Thursday 21 March 2013

CINTA AKU, KAU & KAMBING (CAKK) - BAB 1







BAB 1

Matanya  tidak berkedip – kedip memandang poster pelakon kesayangannya yang tertampal di dinding bus stop. Baju uniform kilangnya diperenyok masuk ke dalam beg sandangnya. Rambut yang diikat satu itu mula dilepaskan.

Pian, sahabat dari zaman kenakalannya juga merenung poster itu tanpa berkedip – kedip.

“Body dia....” kata Pian.

“Mata dia..” kata Hidayu pula.

“Kau tengok bibir dia bila senyum. tak tahan aku!!!!” Pian agak teruja.

“Weii.. kau tengok bulu tangan dia”

“Erk!” Pian memgerutkan dahinya.

“Apalah kau ni!” marah Pian. Hidayu ketawa. Dia duduk semula di bangku. Sementara menunggu ayahnya datang menjemput, sempat lagi dia tersengih – sengih membayangkan pelakon itu menjadi hero dalam hidupnya sepanjang hayat.

MBEKKKKK..MBEKKKK..

Hidayu menghidu sesuatu. Bunyi macam kambing!. Bau juga macam kambing!. Hidayu membuka matanya perlahan – lahan. Pian sudah pun naik ke atas bangku.

“Shuuuh..shuhhh” halau Pian.

“Kambing siapa ni ha!!!!!!!” jerit Hidayu. Tiada siapa.

“mana semua orang Pian?’ soal Hidayu. Dia juga turut sama mencangkung di atas bangku bus stop.

“Kau tahu tak yang hampir lima belas minit kau berangan!!!” marah Pian.

“Yang kau tak kejut kenapa?. Yang kambing ni pun kenapa asyik pandang aku?. Muka aku macam awek dia ke?” Hidayu memegang lengan Pian.

“Bukan awek lah! Tak ada telur pun. Ini betina” teka Pian.

Sebuah lori datang menghampiri. Seorang lelaki mula menghampiri mereka dengan langkah yang tenang.

“Dayu.. meh naik lori meh!” ajak lelaki itu. Hidayu tercengang.

“Tak apa, ayah saya datang ambil nanti” senyum Hidayu. Kacak kuci kuci bom betul lelaki ni...

“Ya?” soal lelaki tadi. Blur lah pula....

“Tadi awak ajak saya naik lori tapi tak apalah. Bukan saya tak mahu tapi ayah saya nak datang. Minta maaf ya” senyum Hidayu. Diselitnya rambut yang terjuntai keluar ke tepi. Konon – konon ayu!

“Oh... saya ajak kambing saya naik lori. Nama kambing saya ni Dayu” senyum lelaki itu. Serta merta wajah Hidayu berubah. Pian bantai gelak.

“Nama abang ni siapa?” soal Pian.

“Izhar dan nama awak berdua?” soalnya.

“Saya Pian dan dia...kahkahkahakhakah” gelak Pian. Izhar sedikit keliru.

“Ini siapa namnya?” soal Izhar.

“Huh!” jeling Hidayu. Haji Seman sudah tiba untuk menjemput Hidayu dan Pian.
Hidayu angkat kaki. Dia siap menolak tubuh Pian ke tepi.

“Kau jangan naik kereta bapak aku!. Kau balik naik kambing” Hidayu terus masuk ke dalam kereta Haji Seman. Pian masih lagi ketawa.

“Kenapa dia marah sangat?’ soal Izhar.

“Hmmm... nama dia dayu gak, sama macam kambing abang hahahahahha!!!” Pian ketawa. Izhar senyum lucu. Padanlah marah sangat! Akhirnya Pian menumpang lori Izhar untuk pulang ke rumahnya.


                                   ******************

“Kenapa muka dayu marah sangat petang tadi?” soal haji Seman.

“Pak jangan panggil Dayu ni Dayu boleh tak?’ pinta Hidayu.

“Habis nak panggil apa?. Hidayah?” sengih Haji Seman.

“Kenapa Pak bagi nama Dayu macam nama kambing?”

Terlepas suratkhabar dari tangan Haji Seman. Dia mengutip helaian akhbar itu semula.

“Bila masa pula Pak bagi Dayu nama kambing!. Ada ke kambing nama Dayu?” soal Haji Seman. Hajah Ani sengih sendiri.

