Wednesday 5 June 2013

DARI KERANA AINUN - pro&bab1

DARI KERANA AINUN

Prolog
menggoda.... satu kepastian. tergoda.... banyak kali. terkantoi bila menggoda lebih dari sekali. godaan yang menjadi hanya satu sebab hanya lelaki itu yang berkenan di hati dan lagi 10 orang tak menepati ciri - ciri lelaki idaman. apa yang buat dia begitu mudah menggoda?.. kerana matanya atau Ainunnya. sebab matanya yang cantik itulah, Encik Adib menamakan anak bongsunya itu sebagai Ratu nur ainun.... tetapi hanya mahu dipanggil sebagai rat. encik Adib menyampah benar mendengar nama itu. Rat? tikus?. bila masa pula dia dan isterinya Umi melahirkan seekor tikus? singkatan nama yang tak kena langsung! tapi dia peduli apa..... dia hanya Rat..Rat yang memang handal menggoda. dia tahu bagaimana mahu meliuk lentokkan tubuhnya sewaktu mengambil barang yang terjatuh di lantai. dia tahu mengeluarkan rengekan manja ketika berbicara dan jari telunjuknya memang pantas menari - nari.........

BAB 1

“Hei... no lah, alaaaaaaaaaaaaa...janganlah. nanti i malu. You ni” jari telunjuknya bermain – main dia kertas dokumen Yazid yang tercengang – cengang dari tadi. Memang dia sedang menggoda kekasihnya di talian tetapi Yazid yang duduk di situ juga sudah tertelan pil khayal. Asyik benar matanya memandang bibir Rat yang tersenyum manja. Sesekali rengekan manja itu membuatkan bulu roma Yazid berdiri tegak.

“Ishhh.. bahaya!!” yazid terus ke pantry. Sudah kehabisan air liur untuk dia telan. Melampau betul godaan anak Encik Adib ni. Berbeza benar dengan kakanya Umairah yang bertudung litup. Belum pun sempat Yazid meneguk air, Rat sudah pun berdiri di belakangnya. Haruman yang mahal itu boleh dihidu walaupun da masih berada agak jauh dari Yazid.

“Yaz.... you buatkan i punya kerja ya... pleaseee” senyum Rat. Tanpa sebarang bantahan, Yazid terus mengangguk. Rat menghampirinya.

“kenapa Rat?’ soal Yazid sedikit gentar.

“Thanks.. i sayang u” pipi Yazid di sentuh lembut. Pandangan mata Yazid seakan berpinar. Lembutnya telapak tangan Rat!.  Dengan lenggok yang menggoda dia berlalu. Yazid.. mangsa Rat!. Tapi Rat bukannya teruk sangat, setiap kali Yazid menghabiskan kerjanya, pasti Rat akan membelikan dia sesuatu.

                          ******************************************

Skrit atas lutut yang dipakainya nampak begitu cantik dengan kulitnya yang putih gebu. Dia suka bila mata lelaki terbelalak memandangnya. Tak hairanlah pernah ada yang accident ringan dek kerana asyik merenungnya. Sedang dia terlenggok kiri dan kanan, kakinya tersadung pada batu. Nak landing depan atau belakang?. Dia tergoyang – goyang. Mujurlah ada seseorang yang berjaya menarik kolar bajunya hingga senget.

“Nak bisnes.. malam – malam. Tak ada orang nak awak tengahari macam ni. Buat tambah kepanasan bumi je.” Gelak lelaki tadi. Rat merenung tag nama di baju lelaki itu.

“Hei cikgu sekolah nama Ahmad!!! Jangan sibuklah. Kau saja kan nak tarik aku....” matanya mengecil sambil bibirnya digigit sedikit.

“Kau tok sah nak gigit gigit bibir kau tu lah. Tak hadapnya aku ngan bibir macam getah skrap tu. Tu, dua nasi bungkus kau tu dah nak terlondeh. Pi betulkan” selamba sahaja Ahmad memandang ke arah dada Rat. Cepat – cepat Rat menutup dadanya dengan beg tangan.

