BAB 2
“Ala papa!!... pergi
sekalilah! Tunggulah Chinta habis kerja” rengek Chinta di hujung talian. Tan
Sri Muhzaini hanya ketawa dan terus mematikan talian. Ada ke suruh Yazid ni
hantar aku!. Chinta menggaru – garu kepalanya dan duduk semula di hadapan Yazid
yang sedang berbincang dengan Emma, pengurus akaun mengenai kos makan malan syarikat mereka.
Sebaik sahaja Emma berlalu,
Chinta terus meminta Yazid menghantarnya ke rumah rehat keluarganya di Pantai
Port Dikcson.
“La... kenapa tak pergi
sendiri?” soal Yazid.
“Malam... takut. Mesti sampai
malam punya. Saya ada rabun keladi” senyum Chinta.
“Ha!! Rabun keladi?” soal
Yazid. Apa ke pelik benar budak ni!!.
“Bila malam, saya tak nampak
cahaya. Nampak keladi je” senyum Chinta.
Bersungguh – sungguh meyakinkan Yazid benda mengarut yang diciptanya sendiri.
“Cakap sahajalah nak naik
motor dengan saya” pen ditangan dihentak – hentak ke meja. Matanya melirik
memandang Chinta. Menggoda!.
“Ala... motor kat rumah papa.
Papa suruh saya naik dengan dia pagi tadi. Tiba – tiba dia kata nak ke rumah
rehat kami. Tolonglah!!. Tak apalah kalau tak mahu, saya telefon Ikmal” Chinta
terus menggeledah beg tangannya.
“Ikmal budget handsome tu?.
Yang konon – konon badan macam Sylvester stallone tu?.. Ishhh.. tak payah! Biar
saya hantar” Yazid terus mencapai topi keledarnya dan menarik tangan Chinta
setelah mengemas mejanya.
*****************
Yazid berhenti sebentar untuk
berehat. Pinggangnya sedikit lenguh. Mana tidaknya...Chinta sengaja menolak
tubuhnya ke kiri, kanan , depan dan belakang setiap kali melalui selekoh. Sengaja
mahu mengusik Yazid.
Yazid menghulurkan air tin ke
tangan Chinta. Mereka berbual sambil duduk di atas jalan raya.
“Seumur hidup.. inilah
pertama kali naik motor jipang... macam naik papan sahaja.Lurus!” sengih
Chinta. Yazid tidak membalas. Penat !.
“Malaslah kalau papa suruh
kahwin dengan Si Beliak tu. Awak kenal tak dia, wahai Encik Yazid?” hidungnya
digonyoh dua tiga kali. Kali ini rambutnya diikat ke belakang.
“Beliak?”
“Ala... Hamka bin Datuk
Hamidi”
“Awak panggil dia Beliak?. Lelaki
punya handsome macam tu awak gelarkan dia beliak?” hampir tersedak Yazid dibuatnya.
“Itu lelaki sempurna tau..”
Yazid ketawa.
“Tak mahu yang sempurna”
jawab Chinta.
"Tak mahu yang sempurna?" soalan Yazid hanya mandapat lirikan manja daripada Chinta. Amboi! mendera perasaan sungguh!. Yazid menoleh ke sisi. Tak mahu terjerat dengan mata Chinta yang dari tadi bagaikan buaya betina.
"Tak best sempurna... nak yang macam samseng kampung durian D24" kasut butnya dihentak dua tiga kali dan jeans ketat yang membaluti kakinya ditarik - tarik sedikit. Yazid gelak.
"itu namanya seksi yang seksa!. Ni.... apahallah awak pergi kerja pakai macam, ni?. Dah macam nak pergi konvoi dah rupanya"
Chinta menyengih. Suka hati
dialah!.
“Tapi Encik Yazid suka kan
kan kan?. Dari tadi saya nampak Encik Yazid dok tersenyum – senyum pandang
saya. Well... kedua – dua belah telapak tangannya di tadah kesisi dan diangkat
sedikit dengan bahu yang terjungkit. Bukan main berlagak ye!.