“Ada! Orang lori nama Izhar tu bagi kambing dia nama Dayu” marah betul Hidayu .Hajah Ani dan Haji Seman gelak bagai pecah perut.

“Sayang tak periksa ke masa bagi nama anak kita ni?. Kan dah sama dengan nama kambing” ketawa haji Seman. Lagilah angin Hidayu dibuatnya. Dia angkat punggung dan terus masuk ke dalam biliknya sakit betul hati.

                                  ******************

Hidayu baru sahaja pulang dari kedai Ah Seng membeli sayur dan ikan. Dia  jalan bersendirian. Waktu – waktu cuti begini dia lebih gemar duduk di rumah sahaja.  Dia berjalan lenggang lenggok sambil menghayunkan plastik barang – barang itu ke depan dan kebelakang.

“Apasal pula ni?” Hidayu menoleh ke belakang. Kambing hitam itu sedang menggigit  bungkusan plastik di tangannya.

“Woi.. kambing!” marah Hidayu. Dia mengamati kambing itu. tanda putih di telinga kambing itu mengembalikan ingatannya pada kambing yang bernama ‘Dayu’ itu.

“Kau Dayu kan!” Hidayu menuding jarinya.

“Iya... kau Dayu! Woi peliklah panggil nama aku sendiri kat kambing!” rungut Hidayu. Kambing itu hanya mengembek dan melepaskan gigitannya. Hidayu bercekak pinggang.

“pergi balik kat tuan kau tu! Muka saja handsome tapi otak ciput! Ada ke bagi nama kau Dayu. Dia tahu tak, nama Hidayu itu sangat indah maknanya. Itu untuk manusia bukan untuk kambing” bebel Hidayu.

Dayu mengembek..

“itulah kau, mengembek je tahu!. Pergi balik” halau Hidayu. Dia terus berjalan ke hadapan. Dayu masih mengikutinya.

“Tolonglah! Apalah dosa aku kat kau ni?” Hidayu terdiam. Dia mengeluh. Kesian pula tengok muka ni. Kau nak kena suap ke?. Kan banyak daun ni.. makan saja lah” bebel Hidayu. Dia terus mematahkan ranting pokok. Disuapnya daun yang terdapat di ranting pokok itu ke mulut Dayu dan Dayu.... makan!.

Hidayu senyum. perlahan – lahan dia mengusap kepala Dayu dan selepas itu dia cuba untuk menghidunya.

“Nasib baik tak busuk sangat” sengihnya. Sedang leka dia menyuap Dayu, lori Izhar menghampirinya. Pian juga ada di dalam. sejak bila pula Si Pian ni jadi geng Si Izhar?...

Pian awal – awal lagi ketawa besar.

“Wei.. Hidayu bagi Dayu makan!.kahkahkah” Pian ketawa besar.
Hidayu malas melayan kata – kata Pian itu.

“Lain kali boleh tak jangan lepaskan Si Dayu ni merata – rata?” marah Hidayu.

“Siapa?” soal Izhar.

“Dayu ni lah!” bentak Hidayu.

“Dayu ini ke Dayu yang itu?” soalan Izhar membuatkan telinga Hidayu mula berasap. Hidayu menumbuk lengan Pian untuk melepaskan kemarahan. Terjerit – jerit Pian di buatnya.

“Dia cari bakal isteri saya kot” senyum Izhar. Hidayu terdiam. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Izhar.

Jangan tergoda Dayu...jangan tergoda.. kau wanita besi Dayu... Dayu.. kuatkan semangat..Dayu..keras Dayu, keras!!!!.......alamak.. dah terpikat!, Hidayu cepat – cepat melangkah pergi. Setelah hampir sepuluh langkah dia pergi, kakinya mula terpaku kembali.

Jangan patah balik Dayu...jangan patah balik!!!!!!..... katanya di dalam hati.

Jangan Dayu....... perlahan – lahan kakinya menapak menghampiri Izhar. Sampai sahaja di hdapan Izhar yang masih tersenyum itu, Hidayu tiba – tiba tidak tahu buat apa. Pian menjungkitkan keningnya. Izhar juga begitu. Hidayu menggaru – garu tengkuknya. Cari idea!.

“Pinjam dua puluh sen” kata Hidayu. Izhar ketawa.

