Monday 29 April 2013

CERPEN: KEINDAHAN ITU


KEINDAHAN  ITU


Mylia merenung anak mata Gina. Anak patung comel yang pernah dihadiahkan oleh Haiqal dibelek – belek. Dia yang memulangkan semua anak patung itu melalui intan, sahabatnya hanya mampu mengeluh.

“Hanya ini?” soal Mylia.

“Kenapa akak harus cari dia kalau di hati masih terluka?” Gina menyoal kembali. Senyap. Tiada jawapan yang mampu Mylia berikan. Dia juga tidak tahu mengapa dan bagaimana kakinya terus ke rumah Haiqal sebaik sahaja pulang dari Jepun. Tanpa sebarang kata, Mylia terus berlalu dengan kertas yang masih digenggamnya. Kemana Haiqal?...

Riuh rendah si rumah Encik Lukman, ayah kepada Mylia sedikit pun tidak menyuntik rasa gembira di hati Mylia. Sejak pulang dari Jepun, dia asyik termenung. Encik lukman mneggosok perlahan kepala Mylia. Dia seakan tahu resah di hati anak bongunya itu.

“Haiqal?” soalan Encik Lukman membuatkan Mylia tersentak. Dia terus berpura – pura mencari sesuatu di bawah meja kopi.

“Yang dicari bukan di bawah itu. Mylia, papa pernah beritahu agar  menjadi manusia yang sentiasa memberi peluang kepada orang lain kerana suatu hari nanti kita sendiri akan meminta peluang itu”
“Papa kata apa ni?” gelak Mylia. Gelak yang sedikit pun tidak padan dengan ukiran senyumannya yang sangat hambar. Nampak sangat kepura –puraannya.

Percintaan yang hanya bertahan selama enam bulan itu tetap menyakitkan walaupun hanya merasa keindahan percintaan itu dalam tempoh yang singkat. Lelaki itu nampak penyabar, suka tersenyum dan sering membahagiakan hatinya. Sanggup menunggunya pulang dari tempat kerja walaupun basah kuyup disapa hujan yang sangat lebat. Maria, yang terang – terangan mengaku dihadapannya akan menjadi tunangan Haiqal membuatkan hati Mylia hancur berkecai.

Dia terus berlari masuk ke dalam kereta tanpa mempedulikan panggilan Haiqal. Kehadiran Haiqal di rumahnya juga ditolak mentah – mentah, kad sim di tukar dan tindakan paling beratnya adalah meninggalkan Malaysia semata – mata mahu melupakan haiqal. Namun begitu, dapatkah dia melupakan Haiqal?. Tidak sama sekali. Di jepun dia merindui sambal tumis ikan bilis dan rojak mangga yang bukannya menjadi makanan kegemarannya tetapai Haiqal. Dia yang tidak sukakan warna biru itu menampal wall paper bewarna biru cair di biliknya. Hanya Haiqal, Haiqal  dan Haiqal...

Kali ini Mylia tidak mampu bersabar lagi. Gina yang seakan – akan berdolak dalik itu membuatkan Mylia mula meninggikan suara sewaktu pergi ke rumah adik kesayangan haiqal itu.

“Kata dia tka kahwin, jadi beritahu akak mana dia tinggal”  agak tinggi siara Mylia. Gina merenung tajam ke dalam anak mata Mylia.
“Siapa kau nak tanya begitu?” soal Gina dengan geram. Mylia terdiam dan mula sedar yang dia agak keterlaluan.

Gina menarik tangan Mylia dengan geram. Hampir 2 kilometer mereka berjalan. Panas terik tidak diendahkan. Langkah mereka terhenti di hadapan kawasan perkuburan. Jantung Mylia bagai di tarik keluar. Dia terduduk di situ sambil meraung. Tangannya mencengkam rumput dan esakannya semakin lemah.

‘Mylia maafkan awak” ujar Mylia. Gina menggeleng kepala.
“Dia tak salah. Buat apa akak nak maafkan.  Akak terburu- buru pergi tanpa tahu cerita sebenar. Ikut rasa binasa , Kak!” gina menghulurkan sepucuk surat buat Mylia. Dengan hati yang merintih , Mylia membukanya...

Dia bukan untukku sayang..
Perlukah kau mendengar katanya sedangkan aku disisimu waktu
Itu langsung tidak di beri peluang untuk membuktikan cintaku untukmu. Saat kau berlalu dengan tangisan, satu persatu kepercayaan antara kau dan aku gugur. Kau melepaskan keindahan yang kita cipta hanya dengan sekali lafaz ayat dusta wanita yang mencemburuimu..
Dengar...itu yang aku pinta waktu itu tetapi kau langsung tidak mengendahkanku. Bukan aku tidak cuba untuk menerangkan hakikat sebenar tetapi kau telah mengasingkan di kelompok yang menjadi kebencianmu. Aku hanya mampu mengiringimu dari jauh. Aku menatap wajahmu buat kali terakhir di lapangan terbang tanpa kau menoleh dan menyedarinya. Setiap langkah kau menjauhi ku, satu persatu dinding cintaku ini pecah berderai.
Mana mungkin aku hitamkan keputihan cinta yang kau warnakan, sayang.
Mana mungkin aku menghambar keindahan cinta yang telah kau tunjukkan buatku sayang. Setiap waktu kau dan aku bersama itulah waktu keindahan hidup yang amat aku hargai. Aku merinduimu... tapi mungkin tidak padamu. Seseorang akan pergi jika keindahan itu sudah tiada lagi dan aku yakin keindahan cintamu buatku tiada lagi kerana kau....telah pun meninggalkan ku.....kerana...

Mylia membelek belakang halaman kertas itu. Dia berdiri dan menggoncang bahu Gina.

“Kerana apa?... apa maksud Abang Haiqal,. Dia bodoh berfikir begitu tentang akak. Tidakkan dia tahu sesaat pun akak tak dapat melupakan dia. Setiap hari akak makan rojak buah yang kawan akak jual dengan tangisan tahu tak?, walhal akak tak mampu menelannya. Tapi akak mampu di sana kerana rasa rindu itu. Dia kejam. Dia yang zalim..... kerana ap?” Mylia terus terjeepok ke atas tanah.

“Kerana keindahan itu tetap ku tunggu walau hingga ke akhir hayatku, sayang”

Mylia menoleh. Dia tergamam. Haiqal yang sedang berdiri di hadapannya itu membuatkan dia berdiri dan terus mendapatkan Haiqal. Pipi haiqal di sentuh perlahan.

“Haiqal!!! Awak jahat!!!!!” jerit Mylia. Encik Lukman tersenyum dari jauh. Gina berlalu dan sempat lagi bersuara.

“jangan buat hal tepi kubur!! Balik”

“Sedap tak rojak yang saya buat untuk awak kat Jepun tu?” hidung Mylia dicubit mesra. Muka yang merah itu semakin merah lagi.

“Awak kat Jepun?” soal Mylia terkejut.

“Hmm... ayah mertua saya suruh tengokkan awak di sana. Seronok betul tengok orang rindukan kita” gelak Haiqal.

“Surat ni..”

“Idea Gina...” gelak Haiqal.

Mylia ketawa, dia mengesat air matanya dan terus  menarik tangan Haiqal masuk ke dalam kereta Encik Lukman. Mylia memandang Gina. Terjerit – jerit Gina dikerjakan oleh bakal kakak iparnya itu.

2 comments:

  1. akak tahniah rumah dah berwajah baru....cantik dan ceria..saya suka..

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak Irna...
    adik selalu buat akak tersenyum dan yakin
    tenkiu cayangkuuu

    ReplyDelete