“Well... saya senyum sebab
mata awak tu nampak kecil sebelah. Lupa touch up yang sebelah lagi ye?. Hahahahaha”
Yazid pergi meninggalkan Chinta yang terhegeh – hegeh mencari cermin di dalam
begnya.
Chinta terlupa untuk
mencalitkan celak pada sebelah lagi matanya kerana sibuk melayan soalan yang
bertimbun – timbun daripada Tan Sri Muhzaini pagi tadi. Akhirnya, Chinta
mengambil celak dan mencalitkannya dengan pantas tanpa ada sebarang kekotoran.
Hmm... Yazid kagum. Tangan persis pelukis. Lancar sahaja gerakannya.
“Ni.. boleh ke sampai ke
rumah rehat papa ni?” soal Chinta. Ditepuknya lagi tempat duduk motor jipang
itu.
“Dah nak sampai pun kan”
Yazid memakai topi keledarnya dan menunggu Chinta yang masih lagi menarik
seluarnya agar lebih selesa.
“Dah gemuk lah tu!” sengih
Yazid.
“Haip!!!!!” jari telunjuk
Chinta tepat di hadapan matanya. Mata Chinta menentang tepat mata Yazid yang
tergamam seketika.
“Ini Chinta... tak ada gemuk –
gemuk”
“Hmm.. tapi saya suka wanita
yang sedikit berisi” Yazid menepis lembut jari telunjuk Chinta. Nak yang
berisi?. Pelik aku lelaki macam ni. Karang kalau aku gemuk, terjongket pula
motor jipang dia ni........ buat apa aku kisah! Bukan aku nak kahwin dengan dia
pun!
Mereka berdua terus
menunggang hingga ke rumah rehat Tan Sri Muhzaini di pantai Port Dickson. Chinta
terus berlari masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan Yazid si luar. Puan Sri
Laila mengucup pipi anaknya itu dengan perasaan gembira. Sampai juga akhirnya!.
Tan Sri Muhzaini keluar dari banglonya dan terkedu seketika apabila memandang
Yazid di sebelah motor jipangnya.
“Kamu berdua naik benda ala
ni tadi?” soal Tan Sri Muhzaini.
“Benda alah?” Yazid menyoal
kembali.
“Ni... sampai juga besi
belalang ni ke mari ya?” sengih Tan Sri Muhzaini. Yazid sengih. Belalang ye....
aku punyalah jaga motor ni punya cantik, dipnggilnya belalang!.
Yazid menghenyakkan punggungnya di atas sofa. Rumah rehat
Tan Sri Muhazini itu sangat mendamaikan. Apatah lagi kedudukannya yang
menghandap pantai Port Dickson.
“Tidur sini sahaja Yazid. Kenapa
tak bawa kereta?” Tan Sri Muhzaini mengambil sebiji jambu air madu dan
dikunyahnya dengan penuh rasa nikmat.
“Sedap. Nak?” Tan Sri
Muhzaini menghulurkan sebiji jambu air madu ke tangan Yazid. Tidak sampai
setengah jam, satu mangkuk besar jambu air madu itu sudah licin dan yang
tinggal hanta batangnya sahaja.
Puan Sri Laila menggeleng
kepala sambil ketawa kecil. Dia mengangkat mangkuk yang sudah licin itu sambil
memandang Yazid.
“Ada geng lah nampaknya
pakcik kamu ni. Boleh jadi geng jambu air”
Yazid terkedu. Bila masa pula
dia yang habiskan?. Dia cuma makan sebiji sahaja yang selebihnya masuk ke dalam
perut Tan Sri Muhzaini. Tersengih – sengih Tan Sri Muhziani memandang Yazid. Dia
tahu Yazid seperti tidak berpuas hati apabila di tuduh menghabiskan jambu air
madu itu.
“Diam diam sudahlah..
burrppppp!” Tan Sri Muhzaini ketawa besar. Kali ini Yazid turut sama ketawa. Berbeza
sekali perwatakan Tan Sri Muhzaini pabila di pejabat berbanding di waktu santai
begini.