“Hei... cikgu apa kau ni?. Celupar betul . yang kau pandang kat sini kenapa?” marah Rat. Mereka yang berhenti di lampu isyarat bersorak memandang mereka berdua yang sedang bertengkar.

“Kau tahu tak, kat novel selalu buat kalau berjumpa bertengkar, akan jadi couple. Kau ni bakal couple aku kot” gelak Ahmad. Rat cuba membetulkan kemeja putihnya.

“Kau pandang lagi!!!!” marah Rat.

“Kau gila ke?. Dalam merah luar putih?” soal Ahmad dengan mulut yang mencebik.

“Apa merah?” soal rat semula.

“Hahahhaa... masa kau pakai pagi tadi kau tak ingat ke warna apa?” soalan Ahmad membuatkan pipi Rat merah padam.

“Ok...ok... minta maaf. Nama kau?” soal Ahmad. Rat berpaling.

“Takpe, aku tengok name tag kau” sengaja matanya jatuh ke dada Rat. Cepat – cepat Rat menutupnya semula.

“Nama aku rat. Kau ni gila seks!” herdik rat. Berderai tawa Ahmad.

“La... tikus! Padanlah otak macam ni” ketawa Ahmad.

“Aku nak blah” jeling Rat. Dia tunduk sambil menepuk – nepuk skirtnya.

“Astaghfirullah....aku tak tengok...aku tak tengok.... tak nak tengokkk ! jangan paksa aku!!!!!!!” Ahmad  berpura – pura berlari dan ketawa berdekah – dekah sebaik sampai ke keretanya.

Mood Rat hilang pada waktu itu juga. Dia terhencut – hencut ke keretanya. Mahu pulang ke pejabat. Malas mahu bertemu Halil. Biarlah lelaki itu menunggunya di restoran. Dia juga pernah buat begitu pada Rat. Masing – masing tak tepati janji.


                                       *******************

Rat bangun awal pagi pada hari itu. Berjogging memang menjadi kebiasaannya. Dengan baju yang serba ketat dia berlari. Dari banglo ayahnya ke taman rekreasi mampu membuatkan kalorinya terbakar dengan banyak sebab itu dia suka berlari sahaja ke sana. Sedang dia berlari, matanya tertumpu pada susuk tubuh lelaki yang sedang berlari setempat. Tidak sampai beberapa ketika mata mereka bertentangan.

“Tikus!!!” jerit Ahmad.

“Tak guna ... jantan tu kat sini” Rat terus berpatah balik tetapi dikejar oleh Ahmad. Rat menoleh ke belakang. Macam tak percaya  Ahmad boleh mengejarnya begitu. Larian Rat makin laju tetapi apalah dayanya mahu melawan kederat seorang lelaki. Kolar sweater Rat dipegang dengan kuat.

“Hei cikgu Ahmad!!!!!” tangan Ahmd terus ditepisnya dengan kuat.

“Kau ni cikgu apa ha? Patutnya jaga maruah wanita bukannya tarik – tarik aku” jeling Rat geram. Ahmad menghela nafasnya. Dia memandang sekeliling sebelum meneruskan bicara.

“Aku ni nak jaga kehormatan kau lah. Kau ni kan... seluar ketat sampai macam ni kalau baju labuh tak apa tapi baju singkat. Sweater anak saudara kau ke yang kau pakai ni?. Sampai tak boleh zip” soal Ahmad. Rat cuba menarik bajunya untuk di zipkan tetapi ternyata tidak boleh. Ahmad menanggalkan sweaternya dan terus menutup bahagian hadapan tubuh Rat. Tergamam rat sebentar.

“Kan aku kata kau ni bakal awek aku... biasalah, aku kan kacak. Kau ni hodoh. Kira beauty and the best punya version ler. Dah tutup!. Aku tak nak tengok lagi. Tak ada feel. Malam kahwin baru bagi aku tengok..khakahkhahaka” Ahmad terus pergi.

“Kahwin?...” rat duduk termenung di tembok rumah orang. Dia termenung seketika.

