Monday 27 May 2013

CINTA AKU,KAU&KAMBING (CAKK) - bab7

BAB 7

Hidayu dan Pian sibuk memilih kuih di kantin. Hari ini mereka berdua tidak mahu makan nasi. Konon – kononnya diet. Ini semua sebab mulut Abang Rahim yang sedap – sedap suruh Si Hidayu diet. Bukannya apa, dia sekadar mengusik tetapi Hidayu pula yang menganggapnya benar. Dah kurus nak kurus macam mana lagi?. Eloklah badan sebesar itu. Tidak gemuk dan tidak terlalu kurus. Kalaulah hajah Ani tahu, pastinya perang mortar ke telinga Hidayu pasti akan meletus.

“Mak Mid... karipap keledek kenapa dah tak buat?,Asyik kentang saja. Keledek pun nak glamour gak” kata Hidayu. Mak Midah ketawa.

“Ish... kan Mak Midah kata jangan panggil nama tu!. Macam artis pula” bibirnya mengukir senyum. Pian gelak besar.

“Dah memang glamor pun..” kata Pian pula. Mak Midah gelak besar.

“Dah ambil saja, aku belanja. Pandai kau bodek ya” sengih Mak Midah. Pian dan Hidayu ketawa besar. Tak sampai hati pula dia mahu makan percuma. Dia tetap membayar sejumlah wang kepada Mak Midah.

Petang nanti dia dan Pian mahu ke pasar malam. Baju T-shirt ikan bling bling Haji Seman masih belum dibelinya.

“Tika becok kan ada katalog” soal Pian. Milo ais disedut perlahan. Serta merta wajah Hidayu berubah.

“Malas aku... dia selalu suruh aku beli lipstick segala. Kau tahu kan yang aku ni bukannya kental hati sangat nak menepis godaan ratu cantik kampung tak beriktiraf tu” terkumat – kamit bibir Hidayu. Dia makan cepat – cepat. Banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan.

Kerja sudah selesai dan Pian mengiringi Hidayu menuju ke perhentian bas. Mak Midah juga ada si situ bersama Pak Derus, kekasih barunya. Malas mahu mengganggu, Hidayu terus bangun dan berdiri di bawah pokok. Pian hanya mengikut sahaja.

“Izhar!!!” jerit Pian.

Ishh... dia pula lebih – lebih!. Kadang kala aku tengok si Pian ni dah macam adik sotong pun ada sekarang ni... gerutu hati Hidayu. Hatinya berdegup kencang walhal Izhar masih belum keluar dari kereta.

“Jom.. aku nak balik juga ni” jerit Izhar sebaik sahaja keluar dari kereta. rasa nak melompat sebenarnya tetapi kata – katanya tempoh hari membuatkan kakinya hanya kaku di situ. Hidayu pandang sinis...

“Tak payah. Hari ni hari jalan kaki sedunia. Tak payah nak ajak saya”kata Hidayu.

“Perghhhhhhhhhhhhhh” Pian mengintai wajah Hidayu.

“Kau biar betul?. Aku tak nak jalan kaki . Jauh tu!. Kata nak panggil teksi uncle wong!. Kau dah telefon belum?” soal Pian. Hidayu menelan air liur dan Pian dapat mengagak jawapannya.

“Jom!” lengan Hidayu ditarik kasar.

“Takpelah... saya tak nak naik dengan awak” jerit Hidayu. Sombong dan cari nahas....

“Saya tak ajak awak pun. Saya ajak Pian!” senyum Izhar.

Berdesing telinga Hidayu mendengarnya. Mahu saja di berguling sampai ke rumah saat itu. Ungkapan yang kejam dari lelaki kacak seperti Izhar. Muka Hidayu tak payah cerita.. terserlah rasa malu yang amat ketara lebih – lebih lagi apabila tawa Izhar semakin meleret – leret.

