BAB 7
Ahmad dan beberapa orang pelajarnya mula buat muka
kasihan sewaktu berbincang sesuatu dengan Rat di kafe. Rat menggaru – garu kepalanya.
Tapi Rat sedikit selesa kerana murid paling teruk sikapnya tiada di situ. Kalau tidak, memang dia nak
lempar saja budak tu ke luar jika mengeluarkan kata – kata yang menyakitkan
hatinya lagi.
“Korang ni..” Rat menekup wajahnya.
“Cikgu Ahmad kata Kak rat pandai buat cup cake. Siap
macam – macam bentuk” Shila menggoncang lengan Rat.
“Haip... bila masa saya bagi awak makan cup cake?”
matanya terjegil dan Ahmad Cuma tersenyum.
“Ishhh.... takkan wanita secantik Ainun tak pandai
buat kek kecil macam tu?” duga Ahmad. Rat mengecilkan matanya. Saja mahu mencabar
aku ya?..
“Ok... tapi kalau korang semua menang kutipan
terbanyak hari kantin tu... belanja ye?” senyum Rat. Bersorak lima orang
pelajar Ahmad di situ juga. Ahmad ketawa. Perlahan – lahan Rat mendekatkan
bibirnya ke telinga Ahmad.
“Apa saja buatmu” seksi betul intonasi suaranya
hingga membisukan suara Ahmad. Dia berdehem bagi membuatkan Rat menjauhinya
kerana dalam keadaan terlalu hampir itu beberapa orang pelajarnya sudah pun
tersenyum – senyum memandang mereka berdua.
“Kita balik.... esok kita pergi rumah cikgu Ahmad.
Kak Rat bawa Oven k” Noni nampak ceria. Hampir berhari – hari mereka memikirkan
siapa yang akan membantu mereka menghasilkan cup cake yang sedap untuk jualan
hari kantin nanti
********************
Rat muncul di hadapan rumah cikgu Ahmad yang sudah
pun tiba beberapa orang pelajarnya. Rat meminta Ahmad membantunya membawa masuk
oven milik Umairah. Setelah semua bahan sudah siap tersedia di atas meja, Rat
memandang wajah mereka satu persatu.
“Kita mulakan budak – budak kecik!!!!!!” jerit Rat.
“Apalah Kak Rat ni....” mereka semua ketawa terbahak
– bahak.
Rat rupanya memang pandai masak makanan barat
berbanding masakan kampung. Ahmad ralit memerhatikan Rat memasukkan satu –
persatu bahan ke dalam mangkuk. Nampak comel sekali.
Mereka yang lain sibuk menimbang tepung dan
menyediakan apa sahaja yang di arahkan oleh Rat.
Mereka semua terkekeh – kekeh ketawa apabila melihat
rat sibuk mengusik Ahmad yang asyik melarikan diri apabila Rat mahu mengesat tepung pada wajah Ahmad.
“Tak apa.. saya lap sendiri, Ainun!” Ahmad ketawa
kecil.
“eleh.. ingat orang nak pegang dia sangat!” cebik
Rat. Ahmad ketawa sambil mengelap sendiri wajahnya.
Kesemua 250 biji kek sudah siap dia atur ke dalam
kotak. Rat kelihatan sangat letih. Dia terduduk tanpa bicara di atas bangku
meja makan. Ahmad menghulurkan air ke tangan Rat.
“Penat ya?” soal Ahmad. Rat memandangnya dan
tersenyum.
“Saya baliklah ya. Budak kecil tu awak nak hantar ke
saya?” soal Rat.
“Awak balik saja, nanti saya hantar mereka” Ahmad memberi
ruang untuk Rat pulang beristirehat.
Selepas menghantar kesemua pelajarnya pulang, Ahmad
yang keletihan terus ke dapur untuk minum air tetapi matanya terpandangkan satu
cup cake yang berbentuk tikus di atasnya. Kertas dibawah cup cake itu di baca
dengan senyuman.
KALAU LALU... MAKANLAH TIKUS NI HAHAHHAAH.
“Kalau tikus ni tak lalu tapi kalau .....ishh!!!
astaghfirullah!!!!” Ahmad cepat – cepat menampar mulutnya. Tergatallah pula!!.
**************
Cuti sekolah!!!.
