Monday 8 April 2013

CINTA AKU, KAU & KAMBING (CAKK) - bab 3


BAB 3

Janggut Dayu diteleknya. Izhar senyum.

“Dia ingat aku tak tahu yang diorang punya plan jadi Pontianak pondan tu?. Silap besarlah Hidayu dan kalau kau nak tahu aku tak takut pun.. buat – buat takut sebab tak sedaplah kenakan kau balik kalau kau tahu aku ni berani orangnya”

MBEKKKKK...

“Pandai kau Dayu. Ada ubi ada batas, tak ada batas aku beli kat kedai Pak Jon” Izhar bangun. Selepas mengarahkan pembantu – pembantunya membersihkan kandang, dia terus menghidupkan enjin kereta.

Jemputan haji Seman untuk makan tengahari di rumahnya itu, di terima dengan baik. Mahu juga dia lihat wajah Hidayu yang bongkak itu. Konon – kononya sudah mengenakan Izhar dengan jayanya.

“Assalamualaikum Haji” Izhar mengangkat tangan dan mengatur langkah menuju Haji Seman yang sedang mengelap keretanya.

“Dah sampai pun... Hidayu!!” sengaja dikuatkan suaranya. Segera Hidayu muncul di tingkap rumah.

“Nak apa... uhukkk..uhukkkk” Hidayu terserdak. Izhar hanya memandangnya kosong. Pian yang kebetulan lalu di situ terus singgah ke rumah haji Seman.

“Ada kenduri ke?” soal Pian.

“Ha... Pian, mari makan tengahari sekali” ajak Haji Seman. Mata Hidayu terbeliak. Dia terus berlari ke bawah. Tangan haji seman di tariknya.

“Ayah biar betul?” bisik HIdayu.

“Apa yang tak betulnya?”

“Ayah tahu mak tak ada kan?” soal Hidayu.

“Tahulah.. sebab mak kamu tak adalah, ayah jemput Izhar ni. Kalau tidak mak kamu marah. Katanya nak jual anak. Ayah bukan jual tapi promote je hhihii” sengih Haji Seman.

“Ayah ajak dia makan?”

“Yelah...” Haji Seman mengangguk bersungguh – sungguh. Hidayu menepuk dahinya.

“Ala.. jomlah! Aku pun dah lapar ni!” Pian terus menarik tangan Izhar masuk ke dapur rumah Haji Seman. Mereka bertiga duduk mengelilingi meja makan. Tudung saji belum dibuka.

“Bukalah.. anak ayah kan pandai masak” Haji Seman kenyit mata.  Perlahan – lahan Hidayu membuka tudung saji, Pian dan Izhar terkedu. Tidak mampu bersuara. Dua biji telur goreng yang langsung tidak bulat itu membuatkan selera Haji Seman turut patah begitu sahaja.

“Makan ini je?” bisik Haji Seman.

“Iyalah.. semalam mak suruh pergi pasar tak mahu. Telur pun ini je yang tinggal” jawab Hidayu selamba.

“Errr.. makanlah..makan” Wajah Haji Seman berubah. Malunya bukan kepalang. Izhar dan Pian berpandangan sesama sendiri.

“Kita kongsi telur sama – sama yek” kata Pian. Izhar dan Haji Seman memandang Pian dengan wajah curiga.


“Buat apa nak kongsi kalau dah..”

“Ayah!” cepat – cepat Hidayu memotong kata – kata Haji Seman yang selalunya ke lain itu. Izhar menuang kicap ke atas nasi. Mereka berempat berkongsi – kongsi telur mata kerbau. Pian begitu berselera sekali.

“Kau nak ke yang merah ni?” soal Pian dan Izhar hanya menggeleng. Macam nak gelak pun ada tapi nanti haji Seman malu pula.

Mereka berempat selesai makan.

“Burpppp.. hmm.. rezeki halal begini, walaupun hanya telur tetapi nikmatnya terasa” kata haji Seman bagi menutup malu. Izhar menggaru – garu keningnya.

“Ya lah.. Pakcik, telur rumah pakcik ni lain sikit perisanya kan?” kata Izhar.

“Strawberry dan blueberry pun ada” tambah Pian pula. Haji Seman buat muka bodoh. Dia tahu salahnya, kalaulah isterinya tahu.... mengamuk seminggu pun belum tentu cukup lagi.