“Ahhh... tak nak aku jantan macam tu. Tak romantik. Aku nak yang romantik” senyum Rat sendiri dan meneruskan lariannya. Sampai sahaja di tamana rekreasi, dia boleh lihat dengan jelas Ahmad sedang berbual dengan sekumpulan remaja  perempuan.

“kau ajar aku sangat ye..” terus Rat mendapatkan Ahmad.

“Sayanggg....” mula menggoda. Mata Ahmad terbeliak. Semua remaja di situ juga sama. Terus lengan Ahmad dipegang. Sengaja direngekkan suaranya. Hujung rambut Ahmad di usik – usik.

“ini tunang cikgu?” soal Gina, salah seorang pelajar Ahmad. Terus terlepas tangan Rat dari lengan Ahmad. Dia berdehem berkali – kali. Entah kenapa dia rasa tidak gembira.

“Maaf.. saya salah orang” Rat terus berlari meninggalkan Ahmad bersama – sama pelajarnya. Ahmad merenung Rat hinggalah wanita itu hilang dari pandangan matanya.

“Cikgu pergi dulu..” permisi Ahmad, dia terus menjejaki Rat. Hampir lima minit, dia akhirnya menemui rat yang sedang duduk termenung di buaian. Ahmad menolak sedikit buaian itu hingga membuatkan Rat terkejut .

“Kau dah bertunang?”soalan itu terus terpacul dari bibir Rat. Ahmad tidak menjawab sebaliknya leka memerhati ke sisi.

“Kau dengar tak?” desak Rat lagi.

“Kenapa?. Aku takkan cerita hal peribadi dengan orang yang aku tak kenal” kata Ahmad selamba.

“Kau dah kenal aku kan”

“Rat..tikus! itu sahaja yang aku tau” balas Ahmad.

“janganlah panggil aku tikus. Macam ayah aku lah...” jeling Rat.

“Sorry sentuh kau tadi. Tentu tunang kau marah” Rat tersenyum hambar.

“Tak per... aku tak marah kan. ?”

GEDEBUK!

Terus Rat terjatuh ke tanah. Ahmad ketawa besar. Dengan cepat dia menghulurkan tangannya. Nampak benar betapa gelabahnya rat. Mana perginya rat yang sentiasa yakin itu. Dengan CEO syarikat ternama pun dia boleh buat gulai kenapa dengan cikgu sekolah dia tak boleh nak gulaikan?. Jangan kata gulai, tumis pun tak lepas. Ada sesuatu pada Ahmad yang buat dia tertarik. Ya... dia memang senang tergoda dan menggoda tetapi kali ini dia sendiri tidak pasti sama ada dia pernah menggoda atau tidak.....tapi dia memang rasa tergoda..adeh!

                                                           
                           ******************************

Ahmad membuka pintu kereta selepas membeli KFC yang di pesan oleh adiknya yang baru berusia 10 tahun. Rat yang sedang sibuk membelek majalah itu mula menimbulkan syak pada Ahmad. Kenapa selalu sangat terserempak?. Lagipun majalah yang Rat sedang belek itu majalah tamil. Pandai ke dia baca tulisan tamil?. Terbalik pula tu. Perlahan – lahan Ahmad menghampiri dan dari jauh dah nampak lutut yang tidak bersarung itu seolah – olah menggigil. Belum pun sempat Ahmad menghampirinya, Rat sudah pun berlari masuk ke dalam keretanya dan pergi dari situ. Ahmad gelak.

Rat terus masuk ke dalam rumah. Encik Adib memandang rat yang terkocoh kacah masuk ke dalam biliknya dan keluar semula dan masuk ke dalam bilik Umairah.

“Kak.... Rat jatuh cinta” jujur Rat. Umairah tercengang. Buku rujukannya diletak ke katil.

“Tapi dia tunangan orang” rat mengeluh.

“Ahmad?” soal Umairah. Terkejut besar Rat mendengar nama Ahmad terpacul keluar dari mulut Umairah.