Encik Adib mengizinkan Ahmad membawa Rat pulang ke
kampungnya. Sampai sahaja dia di rumah Ahmad, semua ahli keluarga Ahmad sudah
menantinya di luar rumah. Lelaki berserban itu kelihatan sangat berseri
wajahnya. Wanita berumur itu mungkin umi Ahmad.... fikir Rat.
Sebaik sahaja dia keluar dari kereta, Aminah mula
memandang serong apabila melihat Rat yang bergaya tanpa tudung di kepala. Semua
ahli keluarga Ahmad disalamnya. Apabila tiba di hadapan walid, Rat terus
menghulurkan tangannya. Walid melapik tangannya dengan kain serban yang
menutupi bahunya.
Rat sedikit terkejut. Baru dia sedar yang dia tidak
sepatutnya bersalaman dengan walid. Wajah bersalah Rat jelas sekali kelihatan.
“Tiada apa Ainun,.... mari masuk” senyum Walid. Rat
terpana di situ. Ahmad memanggilnya berulang kali sehinggalah Fatimah, adik
bongsu Ahmad menggoncang tangannya.
Rat duduk di atas sofa sambil minum air. Tangan,
postur tubuh ketika dia duduk membuatkan semua ahli kelaurga Ahmad sedikit
terpana. Sangat anggun!. Umi Halimah mencuit paha Ahmad.
“cantik tapi Ahmad mahukan dia sebab tergoda ya?”
soalan Umi Haimah membuatkan Ahmad hanya mampu menelan air liurnya.
“Umi tak suka?” soal Ahmad.
“Siapa suka kalau dirinya sebegitu rupa” Aminah
menyampuk. Seepupu Ahmad yang tinggal dengan walid sejak kematian ibubapa nya
itu mula tidak selesa dengan kehadiran
Rat.
“Umi tak kata begitu” cepat – cepat Umi menyangkal
kata – kata Aminah.
“Pakcik nak pergi masjid ya nanti?” soal Rat. Walid
menggeleng.
“Walid baru habis mengajar. Nanti bila waktu maghrib
walid pergi. Ainun panggil sahaja walid ya?” ujar Walid dengan lembut.
“Bukan kena kahwin dulu ke baru panggil walid?’
selamba sahaja ayat itu keluar dari bibirnya yang merah itu. Walid tunduk dan
senyum panjang.
“Ainun nak jadi menantu walid ke?”soal walid dan
serta merta terdengar batuk yang kuat. Ahmad batuk sambil matanya terjegil
memandang Rat.
“kelakarlah awak ni..batuk dengan mata terjegil dah
macam kartun teletubbies dah hehehe” Rat ketawa.
Walid gelak kecil. Di pandangnya gelagat Rat apabila
berbicara dengan Ahmad. Ada riak bahagia pada wajah Ahmad.
“Walid.... jemput minum” baru nak pelawa selepas
airnya habis di cawan.
“Tak mengapa, nanti walid minum ya , Ainun”
“Walid tak sudi minum dengan saya ya?” usik Rat.
Ahmad memicit kepalanya. Baru sahaja berjumpa, dia sudah ramah seperti itu. Anak
saudara walid yang lain pun tak berani nak bergelak ketawa seperti itu.
“Walid puasa sunatlah” bisik Ahmad.
“Oh.... minta maaf walid” Rat mengerutkan wajahnya.
Aminah duduk di sebelah walid.
“Awak tak puasa sunat?” soal Aminah tanpa
mempedulikan isyarat mata Ahmad padanya.
“Tak. Puasa ganti pun belum. Tak apalah.. nanti saya
puasa” senyum rat. Aminah menggeleng kepala. Rat sedikit tidak puas hati.
“Kenapa geleng kepala?” soal Rat.
“Ya lah....”
“Aminah.... tolong bawa Ainun ke biliknya” Walid
terus bersuara. Terdiam Aminah saat itu juga. Rat berdiri dan tunduk apabila
melintasi walid.
“Nanti buka puasa, saya buat air happy soda kat
walid nak?” senyum Rat.
“Happy soda?.. hmm... boleh”
Rat masuk ke dalam biliknya.
Walid memandang Ahmad yang masih tunduk wajahnya.