Usai solat maghrib, Yazid
duduk di ruang tamu sementara menunggu Kak Piah, orang gaji Tan Sri Muhzaini
menyediakan makan malam.
Chinta turun dengan hanya
memakai seluar separa lutut dengan t-shirt gambar kataknya. Tuala kecil yang
membaluti kepalanya dikemaskan. Dia terus duduk di sebelah Yazid.
Gambar katak tang sedang
melompat di atas dada t-shirt Chinta dipandang sekilas lalu dan senyumannya
terus menguntum. Untuk menyembunyikannya, Yazid mengambil majalah di hadapan
dan terus ditutup wajahnya.
“Kenapa?” soal Chinta. Cuba menarik majalah itu dari melindungi wajah Yazid. Tangan Yazid kuat memegang hujung majalah itu. Chinta menyentapnya dengan kasar. Muka Yazid yang sudah pun merah padam itu ditenung dnegan bola matanya.
“Kenapa?”
“Takut!” senyum Yazid.
“Takut apa?”
“Katak lompat! Eeeee.. takut
mak, nyah!” ketawa Yazid. Chinta sengih.
Ha.... ni yang aku tak suka bila tengok dia sengih begitu. Jantung ni rasa
terlantun – lantun macam kena gegar dengan kaki gergasi sahaja. Yazid hanya
menunggu..
“Ish.... tak baik pandang
dada orang perempuan!!!” jarinya digoyang – goyangkan.
“Ish... ada pula!”
“Ya lah kalau tidak awak
takkan nampak katak saya ni. Awak ni gatal!” kali ini hidung Yazid dicuit
dengan majalah yang baru dirampasnya.
“Eh.,...mana ada... ish!!!”
Yazid menggeleng kepala dan terus bangun.
“Jom katak! Kita pergi dari
sini... nanti Encik Yazid pndang kita” Chinta angkat punggung dan terus ke
dapur. Yazid menggeleng kesal. Tak pasal – pasal kena tuduh.
Menyesalnya aku hantar dia ke
sini!!!!!!!!.
best nye..kelakar :)
ReplyDeleteterima kasih nurul nuqman.... <3
Deleteakak berterima kasih sangat sebab NN sudi baca,,,
lebiuuuuu bebeh
Tapi saya x,menyesal baca..kui kui kui
ReplyDeleteohhhhh sj...... tenkiu kerana tidak menyesalinya,
Deleteni yang buat sayang ni.... terima kasih tau sebab sudi baca blog izah :) salam <3
Puteri Gunung Semangolekk : kenapa rabun keladi tak rabun keledek atau rabun ubi....atau rabun kentang kerrr...kehkehkeh
ReplyDeleteKomen siyes : kisah menarik...den suke..tidak meleret dan membosankan...wat den tersenyum jer... perkataan yang simple tapi mampu wat hati den kembang kuncup kala membacanya,jalinan watak yg hidup...tahniahhh my lebing frennnng...
terima kasih wahai puteri yang panjang bebenor namanya.. eleh.. nb! terima kasih banyak. den terharu ekau sudi bac karya den yang hanya jipang ni.. lebiuuuu
Delete' katak saya'.....mcm2 leh tafsir haha
ReplyDeletehhahahahhaa.....
Deletea'ah la...... sorry .. ter buat ayat gitu lak.
lain kali x wat lagi, terimaa kasih ye sudi baca.
salam <3 :)
rabun keladi???bahasa baru ye?
ReplyDeletekihkihkih....
Deleteaerine nine... saja jer mengkeladikan rabun tu...
esok2 akak wat rabun kangkung lak..
terima kasih banyak ya... sudi baca dan komen kat blog ni..
samalam <3 :)
Pembukaan dh best.
ReplyDeleteNk lg,,please!!!
hihihihih.. terima kasih tau.,... sudi gak masuk blog ni....
Deleteinsayaallah.. malam ni akak masukkan n3 baru yek...
tunggu tau....
salam <3 ... :)
Aduhai chinta...takleh byg la perangai sengal tu
ReplyDelete