Sunday 6 May 2012

bab 9 (cinta sos dan kicap)

   Fatin bersiap - siap untuk membawa Syasya dan adiknya keluar makan sebagai balasan membantunya membaiki kereta yang rosak tempoh hari.
  "Kacak tak adik Syasya?," soal Suraya. Fatin mengangguk.
  "Boleh lah. Kulit hitam taoi yang penting ada lesung pipit tau," cerita Fatin bersungguh - sungguh.
  "Berapa umurnya?," soalan Suraya membuatkan Fatin terdiam. Dia duduk di sebelah Suraya yang leka menonton televisyen.
  "Aku rasa dia muda daripada kita lah," Fatin menjawab. Suraya mengangguk.
  'Kau tak nak ikut?," soal Suraya.
  "Tak naklah. Aku nak rehat sahaja,".
  "Tak keluar dengan kicap kau ke?,". Fatin menyoal.
  "Bukannya dia pakwe aku. Takkan aku nak ajak dia,". fatin tergelak. Tangannya ligat melilit tudung di kepala. Dia amat memahami Amri. Susah untuk meluahkan cinta.
   "Tak apalah... tunggu dan lihat,"kata - kata Fatin itu disambut dengan senyuman tawar oleh Suraya.
Suraya mengiringi Fatin keluar daripada rumah. Kereta Fatin sudah pun keluar dari kawasan rumah dan Suraya mengunci pintu pagar. Bimbang jika di cerobohi.
   "Assalamualaikum," Fatin menoleh. Kelihatan Amri memandangnya dengan senyuman manis.
   "Maafkan saya ya Encik. Kicap rumah ni dah habis," kata Suraya. Amri menjeling.
   "Pergi siap. Aku nak bawa kau keluar," arah Amri. Hati Suraya melonjak tetapi dia mahu jual mahal. Dia hanya berdiri di situ.
    "Cepatlah.... tak nak sudah," . Amri mula melangkah.
    "Eh... nanti dulu. Aku tukar baju,". Suraya berlari masuk. Dia ingin cepat tetapi tergelincir kerana terpijak alat kawalan jauh di ruang tamu. Suraya menjerit kesakitan. Amri yang berada di luar memanjat pintu pagar dan mendapatkan Suraya yang sedang mengerang kesakitan. Pinggangnya sakit. Amri cemas.
     "macam mana boleh jadi begini. Boleh bangun tak?," soal Amri. Tangannya memicit - micit kaki Suraya. Otak Suraya ligat memikirkan sesuatu.
     "Sakit. Tak boleh bangun.. auuuu," Suraya berpura - pura. memang dia sakit tetapi tidak lah sampai tidak mampu berjalan. Amri mendukungnya dan meletakkan tubuh langsing itu di atas sofa.
    "Sakit belakang," rengeknya. Amri memicit lembut belakang badan Suraya. Amri kelihatan amat risau dengan keadaan Suraya.
     "Aku bawa kau ke hospital," kata Amri.
     "Tak naklah. Takut," kata Suraya. Sengaja dikerut - kerutkan mukanya. Amri mahu menuam belakang badan Suraya dengan ais yang baru di ketuk sebentar tadi. Di selaknya sedikit baju Suraya tetapi Amri menutupnya semula. Kedengaran suara Amri beristighfar.
    "kau buat sendiri ya. Aku rasa tangan kau boleh sampai," kata Amri dan menyerahkan balutan tuala yang mengandungi ais ke tangan Suraya.
    "Kau tak sayang aku ya kicap?," soal Suraya.
   "Hukum agama tidak menghalalkan aku untuk menyentuh kau," jawabnya ringkas dan keluar sebentar. Suraya terpegun. Dia tidak sangka Amri menghormatinya sebagai seorang wanita. Amri juga berpegang teguh dengan hukum Allah. Suraya berasa dia amat kerdil sekali. Dia mula rasa bersalah dan bangun mendapatkan Amri yang belum habis beristighfar dari tadi. Amri yang sedar kehadiran Suraya memandangnya dengan pandangan yang keliru.
    "Dah baik?," soalnya. Suraya mengangguk.
    "Kau tak sakit teruk tadi kan?," soalan Amri tadi membuatkan Suraya tertunduk malu.
    "Ya. Aku wanita yang terukkan?," suara Suraya makin perlahan. Amri hanya senyum.

No comments:

Post a Comment