Pian memang nak kena hempuk dengan Hidayu. Tanpa rasa bersalah dia terus berlari masuk ke dalam kereta Izhar. Hidayu mengecilkan matanya. Tahulah aku nak balas.....

Sebaik sahaja kereta Izhar melepasinya, Hidayu terus mengeluh. Dia terpaksa menelefon ayahnya, Haji Seman. Setelah menunggu hampir setengah jam, Haji Seman tiba sambil tersengih – sengih.

“Daddy...” panggil Hidayu. Haji Seman menepuk dahinya.

“Daddy pulak..... dulu bapak, kemudian ayah ni daddy pula” gelak Haji Seman.  Hidayu terus memeluk lengan Haji Seman dan kereta mereka mula bergerak. Lebih dari lima minit perjalanan mata Hidayu terbeliak apabila melihat kereta Izhar di tepi jalan. Pian dan Izhar bercekak pinggng seperti memikirkan sesuatu. Hidayu membuka cermin tingkap kereta.

“Nak aku panggilkan doktor bedah ke???” jerit Hidayu. Tiba – tiba Haji Seman memberhentikan keretanya. Hidayu duduk semula.

“Apa ni ayah...tak payahlah tolong!!!” lengan Haji Seman digoncang.

“Mana boleh... berdosa” sengih Haji Seman.  Sebelum sempat ayahnya keluar, Hidayu memujuk sedaya upaya.

“Dayu akan cat kan vespa ayah guna yang sembur – sembur macam ayah kata tu” terus terkeluar sesuatu yang mahal untuk dia lakukan.

Haji Seman menutup kemnbali pintunya. Dia merenung wajah Hidayu dalam – dalam. entah betul ke tidak?. Bukannya murah tetapi dia kenal benar Hidayu, tidak pernah mungkir janji.

“Warna merah dengan ungu?” soal Haji Seman.

“Hitam ngan kelabu pun boleh!” jari kelingkingnya di sua sebagai tanda persetujuan. Haji Seman mengangguk setuju. Dihidupkannya semula enjin kereta dan terus pergi dari situ. Izhar dan Pian tercengang!.

“Ni mesti Dayu rasuah Haji Seman ni” ujar Pian.

“Rasuah apa sampai Haji seman yang baik tu boleh tukar fikiran?” soal Izhar yang sudahpun terduduk di atas batu besar. Pian hanya mampu menjungkitkan bahunya. Dia pun tidak tahu...

                                         *************

Hari cuti sebegini selalunya hajah Ani akan masak sesuatu yang istimewa buat suami dan anaknya. Hidayu yang baru pulang dari rumah Maksu Ima terus ke dapur. Deria baunya menangkap aroma rendang yang begitu lazat. Haji Seman menepuk kerusi di sebelahnya. Setelah mencampak beg sandangnya ke kusyen, Hidayu terus membuka tudung saji.

“Rendang daging apa ni papa?” soal Hidayu.

“Papa pulak... daging kambing tu!”

“Ha!!!!.... kambing?” soal Hidayu. Dia menelan air liur.

“Papa beli kat siapa?” soalan demi soalan mula menerjah pendengaran Haji Seman. Dah macam polis pencen. Makan sajalah!.

“Beli kat Izhar” sengih Haji Seman. Tiba – tiba wajah Dayu si Kambing itu bermain – main diruangan mata Hidayu. Rendang daging dan wajah Dayu mula silih berganti.

“Ayah... makan Dayu?” soal Hidayu.

“Ada pula nak makan anak sendiri?” kerutan di dahi Haji Seman semakin dalam.

“Tak.. ayah makan Dayu yang macam Dayu yang ada kambing yang ada macam Dayu yang Dayu tu?” semua ayat mula tunggang langgang. Hajah Ani meneguk air sarsi yang baru dibuatnya tadi. Kebimbangan mula hadir.