Izhar berjalan menuju ke keretanya.

“Terima kasih Dayu.sedap dan cantik telur awak tadi” peri Izhar.

“”Jangan panggil Dayu! Dayu tu kambing awaklah!!!!!” bentak Hidayu dan terus naik ke rumah. Haji Seman gigit bibirnya sendiri.

“Dia kalau suka memang suka lari naik atas. Macam orang dulu – dulu” kata haji Seman, Izhar senyum dan dia sempat memandang tingkap rumah Haji Seman sebelum berlalu.

                                *****************




HIdayu mengayuh basikal ke rumah Mak Lang temah untuk menempah baju kebaya. Dia sedikit terhoyong haying. Haji Seman tidak membenarkan dia naik motosikal lagi setelah hampir sepuluh kali terjatuh dalam semak samun. Itu belum lagi termasuk daam parit.

“Hidayu!!!!” Jerit Pian yang sedang menemani Izhar melawat ladang kelapa sawit milik atuknya. Izhar mengerling. Tergigil – gigil macam tu pun nak naik basikal. Kutuk Izhar.

“Nak pergi mana?” soal Pian. Ranting pokok di tangannya dibuang ke tepi.

“Nak tempah baju” jawab Hidayu dan mahu mengayuh basikalnya semula. Beberapa kali dia mengayuh tetapi masih belum boleh juga.

“Rantai basikal kau tercabutlah” beritahu Pian. Dia terus duduk menacangkung. Cuba membetulkannya tetapi tidak berhasil. Izhar dipanggil untuk membantu. Dengan tenang dia menghampiri mereka berdua.

Pian duduk di atas batu besar sebelah pokok. Hidayu menunggu basikalnya. Izhar duduk dan cuba memperbaikinya. Wajah izhar direnung dari ubun – ubun hingga ke dagu. Hidayu senyum. sesekali apabila Izhar memandangnya, Hidayu akan menoleh ke tempt lain. Dia merenung semula. Kali ini fikirannya sudah menerawang entah ke mana. Dia terbayangkan Izhar membawanya naik basikal bersama – sama. Berpegangan tangan sambil menarik Dayu di belakang mereka. Dia mula membayangkn bagaiman Izhar akan menggenggam tangannya setiap malam.

“Ehemmm..” dia tersentak apabila Pian berdehem dengan agak kuat. Dia tidak pasti bila dia boleh berada di sebelah Izhar.Pian memberi isyarat mat ke tangan Hidayu yang sedang menggenggam erat tangan Izhar yang masih kotor dek terkena minyak yang terdapat di basikalnya. Hidayu memandang tangannya. Matanya beralih pula ke anak mata Izhar yang hanya tersenyum lucu memandangnya. Dengan segera Hidayu melepaskan tangnnya.

“Dah siap” kata Izhar.

“Ok” Hidayu tunduk dan terus memecut basikalnya walaupun ke kiri dan kanan. Pian hanya mampu berdoa agar Hidayu tidak jatuh parit.

GEDEBUSHHHHH...

Izhar dan Pian berlari mendapatkan Hidayu yang sudah pun jatuh ke dalam parit.
Izhar dengan cepat mengangkatnya naik ke atas. Kali ni perasaan malunya berganda – ganda.

“Ok?” Izhar meraup rambutnya perlahan. Air yang banyak tadi sudah tinggal sedikit.

“Saya hantar balik” Izhar terus memimpin Hidayu masuk ke dalam keretanya. HIdayu tidak mampu mendongak lagi. Malu!!!

Sampai sahaja di rumah Haji Seman, Hajah Ani kelam kabut mendapatkan Hidayu yang basah lencun. Setelah berterima kasih dengan Izhar, haji seman masuk ke dalam rumah. Dia menunggu Hidayu selesai mandi dan memanggilnya keluar.

“Pandai anak ayah punya taktik” sengih Haji Seman dan Hajah Ani memandang geram wajah suaminya itu.

“Ayah pun tak terfikir macam tu. Hebat!” Haji Seman mengangkat ibu jarinya sambil gelak besar,.

“Ayahhhhhhh!!!!!!!!!!”

2 comments: