Friday 4 May 2012

bab 4 (cinta sos dan kicap)

  Fatin mengejut Suraya dari lenanya. Hari Ahad selalunya Fatin akan keluar bersantai. Tidak kiralah sama ada menonton wayang ataupun bersukan.
  "nak pergi mana ni?," soal Suraya. matanya digosok - gosok.
  "Cepatlah!. Amri dan Syasya dah tunggu di bawah," Fatin menampar lembut wajah Suraya. Kedengaran bunyi hon di luar rumah.
  "kenapa pula mamat poyo tu ada sekali?," soal Suraya.
  "Sebelum kau datang sini lagi kami semua dah plan nak tengok wayang dan main bowling bersama. Takkan aku nak tinggalkan kau,". Suraya terus mencapai tualanya. Hampir setengah jam barulah Suraya keluar.  Amri menyandar di kereta. Bosan menunggu Suraya yang lama bersiap. Suraya keluar dengan memakai skirt jeans paras atas lutut. Amri menggeleng. Fatin dan Syasya, rakan pejabat mereka menunggu di dalam kereta.
   "Kau ni Susu, selain baju kurung tak ada kain lain ke untuk kau pakai?," soalan Amri membuatkan langkah Suraya berhenti.
   "Suka hati akulah. Ada aku ganggu hidup kau ke?," marah Suraya. fatin menepuk dahi.
   "memang ganggu. Disebabkan kau, aku dapat dosa free," pintas Amri.    
   "Aku tak peduli, kau masuk sekarang dan tukar skirt tu. pakai seluar panjang pun ok kan?," . Amri serius. Suraya mendengus.
    "Aku tak nak dengar cakap kau!," bentak Suraya. Syasya dan Fatin memandang sesama sendiri.
     "kalau tak tukar, aku tinggal kau," kata Amri pula sambil memeluk tubuh. Suraya menggeleng dengan muka yang masam mencuka. Amri terus masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan dan dia terus meninggalkan Suraya yang terpinga - pinga. Tidak sangka Amri benar - benar melakukannya. Geram betul hati Suraya. Mahu sahaja di penyek - penyekkan muka Amri itu.

  "Tak baik kau buat macam tu Am," kata Syasya. Amri hanya membisu. Tidak lama selepas itu, Amri membelokkan keretanya dan menuju ke simpang masuk taman perumahan Fatin. Amri berhenti di hadapan rumah Fatin.
   "panggil dia cepat. Suruh dia tukar dulu skirt dia tu," kata Amri memandang wajah Fatin dari cermin hadapan kereta. Fatin menuruti apa yang disuruh Amri. Kelihatan Suraya sedang sarapan pagi.
   "Kenapa kau balik?. Pergilah enjoy dengan jantan perasan ustaz tu," kata Suraya.
   "Dah la... pergi tukar seluar. Kita pergi enjoy ya. Hari ni Amri kena belanja. kalau kau nak balas dendam, kau parap lah duit dia nanti," terang fatin sambil memeluk bahu Suraya. Tersenyum Suraya mendengar kata - kata Fatin tadi. Dia terus masuk ke biliknya dan menukar seluar jeans. Dia masuk ke dalam kereta. Duduk bersama - sama Fatin dan Syasya.
   "kau ingat aku ni driver ke?," soal Amri memandang Suraya.
   "Apa lagi kau ni?," marah Suraya.
   "kau boleh tak duduk di hadapan?. Berapa ribu kau bayar aku jadi driver kau?," soal Amri. Suraya menggenggam penumbuk dan keluar semula. Dia duduk di sebelah Amri. Hmmm... wangi jantan ni, bisik hatinya. Suraya tersenyum.
    "Aku tahu aku wangi. Tak payah nak senyum - senyum begitu,"kata Amri selamba dan terus memandu kereta. Suraya terdiam. Macam tahu - tahu sahaja..

