Wednesday 10 July 2013

cerpen pen : SIRAP BANDUNG SODA VS SIRAP SELASIH

SIRAP BANDUNG BERSODA VS SIRAP SELASIH...

Sirap selasih- selalunya orang kampung atau orang – orang lebih berusia yang lebih menggemarinya. Orang bandar, budak – budak selalunya tidak pandang akan satu bahan yang dinamakan ‘selasih’ ini.... anak katak!!! Ada ke rupa macam anak katak?. Ok lah... macam berudu sikit – sikit.

Sirap bandung bersoda – perghhhhh... dah lah sirap, bandung, bersoda dan warnanya pula...menawan kalbu!. Siapa yang tak terpikat?. Rasanya memang terangkat. Tak ada pula orang panggil anak katak ke, anak lembu ke atau anak tenggiling....

Aku?.......rasa-rasanya aku ni sirap yang mana satu? Bacalah dulu kisah aku, dia dan si sirap lagi satu ni ya?..

4.30 petang
Jalan Yadi Klang..

“Mana ada orang jual sirap macam tu?” bebel Hanim. Wajahku hanya dipandang sekilas lalu. La.... bukannya aku suruh dia buat kajian kat mana ada jual sirap tu. Bukannya susah sangat pun nak buat. Beli sahaja bahan – bahan di kedai Abang Ikhwan tu... hmmm... Abang Ikhwan!. Sebut sahaja nama, jantung aku sudah pun mengatur rentak mengikut lagu cinta. Lagu cinta yang gembira!. Mana tidaknya... wajah yang tampan dan senyuman yang manis, siapa yang tak terpikat?.  

Dari jauh sudah kelihatan Abang Ikhwan sedang sibuk melayan pelanggan yang sememangnya ramai itu. Salah seorang daripadanya ‘sirap’ lagi satu tu!. Hmmm.... beli bawang dan ikan pun pakai kasut tumit tinggi?. Lipstick merah dengan rambut yang ikal mengerbang.

“Amy ada lah” bisik Hanim.

“So?” soalku kembali. Mak aih.. berlagaknya intonasiku waktu itu. Sungguh! Aku pun menyampah mendengarnya. Hanim memandang wajahku lagi. Dia sedia maklum yang mood aku ni memang akan berputar 180 darjah bila jumpa si ‘sirap’ lagi satu ni.....Amy!. bukan...bukan!!!.. bukan Amy search  mahupun amy mastura. Nama sebenarnya. Aminah binti Bedul tapi sejak sekolah dia sudah menukar namanya ke Amy yang dia rasakan cukup glamour pada waktu itu. Aku berjalan perlahan – lahan memandang wajah Abang Ikhwan. Itu satu kemestian. Sebelum cari barang, mesti tengok tuan kedai dulu hehheee..

“Aaa.... Laila. Nak beli apa” soal Abang Ikhwan dengan lembut. Waktu itu aku rasakan salji dan bunga sakura bergandingan turun dari atas. Seperti bibit bahagia mula tumbuh mekar waktu itu sehinggalah Amy sibuk meletak ikan bawal cerminnya di hadapanku.

“Abang Ikh.. kira ya”

Amboi! Sejak bila pula nama Abang Ikhwan di diskaunkan?.hilang hujung namanya. Aku terdengar Hanim ketawa. Hei... dia milikku tau!.

“Semua sekali RM21.00, Amy” pastik merah itu dihulurkan.

“Ala... Amy terlupa bawa seringgit. Cukup – cukup RM20. Nanti Amy pulang, datang semula ya?” kata Amy.

Amboi! Tak cukup duit pun gembira?. Apa punya orang la...

“Ha... tak payah.. ambil seringgit ni” Hanim menghulurkan wangnya ke tangan Abang Ikhwan. Muka Amy berubah saat itu juga. Cayalah Hanim! Rasa macam nak peluk dan julang dia sahaja pada waktu itu.

“Huh.. penyibuk!” Amy menghentak kakinya dan terus pergi dari situ. Abang Ikhwan gelak sambil matanya menyorot ke arahku yang konon – kononnya malu pada waktu itu. Malu????...iyalah tu!

Apabila hampir semua pelanggan sudah tiada, Abang Ikhwan menghampiriku yang sedang sibuk memilih telur. Sebenarnya aku kelam kabut pada waktu itu. Iyalah, tiba – tiba sang arjuna menghampiriku, apa yang boleh aku buat selain daripada membelek sesuatu di hadapanku.

“Keliru ke nak beli telur mana satu?” aku tahu Abang Ikhwan perli. Kalau dah tahu aku ni berdebar, janganlh sengaja di usik!.

“Tak... Cuma hairan kenapa dalam telur ni ada dua warna yang tak bercampur”kataku spontan. Hanim bantai gelak!.

