Monday 25 November 2013

ENCIK JIPANG & CIK HARLEY DAVIDSON (bab 4)

BAB 4

Kak Piah merajuk dengan Chinta!!. Puas Chinta ajak Kak Piah berbual tetapi yang hanya kedengaran hanya hmm... huh.. hmmmm. Chinta menggaru – garu kepalanya sendiri. Sekejap lagi dia akan pulang ke Kuala Lumpur bersama – sama Yazid. Naik jipang berdua tu!. Rasa macam pasangan retro bercinta pula. Bercinta ke?. Yazid tak kata apa – apa pun.

“Papa!! Chinta beransur dulu!” Chinta mencium pipi Tan Sri Muhazini sampai tenggelam hidungnya pada pipi papanya yang sudah pun bulat sejak akhir – akhir ini. Puan Sri Laila pula menerima pelukan erat daripada Chinta. Kak Piah cepat – cepat masuk ke dalam bilik. Sentap tak ingat!!.

“Biar dia balik dengan Tan Sri lah. Takut hujan nanti ni” Yazid memandang langit. Tan Sri Muhzaini yang baru sahaja mahu membuka mulut terus terdiam apabila Chinta beriya – iya benar mahu mengikut Yazid pulang ke Kuala Lumpur.

“Cuba ayah fikir, kalau tiba – tiba Yazid pening kepala?. Kalau tak Chinta yang bawa motor tu siapa lagi?” soal Chinta. Dia menggigit hujung bibir. Harap agar papanya mengangguk.

“Tapi kalau saya pening, awak bawa.... siapa nak pegang saya kat belakang?. Awak bawa motor kat depan. Nanti saya tercicir kat belakang” Yazid cuba mengelak.

“Siapa suruh tercicir?” mata Chinta terjegil. Puan Sri Laila terkekeh – kekeh ketawa. Tan Sri Muhzaini duduk di atas kerusi rotan sambil memicit – micit kepalanya.

“nak balik pun ada masalah!” geleng Puan Sri laila. Tiba – tiba Kak Piah keluar dengan sebuah beg baju.

“Ok.. bawa Piah sahajalah!” katanya selamba. Ekor matanya melirik Chinta yang sedikit ternganga dengan tindakan berani matinya itu. Yazid tersenyum lucu dan matanya masih memandang Chinta yang cukup geram dengan kak Piah.

“mengadalah Kak Piah ni!”

“Ish... mengada apanya?. Awak tu kan anak bos, mana main naik jipang macam ni”

“Sudahlah!!!!” Chinta berlari masuk ke dalam biliknya. Menghempas dirinya ke atas katil dengan bebelan yang masih berbaki.

“Dia tak perasan ke beg yang kamu bawa tu beg dia, Piah?” soal Tan Sri Muhzaini. Terkeluar tawa lucunya ketika itu.

“Orang cemburu....” kak Piah menjeling Tan Sri Muhzaini.

“Amboi Piah!!!! Aku pun kamu jeling?” soalan Tan Sri Muhzaini membuatkan Kak Piah menekup mulutnya sambil ketawa. Tidak lama selepas itu Chinta keluar ke hadapan mencari beg bajunya.

“Tu... kat atas motor Si Yazid” jawab Tan Sri Muhzaini tanpa dipinta. Chinta terus mendapatkan begnya kembali dan membawa masuk ke dalam rumah. Yazid senyum lagi. Sah dia merajuk!.

“naik motor harley tapi hati macam ikan keli...tergeletik – geletik” kutuk Yazid. Bukannya Chinta tak dengar. Ah.... pergi balik cepatlah Jipang!!!!. Nak kutuk aku keli segala.. ingat jipang kau tu tak keli ke???.

Tan Sri Muhzaini masuk ke dalam rumah selepas Yazid pulang ke Kuala Lumpur. Hanya gelengan yang mampu dia berikan tatkala dia dan Chinta bertemu pandang.
Macam mama dia juga!.

                                 *******************

“Ala.. kau gila ke?. Aku tak pernah buat kerja haram tu tau!!” Lim menekup telinganya. Gila betul permintaan teman sekolah lamanya itu. Curi jipang orang!!.