“Terkejut?. Kalau selalu sangat mimpi mengigau siapa yang tak tahu” gelak Umairah. Memang pun, kadangakala sampai keluar suaranya memanggil nama Ahmad. Apa yang dipanggilnya pun tak tahulah. Umairah layankan sahaja.

Apa yang boleh dia buat?. Menggoda lagi?.. cuba sajalah!.


                                                 

BAB 2

Rat ambil MC. Macamlah Encik Adib tak tahu yang anaknya itu sihat walafiat. Tak sakit langsung. Pagi tadi pun berselera sahaja makan nasi lemak.

Ahmad tiba dipintu pagar rumah bujangnya. Terkejut juga Ahmad apabila melihat Rat terpacul di hadapan matanya begitu. Wowww...seksi! sebagai lelaki sebaik mana pun dia, keindahan ciptaan tuhan itu tidak dapat dielakkan untuk dia berkalih pandangan. Ahmad cuba kentalkan jiwa. Siapa yang tak tergoda dengan cara begitu?.

“Hai...” senyum Rat.

Hai....itu juga di seksikan oleh Rat. Berdehem Ahmad sebentar. Dia senyum dan mengangkat kening memandang Rat yang sedang bermain – main dengan kunci keretanya.

“Opsss... terjatuh” tiga jarinya menutup bibirnya yang dipalit dengan warna berry. Dia tunduk dan lentokkan badannya tak usah cerita.

“Wowowowoowoww....... ini apa ni?” Ahmad berundur ke belakang. Dia ketawa kecil sambil memicit batang hidungnya. Dia tahu maksud Rat. Dia pernah dengar kisah Rat.

“kau goda aku?” Ahmad pandang tepat ke  anak matanya.

“mana ada. Terjatuh kan”Rat menguis tanah dengan kakinya.

“Ainun...” panggil Ahmad. Terbehenti kakinya dari menguis tanah. Wajahnya tidak mampu untuk didongakkan lagi.

“Ya Ainun.... sedap kan. Secantik ainun milik kau” mata cantik itu direnung. Rat memegang dadanya. Berombak!. Alamak... siapa yang tergoda ni!!!!!...

“Mulai hari ini saya nak panggil awak Ainun...”

‘tak macam nama nenek ke?” soal Rat


“Habis..nama tikus tu sedap sangat ke?” perli Ahmad kembali.

“Tikus comel” sengih rat. Ahmad memegang hujung kolar baju Rat yang terdedah. Ditutupnya perlahan – lahan.

“Sesuatu yang tinggi nilainya selalunya berbalut kemas kan...saya tak tergoda dengan .......ehmmmm...saya lebih tergoda dengan Ainun jika itu yang terjadi. Ainun... mata awak. Yang ....ehmmm.....” Ahmad tidak meneruskan kata  - katanya. Cepat – cepat Rat menkancing butang bajunya.

Malunya bukan kepalang apabila ditegur sebegitu tetapi entah mengapa dia tidak marah. Dia menerimanya dengan hati terbuka.

“Tak nak ajak saya masuk?” soal Rat. Ahmad ketawa lagi.

“pemurah sangat nak kahwin free” Ahmad mengenyit mata.

Rat menggaru – garu kepalanya dan perlahan – lahan menjauhi Ahmad.

“Selamat tinggal” senyum Rat.

“Assalamualaikum Ainun..”

“Owhhhhhhhhhhhh... rasa macam nak peluk” jujur Rat. Memang itu yang selalu dia lakukan pun dengan bekas – bekas kekasihnya . walaupun begitu dia masih suci...

“Ishhhh....” Ahmad menggeleng kepala.


Dia tahu wanita itu sudah jatuh cinta dengannya........dia tahu itu!

3 comments:

  1. endbie : rat = minah lintah....haihhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....hoi!
      gedik yek... kakhakhaakah.. adeh
      tenkiu Nb sudi baca :)

      Delete
  2. mona airawanie : hmmm menarikk....rat? Nama tikus belaan anda ke? Membaca bab pertama wat sy x sabar nak menanri bab ke 2...

    ReplyDelete