“Kamu ni kenapa?” tengking Hajah Ani,

“Kenapa mak buat Dayu jadi rendang?. Apa salah Dayu?” soal Hidayu. Semakin lama Haji Seman semakin mengerti. Dia ketawa berdekah – dekah..

“Yang abang ni kenapa?” marah betul Hajah Ani ketika itu.

Haji Seman bangun dan berbisik sesuatu ke telinga Hajah Ani yang sedikit capang. Tiba – tiba Hajah Ani tersenyum lucu sambil mencuit pipi Haji Seman.

“Kalau kambingnya pun dia sayang... tuan kambing apatah lagi..” bisik Hajah Ani sewaktu melihat Hidayu keluar dari rumah.

Hidayu berjalan pantas menuju ladang ternakan Izhar. Kelihatan izhar sedang berbincang sesuatu dengan pekerjanya. Matanya sedikit membulat apabila melihat kaki Hidayu yang pantas menghampirinya. Pekerjanya yang menyedari akan kehadiran Hidayu terus berlalu.

“Eee.. awak dah sayang, awak jual. Lepas tu ayah saya sembelih. Kejam betul!” marah Hidayu. Tercengang – cengang Izhar ketika itu. Guruh sudah berdentum jadi bebelan Hidayu tidaklah kedengaran dengan jelas.

“Apa awak bebel ni?, pergi balik nanti hujan” suruh Izhar.

“Awak sembelih Dayu!” marah Hidayu.

“Mana ada!. Tu dia” Izhar memandang Dayu yang sedang memerhatikan gelagat kambing lain. Hidayu benar – benar gembira pada waktu itu. Terus dia naik ke atas kandang dan di tepuk – tepuknya belakang badan Dayu.

“Aku ingat kau dah arwah dah tadi” gelak Hidayu,

MBEEEKKK..MBEEKKK

“ye , aku tahu nak hujan” jawab Hidayu selamba. Izhar di belakangnya ketawa kecil. Macam faham sangat je apa yang Si Dayu tu kata.

“Sayang juga awak kat saya” ujar Izhar perlahan.

“Toksah nak perasan!” jawab Hidayu sebelum berpaling memandang Izhar.

Ish... dengarlah pula minah ni...

Belum sempat Hidayu meneruskan bicaranya, hujan turun dengan lebat sekali. Dia tercengang seketika. Nak balik macam mana ni?. Dia memandang Izhar yang kelihatan tenang di sebelahnya.

Wuishh... dah macam filem Hindustan ni. Kalau aku peh le tum peh le tum kat kandang kambing ni tak pasal – pasal je karang... Hidayu berfikir sejenak.

“Tak payah nak ambil mood Hindustan sangatlah” sengih Izhar. Hidayu sedikit terkejut. Tahu pula Izhar apa yang bermain di kotak fikirannya tadi. Bukannya dia kemaruk sangat pun tapi bila waktu – waktu begini, satu dua babak filem Hindustan tu terbayang jugalah di ruangan mata. Hidayu tersengih.

“Apa yang awak sengihkan?” soal Izhar. Hidayu tidak ambil pusing dia terus berjalan ke tangga kandang kambing. Dia duduk di situ sementara tunggu hujan berhenti.

Izhar pula duduk bersila di sebelahnya tetapi sedikit ke belakang. Dia bersandar ke dinding sambil merenung Hidayu yang sibuk memandang ke atas.

“Dah makan ke?” soal Izhar

“Tak jadi makan tadi. Mak buat rendang kambing” jawab Hidayu. Izhar ketawa. Kini dia faham mengapa Hidayu marah padanya tadi.

“Sayang sayalah tu”

“Ish.. tak malu pula dia... sayang kambing awak bukannya awak.” Jeling Hidayu.

“Ye lah... Dayu je yang awak sayang tapi kalau sayang Dayu saja tak dapat tuannya. Kalau sayang tuannya baru dapat kedua – duanya” usik Izhar terus menerus. Hidayu terdiam. Takkanlah dia nak mengaku. Gila ke apa?. Nanti kalau diterima tak mengapa tapi kalau ditertawakan?.. dia juga yang malu.