    Amri membawa mereka makan di restoran asam pedas. Suraya duduk di hadapan Amri.
   "Pesanlah apa yang kau orang nak makan," pelawa Amri. Suraya mendekatkan mulutnya ke telinga Syasya. Sesekali dia memandang Amri.
   "Betulkah dia kena belanja hari ni?," soal Suraya. Syasya yang berkaca mata tebal itu tersengih - sengih sambil mengangguk.
    "Ada duitkah nak belanja ni," kata Suraya tanpa memandang wajah Amri.
    "Kalau kau bayar sendiri lagi bagus," jawab Amri pula.
    "Errr,.... kau bayarlah. mana boleh aku bayar sendiri sedangkan yang lain kau baya," kata Suraya. Amri hanya diam. Tidak memberi respon kepada Suraya.
    Makanan dihidangkan di atas meja. Ketika pelayan menghidangkan makanan. Amri dan Suraya serentak meminta sos dan kicap. Terkejut dengan apa yang terjadi, Suraya dan Amri memandang sesama sendiri.
    "Apa kau ni, makan asam pedas pun letak sos?," soal Amri.
    "Habis, yang kau letak kicap tu boleh pula?," soal Suraya pula.
    "Abang, boleh tak tambah beberapa menu lain?. Saya nak ayam goreng, Abc, Telur dadar 2 biji, Sotong masak merah sepinggan dan masak lemak ketam ya. Ketam yang besar - besar," kata Suraya. Terbeliak biji mata Amri. Pelayan restoran itu tersenyum - senyum memandang Suraya.
    "kau ni nak makan ke nak mentekedarah?," soal AMri memandang Suraya yang buat muka tidak tahu. Syasya mencuit Fatin.
    "Aku rasa macam duduk sebelah syurga dan neraka," bisik Syasya. Fatin ketawa.
   "Lantaklah... bagus juga. Kita juga yang kenyang," balas Fatin. Syasya mengangguk sambil ketawa kecil.
    'Kau ni memang suka mengikis ya?," soal Amri. Suraya buat tidak tahu. Makanan yang banyak tadi habis di makan oleh Syasya dan Fatin yang sememangnya kuat makan. Suraya hanya makan sedikit sahaja. Amri menggeleng kepala melihat pinggan lauk yang sudah licin di hadapannya. Selepas membayar jumlah yang cukup banyak, Amri membawa mereka menonton wayang.
   "nak tengok cerita apa?," soal Amri. Fatin dan Syasya mahu tengok cerita seram manakala Suraya pula mahu tengok filem romantik. Setelah membeli tiket, mereka berdua berjalan ke arah perkerja yang memungut tiket wayang sebelum masuk ke dalam panggung.
   "Tiket ni ada 3 sahaja encik," kata pemuda yang berkulit sawo matang itu.
   "Tak apa. kami bertiga masuk. kakak yang cute miut ni tinggal," kata Amri selamba dan menolak Fatin dan Syasya masuk. Muka Suraya merah padam. malu betul dia di perlakukan sebegitu. Filem seram itu sudah 15 minit di tayangkan. Filem romantik itu pula lagi 3 minit akan ditayangkan. Suraya duduk di bangku yang disediakan dengan muka yang marah.
   "Dia ingat dia bagus sangat!," rungut Suraya. Tiba - tiba Amri datang dan menghulurkan tiket di hadapan matanya. Suraya terkejut memandang Amri.
    "Cepat masuk. Kita tengok cerita romantik yang kau nak sangat tengok ni," kata Amri dan berlalu meninggalkan Suraya di belakangnya. Bibir Suraya mengukir senyum. Suraya tidak dapat menumpukan perhatiannya pada filem itu. Kadangkala dia rasa Amri itu agak menarik. Dia sukar untuk di jangka.
    "Boleh saya letak kepala saya dekat bahu awak. Romantik sangatlah cerita ni," bisik Suraya. Amri memandangnya.
    "jangan nak mengada," jawapan Amri itu membuatkan Suraya malu. Itulah, siapa suruh menggatal!.

No comments:

Post a Comment