Dia merapati Hidayu dan kemudiannya berbisik lembut.

“Nak pinjam dua puluh sen ke nak pinjam hati saya ni?”

Erk..... Hidayu terus berlari pulang. Dia tidak menoleh ke belakang lagi yang dia dengar hanya tawa Pian yang mengilai.. siap kau Pian!!!!!

21 comments:

  1. wah.. hahaha.. gelinya hati.. suka betul ni ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...
      terima kasih adik Izzatul :)
      suka ngan Dayu ke HIdayu? heheheh
      <3 u..

      Delete
  2. btllah...suka3x...glamour kambing tu dpt nama Dayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heehehe..
      terima kasih Ina...
      ingat nak bagi kambing tu nama mawar sepi tpi cam melampau lah plak kehkehkeh
      <3 u..

      Delete
  3. best giler kak! hehe klaka la kambing die

    -shuada *mls nk bkk blog nk komen..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa...
      malulah akak penulis SAYA KENAL SAYANG SAYA bagi komen
      malu sangat....
      terima kasih wahai shuada shuada Jafri
      <3 u..

      Delete
  4. As salam sis hehehe lame kn lya x komen kat bbelog sis ni haha xde mse ssis bzi jee huhuhu sis story kali nih mmg bezttt sgt gelak x sudah hadoii sian dayu kene gelak gan pian hikhikhik x sgke lak kambig tu name dayu aakekeke
    siyes lya mengekek x henti sis klaka giler hadoiii nk pch perut gelak huhuhu
    Hope all story sis dpt dinovelkn haishh x sabo tggu story sis ni huhuhu cayalah sis mmg terbaikkkk go..go..chayokk siss ;)

    #soory sis pnjg lak komen kali nih hehehe#

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak lya... :)
      janganlah cakap sorry sebab komen panjang... akak suka tau! dan lebih2 lagi Lya banyak menyokong :)
      <3 u!

      Delete
  5. Kak ngah ksygnku best la.suke nyde.kelakakar.hehe

    ReplyDelete
  6. weeda!!!!!
    adeh... perkataan kak ngah tu buat kak izah
    teringat kat weeda yang satu2nya panggil akak kak ngah kat fb hihihi...
    terima kasih banyak2 ya.
    sudi singgah dan baca :)
    <3 u...

    ReplyDelete
  7. kak iza..thanks kerana x jemu2 melayani permintaan kami peminat karya2 mu. ni nak minta ni..hehehe tolong sambung ya dan tolong jgn berhenti menulis..kerana penulisanmu umpama doose (ubat) tu ketagihan kami ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak ya kalam @ irna..
      sudah pasti.. hehehhe, sengih akak baca ayat terakhir tu.. <3 it!!..
      sekarang ni tengah bz sikit nak siapkan mss bawang putih urban.. doakan ya, lepas ni akak akan sambung seri cinta dari sarawak... sampai habis k. lepas tu bar sambung lain2..
      cayang irna!

      Delete
  8. wahhh.. best.. lawak2... klaka gler nme kmbing pn dayu... hahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak ye DeeDyana sebab sudi gak
      lawat blog nie...
      hehehe.. mula2 ingat nak bagi nama Rihanna jer kambing tu tapi tak jadi kehiehekhekhe..
      terima kasih banyak sekali lagi yek :) <3

      Delete
  9. Gakgakgak lawak la cite ni kak ! (y)

    ReplyDelete
  10. hehehehe....ni 1st time saya ke blog nie... terus baca cerita nie... dah berair2 mata dok gelak....besttt sgttt... terasa rugi tak follow blog nie dr awal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SELAMAT DATANG AFIAH!!!
      takper..baca pelan2 k
      apapun terima kasih sbb sudi jenguk blog ni tau,...
      selamat ikut Dayu... (bukan yg kambing) hehhehe
      tq sangat2 :)

      Delete
  11. haha...patutlah kak dekna panggil novel kambing. akk bestlah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kikikiki.. novel kambing?....menangis kambing mendengarnya kiki.. little missy, terima kasih ya sudi masuk blog ni..
      <3 :)

      Delete
  12. oit sakit perut duk gelak :)...cerita versi komedi deabak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ye domi nisa sudi gak baca citer kambing nih hihihi
      lebiu lah!!!

      Delete