“Tak malu ke cerita pasal hati kat kandang kambing?” soal Hidayu. Sesekali dia mencuri pandang wajah Izhar. Senyuman manis terukir. Izhar tidak mahu menjawabnya. Kebisuan Izhar menimbulkan keresahan di hati Hidayu. Dia mahu berbual terus dengan Izhar tetapi kalau soalannya tidak dijawab bagaimana dia mahu meneruskan perbualan?. Dia tidak mahu dianggap gelojoh.

“Kenapa diam?” soal Izhar. Nampaknya hujan semakin lebat. Hidayu pula tidak mahu menjawab. Membalas apa yang telah Izhar lakukan tadi.

“Kalau saya orang kaya, naik kereta besar, tentu saya akan pinjamkan awak kot seperti dalam filem tapi saya cuma penternak kambing. Nak saya letak kambing kat badan awak bagi panas?” soalan Izhar membuatkan tawa Hidayu pecah juga. Terkekeh – kekeh dia ketawa.

“Awak comel bila ketawa” kata – kata Izhar membuatkan tawa Hidayu terhenti.

“itu ayat mengurat” kata Hidayu.

“memang” jawab Izhar dengan jujur.

“Saya dah kata saya bukannya senang untuk dimengurat” Hidayu mula tunjuk lagak. Izhar senyum lagi.

“Terpulanglah.. nak mengurat, dia tak mahu. Lepas ni tak payah menguratlah.. dah penat” keluh Izhar. Hidayu terus menegakkan badannya.

Kalau dia berhenti mengurat, takkan aku nak mengurat balik?. Macam mana nak mengurat balik tu?. Ishhhhhhh.. malulah aku!!!. Hidayu berdehem beberapa kali.

“suka hati awak” kata Hidayu.

“Hati saya suka kata tidak, jadi tidaklah...”kata Izhar pula.

“Tidak apanya?” kali ini Hidayu berpusing menghadap Izhar.

“Katakan tidak pada rokok!!!” gelak Izhar dan tawanya semakin kuat.  Hidayu membisu. Malunya tidak terkata. Nampak juga dia memberi respon tetapi dipermainkan Izhar. Hujan sudah berhenti dan Izhar menumpangkan Hidayu pulang ke rumahnya. sebelum Hidayu membuka pintu Izhar memanggilnya dengan lembut.

‘Hidayu... “

Hidayu menoleh.

“Minggu depan saya akan hantarkan rombongan” ujar Izhar. Hidayu tergamam. Mukanya menjadi merah.

“Tak terlalu awal untuk kita bertunang?” soal Hidayu. Izhar senyum.

“Awak terima?” soal Izhar. Hidayu mengangguk.

“Habis kenapa kasar sangat. Tak baik kasar sangat dengan bakal suami tau” senyuman Izhar semakin meleret. Hidayu menutup semula pintu kereta dan memandang Izhar.


“Malunya......” Hidayu keluar semula dan dia berjalan sepantas yang mungkin. tiba – tiba naluri kewanitaannya mula terserlah. Rasa bahagia, malu dan teruja mula hadir. Minggu depan?... macam tak percaya!.

6 comments:

  1. eNdBiE : (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saudari enbie:)
      sudi gak baca karya yang tak berapa nak karya ni hehehe

      Delete
  2. waaahhhhh nak ikat tali kasut daaaaa...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tali kasut apa?
      kasut bola ke kasut itikk
      pilih Irna... cepat
      hehehe
      tenkiu ya Irna :)

      Delete
  3. waaaaahhhh....best, nak lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak2... :)
      hihiiihi... opkos akan diberi lagi.
      tunggu yek.. nanti saya masukkan n3 baru

      Delete