut. Seorang wanita berselubung kain putih duduk diatas kerusi yang dihias indah.
“Kamu sudah
tiba akhirnya...” suara yang persis seorang nenek itu terbongkok – bongkok menghampiri
Aida dan Hartini yang masih mengopek kuaci.
“Apa yang
kalian gigit itu?’ soalan nenek itu dijawab dengan senyuman.
“kuaci nek”
sengih Aida.
“kenapa kamu
tak mempelawa aku untuk menikmati binatang hitam bujur – bujur itu. Kelihatannya
sangat lazat sekali” kain yang menutup wajah nenek itu membuatkan Hartini dan
Aida beriya – iya mahu mengintai nya.
“Binatang?...kahkahkakakhakha.
apa ke bendanya binatang!. Ini kuaci”
terang Hartini. Kuaci ni selain makan, orang buat mandi dengan air kunyit. Bagi
awe muda” gurau Hartini.
“megat panji
alam!!!” panggil nenek itu.
“Ya Puteri Jenab
melati...” jawab megat Panji Alam.
“Puteri?????????????”
serentak Hartini dan Aida bersuara dan sudah pastinya tawa mereka pecah lagi. Kali
ini melebihi rekod sukan sea kerana sudah melebihi lima minit.
“bongkok tua
kerepot ala – ala kertas renyok ni pun masih puteri lagi?. Wallaweiiiiiiiiiiiiii....
dasyat tul!!!!” kata – kata Aida itu mengundang rasa marah di hati Puteri jenab
Melati.
“Ambil
kesemua kuaci mereka dan rendamkan didalam air kunyit. beta mahu mandi agar
kelihatan muda seperti mereka” arahan Puteri jenab Melati membuatkan air liur
Hartini dan Aida meleleh. Tak percaya ada juga orang yang lurus batang bendul
begini. Hartini tidak mahu melepaskannya. Dia menarik semula kuaci di tangan
megat panji alam dan begitu juga sebaliknya. Aida terpaksa masuk campur. Dia menyuruh
Hartini membiarkannya sahaja. Esok – esok boleh beli lagi.
“Errrr..
jangan lupa campur santan, serai, daun kari tau” sengih Hartini sinis dan bagai tidak percaya sekali lagi arahan itu
dipatuhi.
“Beri mereka
makan. Beta mahu mandi dahulu. Semoga sumpahan ini hilang” kata Tuan Puteri
Jenab melati. Aida dan hartini tidak mahu makan kerana mereka yakin ada sesuatu
yang tidak kena...
************************
“Mana dewan
seminar kita?” soal Aida. Dia mula rasa seram sejuk. Suasana semakin suram.
“Aku rasa
kita kat alam bunian lah... kau tengok semua tulisan jawi” Hartini menjuihkan
bibirnya. Aida seperti mahu menangis. Dia rindukan keluarganya. Baginya, kalau
sudah masuk ke alam bunian memang mustahil untuk pulang lagi.
Pintu bilik
mereka di ketuk. Mereka memandang ke muka pintu.
“Wakakakakakkakakaa.....
kuning!!!!” ketawa Aida dan hartini sewaktu melihat Puteri Jenab Melati sudah
berwarna kuning kunyit. Siap bau kari lagi!!!!
“Cantik
sangatlah kuning macam ni. Kamu tipu!!!” jerit Puteri jenab melati. Hartini
bangun. Ketakutannya sudah hilang. Dia menghampiri Puteri Jenab melati tetapi baru
sahaja dua langkah, muka Puteri Jenab Melati menjadi sangat garang. Matanya menjadi
merah seperti delima. Tanpa sebarang ketakutan, Aida terus menampar muka puteri
jenab melati dengan kuat. Terduduk dengan tangisan....
******************
Megat panji
alam bercerita mengenai penderitaan Puteri Jenab melati yang menderita penyakit
tua sebelum usia. Puteri raja yang masih berumur 23 tahun itu telah berubah
wajahnya sejak dia berusia 12 tahun lagi. Pelbagai jenis ubat telah digunakan
untuk merawatnya tetapi tidak berhasil. Sehinggalah raja dan permaisuri
mangkat, dia masih berkeadaan begitu. Siapa yang mahu mengahwini puteri itu
jika dia setua itu?..
