Friday, 29 November 2013

AKU BUKAN WANITA BIASA

AKU BUKAN WANITA BIASA


Aku hanya mampu merenung arca cinta yang pernah terbina indah melalui kaca mata seorang lelaki bergelar suami. Aku juga pernah menyentuh kelembutan cintanya tetapi tidak selama yang aku harapkan. Biarlah semuanya berlalu.... itu lebih baik buatku. Cinta aku terlalu mahal untuk kau terus menggenggamnya kerana kau sendiri tidak mampu membayar yuran kesetiaan yang aku harapkan. Kau pernah menyentuh dan kau juga telah menarik kembali keajaiban cinta yang pernah termaktub buatku......menurut bicaramu.

Air mata ini mengalir bukannya tanda aku lemah!. Lebih – lebih lagi di hadapan lelaki yang tidak layak menerima kasih sayang daripadaku. Anggap sahaja perhatian, cinta dan kasih sayangku suatu ketika dahulu hanyalah ehsan dari seorang wanita buat lelaki yang tidak mungkin akan memimpin tangannya menuju gerbang ke pintu syurga. Tidak mengapa.... aku masih mampu berjalan sendirian untuk terus ke situ. Syurgaku bukanlah untuk dirimu. Syurgaku hanyalah untuk aku sebagai balasan aku melahirkan zuriatmu, memberi suapan yang penuh kasih sayang ke mulutmu suatu ketika dahulu. Aku berhak! Kerana aku ikhlas melakukannya demi seorang suami.

AKU BUKAN WANITA BIASA!
Tetapkan itu di dalam mindamu. Ya ... tangisku adalah lumrah wanita yang sering mengharagai memori silam. Memori di mana kau dan aku bersatu membuat bulatan yang penuh dengan sinar bahagia buat permata hati kita. Aku tidak perlukan dirimu untuk mengulit lenaku kerana mata ini akan terpejam sendiri tanpa pengulitnya. Aku mampu menyuap makanan ke dalam mulutku sendiri dengan jari jemari yang pernah menyelimuti tubuhmu sewaktu kedinginan. Aku juga mampu menjaga diriku untuk terus kuat demi zuriat yang akan mendoakan mu saat mata itu terpejam dari melihat sinar mentari dan kegelapan malam.

Rasailah ... bahawa AKU BUKAN WANITA BIASA....
Pergilah jauh kerana lebih jauh kau pergi.... lebih kuat akar semangatku. Jika kau lebih hampir maka aku andaikan sahaja kau yang tidak mampu hidup tanpa diriku. Saat kau tersedar bahawa tiada wanita lain yang mampu membelaimu sepertiku! aku pohon jangan kau gambarkan walau selintas lalu bayangan wajahku kerana wajah ini yang telah kau tolak jauh dari mendekati hatimu. Kau yang menolaknya maka jangan sesekali kau menyentuhnya kembali.

Bukalah mata bahawa.... AKU BUKAN WANITA BIASA
Aku berjanji pada cinta yang telah lepas pun dari tanggungjawabmu bahawa hidupku hanya untuk diriku, anak – anak, ibubapa dan sudah tentu Allah yang maha pengasih. Kasih sayang dari Tuhanku sudah cukup untuk melindungi aku daripada menjadi bayangan sikapmu. Aku gagah berdiri... bukannya kerana lakonan dunia tetapi kerana.... inilah aku!. aku andaikan bahawa kaulah lelaki yang menempah rasa rugi kerana menghancurkan istana yang pernah kedua belah tangan itu bina sendiri.

Ingatilah  bahawa ... AKU BUKAN WANITA BIASA...
Yang meratap hiba mengenang pemergianmu yang masih mampu tersenyum di muka bumi ini. Ya... aku menangis.... sebalik rasa kesal aku menangis kerana rasa syukur kerana Tuhanku telah membuka satu pintu yang gelap buatku dan menghadiahkan satu lagi  pintu yang diterangi cahaya yang tidak mungkin layak kau terimanya.

Lihat.... AKU BUKAN WANITA BIASA
Saat lafaz itu terlerai dari mulutmu.... memang pedih kerana aku dikhianati dan  kau perlu tahu bahawa tangisku bukan kerana aku sedih kehilanganmu. Untuk apa aku tangisi seorang lelaki yang mencipta kerugian buat dirinya sendiri?. Jika kau  mampu mengkhianati kebahagiaanmu adakah kau layak untuk memberikan aku rasa bahagia itu?. Tidak wahai lelaki! Tidak sesekali!.

Aku BUKAN WANITA BIASA...
Itu lah aku...
Jangan pernah kau fikirkan untuk melorek besi pengkhinatan di dalam jiwaku lagi kerana tiada lagi namamu di hatiku. Kalau ada pun sekadar menjadi wali buat anak – anakku. Jujur, untuk aku mengurangkan rasa benci ku hanya satu sahaja aku tanamkan di dalam hatiku. Kau telah berikan aku rasa bahagia dengan lahirnya anak – anak buatku. Anak – anak itulah yang akan mendoakanku saat aku menutup mata kelak yang kupasti kau takkan sesekali menadah tangan buatku. Terima kasih kerana menjadikan aku bukan wanita biasa.

Sejak kau pergi, mata hatiku terang biarpun masih berdenyut nadi kesakitannya. Terima kasih juga kerana memberi pahala percuma buatku dengan menyakiti hatiku yang tulus memberi cinta dan kasih sayang buatmu.

Kau akan lihat aku yang baru.
Aku... BUKAN WANITA BIASA
YANG BOLEH KAU TOLAK KETEPI DENGAN MUDAH. AKU TIDAK AKAN GENTAR BERHADAPAN DENGAN MATAMU. TIDAK AKAN LEMAH MENDENGAR SUARAMU. TIDAK AKAN TERKULAI DENGAN BISIKAN SUARAMU KERANA....siapalah engkau untuk aku peduli lagi.... jauhlah,,, kerana itu juga pintaku.....dan aku akan menjadi rimbunan pohon yang paling indah dan pastinya meredupkan hati anak – anakku. Akan aku menaungi mereka dengan cinta agar tidak menjadi sepertimu yang berlari jauh dari rasa setia. Aku tidak perlukan dirimu untuk bahagia... TIDAK SESEKALI!



7 comments:

  1. mmm...luar biasa! rasakan tamparan wanita

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kehkehkehke..... dia sememangnya luar biasa orangnya...... kuat dan mampu tersenyum st dukanya.... kalaulah semua wanita sekuat dia...

      Delete
  3. luahan seorang wanita yang SANGAT LUAR BIASA

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang tersangat luar biasaaaaaaaaaaaaaaaa.. snagat2

      Delete
  4. AKU WANITA BIASA MAMPU MENGOYAH DUNIA ANDAI AKU DIPERSENDA...AKU JUA WANITA BIASA YANG MENANTI SETIAP BAIT KATAMU...AKU WANITA BIASA YANG HANYA MAMPU MENDOAKAN AGAR DIKAU TERUSKAN BERKARYA TANPA JEMU..KERANA BAGIKU KAU WANITA LUAR BIASA...SEMANGATTTT :)

    ReplyDelete