“Selalukah anak walid minum happy soda?” soalan
walid hampir membuatkan Ahmad tersenyum.
“Ala... air bandung campur ais krim soda je”
Walid ketawa kecil dan terus bangun. Ahmad mengiringi
walid keluar.
***********
Walid merenung air happy soda yang baru sahaja
sampai di hadapannya. Rat senyum bangga. Ahmad menggeleng kepala.
“Terima kasih Ainun... tapi walid berbuka dengan air
kosong dulu ya?”
“Okey” Rat menunggu Walid di meja. Umi Halimah gelak
sambil menepuk belakang badan Ahmad dengan kuat. Fatimah meneguk air happy soda
itu dan tersenyum panjang.
“Walid... air inilah yang Fatimah cerita tu. Cikgu Fatimah
bawa ke restoran, dia pesan kan air ni” bersungguh – sungguh Fatimah bercerita.
Walid mula meneguk.
“Hmm.. pandai anak walid ni” senyum Walid. Umi
Halimah pun cepat – cepat menuang air buatan Rat ke dalam gelasnya. Aminah
tidak mahu sebaliknya dia hanya minum air teh sahaja.
“Kalau begitu, hari raya nanti bolehlah buat untuk
umi lagi” gelak Umi Halimah.
“Umi ajak Rat datang raya sini ke?” soal Rat .
wajahnya tampak terlalu gembira. Semua di situ tersenyum – senyum memandang
Ahmad yang semakin merah wajahnya.
***********
Rat termenung di pangkin bersendirian. Suasana malam
di kampung amat berbeza sekali dengan di bandar. Ahmad menghampiri Rat bersama
Fatimah.
“Kenapa termenung?” soal Ahmad.
“Walid...” Rat memandang Ahmad. Air mata yang
mengalir sedikit mengejutkan Ahmad. Fatimah memandang hairan.
“Hei... kenapa?.” Soal Ahmad kembali.
“Dulu saya ada seorang kawan, ayahnya juga alim
seperti walid. Apabila kami menghulurkan salam.. dia terus berpaling dan pergi.
Seolah – olah kami terlalu jahil. Walid..... tak begitu. Saya perasan, sewaktu
saya bersalaman dengan Fatimah, walid cepat – cepat melapik tangannya. Dia tak
mahu saya terasa hati. Walid buat saya....” Rat tunduk.
Fatimah duduk di sebelah Rat.
“Apa?” Ahmad merenung mata Rat.
“Buat saya seperti punya nilai di mata seseorang. Walaupun
dia alim dan disegani namun dia masih mahu mendekati saya yang tidak layak
untuk digauli. Dia tidak merendahkan pandangan matanya ketika berbicara dengan
saya dan senyumannya.... Ya Allah....” Rat menangis lagi. Ahmad hanya berdiam
diri.
“Walid mengajar kami agar tidak memandang makhluk Allah
yang lain dengan pandangan yang sinis. Walid kata... bila kita memandang rendah
mereka yang kita rasakan hina, kerendahan itu akan berbalik pada kita sendiri. Sebaiknya
kita memandang mereka dengan kasih sayang agar mereka merasainya dan ikut
kembali ke jalan yang benar. Menarik jiwa dengan kasih sayang itu lebih
berkesan, kata walid” terang Fatimah. Rat memandang Ahmad.
“Awak sedang menarik saya dengan kasih sayang supaya
jauh dari jalan yang dulu ya?”
Ahmad senyum.
“Hanya sekadar menarik?” soal Rat.
Ahmad senyum dan terus berdiri. Kakinya mengatur
langkah masuk ke dalam rumah batu yang sangat luas itu. Rat masih di ditu
menunggu jawapan.
************
“Ainun nak makan apa?. Walid masakkan” peawa Walid.
Rat terkejut. Dia tersengih – sengih selepas melipat telekungnya selepas solat
subuh berjemaah bersama.
“Walid pandai masak apa?” Rat terus menghampiri
walid.
“western pun boleh” senyuman walid lebar.
“Ala.. western dah selalu... walid masak kampung. Nasi
goreng pun boleh” kata Rat. Umi halimah ketawa.
“Jangan terperanjat... kat KL tu pun tak ada pembuat
nasi goreng sesdap walid tau?” kata Umi Halimah.