“dah lama ke berfikir pasal benda ni?” soal Abang Ikhwan lagi. Sayur sawi dibelek – beleknya. Eleh.... dia pun sama!.

“Hmmm....tak juga. Sejak dilantik jadi presiden warna telur sedunia ni saja!” Hanim menyampuk. Rasa macam nak lontar sahaja telur di tangan aku itu ke kepalanya yang jendul itu. Dah lah jendul.. disuak pula rambutnya ke belakang!.

“Tak lama lagi puasa...” keluar pula ayat lain dari mulut Abang Ikhwan.

“Hmmm... ya la” aku membelek pula kobis di sebelah Abang Ikhwan. Dia senyum lagi. Setelah aku mengambil sawi, kobis dan terung kakiku terus melangkah ke kaunter.

“Selasih ni untuk Laila.. laila kan suka minum sirap selasih”

Aduhai!!!! Dia ingat apa yang aku suka rupanya. Memang sedikit terkejut tetapi riak wajahku tetap tenang seperti biasa.

“terima kasih. Ingatkan abang suka yang ada soda, susu tu” perliku. Abang Ikhwan gelak. Dia memicit sebentar hidungnya sebelum memandang semula wajahku . Hanim berdiri di tepi dari tadi.

“Yang sirap bandung kasut tinggi , lipstick merah tu tak sesuai kot. Tekak abang tak boleh masuk susu dan soda”

Abang ikhwan tahu maksudku. Senyuman paling manis aku hadiahkan buatnya.dia berdehem kecil mengiringi langkahku pulang. sepanjang perjalanan pulang, Hanim tidak habis – habis mengusik. Setibanya di rumah, bungkusan itu ku serahkan ke tangan ibu. Tidak sampai 3 langkah aku menapak terdengar jeritan ibu di dapur.

“Ibu suruh Laila beli susu, ayam dan rempah kari bukannya sayur terung sawi, kobis dan terung!”

“Tapi Abang Ikhwan tak suka susu” jawabku selamba. Aku mendapatkan ibu di dapur.

“Apa Abang Ikhwan?”

Mulutku terkunci. Ibu yang sudah pun bercekak pinnggang menggetap bibir memandang tajam ke arahku.

“ayah yang nak susu bukannya Ikhwan!. Sebab itulah ibu malas suruh Laila pergi  kedai” bebel ibu tidak henti – henti. Ayah hanya menggeleng kepala.

“Dah kahwin pun kan dengan Ikhwan tu. Apa masalah kamu ni?” soal Ayah.

Eleh... orang nak ambil feel ngurat – ngurat pun nak marah. Penat je plan dengan Abang Ikhwan buat – buat tak kenal... orang nak megimbau cinta dulu!.



15 comments:

  1. Haha haha haha....tertipu...tipah tertipu....tolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaaa.....
      sorry yek SJ ngengengehhhh
      raya nanti den minta maaf banyak2..
      cayang sj!!!

      Delete
  2. Cehhh tipu tertipah! Hahaha... Rasa nk cokek2 pinggang mek jijah ni..notii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahahahhaa...
      kak tini!!!! ampuni diriku!!!!
      apapun.. sayang kat kak tini
      sbb sudi ditipui.. hehe <3 u lah!

      Delete
  3. ni ada yg kene denda ni...ingatkan abang ikh x kawen lagi ceh......denda...dendaaaa diaaaa....hehehehehe....

    ReplyDelete
  4. aduhai,dah khwin?keciwa ...hahahahha

    ReplyDelete
  5. Sengal!!!! cuma x berapa pasti sama ada org punya idea atau pun laila...tp lebih pada puan penulis kot...hahaha

    ReplyDelete
  6. Ya Allah! Buang masa aku betul si Izah ni!

    ReplyDelete
  7. endbie : hmmm apa nak komen yekkk........cm rasa nak remove jerr ami nie dr group dia....beriya den baca penuh syadu di kedinginan pg sepi....penat den nak menghayati watak amy tuhhh minah ikan belacak tuhh....ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha tak tahan saya baca komen nie.... Siap baca dgn penuh syahdu tuuuu...skali kena tipu....hahahahahaha 😈

      Delete
    2. entahnya.... kisah sirap pun penuh syahdu... kalau sarsi mahu nangis terlentang kikii

      Delete
  8. Aduhai cerita tipah tertipu ning. Suspen sungguh.

    ReplyDelete
  9. lawak pulak cik jijah,salam cik penulis,1st time singgah blog ni,gelak sorang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak na sebab sudi singgah blog saya. hehhehehee... salam perkenalan. jemputlah join group saya di Fb yek.. waniza aisa. <3 u lah!!!! muah!

      Delete
  10. Haha...adoii si laila tu..

    ReplyDelete