“Kau pun tahu halal haram ke?” sengih Chinta.

“Ala.. ini berkenaan moral. Semua agama tak suka curi mencuri ni” Lim menyedut neskefe aisnya sedikit laju. Hari – hari panas sebegini memang senang untuk tekaknya mendambakan air yang sejuk.

“Aku bayar RM1000” Chinta jungkit kening.

“Taknak lah!. Kalau Uncle Muh tahu cam mana?.” Banyak sekali alasan yang Lim berikan.

“Ok... kalau kau tak nak curi... biar aku curi” sengih Chinta. Lim menghantuk kepalanya di meja restoran. Memang degil!.

“kau tahu ke mencuri?”

“Tak”

“Habis tu?”

“Kaulah tolong aku” sengih Chinta.

“Akulah juga tu! Tak mahu aku. Kau nak suruh aku curi motor siapa ni?” soal Lim bertalu – talu. Chinta mula geram. Dia meminta diri untuk ke tandas sebentar. Biar Si Lim ambil masa untuk berfikir.

Lim menggaru – garu kepalanya. Chinta memang sahabatnya yang paling baik tetapi untuk bersengkokol melakukan jenayah seperti ini agak berat untuk dia lakukan. Bahunya ditampar mesra.

“Yazid!” Lim berdiri dan memeluk mesra bekas majikan merangkap teman baiknya juga.

“kau buat apa kat sini. Bukan kau sekarang tengah uruskan projek kat Rawang ke?” soal Yazid dan terus melabuhkan punggungnya di tempat duduk Chinta.

“Aku ni tengah ada projek juga tapi berat gila!. Jenayah ko tahu hahahahhaa” Lim  gelak.

“Pssstt.. kawan aku ni, dia suruh aku curi motor jipang kawan dia. Ada gak lelaki yang minat motor jipang sekarang ni. Aku ingat kau je yang......ops!” Lim menekup mulutnya. Yazid terkejut.

“Siapa?” soal Yazid.

“Kau tahu anak Tan Sri Muhzaini?” soal Lim.

“Chinta?”. Cepat – cepat Lim mengangguk. Beristighfar Yazid waktu itu. biar benar Si Chinta ni?. Yazid dan Lim memandang antara satu sama lain. Yazid mengeluarkan kunci simpanan motornya. Kunci itu diletakkan di atas meja.

“kau cakap kat Chinta... tak payah susah – susah jadi toyol malam – malam buta. Ambik sahaja kunci ni. Yazid bagi dengan rela hati tapi kalau sikit pun calar, aku akan calarkan Harley Davidson dia” senyum Yazid. Lim gelak.

Chinta membetulkan bajunya dan terus mendapatkan Lim yang telah pun bersendirian.

“Macam mana?” soal Chinta bersungguh – sungguh.

“Nah... Yazid kata tak payah curi, nanti kau jadi toyol curi motor. Dah lah telinga kau tu capang macam telinga totol. Tinggal simbah kau dengan cat hijau aje. Ha.... kena togelkan dulu baru simbah cat hijau. Ni kunci motor dia. Dia kata lagi, kalau kau calarkan motor dia, dia calarkan motor harley kau, kereta BMW kau, kuku kau, rambut kau...” sengih Lim. Pandai tambah bahan perasa.

“Kurang asam!! Yang kau cerita tu kenapa? Bila masa pula kau kenal dengan dia ni?. Sudah! Kau... aku.....” Chinta membuat isyarat memenggal kepala. Lim menelan air liur. Walaupun begitu, kunci motor Yazid sempat diambilnya sebelum keluar dari situ.


8 comments:

  1. Replies
    1. hahaha.. itulah pasal....
      tak pro langsung yek

      Delete
  2. mmmm...menarik cuma n3 mcm x berapa nak panjanglah sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hkhikhikhik.. kannn..
      tak per lepas ni akak wat panjang sikit....k
      :) ni time termalas...hihihii

      Delete
  3. tsd : kantoi sudahhh... (Y) nice

    ReplyDelete
  4. pakatan xmenjadi....kan dh dpt title TOYOL...hahaha
    bestttt...lps ni mesti menarik....hehehe

    ReplyDelete