“Amboi.. pandai rupanya walid ni. Padanlah umi
sayang sangat. Sampai walid balik masjid pun umi jemput dari pintu” sengih Rat.
“Itu memang cara isteri, Ainun” terang Umi Halimah.
“So, nanti saya pun kena jemput awak pulang dari
sekolah?” Rat menoleh dan memandang Ahmad yang memegang dadanya. Semput dibuatnya.
“Tak” Ahmad terus keluar. Rat monyok. Walid gelak
dan keluar bersama Umi Halimah. Fatimah mengesot menghampiri Rat.
“Sempoi beb!” bisik pelajar tingkatan tiga itu. Rat
terkejut. Dia memandang Fatimah yang mengangkat – angkat keningnya.
“Beb?.. wallawei..... dasyat arrr” bisik Rat kembali
dan pecah gtawa mereka berdua sehinggalah terdengar walid berdehem dua tiga
kali di luar bilik soat.
*******************
Walid mengait buah kelapa muda. Kajin serbannya
diikat di pinggang sambil diperhatikan rat dan Fatimah. Aminah tidak mahu masuk
campur.
Sebaik sahaja
kelapa itu ditebuk, walid menghulurkannya ke tangan Rat. Dengan senyuman Rat
terus minum.
“anak walid lupa...” walid bersuara.
“Apa walid?”
“Hmmm.. pokok ni, siapa yang cipta?” soal walid
tenang.
“Allah.”
“Tak nak puji Allah sebab beri Ainun rasa air kelapa
yang sedap ni?. Kalau kawan kita bagi coklat mesti kita cakap.. wah baiklah kau
bagi aku coklat... betul tak ainun?” senyum Walid.
Rat menggigit bibirnya.
“Tapi dah terminum. Boleh rewind balik ke?” soal
Rat. Walid ketawa.
“Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Y Allah
kerana tumbuhkan pokok kelapa dan memberi kekuatan pada walid untuk mendapatkan
buah kelapa ini untukku” Rat terus meneguk air kelapa.
“Over” kata walid. Rat ketawa besar.tak sangka walid
boleh berbual dengannya secara sempoi begitu. Ahmad tiba dengan ais didalam
jug.
“Shoh...shoh... jangan kacau saya dan walid” halau
Rat. Ahmad mengerutkan keningnya. Berlagak pula si Ainun ni... mentang –
mentanglah ngan dengan walid!..
“Ala.. merajuk ke..meh sini meh....” Rat menepuk
bangku di sebelahnya.
“Jangan meh ke sana... meh ke sini” mata Walid agak
bulat sewaktu melihat Ahmad mahu menuju ke arah Rat.
“ish,.....berpinar pula mata ni..” Ahmad berpura –
pura. Walid gelak.
“Selalunya tak berpinar pun....” perli walid.
“Dia selalu macam tu” usik Rat. Walid terus
menjegilkan matanya memandang Ahmad.
“Selalu?” soal Walid.
“Mana ada walid.... Ainun tipu!” Ahmad mengintai Rat
yang buat muka selamba.
“Awak.....” geram betul Ahmad masa tu.
“kalau dia dekat sangat dengan Ainun.. karate sekali”
suruh walid.
“Boleh ke walid?” sengih Rat. Walid angguk.
Ahmad mencengkam rabutnya dengan tangan kiri dan
terus berlalu dari situ sebaik sahaja Fatimah tiba. Poyo!!!!
Mona Airawanie : (Y) Sy suka dalam gediknya rat seorang yang tidak ego,meletkkan diri pd 1 tempt yg serba kekurangan tp tidak mengalah dgn kekurangan,memperbaiki diri mgkin tanpa disedari...awak berjaya menjadi watak rat yg gedik tapi disenangi...acapkalinya watak gedik terarah ke sudut negatif tapi awak memperpositifkan watak itu dgn jayanya...slmt berkarya.....
ReplyDeleteterima kasih mona..
Deleteawak buat saya bersemangat mahu terus menulis..
kadangkala.. komen awak beri saya idea...
terima kasih banyak2... alhamdulillah... :) <3
Best akak ! Ai suka sikap ainun tu, x nah terlalu lama ambil hati atas perkataan org and bsa brsikap natural pada siapapun. Kagum. Huhuu (y)
ReplyDelete