Hartini dan
Aida terdiam mendengar cerita dari megat panji alam itu. Timbul pula rasa
kasihan tetapi apalah yang boleh mereka lakukan... sudah dua hari mereka di situ tidak pernah sekali pun mereka
mendengar tuan puteri ketawa. Asyik nak marah sahaja sehingga benda – benda kecil
pun menjadi kemarahannya.
Sewaktu Aida
dan Hartini ketawa bercerita mengenai Megat Panji Alam yang lupa nak pakai
seluar sewaktu mereka ke rumahnya semalam, puteri Jenab menghampiri mereka.
“Kenapa
perlu ketawa?” soalnya. Wajahnya sudah kembali menjadi putih seperti kapas.
“Ketawa
penawar duka” sengih Aida.
“Tapi bagi
bakal ratu, tak boleh untuk beta ketawa. Tidak akan timbul rasa hormat pada
rakyat jelata” sangkal Puteri Jenab Melati
“Apabila
puteri ceria, rakyat lebih suka dan mudah mendekati puteri. Ketawalah. Wajah puteri
akan lebih cantik” arah Aida.
Tuan Puteri
cuba tersenyum tetapi kekok benar raut wajahnya. Aida dan Hartini pula yang
ketawa bagai nak rak apabila melihat wajah pelik tuan puteri itu.
“Bagilah
kami pulang.. bos kami tu mesti rindukan kami” desak Hartini.
“Tidak
selagi aku tidak cantik seperti dulu” tegas tuan puteri.
“Hek
eleh.................poyo betullah minah ni” angin betul Aida pada waktu itu.
Mahu atau
tidak, mereka terpaksa berusaha.
*************************************
Sudah seminggu
mereka mengajar tuan puteri.. dan sudah seminggu tuan puteri hilang selepas
itu. Sedang mereka mengajar Megat panji Alam bermain angry bird, Tuan Puteri
hadir dengan wajah yang semakin muda tetapi kedutan di bawah bibir masih belum
hilang.
“Nak buat
macam mana?” rengek tuan puteri.
“Kalau kami
beritahu rahsia muda kami, boleh lepaskan kami?” soal Aida. Tuan puteri
mengangguk.
“Gelaklah
wakakakka selama lima minit sehari”
sebaik
sahaja petua itu diturunkan............
“Kamu ni apa
nak jadi?. Saya tahulah kamu berdua ni kawan sejati. Wkakakkaa sentiasa tapi
tak payahlah tidur depan peti ais yang terbuka dalam pejabat ni sama - sama. Patutlah
suami korang cari tak jumpa. Sabtu dan hari ni korang dok wakakakakakka depan
petia ais ni ke. Semua rakan pejabat tolong cari kat sini rupanya kamu berdua
hishhh!” Encik Cokos mula cekak pinggang. Aida dan hartini menggenyeh – genyeh biji
mata. Semua rakan pejabat dok mencangkung memandang mereka yang asyik
wakakakakakkakaa sebelum di kejutkan.
“Kami pergi
seminar kan. Bila masa pula balik?” soal Hartini.
“Seminar?...
minggu depan kan?. Bil elektrik office melambung bulan ni kamu bayar dengan
Tini” marah Encik Cokos. Naik pening kepalanya.
“Iyalah...
kita pi seminar kan?” Hartini bersungguh – sungguh.
“kak Tini
dengan Aida kata nak over time. Kami semua serahkan kunci pada akak. Tengok –
tengok tak ada. Nasib baik kamal kenal wakakakak akak berdua.”Yani pula
bersuara.
“Sudah pergi
balik!!!” marah Encik Cokos. Mereka semua keluar dan sebaik sahaja mereka
menutup lampu pantry satu gelak kuat wakakakaka kedengaran selama lima minit
dan suara itu milik Puteri Jenab Melati.....
“beta sudah
menjadi geng gelak wakakak lima minitttttt.....”
Terus Hartini
dan Aida lintang pukang keluar dari pejabat.
wakkakakaa... seram wehhhh larriiii..... brair2 mata baca.. terharu..
ReplyDeletehahahah.,..
Deletegeng wakaka pertama dah komen.
jangan marah ye kak tini
:) peace
muahahahahahahhahahahahaha..terharu....hahahahahha
ReplyDelete